Friday, September 25, 2009

Suasana Alam Akhirat (25) - Surah As-Syu'ara (Ahli-ahli syair) Ayat 90 hingga 102

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ini sambung tentang suasana hari akhirat seperti dalam surah As-Syu'ara ayat 90 hingga 102. Mudah2an kita dapat mengambil ingatan dan seterusnya memelihara diri kita daripada terjerumus ke dalam api neraka.



Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. (87) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. (88) Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (89)


Sebelum ayat2 di atas (87 hingga 89) Nabi Ibrahim as berdoa memohon kebahagiaan untuk dirinya di dunia dan akhirat serta memohon keampunan untuk bapanya. Dia juga seterusnya memohon supaya di akhirat nanti dia tidak dimalukan disebabkan kekurangan dan kesalahan yg dilakukan di dunia.


Ayat 88 Allah menerangkan bahawa hari kiamat nanti adalah hari yang amat menggerunkan dan menggemparkan. Tidak ada manusia yang terlepas daripada siksaan Allah walaupun ditebus dengan harta dan anak yang banyak. Hanya yang berguna di akhirat nanti ialah orang2 yang membawa hatinya yang ikhlas, datang dengn hati yang bersih daripada dosa, hati yang tidak dipengaruhi nafsu yang tak pernah puas, dan hati yang bersih daripada sifat tamak kepada kemewahan hidup. Jika anak pinak yang rapat pun tidak dapat menolong apa lagi kaum kerabat yang jauh. Dikhaskan perkataan anak2 di situ menunjukkan bahawa anak2 itulah org2 yg paling hampir dgn ibu bapa. manakala harta pula telah diriwayatkan bahawa para sahabat bertanya : "Kalaulah kami tahu apakah harta yang paling baik, tentu kami mahu mengambilnya". Maka dijawab oleh Rasulullah saw :"Harta yang paling utama ialah lidah yang dapat berzikir, hati yg dapat bersyukur dan isteri yang baik yang dapat menolong orang Mukmin menguatkan imannya".


Setelah Allah swt menerangkan bahawa harta dan anak2 tidak akan berguna di akhirat, Allah menerangkan pula bahawa yang berguna nanti di akhirat ialah perbuatan menjauhkan diri daripada kufur.

Seterusnya Allah menerangkan beberapa perkara yang akan berlaku di akhirat:

1. وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa. (90)

Pada waktu itu syurga menjadi dekat kepada orang2 yang bahagia, mereka dapat melihatnya, mereka bergembira kerana dihimpunkan dekat dengan syurga. Mereka inilah orang2 yang bertakwa iaitu yang memelihara diri daripada segala kejahatan.

2.
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ

Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (91)

Pada waktu itu juga neraka kelihatan dekat, terbuka dengan terang kepada orang2 celaka sehingga mereka dapat mendengar suara nafas neraka, yg menjadikan mereka kecut dan takut. Dan mereka yakin bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Didekatkan neraka kepada mereka supaya mereka lebih cepat menjadi takut dan gerun. Mereka dilupakan kerana pada waktu mereka hidup di dunia mereka telah melupakan Allah swt.

3.
وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ

Serta dikatakan kepada mereka: Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu. (92)
Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri? (93)

Mereka ini akan dicela krn kebodohan mereka, mereka akan ditanya
: "Manakah dia benda-benda yang kamu sembah dan kamu pertuhankan dahulu?. Benda2 itu bukanlah layak disembah, benda2 itu hanyalah patung dan berhala. Apakah merka boleh mendatangkan faedah apabila mereka kamu sembah sehingga dapat pula mereka menolong kamu?" Jawapannya ialah tentu tidak boleh, bahkan mereka tidak dapat menolong diri mereka pun.

4.
فَكُبۡكِبُواْ فِيہَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُ ۥنَ وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ

Lalu mereka dihumbankan ke dalam Neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, mereka dan orang-orang yang sesat bersama. (94)
Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. (95)

Berhala2 yg mereka sembah itu segera (mula2) dilemparkan ke dalam neraka, kemudian diikuti oleh orang2 yang tersesat kerana menyembah mereka. Seterusnya para tentera iblis dan syaitan2 dihumbankan ke dalam neraka kerana merekalah yang jadi pemimpin menyesatkan anak2 Adam as supaya menyembah selain Allah. Allah sengaja menceritakan bahawa orang2 yang tersesat itu dikemudiankan terhumban ke dalam neraka daripada berhala2 yang mereka sembah supaya mereka (manusia) dapat menyaksikan betapa siksanya benda2 yang dibaham oleh api neraka.


Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam Neraka: (96) Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, (97) Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam (98) Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. (99)


Di sini Allah menceritakan bagaimana orang2 yang menyembah berhala itu semasa berada di akhirat. Mereka bertengkar di dalam neraka dengan berhala2, iblis dan juga syaitan yg mengajak mereka menyembah berhala. Penyembah2 berhala merasa bahawa mereka tertipu oleh pujukan syaitan dan iblis atau yang menjadi pemimpin mereka. Mereka mati2an mengatakan dengan bersumpah: "Demi Allah! Sesungguhnya kami terang2 telah tersesat. Sebabnya kami telah jadikan patung2 sebagai Tuhan kami yang kami samakan dengan Tuhan Pencipta alam, padahal tuhan yang palsu, tidak lain dan tidak bukan yang menyesatkan kami adalah syaitan yang berdosa lagi durjana, yang memujuk dan menipu kami". Pengakuan mereka ini sama seperti dalam surah Al-Ahzab ayat 67,

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۟

bermaksud
:"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar"). (Al-Ahzab - 67)

Mereka juga saling menuduh (antara pengikut dan ketua ) seperti dalam Surah Sod ayat berikut:

(Penjaga Neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu. (Ketua-ketua itu berkata): Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran Neraka. (59) Pengikut-pengikut mereka menjawab: Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya Neraka ini sebagai tempat penetapan. (60) Mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam Neraka. (61)

Kesimpulannya ialah orang2 yang menyembah berhala pada hari akhirat nanti akan melihat gambaran sebenar tuhan palsu mereka dan mereka akan mengaku kesalahan mereka yang paling besar lalu menyesal kerana menuruti kehendak pemimpin yang menyesatkan mereka.

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, (100) Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. (101) Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. (102)


Penyesalan mereka itu diperkuatkan lagi dengan mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sekarang iaitu pada hari ini (akhirat) mendapati tidak ada siapapun yang menolong kami, sedangkan kami dalam kesukaran yang amat sangat, tiada pula sahabat karib yang setia dan boleh menunjukkan kasih sayang mereka".


Penyesalan ini timbul kerana mereka terlalu takut kepada siksaan yang bakal mereka terima. Lantaran itu mereka berkata: "Seandainya kami dapat kembali lagi ke dunia nescaya kami akan berbuat kebajikan dan beraml soleh, bukan berbuat seperti apa yang kami perbuat sebelum ini, sehingga apabila kami dimatikan dan dibangkitkan semula di akhirat dapatlah kami jadi orang2 beriman dan tidaklah mendapat siksaan seperti ini.


Ayat ini samalah dgn ayat 53 surah Al-A'raf yang bermaksud:


Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan? Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu. (53).

Tanda-Tanda Kiamat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap makhluk yang hidup iaitu manusia, haiwan, atau tumbuh-tumbuhan memiliki tanda-tanda pada akhir kesudahan hidupnya di dunia. Tanda-tanda hampirnya kematian manusia adalah rambut beruban, gigi berkurangan, tua, sakit, lemah dan lain-lain. Begitu juga haiwan, tanda-tandanya hampir sama dengan manusia. Manakala bagi tumbuh2an warna menguning, kering, jatuh, lalu reput dan hancur. Demikian juga alam semesta, memiliki tanda-tanda akhir masanya seperti kehancuran dan kerosakan. Saa’ah asalnya adalah sebahagian malam atau siang. Dikatakan juga Saa’at berarti waktunya hilang dan habis. Daripada makna ini, saa’ah atau kiamat mempunyai dua maksud iaitu : Saa’ah khusus bagi setiap makhluk, seperti tumbuh2an, binatang dan manusia ketika mati atau datang ajalnya. Itu semua dikatakan telah datang saatnya. Saa’ah umum bagi dunia secara keseluruhan ketika ditiup sangkakala, maka hancurlah segala yang ada di langit dan di bumi.

Bagaimana dengan kiamat yang sebenarnya? Tentu saja lebih dahsyat, lebih besar, dan lebih mengerikan. Dan Al-Quran banyak menyebutkan tentang kejadian pada hari kiamat. Terjadinya kiamat adalah hal yang ghaib. Hanya Allah saja yang Tahu. Tidak satu pun daripada makhlukNya yang mengetahui bila akan berlaku kiamat, baik para nabi maupun malaikat. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Surah Luqman ayat 34).

Maka ketika ditanya tentang hal ini, Rasulullah saw mengembalikannya kepada Allah swt. Dalam Al-Quran Allah berfirman lagi : “KepadaNyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Fussilat ayat 47)

Allah merahasiakan terjadinya hari kiamat, dan menerangkan bahwa kiamat akan datang secara tiba-tiba.

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Surah Al-A’raaf ayat 187)

Namun demikian, sesungguhnya Allah dengan rahmatNya telah menjadikan kiamat memiliki tanda-tanda yang menunjukkan ke arah itu.

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (Surah Muhammad ayat 18)

“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula).”(Surah Al-An’am ayat 158)

Maka tanda-tanda kiamat adalah tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadinya kiamat tersebut. Dan tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil iaitu tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, digantinya dengan kebodohan, ramai peminum arak, berlomba-lomba dalam pembangunan, dan lain-lain. Kadang2 sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar ataupun muncul sesudahnya.

Tanda kiamat besar iaitu munculnya perkara yang besar mendekati kiamat seperti muncul Dajjal, Nabi Isa as, Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul daripada tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat daripada sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal daripada tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi dan diakhiri dengan wafatnya Nabi Isa as. Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit dan berakhir dengan terjadinya kiamat.” Ibnu Hajar melanjutkan, ”Hikmah daripada kejadian ini bahawa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat.” (Fathul Bari)

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Tanda-tanda kiamat kecil terbahagi menjadi dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah saw, terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti amanah disia-siakan, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinaan dan pembunuhan, ramainya bilangan wanita daripada lelaki dan lain-lain.

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw

Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian.’ Baginda melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Bila terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebahagian yang lain, “Rasulullah saw tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang daripada mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam

”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorok mereka. Mereka keluar daripada agama seperti anak panah keluar daripada busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

8. Banyak polis dan pembela kezaliman

“Di akhir zaman banyak polis di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesuatu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

10. Berleluasa Fitnah

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai berleluasanya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Bertambah ramai kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum arak, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid

Dari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

15. Menyebarnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli daripada mana hartanya didapat, apakah daripada yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Tanda-Tanda Kiamat Besar

Ayat-ayat dan hadits yang menyebutkan tanda-tanda kiamat besar di antaranya:

Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata, “Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulqarnain berkata, “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” (Surah Al-Kahfi ayat 82)

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (Surah An-Naml ayat 82)

Daripada Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata: Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingat. Rasulullah saw. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-mengingat?” Sahabat menjawab, “Kami mengingat hari kiamat.” Rasulullah saw. bersabda,”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan: Dukhan (kabut asap), Dajjaal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as. Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman mengantar manusia ke Mahsyar. (HR Muslim)

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda : "Hari tidak akan berakhir, dan tahun belum akan pergi sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang daripada keluargaku, namanya sama dengan namaku.” (HR Ahmad)

Perbedaan antara tanda-tanda kiamat kecil dan kiamat besar adalah :

1. Tanda-tanda kiamat kecil secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda kiamat besar.
2. Tanda-tanda kiamat kecil sebahagiannya sudah terjadi, sebahagiannya sedang terjadi dan sebahagiannya akan terjadi. Sedangkan tanda-tanda kiamat besar belum terjadi.
3. Tanda kiamat kecil bersifat biasa dan tanda kiamat besar bersifat luar biasa.
4. Tanda kiamat kecil berupa peringatan agar manusia sadar dan bertaubat. Sedangkan kiamat besar jika sudah datang, maka tertutup pintu taubat.
5. Tanda-tanda kiamat besar jika muncul satu tanda, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya. Dan yang pertama muncul adalah terbitnya matahari dari Barat.

SUMBER SINI.

Thursday, September 17, 2009

Suasana Alam Akhirat (24) - Surah Taha طٰه

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini dicatatkan suasana alam akhirat sperti yang digambarkan dalam surah طٰه


1) Ayat 74 hingga 76


Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang dia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahanam yang dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. (74) Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang dia beriman, serta dia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: (75) (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat. (76)


Siapa yang mengerjakan larangan Allah semasa hidup di dunia disebabkan kufur dan derhaka akan mendapat balasan Neraka Jahanam. Keadaan mereka yang tinggal di dalam neraka ini digambarkan sebagai tidak mati dan tidak pula hidup. Keadaan ini sama seperti yang diterangkan dalam surah al-a'la ayat 11 hingga 13, yang telah saya huraikan di sini dan dalam surah Fathir ayat 36 yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka Neraka Jahanam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa) dan tidak pula diringankan azab Neraka itu dari mereka dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. (36) ertinya org2 yg berada di dalam neraka itu tidak bebas daripada siksaan dan tidak akan mendapat kesenangan.

Manakala bagi siapa yang beriman (percaya kpd Allah dan apa yg dibawa oleh RasulNya) dan mengerjakan amalan soleh mereka beroleh darjat atau kedudukan yang tinggi lagi mulia di akhirat. Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Sesungguhnya penduduk syurga yang paling tinggi (Ahli 'illiyyin) sememangnya dapat melihat org2 yg berada di atas mereka spt melihat bintang2 yang beredar di kaki langit disebabkan kebaikan mereka yg sangat banyak. Org2 itupun bertanya: Ya Rasulullah! Adakah itu tempat para Nabi? Dijawab oleh baginda: Bahkan! Dan Demi Tuhan yang diriku dibawah kekuasaanNya mereka itulah org2 beriman dengan Allah dan percaya kpd Rasul2 yg diutuskan
. Mereka ini akan kekal di dalam syurga-syurga yang juga kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat..



2) Ayat 102 hingga 112

(Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam (keadaannya) menjadi biru. (102)
Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja. (103)

Pada hari kiamat setelah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala pada kali terakhir semua org2 kafir yang berdosa akan dihimpunkan dalam keadaan pucat kerana ketakutan dan rasa cemas. Mereka ini berbisik2 sesama mereka tetapi tidak dapat menyuarakan kata hati dgn jelas dan terang disebabkan rasa takut. Ada juga di antara mereka berkata: Kamu hanya tinggal di dunia selama sepuluh hari sahaja. Mereka menyebut sedemikian kerana mereka bingung disebabkan suasana alam akhirat itu terlalu hebat hinggakan mereka rasa hidup mereka di atas dunia dahulu amatlah singkat. (Beginilah yang kita rasa sekarang iaitu jika kita merasai kesusahan keadaan terasa amat lama manakala jika mendapat nikmat kesenangan kita rasa terlalu sekejap masa berlalu).


(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat. (104)

Allah menjelaskan bahawa Dialah yg lebih mengetahui apa yg mereka bisikkan ttg lama sebenarnya mereka tinggal di dunia dan ada di kalangan mereka yg lebih baik fahaman dan pemikiran mengatakan mereka hanya tinggal satu hari sahaja di dunia. Inilah kata2 Allah utk memaklumkan kpd manusia bhw org2 kufur akan cepat sekali melupakan kelazatan dan nikmat yg mereka telah alami semasa berada di dunia apabila mereka bersua dgn peristiwa yg menggemparkan dan menggerunkan, sehingga org yg paling baik di kalangan mereka pun berkata mereka hanya tinggal satu hari di dunia.


Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. (105)
Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. (106) Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. (107)

Pada hari kiamat nanti gunung2 akan dihancurkan oleh Allah swt sehancur2nya sehingga menjadi debu yang berterbangan ditiup angin. Tempat tertegaknya gunung itu akan menjadi rata kosong dan licin tiada lagi kelihatan lembah yg merupakan bahagian tanah yg rendah dan tidak ada pula bahagian tanah yg tinggi yg menyekat pemandangan.


Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan. (108) Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (daripada dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya dan kepada orang yang diredai perkataannya. (109)
Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia) dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. (110)

Pada hari yg menakutkan itu kelihatan org2 yg berkumpul mengikut suara yg menyeru mereka agar berkumpul untuk diberi perhitungan dan pembalasan. Masa ini tidak ada seorangpun dapat lari dp penyeru mereka malahan mereka dengan cepatnya menuju ke arah penyeru dan bersedia mengikut arahan dengan tidak kedengaran suara kerana lemah dan takutnya mereka. Pada masa itu mereka tahu bahawa tidak ada raja yg memerintah seluruh alam ini kecuali Allah. Pada hari itu tidak ada gunanya lagi pertolongan yg dipinta baik dp sesiapapun kecuali jika Allah yang bersifat Pengasih itu memberi izin supaya diberi pertolongan kerana Allah menyukai perkataan org yg diberi izin itu dan atas kerelaanNya. Pengecualian ini hanya atas kehendak Allah semata2.



Setelah Allah menerangkan ttg tiada gunanya pertolongan melainkan dgn izinNya Allah memberikan alasannya iaitu Allah sudah pun tahu apa yg ada di hadapan mereka pada hari kiamat nanti (yg ada di hadapan) dan apa yg akan mereka kerjakan semasa di dunia (yang ada di belakang mereka).


Menurut riwayat Ibnu Abbas ra: Nanti org2 yg fasik akan disukai oleh Allah dan Dia rela kepadanya kerana pada akhir kehidupan org itu mengucap kalimah La ilaha illallah.

Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. (111) Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang dia beriman, maka tidaklah (seharusnya) dia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya. (112)



Di akhirat mereka akan menundukkan muka mereka kerana menyerah diri kepada Allah Pencipta alam, Dialah yg Maha Perkasa kerana hidupnya kekal dan tidak mati lagi Berkuasa mentadbir sekelian makhluk. Dan org2 yg zalim mendapat kerugian manakala org2 yg beriman dan beramal soleh akan mendapat pahala, tidak takut diinaya dan pahala mereka tidak akan berkurangan.

Ayat 123 hingga 126

Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. (123) Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124) Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? (125) Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (126)


Ayat2 ini mengingatkan kita manusia akan peristiwa terusirnya Nabi Adam as dan Iblis daripada syurga, dan mereka turun ke dunia dan bermusuh2an . Siapa yg mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yg ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap org2 yg diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

Sunday, September 13, 2009

Suasana Alam Akhirat (23) - Surah Maryam (Perihal Maryam- Ibu Nabi Isa as)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini dicatatkan suasana alam akhirat sperti yang digambarkan dalam surah Maryam

1) Ayat (61 hingga63)


(Iaitu) Syurga "Adn" yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya (merupakan janji yang tak kelihatan) disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku. (61) Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). (62) Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami. (63)

Dalam ayat 60 Allah menerangkan bahawa orang2 yang bertaubat dan meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan serta beriman kepada Allah dan RasulNya, mentaati perintah Allah yakni beramal soleh akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan diinaya sedikipun. Seterusnya dalam ayat 61 Allah menerangkan bahawa kepada mereka ini akan dikurniakan Syuga "Adn". Syurga "Adn" menurut sestengah pentafsir adalah taman/perkebunan yang amat indah dan menjadi tempat tinggal yang kekal kepada orang2 yang beriman tadi kerana mereka mempercayai perkara2 ghaib.

Dalam ayat 62 pula Allah menggambarkan bahawa syurga yang dijanjikan kepada orang2 ini keadaannya ialah berupa tempat yang aman, tenang, tidak ada perbualan kosong dan sia-sia, yang ada hanyalah ucapan selamat sejahtera oleh malaikat2 kepada mereka atau ucapan selamat sejahtera sesama mereka. Tidak ada sesuatu pun perkataan yang boleh menimbulkan keadaan yang tidak tenteram. Segala keperluan mereka, makanan dan minuman terhidang sepanjang masa. Itulah syurga yang diwariskan kepada orang2 yang beriman dan beramal soleh.(63)

2) Ayat 67 hingga 72


Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam. (68) Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka. (69) Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api Neraka itu. (70) Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (71) Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam Neraka itu. (72)

Allah bersumpah dengan ZatNya yang mulia bahawa Dia nanti akan mengumpulkan orang2 kafir bersama-sama dengan syaitan2 yang mereka sembah selain Allah di padang Mahsyar. Di sini ada yang meriwayatkan bahawa org2 kafir akan dikumpulkan bersama teman (qorin) mereka daripada bangsa syaitan yang dahulunya menggoda mereka. Allah akan membawa mereka di luar neraka jahanam sesudah lama berdiri menunggu di Padang Mahsyar dengan keadaan berlutut sebagai tanda penghinaan kepada mereka.. kemudian Allah akan menarik keluar antara mereka itu orang yang paling derhaka untuk diberi siksaan. Allah menyatakan bahawa Dia lebih tahu mana hambanya yang paling baik ataupun yang paling jahat dan Allah tahu adakah amalan yang dilakukan oleh seseorang itu baik atuapun buruk.. maka orang yang paling derhaka itulah yang paling awal mendapat siksaan dan orang lebih sedikit amalan kejahatan dimasukkan lebih lewat namun tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada azab Allah SWT.

3) Ayat 85 hingga 96

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertakwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan. (85) Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga. (86)

Allah memberitahu bahawa orang2 yang bertakwa, kehidupan mereka apabila dihimpunkan di padang mahsyar menjadi satu rombongan yang menunggu untuk menerima kera'ian dan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengasih. Manakala orang2 kafir akan diseret dengan berjalan kaki sedangkan leher mereka terasa akan putus kerana kehausan. (85 & 86)

Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!. (87)

Tidak ada seorangun yang akan berpeluang mendapat syafaat (pertolongan) di akhirat nanti kecuali jika dia telah dijanjikan untuk mendapatkannya dan pada waktu dia hidup di dunia dia mendapat petunjuk dan menjadi orang2 yang mengerjakan amalan soleh. Pertolongan yang diperoleh pula bergantung kepada kadar amalan solehnya.(87)

Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (88) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (89) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. (90) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91) Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. (92)

Termasuk orang2 yang berdosa ialah orang2 yang mengatakan bahawa Allah mempunyai anak. Golongan Yahudi mengatakan Uzair itu anak Allah dan orang2 nasrani mengatakan Isa itu anak Allah, begitu juga org2 musyrikin Arab mengatakan malaikat itu anak2 perempuan Allah.. Perkataan ini amat dibenci oleh Allah sebab dengan mengatakan demikian mereka menyamakan Allah swt seperti makhluk manusia dan binatang yang melahirkan anak..

Allah amat murka. sungguh keji mereka itu, perkataan mereka itu amat besar kesannya sehingga benda2 yang tidak bernyawa pun terperanjat apabila mendengarnya, seperti langit, bumi dan gunung. Hampir saja langit itu pecah, bumi terbelah dua dan gunung pula runtuh disebabkan kepiluan mereka kerana takutkan kemurkaan Allah swt Padahal Allah MHA SUCI daripada apa yang mereka perkatakan..


Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. (93) Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. (94)

Allah menguatkan kecamanNya kpd org kafir dgn menyatakan bhw tidak ada seorangpun daripada malaikat mahupun daripada bangsa jin dan manusia melainkan dia menjadi milik Allah yang akan patuh kpd hukumNya dan bertumpu kpdNya semasa berhajt kpd pertolonganNya serta tunduk utk mengabdi seperti tunduknya seorang hamba kpd tuannya. sesunguhnya Pengetahuan allah meliputi sgl makhluknya. Allah mengetahui apa yang nampak dan apa yang tersembunyi, semuanya di bawah perintah dan tadbirNya. Begitu pula Allah mengira daripada setiap pernafasan seseorang, tutur kata dan perbuatan kerana Allah Tahu zahir dan batin.


Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri. (95) . Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)


Setiap org akan dtg menemui Allah pd hari kiamat masing2 bersendirian, tidak ada keluarga yang menemani, tidak ada penolong yg dpt membantu tidak seperti ketika berada di dunia. Org2 Mukmin yg beriman dg Allah dan RasulNya serta kebenaran agama serta mengamalkan perkara2 halal, menjauhkan perkara2 haram Allah akan memberikan perasaan kasih sayang di dalam hati mereka. Dalam hubungan ini ada hadis yg dikeluarkan oleh al-Bukhari, Musli dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah ra katanya: Bahawasanya Rasulullah saw telah bersbda maksudnya: Apabila Allah menyukai seorang hamba dikatakanNya kepada Jibril: "Sesungguhnya Aku Mengasihi si polan, oleh sebab itu kasihilah dia!" Lalu kedengaran suara yg menyerukan demikian di langit. Kemudian diturunkanlah perasaan kasih sayang atau cinta kepadanya di muka bumi.

Org yang beriman dan beramal soleh itu akan ditanamkan rasa cinta dan kasih sayang oleh Allah ke dalam hati org beriman yang lain,


Saturday, September 12, 2009

Suasana Alam Akhirat (22) - Surah Fathir (Pencipta)

Assalamu'alaikum,

Hari ini dicatatkan tentang suasana alam akhirat yang digambarkan dalam Firman Allah swt dalam surah Fathir (Pencipta) ayat 33 hingga 37.

Huraian:

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ (٣٢

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (32)

Dalam ayat 32 di atas iaitu sebelum Allah gambarkan keadaan di akhirat, Allah menerangkan bahawa al-Quran itu diwarisi kepada hamba2Nya yang terpilih dengan gelaran sebaik2 umat yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ

Golongan pertama: (menginaya/menzalimi diri sendiri) iaitu golongan umat Islam yang menunaikan sebahagian kewajipan agama, malahan melakukan pula sebahagian perkara yang Allah haramkan.

مُّقۡتَصِدٌ۬

Golongan Kedua: (sederhana) iaitu golongan umat Islam yang sederhana dalam menunaikan kewajipan agama, dan meninggalkan perkara2 yang diharamkan tetapi adakalanya dalam amalan mereka tersilap melakukan yang haram dan meninggalkan yang halal

سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ

Golongan Ketiga: (cepat mengerjakan kebaikan dengan izin Allah) iaitu golongan umat Islam yang menunaikan amalan2 yang diwajibkan dan amalan2 sunat serta mereka tinggalkan perkara2 yang diharamkan, yang dimakruhkan bahkan meninggalkan perkara2 yang harus juga.

Di sini dinyatakan bahawa terdapat 3 macam amalan Umat Islam:

1. Cuai dalam mengamalkan ajaran al-Quran dan juga dirinya.
2. Teragak2 antara mahu beramal atau sebaliknya
3. Cepat sekali melakukan amalan kebajikan dan amalan soleh bagi mendapatkan balasan pahala daripada Allah swt dengan izinNya.

Dalam hubungan ini ada pentafsir menyatakan orang yang aniaya itu timbangan kejahatannya lebih daripada kebaikannya, orang pertengahan ialah orang yang timbangan kebaikan dan kejahatannya sama berat, manakala orang yang cepat melakukan kebaikan ialah orang yang timbangan kebaikannya lebih berat daripada kejahatan.

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn",(iaitu taman abadi) yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. (33) Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); (34) Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu. (35)

Di sini Allah menerangkan keadaan golongan ketiga akan mendapat balasan syurga berupa taman perkebunan yang indah, dan diberi persalinan yang indah serta dihiaskan dengan gelang tangan dan perhiasan2 lain daripada emas dan mutiara manakala pakaian mereka diperbuat daripada sutera. Sesetengah ahli tafsir menyebutkan setiap penduduk syurga mempunyai 3 jenis gelang iaitu gelang emas, gelang perak dan gelang bertatahkan mutiara.

Semasa menikmati kurnia Allah, golongan ketiga ini mengucapkan pujian serta syukur kepada Allah yang telah menghilangkan segala kedukaan mereka seperti yang dideritai oleh orang2 kafir yang mereka lihat sendiri. Terasa betul ke segenap jiwa raga mereka bahawa Allah Maha Pengampun dan tidak menyia2kan kebaikan yang dibuat oleh orang2 yang berbuat kebaikan serta memberika tempat tinggal yang indah kekal dan mereka terhindar daripada segala kesusahan dan kepenatan.


Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka Neraka Jahanam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa) dan tidak pula diringankan azab Neraka itu dari mereka dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. (36) Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. (37)


Seterusnya Allah menyatakan tempat bagi orang2 kafir/tidak beriman ialah nerka jahanam, keadaan mereka amat tersiksa kerana mereka tidak dimatikan dan tiada pula diringankan siksaan terhadap mereka. Orang2 ini ialah orang2 yang mengingkari al-Quran dan mendindingi diri mereka dengan kekufuran sehingaa cahaya kebenaran daripada petunjuk al-Quran tidak dapat menembusi pemikiran mereka. Siksaan terhadap mereka semakin bertambah tidak berkurang. Begitulah balasan allah terhadap orang2 yang kufur.

Mereka dalam keadaan amat tersiksa itu menjerit2 dan merayu2 supaya dikeluarkan daripada azab api neraka dan berjanji akan melakukan amal soleh setelah mereka dilepaskan. Lalu Allah menempelak mereka dengan mengatakan bukankah dahulu Allah telah peringatkan, dan Allah telah melanjutkan umur dan memberi masa kepada mereka supaya mengikut ajaran2 al-Quran melalui rasulNya? .. Sekarang rasalah akan akibat tidak mengendahkan amaran Allah semasa di dunia. Tiada siapa yang menolong lagi.

Tuesday, September 8, 2009

Suasana Alam akhirat (21) – Surah Al-Furqaan (Pembeza/Yang Membezakan)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi kita nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat.


Hari ni sambung tentang suasana alam akhirat yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah Al-Furqaan iaitu surah ke 25 dalam al-Quran yang mulia, mulai ayat 11 hingga 34.. Allah berfirman maksudnya:
(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, (neraka sa'ir) api yang menjulang-julang. (11)
Allah memperkatakan tentang keraguan orang2 kafir musyrik terhadap adanya hari kiamat.. keengganan orang2 kafir musyrik mempercayai kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw dan enggan percaya adanya hari kiamat serta balasan syurga kepada yang berbuat baik serta neraka kepada yang berbuat jahat disediakan api yang menjulang2 (neraka) yakni nerakalah tempat bagi mereka yang degil itu.

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah oleh mereka suara marahnya yang menggelegak dan suara nafas yang gemuruh. (12)

Allah memberitahu bahawa apabila neraka "sa'ir" melihat manusia kafir yang akan dimasukkan ke dalamnya, dari jauh lagi neraka mengeluarkan suara kemarahan dengan bunyi apinya yang bergejolak, suara ribut daripada nafasnya yang bergemuruh ingin sangat2 membakar orang2 kafir yang masih jauh itu kerana geramnya terhadap sikap orang2 kafir semasa berada di dunia dahulu. Ibnu Mundzir dan Ibnu Jarir telah mengeluarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Ubaid bin 'Umair katanya : Sesungguhnya neraka itu bernafas dan bergemuruh bunyinya. tidak ada satu malaikat yang muqarrabin mahupun nabi2 yang diutus melainkan gementar tulang2 sendinya apabila mendengarnya, sehingga nabi Ibrahim terduduk di atas lututnya seraya berkata : "Ya Allah! Tiada kupohonkan kepadaMu melainkan keselamatan diriku". Di sini cuba bayangkan bagaimana orang2 yang ingkar sudah masuk ke dalam neraka, tentulah dicengkam, dikeronyok dan dibaham oleh api nerka sebagaimana sesekor singa yang lapar membaham mangsanya. Juga bolehlah kita fahami bahawa neraka adalah makhluk hidup yang boleh mengenal pasti orang-orang yang bakal menghuninya. Orang-orang kafir juga bole mendengar suara api yang mengaum yang marah, geram dan tak sabar-sabar lagi membaham mangsanya.

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13)
Setiap orang kafir dilontarkan ke dalam neraka yang tempatnya sempit, mereka pula terbelenggu tangan ke tengkuk dengan pasung dan diikat dengan rantai besi, lalu mereka pun terpekik terlolong, menjerit2 dan meratapi nasib malang mereka dengan mengatakan : "Lebih baik mati sahaja kami sekarang ini" Kalau mati terlepaslah daripada siksaan api neraka tersebut.


Di sini cuba bayangkan kita dalam keadaan terikat begitu, kaki dan dan tangan tak dapat menolong melepaskan diri, terkena pula api, jika api yang kecil di dunia ini pun tak tertanggung ataupun jika digigit semut api pun kita tak sanggup menghadapinya inikan pula keadaan separti yang Allah gambarkan ini.

(Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14)
Lalu pada hari itu, dikatakan (ditempelak) kepada mereka : "tak usahlah kamu meratap dengan mengharapkan kematian satu kali, tetapi merataplah dengan mengharapkan kematian dan kebinasaaan yang berkali2. Kamu bukannya dibinasakan sekali tetapi dibinasakan berkali2, kerana siksaan itu bermacam2 dan tiap2 siksaan itu amat pedih, (sebab di akhirat manusia tak akan mati lagi. Mereka akan hidup selama2nya). Saat itu keadaan orang-orang kafir kacau bilau menerima azab yang bersangatan itu. Lalu mereka bertanya:

Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15)
Ayat ini ditafsirkan oleh Ahmad Sonhadji Mohammad dalam tafsir di radio; bahawa setelah Allah menceritakan tentang siksaan yang ditimpakan kepada org2 yg mendustakan hari kiamat, disuruh pula Nabi Muhamad saw bertanya kepada org2 kafir musyrik Mekah iaitu : "Katakanlah ya Muhammad kepada org2 yg mendustakan hari kiamat itu adakah neraka yang kamu lihat sedemikian sifatnya itu lebih baik ataupun syurga yang kekal nikmatnya lebih baik"


Menurut Bey Arifin dalam bukunya "Hidup sesudah Mati" ayat ini bermaksud, di sana nanti bertubi2 pula sindiran oleh malaikat2 kepada mereka yang sedang menderita itu.. antaranya mereka disindir dengan pertanyaan2 yang tak diminta menjawabnya seperti : "Apakah neraka ini ini yang lebih baik atau syurga? Soalan ini untuk menambahkan penderitaan mereka kerana semasa di dunia mereka mendustakan apa yang diajar oleh Nabi2 mereka, kenapa mereka menurut ajaran syaitan, kenapa mereka lebih mencintai harta dunia dan sebagainya. Untuk membuat pilihan, di sini bukanlah tempatnya lagi. Segala-galanya sudah terlambat. Hendak memilih jalan ke syurga atau ke neraka bukanlah tempatnya di akhirat tetapi ketika masih berada di dunia. Di dunia Allah telah membentangkan jalan yang luas sama ada nak syukur atau kufur. Apabila sudah merentasi jambatan akhirat, manusia hanya layak menuai hasil tanaman masing-masing.
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing). (16)
Dalam ayat ini Allah menggambarkan bahawa kesenangan yang diperoleh dalam syurga adalah berkekalan, mereka yang mendiami syurga mendapat apa saya yang mereka inginkan, yang tak pernah mereka lihat, dengar dan terfikir sebelum ini. Itulah janji Allah dan Allah akan membalasnya kerana orang2 Mukmin selalu berdoa semasa di dunia antaranya dengan doa : Rabbana Aatina Fiddunniya Hasanah wa Fil Akhirati hasanah (Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat"

Dan (ingatlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan? (17)
Di sini Allah menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar bersama2 dengan apa yang mereka sembah itu (ini termasuk patung2 berhala, iaitu benda2 tak bernyawa mahupun yang disembah itu berakal seperti malaikat, jin dan manusia termasuk para nabi seprti Nabi Isa dan 'Uzair) dan akan ditanya :"Adakah kamu yang menyesatkan hamba2Ku ini atau adakah mereka yang tersesat daripada ajaran sebenar yakni tidak mahu menurut ajaran rasul?"

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa. (18)
Di sana nanti apabila disoal sedemikian, benda2 yang disembah oleh orang2 kafir termasuk para Nabi akan berkata: "Maha Suci Tuhan kami daripada apa yang disifatkan oleh orang2 musyrik.. Tidak patut kami diambil sebagai pelindung daripada musuh2Mu, bahkan Engkaulah pemimpin kami. Maksud ucapan mereka ialah "Tidak patut mereka menyuruh/menyeru manusia menyembah mereka sedangkan mereka juga sepatutnya menyembah Allah swt tambahan pula Allah swt telah memberikan kesenangan kepada mereka serta bapa2 mereka sedangkan mereka asyik leka kerana menuruti hawa nafsu dalam menikmati kesenangan, mereka lupa akan ajaran2 Allah, lalu jadilah mereka orang2 yang binasa".
Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar. (19)
Kata2 tempelakan dalam ayat ini ditujukan kepada orang yang menyekutukan Allah, bahawa orang2 dan benda2 yang mereka sembah itu (mengaku) bukanlah Tuhan yang patut mereka sembah kerana mereka (yang disembah) sendiri pun tidak berdaya untuk mengelakkan sebarang siksaan Allah swt kepada diri mereka dan tuidak juga dapat menolong orang2 yang menyembah mereka. Oleh itu Allah akan menyiksa mereka dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan yakni berbuat SYIRIK.

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya). (20)
Dalam ayat 20 ini Allah menjelaskan kepada Nabi Muhammad saw bagi menghiburkan hatinya bahawa para nabi yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Allah swt adalah terdiri daripada manusia. Ini kerana org2 musyrik menganggap bahawa seorang rasul itu tidak patut makan, minum dan berbuat seperti manusia lain (mereka meminta supaya malaikat yang tak perlu makan atau minum dan ke pasar2 bagi menyampaikan ajaran kepada mereka). Allah memberitahu bahawa para rasul sebelum Nabi Muhamad saw juga semuanya makan, minum, berjalan untuk mencari nafkah hidup.. perlakuan nabi2 dan rasul seperti ini tidaklah merendahkan martabat mereka, yang membezakan antara satu sama lain ialah tentang sifat2 mereka serta mukjizat yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka. Dan allah ingatkan bahawa Allah sudahpun menguji manusia itu antara satu sama lain.. ada para rasul ditugaskan menyampaikan perytusan Allah, ada yang Allah lantik sebagi raja atau ketua negara, ada yang ditakdirkan jatuh miskin. Ini adalah ujian Allah sama ada para rasul akan taat mengerjakan perintah ataupun meninggalkan perintah Allah.. dan para rasul yang menjadi utusan Allah ditakdirkan sedemikian agar mereka menyeru manusia menyembah Allah tanpa mengaharapkan balasan. Itulah sebabnya Allah menjanjikan pahala yang besar bagi orang2 yang sabar.

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (21)
Orang2 yang mendustakan Allah dan rasulNya bersikap angkuh dengan memohon supaya Allah menurunkan Malaikat sebagai rasul supaya mereka dapat melihat Allah swt. Mereka mengatakan mengapa tidak diturunkan bangsa malaikat supaya mereka (malaikat) dapat menyatakan adakah benar2 Nabi Muhammad saw itu seorang Rasul Allah. Kalu tidak diturunkan malaikat lebih baik kami dapat berjumpa dengan Allah. dengan ini barulah kami dapat beriman.. Inilah tentangan yang teramat jahat.

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya) dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). (22)
Akhirnya pada hari kiamat mereka dapat melihat malaikat datang untuk menyiksa mereka. Begitulah Allah mengabulkan permintaan mereka. Mereka yang berdosa dapat melihat malaikat datang tanpa membawa berita gembira. Mereka berdoa supaya tidak mendapat apa2 yang buruk terhadap diri mereka.

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (23)
Segala amalan baik mereka seperti menghubungkan silaturrahim, menolong orang dalam kesusahan, dan lain2 kebajikan tidak akan akan mendapat pahala. Jikalah mereka beriman pasti mereka diberi pahala tetapi disebabkan kesyirikan mereka segala perbuatan baik mereka tiada nilai, semuanya sia-sia ibarat debu berterbangan.

Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya. (24) Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat) dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan. (25) Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir. (26) Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (27) Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (28)
Orang2 beriman (ahli2 syurga) tempatnya lebih baik daripada orang2 kufur (ahli neraka). Diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti apa yang mereka minta iaitu supaya diturunkan malaikat akan benar2 terjadi. Malaikat akan turun berpasuk2an dan berterusan, segala makhluk yang tinggal di cakerwala seperti langit, bintang akan pecah terbelah dan hancur menjadi abu. semuanya akan jadi kosong dan segala peraturan alam akan rosak binasa. Pada hari itu Allah menunjukkan sebenar2 kekuasaanNya. Pada hari itu malaikat turun membawa kitab catatan amalan semua manusia. Inilah masa yang amat sukar bagi org2 kafir. Mereka amat menyesal dan amat marah kepada diri sendiri sambil berkata: Alangkah baiknya jika dahulu aku bersama2 para rasul Allah. Mereka juga mengutuk diri mereka kerana mengikut jalan yang sesat.

Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). (29) Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai. (30)

Orang2 musyrik ini nanti akan mengatakan :"Sesungguhnya teman2 kami yang menyesatkan kami dan mengajak kami supaya tidak beriman dengan apa yang diajarkan oleh para rasul iaitu ajaran al-Quran" dan rasul2 pula mengatakan bahawa kaum mereka telah mengabaikan ajaran Allah dengan meninggalkan ajaran al-Quran begitu sahaja yakni tidak mahu menggunakan peraturan2 yang telah ditetapkan.
Orang2 musyrik ini nanti akan mengatakan :"Sesungguhnya teman2 kami yang menyesatkan kami dan mengajak kami supaya tidak beriman dengan apa yang diajarkan oleh para rasul iaitu ajaran al-Quran" dan rasul2 pula mengatakan bahawa kaum mereka telah mengabaikan ajaran Allah dengan meninggalkan ajaran al-Quran begitu sahaja yakni tidak mahu menggunakan peraturan2 yang telah ditetapkan.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka). (31)
Dalam ayat ini Allah menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawasanya Nabi Muhammad saw mempunyai musuh daripada kalangan org2 musyrik yang suka melemparkan kata2 yang keji dan melakukan perbuatan2 di luar batas. Begitu juga dengan nabi2 terdahulu, mereka juga mempunyai musuh yang mengingkari ajaran Allah. Yang pastinya Allah akan menolong Nabi dan orang2 yang beriman. Dan Allah berkata cukuplah Tuhanmu sahaja yang akan memimpin engkaundengan hidayahNYa dan akan menyampaikan ke arah yang engkau tuju dan dan akan mennolng engkau sehingga engkau menang.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. (32) 
Di sini Allah menyatakan bahawa orang2 Yahudi yang kufur bertanya mengapa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw tidak diturunkan sekaligus sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Daud. Pada pendapat mereka al-Quran hendaklah diturunkan sekaligus. Dalam tafsir al-Maraghi dikatakan bahawa Taurat juga diturunkan secara beransur2 tetapi orang2 Yahudi itu degil tidak mahu menerima kenyataan.. Allah menyebutkan bahawa al-Quran itu diturunkan secara beransur2 supaya dapat menguhkan hati Nabi Muhammad saw dan al-Quran itu dapat dibaca berulang2, diteliti berulang2 sehingga tertanam dengan kuatnya ke dalam hati orang2 yang membaca dan menghafalnya. Hal ini disebut juga dalam surah al-Isra' ayat 106 yang bermaksud : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (106)

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu). (33)
Setiap kali orang2 Yahudi menemui/mendatangai Nabi Muhammad saw mereka akan menanyakan perkara2 pelik untuk menentang Nabi, mereka juga mengemukakan cadangan2 yang ganjil bagi mencela kerasulan Nabi. Dan bagi setiap ucapan ganjil mereka ini Allah bekalkan kepada Nabi hujjah2 yang benar bagi menangkis segala yang mereka perkatakan.
Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya. (34)
Orang2 kafir ini akan diheret beramai2 ke dalam Neraka Jahanam. Mereka dihukum dengan menyeret mereka dalam keadaan meniarap dan muka tersembam ke tanah terbelenggu dengan keadaan yang amat hina. Itulah tempat yang paling buruk dan hina bagi orang-orang kafir, musyrik, munafik serta para pencela agama.

Begitulah gambaran suasana hari akhirat nanti. Jika diperhatikan dalam ayat2 di atas tadi Allah berfirman dengan menggambarkan keadaan ketika ayat2 diturunkan dan juga menggambarkan apa yang akan berlaku di akhirat nanti. Begitulah kemukjizatan al-Quran daripada segi susunan bahasa.

Mudah2an kita semua dapat ambil iktibar daripada apa yang dapat ditulis di sini.. segala yang baik itu daripada Allah dan yang tidak baik itu daripada diri saya sendiri.. MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH DAN SEGALA PUJIAN HANYA UNTUKMU.. Saya Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dan saya memohon keampunan Dari MU Ya Allah.