Sunday, May 31, 2009

Buku Kisah Hidup Nabi Serta Peperangan diZamannya



Buku ini saya beli pada 19 April 2009 sempena pameran buku antarabangsa yang berlangsung baru2 ini.. Buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.. terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd..


Buku yang memuatkan sikap Rasulullah SAW yang membayangkan sikap Islam dalam pelbagai situasi sama ada genting ataupun tenang.. Menghayatinya seolah-olah kita dijemput untuk bersedia di tengah-tengah medan jihad dalam Perang Ahzab, Khaibar, Hunain ataupun mungkin juga berada di kalangan para sahabat semasa Perjanjian Hudaibiyah dimeterai.


Buku yang menggambarkan sikap nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah dan pemimpin yang sepatutnya dicontohi oleh umat islam seluruhnya..


Dalam setiap peperangan nabi Muhammad SAW mempamerkan sikapnya yang bijaksana dalam merancang strategi bagi kemenangan Islam.. sikap nabi menerima pendapat orang lain supaya membina parit dalam peperangan Ahzab membuktikan bahawa nabi bersifat sungguh tawadhu'..


Begitu juga semasa persediaan bagi menghadapi musuh, baginda bersama-sama memecahkan batu dan menggali parit .. biarpun baginda seorang pemimpin.. baginda tidak hanya mengerah tenaga para sahabat dan orang2 Islam yang lain sahaja menggali parit sedangkan baginda mengawasi dari jauh..


Baginda juga bijak membuat keputusan sehingga tawanan perang yakni kaum musyrik Mekah akhirnya ramai yang memeluk Islam.. selain itu baginda juga pandai mengambil hati kaum ansar walaupun kaum ini mengata-ngata baginda di belakang baginda akibat rasa tidak puas hati..


Membaca buku ini seolah2 turut serta dalam peperangan.. dapat membayangkan bunyi derapan kaki pasukan yang berjalan dan dapat membayangkan unta ditunggangi pahlawan perang..ada yang memanah dan ada yang menggunakan pedang..


Terasa sebak apabila membaca perenggan menceritakan bagaimana Rasulullah SAW menahan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan.. apabila sahabat mendapati bagindalah orang yang lebih awal merasa lapar dan letih.. dan apabila lebih banyak batu dibalut dengan bengkung untuk melapik perut baginda.. kesungguhan baginda melaksanakan tugas2 berat bersama-sama para sahabat.. sehingga pakaian dan tubuh baginda diselaputi debu dan tanah..


Buku ini elok dibaca supaya dapat mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang sememangnya dituntut oeh Allah SWT.

Memberi dan menjawab salam

Artikel ini disalin daripada blog Akhisalman blogspot.com. Harap ustaz benarkan saya salin artikel ini..

Umum mengetahui hukum memulakan memberi salam adalah sunat.. dalil2nya juga telah banyak kita temui.. manakala menjawab salam hukumnya wajib.. tetapi terdapat beberapa situasi yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab..

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242..dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah)
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab..

# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah… jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kepada lelaki… jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.

#Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya..

#Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah sama ada kepada lelaki atau perempuan.

Rujukan: Ahsanul kalam (Fatawa Jadidah) oleh Syekh Atiah Saqor.

daripada: http://Akhisalman blogspot.com/

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails