Monday, August 24, 2009

Suasana Alam Akhirat (18) Surah Sod (Huruf Sod)سُوۡرَةُ صٓ

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.


Hari ini dituliskan tentang suasana Alam Akhirat yang digambarkan dalam surah Sod iaitu surah yang ke 38 (mulai ayat 49 hingg ayat 64).


Pada permulaan surah ini Allah menerangkan sikap org2 kafir dan org2 musyrik terhadap Nabi Muhammad saw dan Al-Quran serta ajaran2 Islam. Allah menyentuh tentang kekalahan tentera Ahzab, kekufuran dan tindakan kaum2 Nabi Nuh, kaum 'Ad, kaum Firaun, Tsamud, kaum Nabi Lut dan penduduk Madyan yang semuanya dibibinasakan. Mereka ini walaupun kuat tetapi Allah binasakan kerana mereka mendustakan Rasul2 yang Allah datangkan kepada mereka. Allah juga menerangkan pula sikap rasul2 yang menghadapi sikap kaum2 mereka iaitu Nabi Daud, Sulaiman, Ayub, Ibrahim. Ishak, Ya'akub, Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Selepas menerangkan kisah2 ini Allah berfirman pula:

Inilah peringatan(Al-Quran): dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (49) Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (50) (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas sofa; mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang pelbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (52) Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal! (53) Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis. (54) Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertakwa) dan bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali. (55) Iaitu Neraka Jahanam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahanam. (56) Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air yang sangat dingin (untuk minuman mereka); (57) Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58) (Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka. (59) Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan. (60) Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka. (61) Dan penduduk Neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)? (62) Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka? (63) Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk Neraka sesama sendiri. (64)


Ayat2 di atas menggambarkan keadaan pada hari akhirat nanti yakni keadaan yang berlawanan antara ahli syurga dan ahli neraka. Orang2 yang beriman digambarkan keadaan mereka di sana berada di dalam syurga yang pintunya sentiasa terbuka buat mereka. Keadaan di syurga amat menyenangkan mata memandang kerana berisi dengan kesenangan yang tak pernah dilihat mata, didengar telinga dan terlintas pada pemikiran dan hati manusia semasa menikmatinya. Mereka di dalam syurga hanya duduk bersenang2, bergoyang kaki dan bersandar2 dan bertelekan siku di atas sofa atau tempat tidur sambil memesan buah2an syurga yang pelbagai rasa yang lazat dan pelbagai minuman yang pelbagai rasa serta lazat. Apa yang dipinta semuanya akan dapat dengan segera. Di samping buah2an dan minuman mereka disediakan isteri2 untuk bermesra terdiri daripada bidadari syurga yang bersifat pemalu yang pandangannya hanya tertumpu kepada suaminya yang seorang sahaja. Umur bidadari2 ini semuanya sebaya dan muda2 lagi cantik.


Dan bagi orang2 yang tidak mahu beriman semasa di dunia mereka akan kekal dalam bakaran api neraka, mereka akan merasakan kepanasannya yang tidak terhingga dan tinggallah mereka di sana selama2nya lalu dengan suara memerintah dan mengejek: "Inilah siksaan maka rasakanlah!". Minuman yang diberi kepada mereka amat panas semasa mereka hirup air yang panas itu telah sedia membakar mereka dan mereka juga diberi minuman yang amat dingin atupun nanah yang keluar daripada kemaluan penzina. Allah menambah lagi ancaman dengan menggambarkan bahawa siksaan kepada orng2 yang kufur ini terdiri dp macam2 siksaan antara lain makan buah dari pokok zakkum yang pahit, so'ud yakni beratnya siksaan dan samum iaitu angin panas yang melanda mereka.


Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sesama mereka saling bertengkar, melaknat dan menyumpah2. Terdapat satu rombongan yang sudah masuk ke dalam neraka terdiri daripada ketua2 kafir apabila bertemu rombongan yang terdiri daripada para pengikut mereka yang baru sahaja masuk, malaikat berkata: "Inilah satu rombongan menyerbu masuk neraka bersama2 kamu!" Dijawab ketua kaum kafir itu: "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka!", maksudnya mereka menyindir tidak ada tempat lagi untuk rombongan pengikut2 mereka yang masuk secara merempuh ke tempat yang sempit itu.


Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 59 dengan berkata bahawa para ketua apabila masuk ke dalam neraka dikuti pula pengikut2 mereka maka penagawal neraka akan mengatakan kepada ketua2 itu: "Inilah rombongan masuk neraka bersama kamu", lalu para ketua menjawab: "Tak ada tempat lapang untuk mereka" Tujuannya untuk menyumpah pengikut2 mereka.


Dalam ayat 60 dan 61, dinyatakan bahawa ketua2 kafir dan pengikut2nya menempelak antara satu sama lain, menyalahkan sesama mereka, menuduh yang satu menyebabkan mereka masuk neraka, pengikut2 pula memohon agar orang2 yang menyesatkan mereka diberikan azab yang lebih pedih dan berlipatganda. Ini sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud:"Barangsiapa merancangkan perancangan jahat maka dia akan menerima dosanya dan dosa orang2 yang mengerjakannya".


Allah juga menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti keadaan kaum musyrik akan saling bertanya dengan rasa kehairanan, apabila mereka berada dalam naraka mereka tidak nampak atau bertemu dengan orang2 yang mereka hinakan semasa di dunia, di dunia mereka menuduh orang2 yang baik itu sebagai org2 jahat, orang2 kafir ini akan menanyai diri sendiri: Adakah kerana kami dahulu menjadikan mereka sebagai bahan ejek-ejekan atau adakah mata kami yang tak dapat melihat? Barulah mereka sedar dan menyesal akan tindakan yang mereka buat di dunia, tetapi sayangnya semuanya sudah terlambat. Lalu Allah menyatakan bahawa semuanya ini adalah benar.

Monday, August 17, 2009

Suasana Alam akhirat (17) – Surah Al-Qamar (Bulan)


Bismillahirrahamanirrahim.

Al-Qamar

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (1)

Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (2)

Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). (3)

Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu). (4)

(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar). (5)

Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah); (6)

(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. (7)

Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar! (8)

Allah mengkhabarkan bahawa kedatangan kiamat itu sangatlah dekat dan bulan pun telah terbelah, selepas Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Muhammad saw sebagai bukti bahawa Nabi dalah pesuruh Allah, namun orang2 kafir Quraisy tidak percaya, tidak mahu beriman malahan menuduh Nabi sebagai ahli sihir. Telah menjadi kebiasaan mereka akan mendustakan nabi bagi setiap mukjizat yang Allah tunjukkan kepada mereka. Lalu Allah menyuruh Nabi jangan menghiraukan orang2 kafir ini. Kerana tidak ada faedahnya bermujadalah dan bertikam lidah denngan mereka yang telah sesat. Dan Allah menerangkan bahawa keadaan mereka yang tidak mahu beriman ini pada hari kiamat nanti akan diseru oleh malaikat2 kepada yang tidak baik.. lalu keadaan mereka masing2 tunduk dalam keadaan kehinaan dan ketakutan, dan semasa mereka keluar daripada kubur seperti belalang yang beterbangan, cepat2 terbang dengan tidak tentu arah serta kebingungan ke mana hendak dituju, dan apabila masing2 sedar bahawa hari yang gempar itu adalah hari kiamat mereka berkata bahawa inilah hari yang amat sukar bagi mereka. Kata al-Khazin ayat 8 di atas mengisytiharkan bahawa hari kiamat ini amat berat bagi orang2 kafir tetapi tidak kepada orang2 beriman.

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari. (45)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (46)

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka. (47)

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka. (48)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (49)

Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. (50)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? (51)

Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal; (52)

Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat. (53)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, (54)

Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. (55)

Seterusnya Allah menerangkan bahawa kaum kafir yang berdosa itu berada dalam kebingungan, buta mata mata hati tak mahu terima hidayah semasa di dunia dan di akhirat mereka disiksa di Neraka, mereka diseret dalam keadaan tertiarap dengan muka ke bawah… sambil diheret dikatakan kepada mereka “rasakan kamu bakaran api neraka” lalu mereka dihumban ke dalam api.

Ayat 9 hingga 44 Allah menceritakan tentang apa yang berlaku kepada orang2 terdahulu yang derhaka kepada Allah, seperti kaum nabi Nuh, kisah kaum ‘Ad dengan Nabi Hud, kisah kaum tsamud, kaum Nabi Lut dan kisah keluarga Firaun. Lalu Allah memperingatkan kaum Quraisy tentang kisah2 balasan terhadap kaum yang tak mahu beriman untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Orang2 yang bertakwa Allah tempatkan di taman2 syurga yang dekat dengan sungai2, tempat yang sungguh menyeronokkan, bahagia di sisi Allah yang Maha Berkuasa. Inilah tempat orang2 yang diredhai.

Ya Allah! Himpunkanlah kami bersama golongan mereka itu dan jadikanlah kami orang2 yang mendengarkan kata dan mentaati yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, perkenankanlah doa kami.

Tuesday, August 11, 2009

Suasana Alam Akhirat (16) Surah Al-Tariq (Pendatang Malam)


At-Tariq (Pendatang Malam)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi langit dan “At-Tariq”(yang datang pada malam hari); (1)

Dan tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari ("At-Tariq") itu? (2)

(At-Tariq) ialah bintang yang cahayanya menembus; (3)

Tiada sesuatu jiwa (diri) juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya). (4)

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Daripada apa dia diciptakan. (5)

Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); (6)

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. (7)

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (8)

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat dan lain-lainnya), (9)

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri) dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). (10)

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, (11)

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, (12)

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), (13)

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. (14)

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, (15)

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). (16)

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. (17)

Surah at-Tariq (86) ini mengandungi 17 ayat, jika diperhatikan dalam surah ini semacam tidak ada yang menyentuh suasana alam akhirat, Cuma berisi fakta2 untuk membuktikan terjadinya kiamat.. walaubagaimanapun pada ayat 8 hingga 10 ada menyentuh sedikit tentang suasana alam akhirat.. walaupun 3 ayat namum memberi gambaran yang besar.

Dalam tiga2 ayat itu Allah menyatakan bahawa pada hari kiamat nanti tidak ada satupun rahsia manusia yang tidak dibongkar.. semuanya akan didedahkan.. kerana niat yang terpendam semuanya dalam pengetahuan Allah, dan segala perbuatan yang dilakukan dicatat oleh malaikat Raqib dan ‘Atid seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Mursalat.. Pada hari itu manusia tidak ada kekuatan untuk membela diri dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong atau menebus dosa kecuali amalan baik yang telah mereka lakukan di dunia.

Ayat2 yang selebihnya Allah memberitahu kita bahawa kekuasaanNya dengan bersumpah dengan langit dan At-Tariq. Allah menyuruh manusia memerhatikan asal usul kejadian manusia.. dan minta manusia memikirkan bahawa jika Allah berkuasa menjadikan manusia daripada tiada kepada ada mengapa pula manusia tidak boleh dimatikan dan seterusnya dihidupkan kembali.

Allah bersumpah lagi dengan langit yang mengeluarkan hujan serta bumi yang merekah mengeluarkan pelbagai tumbuhan, bahawa al-Quran adalah benar.

Marilah sama2 kita hayati pesanan Allah SWT ini agar hidup kita aman di dunia serta akhirat.. bayangkan jika semua manusia mengambilkira segala niat dan perbuatan mereka dipantau oleh malaikat2 dan Allah melihat dan nanti diberi pengadilan yang setimpal di akhirat nanti tentu negara kita tidak perlu membuang tenaga dan wang ringgit bagi membanteras segala jenyah yang dilakukan manusia.

Friday, August 7, 2009

Suasana Alam Akhirat (15) Surah QAF (QAF) - Ayat 19 hingga 35


سُوۡرَةُ قٓ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

وَجَآءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ ذَٲلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِيدُ (١٩)
وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ‌ۚ ذَٲلِكَ يَوۡمُ ٱلۡوَعِيدِ
(٢٠)
وَجَآءَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ۬ مَّعَهَا سَآٮِٕقٌ۬ وَشَہِيدٌ۬ (٢١) لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬ (٢٢) وَقَالَ قَرِينُهُ ۥ هَـٰذَا مَا لَدَىَّ عَتِيدٌ (٢٣) أَلۡقِيَا فِى جَهَنَّمَ كُلَّ ڪَفَّارٍ عَنِيدٍ۬ (٢٤) مَّنَّاعٍ۬ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ۬ مُّرِيبٍ (٢٥) ٱلَّذِى جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَأَلۡقِيَاهُ فِى ٱلۡعَذَابِ ٱلشَّدِيدِ (٢٦) ۞ قَالَ قَرِينُهُ ۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُ ۥ وَلَـٰكِن كَانَ فِى ضَلَـٰلِۭ بَعِيدٍ۬ (٢٧) قَالَ لَا تَخۡتَصِمُواْ لَدَىَّ وَقَدۡ قَدَّمۡتُ إِلَيۡكُم بِٱلۡوَعِيدِ (٢٨) مَا يُبَدَّلُ ٱلۡقَوۡلُ لَدَىَّ وَمَآ أَنَا۟ بِظَلَّـٰمٍ۬ لِّلۡعَبِيدِ (٢٩) يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٍ۬ (٣٠) وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ (٣١) هَـٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ۬ (٣٢) مَّنۡ خَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٍ۬ مُّنِيبٍ (٣٣) ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ۬‌ۖ ذَٲلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُلُودِ (٣٤) لَهُم مَّا يَشَآءُونَ فِيہَا وَلَدَيۡنَا مَزِيدٌ۬ (٣٥)


Surah QAF (Qaf)

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! (19) Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (20) Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (21) (Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan). (23) (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. (24) Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, (25) Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya. (26) (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. (27) Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (28) KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. (29) (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? (30) Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. (34) Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (35)

Huraian

Allah menggambarkan kedatangan mati itu amatlah menyakitkan bagi setiap manusia yang berada di ambang maut.. “sakaraat” bermaksud kesengsaraan, merupakan sala satu daripada kegemparan akhirat, amat menakutkan dan setiap orang akan merasakan kesengsaraan mati dengan sebenar2nya.. tiada dapat dinafikan lagi oleh orang2 yang pernah menyanggahnya ketika hidup. Dalam hadis Syaidatina ‘Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tatkala baginda berada di ambang maut, baginda menyapu peluh daripada wajahnya lalu mengatakan: “Maha suci Allah, sesungguhnya kematian itu satu kesengsaraan” (ayat 19)


Dalam ayat 20 dan seterusnya.. di saat tiupan sangkakala kali kedua dihidupkan semua makhluk2 yang telah mati daripada kubur masing2.. itulah saat yang paling menakutkan yang telah Allah berikan amaran semasa di dunia.. itulah saatnya penyiksaan akan terjadi kepada orang2 yang mendustakan dan meragukan hari akhirat.. Pada hari itu setiap orang akan diiringi oleh dua orang malaikat untuk menghadap Allah SWT, seorang sebagai pemandu dan seorang sebagai saksi terhadap amalan di dunia. dikatakan kepadanya engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang hari ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam /dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat (22) Dan berkatalah malaikat (Qorin) yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan). (23) Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu: Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. (24)


Semasa dihumbankan ke dalam Neraka mereka berkata dan menyalahkan syaitan yang menyesatkan.. dan syaitan pun mengaku bahawa manusialah yang bersalah kerana mengikut ajakannya.. Allah menyanggah supaya manusia dan syaitan tidak berbalah.. kepada manusia, janganlah menyalahkan syaitan, bukankah dahulu Allah telah memperingatkan tetapi mereka tidak mahu mendengar dan menerima peringatan Allah.. sebaliknya menurut ajakan syaitan. Lalu Allah berfirman.. sekarang Allah yang berkuasa membuat keputusan.. kamu semua tidak akan dizalimi.. Allah telah berlaku adil kerana dahulu Allah telah memperingatkan tetapi manusia membuat pilihan sendiri. (27 – 29).


Allah tidak akan mengubah keputusannya.. dan neraka tidak akan penuh dan sentiasa boleh ditambah.. kepada orang2 yang beriman Allah berfirman syurgalah tempat kamu. Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. (34) Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (35)


Demikianlah Allah memberi gambaran keadaan hari akhirat dalam al-Quran supaya manusia dapat beriman dengannya.. tetapi manusia tidak mahu berfikir.. Berulang2 Allah memberi peringatan.. dan berulang2 pula Allah menyatakan yang Dia tidak menzalimi makhluk ciptaanNya. Sebaliknya makhluklah yang menganiaya diri sendiri.

Monday, August 3, 2009

Suasana Alam Akhirat (14) Surah Al-Mursalat (Malaikat-malaikat yang dikirimkan)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡمُرۡسَلَـٰتِ عُرۡفً۬ا (١) فَٱلۡعَـٰصِفَـٰتِ عَصۡفً۬ا (٢) وَٱلنَّـٰشِرَٲتِ نَشۡرً۬ا (٣) فَٱلۡفَـٰرِقَـٰتِ فَرۡقً۬ا (٤) فَٱلۡمُلۡقِيَـٰتِ ذِكۡرًا (٥) عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا (٦) إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٲقِعٌ۬ (٧) فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ (٨) وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ (٩) وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ (١٠) وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ (١١) لِأَىِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ (١٢) لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ (١٣) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ (١٤) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (١٥) أَلَمۡ نُہۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٦) ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ (١٧) كَذَٲلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ (١٨) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (١٩) أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٍ۬ مَّهِينٍ۬ (٢٠) فَجَعَلۡنَـٰهُ فِى قَرَارٍ۬ مَّكِينٍ (٢١) إِلَىٰ قَدَرٍ۬ مَّعۡلُومٍ۬ (٢٢) فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَـٰدِرُونَ (٢٣) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٢٤) أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا (٢٥) أَحۡيَآءً۬ وَأَمۡوَٲتً۬ا (٢٦) وَجَعَلۡنَا فِيہَا رَوَٲسِىَ شَـٰمِخَـٰتٍ۬ وَأَسۡقَيۡنَـٰكُم مَّآءً۬ فُرَاتً۬ا (٢٧) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٢٨) ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ (٢٩) ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ ظِلٍّ۬ ذِى ثَلَـٰثِ شُعَبٍ۬ (٣٠) لَّا ظَلِيلٍ۬ وَلَا يُغۡنِى مِنَ ٱللَّهَبِ (٣١) إِنَّہَا تَرۡمِى بِشَرَرٍ۬ كَٱلۡقَصۡرِ (٣٢) كَأَنَّهُ ۥ جِمَـٰلَتٌ۬ صُفۡرٌ۬ (٣٣) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٣٤) هَـٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ (٣٥) وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ (٣٦) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٣٧) هَـٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ‌ۖ جَمَعۡنَـٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ (٣٨) فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٌ۬ فَكِيدُونِ (٣٩) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٤٠) إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍ۬ وَعُيُونٍ۬ (٤١) وَفَوَٲكِهَ مِمَّا يَشۡتَہُونَ (٤٢) كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٤٣) إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٤٤) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٤٥) كُلُواْ وَتَمَتَّعُواْ قَلِيلاً إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ (٤٦) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٤٧) وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواْ لَا يَرۡكَعُونَ (٤٨) وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ (٤٩) فَبِأَىِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُ ۥ يُؤۡمِنُونَ (

Al-Mursalat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih

Demi (malaikat-malaikat) yang diutus untuk membawa kebaikan berturut-turut (menjalankan tugasnya), (1)

Yang terbang dengan sekencang-kencangnya, (2)

Dan demi (malaikat-malikat) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya, (3)

Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya, (4)

Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (wahyu kepada manusia), (5)

Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar (derhaka); (6)

(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku. (7)

Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; (8)

Dan apabila langit terbelah; (9)

Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan; (10)

Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing). (11)

(Jika ditanya): Ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan? (12)

(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum. (13)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu? (14)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)! (15)

Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)? (16)

Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian. (17)

Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa. (18)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)! (19)

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang? (20)

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh, (21)

Hingga ke suatu masa yang termaklum? (22)

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! (23)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)! (24)

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? (25)

Yang hidup dan yang mati? (26)

Dan Kami telah jadikan di bumi: Gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga? (27)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)! (28)

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya. (29)

Pergilah kamu kepada naungan (asap Neraka) yang bercabang tiga. (30)

Yang tidak dapat dijadikan naungan dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api Neraka. (31)

Sesungguhnya Neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar, (32)

(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning. (33)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian). (34)

Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), (35)

Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. (36)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! (37)

Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu). (38)

Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. (39)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)! (40)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat) dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir). (41)

Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (42)

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (43)

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik. (44)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)! (45)

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa. (46)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah). (47)

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya. (48)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (49)

(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman? (50)

Huraian

Ayat pertama surah ini

; وَٱلۡمُرۡسَلَـٰتِ..

Allah bersumpah dengan malaikat-malaikat bagi menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah.. sesungguhnya saat kiamat yang dijanjikan pasti berlaku.. ayat 8 hingga 15 Allah menerangkan kiamat itu berlaku dengan hilangnya bintang2 di langit lalu hilanglah cahaya.. langit pun terbelah dan berkecai.. gunung2 pula hancur lebur berterbangan menjadi debu yang ditiup angin.. dan pada ketika itu para rasul didatangkan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan.. pada hari itu orang2 yang mendustakan para rasul akan menerima azab kesengsaraan dan kerugian yang besar

وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ

Dalam surah ini (Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan) diulangi sebanyak 10 kali adalah untuk mendatangkan rasa insaf kepada manusia supaya beriman kepada hari akhirat dan mempertahankan aqidah supaya tidak kufur.

Ayat 16 hingga 19, Allah menempelak orang2 kafir untuk menakutkan dengan menyatakan : “Bukankah Allah telah membinasakan orang2 terdahulu yang mendustakan para rasul seperti kaum Nabi nuh, kaum ‘Ad dan kaum Thamud begitu juga dengan kaum Nabi Lut, Syuaib dan Musa termasuk juga Firaun dan kaumnya.. kecelakaan besarlah bagi para pendusta itu”.

Ayat seterusnya Allah mengingatkan tentang kekuasaan dan nikmat pemberianNya mencipta manusia daripada air mani yang hina, diperkembangkan dalam rahim, ditentukan rupa dan bentuk, lelaki atau perempuan, diberikan tempoh hingga dilahirkan dan menjadikan manusia sebaik2 kejadian..memberikan makan dan minum lalu kenapa manusia tidak mahu bersyukur.. mengapa masih tidak mahu beriman?

Lalu Allah menggambarkan orang2 kufur ini akan masuk ke dalam asap Neraka yang bercabang tiga. tidak ada naungan dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api Neraka. dan Neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar.. Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning. Lalu pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian Allah gambarkan bahawa mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah

Ayat2 seterusnya Allah menyatakan Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat) dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir). (41) Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (42) (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (43) Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik. (44) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)! (45) Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa. (46) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah). (47) Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah solat, mereka enggan mengerjakannya. (48) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (49) (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman? (50)

Begitulah Allah menggambarkan suasana hari akhirat dalam surah Al-Mursalat ini.. lalu perkataan apakah selain al-Quran ini yang dapat diimani? Tidak ada perkataan selain Al-Quran yang memberi penjelasan sejelas2nya..


Marilah kita berusaha bersungguh2 mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam api yang menjulang membakar kulit dan tidak hidup dan tidak pula mati