Friday, May 28, 2010

Pengertian Iman dan Imam Hasan Al-Bashri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Zuraini Ismail dalam Majalah Solusi isu 19 menyatakan :

Hassan Al-Bashri sudah sinonim dalam kalangan umat Islam sebagai seorang 'ulama sufi' sama seperti Junaid al-Baghdadi, Malik bin Dinar, Ibhrahim bin Idham dan ramai lagi. Beliau terkenal dengan pidatonya yang hebat dan menyentuh. Setiap kali menyentuh tentang akhirat atau zaman kegemilangan para sahabat Nabi SAW boleh menyebabkan pendengar menangis tersedu sedan.

Dalam buku Malam Pertama di Alam Kubur oleh Dr. Aidh Al-Qarni menyatakan bahawa Hasan Al-Bashri rahimahulllah berkata,

"Iman tidak hanya angan-angan dan hiasan semata. Iman adalah apa yang diyakini dengan hati dan direalisasi dengan amalan atau tindakan. Iman adalah keyakinan yang mengakar kuat di hati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah sehingga ia benar-benar teguh pada diri seseorang".

Dr. Aidh Al-Qarni menyatakan bahawa Hasan Al-Bashri rahimahulllah berkata lagi:

"Celakalah manusia oleh angan-angannya; berkata tanpa beramal, bermakrifat tanpa bersabar dan beriman tanpa keyakinan. Mengapa ada beberapa orang yang tak memiliki aqal. Kudengar ucapan tetapi tak ada realiti"

Jadi mari kita tanya diri kita adakah kita sebagai seorang mukmin yang telah merealisasikan iman dengan perbuatan atau sekadar ucapan sahaja? Iman bukan sekadar ucapan yang boleh dibuat main-main lalu dibiarkan sahaja.

Imam Hassan Al-Bashri masuk ke suatu kaum lalu keluar, kaum yang mengerti tetapi mengengkari, mengharamkan tetapi kemudian menghalalkan.Agama mereka hanya sekadar ucapan di bibir. Mereka ditanya; "Apakah engkau beriman dengan hari kiamat?" Mereka menjawab ; "Ya, kemudian mendustakannya. "Apakah yang engkau ketahui tentang hari kiamat?"

Dr. Aidh Al-Qarni berkata lagi bahawa,

Inilah akhlak orang yang beriman: ada keteguhan dalam beragama, ada iman dalam keyakinan, ada ilmu dalam santun dan berlaku santun dalam berilmu. Ada kecerdasan dalam kelembutan, keindahan dalam jejaknya, ada kemurahan dalam kayanya. Ada kelembutan dalam pemberiannya, ada kasih sayang terhadap yang lemah. selalu menunaikan hak-hak, ada kesedaran dalam istiqamah, tidak membalas orang yang membenci, tak ada keengganan dalam menolong.

Akhlak orang-orang yang beriman juga tak pernah menghina dan mengejek, tak pernah tenggelam dalam senda gurau dan permainan yang sia-sia. Tidak menggunjing (memfitnah, caci maki) manusia, tak melakukan sesuatu yang tidak diketahuinya, tak pernah menolak kebenaran. Subhanallah! Inilah akhlak orang-orang yang beriman.

Berbalik kepada Imam Hasan al-Bashri, beliau bukan sekadar boleh memberikan sentuhan emosi bahkan mencetus dorongan untuk seseorang berubah dan beramal. Beliau bercakap daripada lubuk nurani, ucapannya selari dengan perbuatan, luarannya sama seperti dalaman, apabila mengajak orang lain melakukan kebaikan, terlebih dahulu beliau mengerjakan apa yang diserunya, begitu juga apabila mencegah kemungkaran beliau tidak pernah melakukan kemungkaran.

Imam Al-Ghazali pernah memberikan komen kepada Imam Hasan Al-Bashri;

"Ajaran-ajaran Hasan Al-Bashri mempunyai pertalian yang rapat dengan syarahan para Nabi, budi pekertinya menyerupai budi pekerti para sahabat Nabi SAW".

Sememangnya Imam Hasan layak memiliki keistimewaan tersebut kerana alam kanak-kanaknya dikelilingi para sahabat Nabi, bahkan beliau sangat bertuah kerana dapat menyusu dengan Ummu Salamah (Ummul Mukmini). Ibunya adalah bekas hamba Ummu Salamah manakala ayahnya pula bekas hamba Zaid bin Thabit.

Hasan banyak berguru dengan ramai sahabat Nabi SAW sehinggalah pada usia 14 tahun Hasan meninggalkan negerinya Madinatul Munawwarah mengikut ayahnya berpindah ke Basrah dan menetap di sana. Disebabkan akrabnya Hasan dengan kota Bashrah maka namanya dirangkaikan dengan kota tersebut menjadi Hasan Al-Bashri.

Bold

Kisah Imam Hassan ini boleh dibaca dalam Majalah Solusi isu 19 dan iman boleh dibaca dalam Buku Malam Pertama di Alam Kubur.

Friday, May 21, 2010

Perhimpunan Yang Menanti



07 Jamadil Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Allah berfirman:

يَوۡمَ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓاْ‌ۚ أَحۡصَٮٰهُ ٱللَّهُ وَنَسُوهُ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

Maksudnya:

"Pada hari Allah membangkitkan semuanya dihimpunkan (dikumpulkan), lalu diterangkan (dikhabarkan) kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Mujadalah [58] : 6)

Ayat ini merupakan acaman keras daripada Allah SWT kepada manusia.

1) Bahawa tidak ada yang terkecuali sama ada suka atau tak suka tetap akan dibangkitkan.

2) Bahawa akan dibangkitkan di tempat yang sama, dalam keadaan yang sama, berkaki ayam dan bertelanjang (Ada hadis tentang ini), dan anda boleh bayangkan keadaan pada hari itu , sila klik di SINI (Harap dapat dibaca agar lebih terkesan di jiwa).

3) Allah bagi tahu berita yang hebat kerana Allah menggunakan kalimah فَيُنَبِّئُهُم bukan kalimah 'KHABARA'. Berita-berita hebat ini diberitahu oleh para Nabi (berasal daripada kalimah nabiyyun), boleh juga lihat ayat kedua surah An-Naba' untuk memahami maksud kalimah itu.

"Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)". (An-Naba' [78] : 2)

Oleh sebab berita ini berita besar maka manusia perlu beri perhatian. Dalam hal ini kita boleh ambil contoh yang mudah. Seorang pelajar mengambil peperiksaan. Ada 3 hal yang perlu diperhatikan, katalah A dia menjangka apa soalan akan keluar dan dia bersedia dengan sebaik-baiknya. B pula dia menjangka soalan itu keluar tetapi tak bersedia, manakala C pula, dia langsung tak menjangka dan langsung tak bersedia.

Sekarang kita lihat pula apa akan jadi pada A, B dan C ini jika soalan yang dijangka keluar itu betul-betul keluar. Tentulah A ini seronok, suka dan puashati, manakala B pula akan menyesal sebab dia menjangkakan soalan itu akan keluar tetapi dia tak besedia, dan C pula yang paling malang, dia ingat semuanya tak keluar, dia langsung tak bersedia. C ini sangat kecewa.

C ini tak pernah jangka dan tak pernah bersedia jadi bila masuk ke dewan peperiksaan tentu dia terperanjat, tak boleh jawab dan rasa nak keluar dari dewan. Begitulah umpamanya di akhirat nanti. Manusia yang tahu apa akan disoal dan dia bersedia dan tiba-tiba di akhirat pula berlaku seperti yang dia jangkakan tentulah dia bergembira. Golongan yang kedua pula akan menyesal sebab dia menjangkakan tapi tak bersedia. Manakala golongan ketiga adi dia ingat semuanya tak ada, diapun tak buat apa-apa persediaan. Diapun menyesal dan akan minta kembali semula ke dunia untuk melakukan amalan soleh seperti dalam surah as-Sajadah.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-sajadah [32]: 12)
Dalam ayat tadi Allah kata أَحۡصَٮٰهُ Aku akan hitung segala amal mereka sedangkan mereka lupa.

Ada satu kisah seorang 'alim tetapi ini bukan daripada mana-mana hadis, namun sebagai anekdot. Pak Kiyai dalam satu ceramah menceritakan tentang seoarang 'alim yang banyak ilmu dan banyak amalan. Semua orang menyangka dia mati dalam keadaan senang berada di alam barzakh, tetapi pada suatu hari seorang muridnya telah bermimpi bertemu gurunya yang 'alim tadi. Guru itu memberitahu bahawa dia mengalami masalah kerana sekali pada masa hidupnya dia telah menghadiri majlis makan-makan. Lalu terselit sedikit makanan di celah gigi, diapun mengambil dan mematahkan sebatang lidi daripada sebilah penyapu bagi mencungkil keluar makanan yang terselit itu tanpa pengetahuan tuan punya penyapu. Subhanallah! kerana satu lidi yang dipatahkanpun dia ditanya dan tersangkut. Sebenarnya ini , kisah tentang hak, bila bukan hak kita biar sekecil manapun, Allah (Al-Muhsi) akan mencatatnya dan dengan sebab tak minta izin orang 'alim tadi tersangkut biarpun amalan-amalan lainnya amat sempurna.

Allah menyimpan rekod, merakam perbuatan atau apa yang terfikir oleh otak kita atau aqal kita. Cuba lihat ayat di bawah:

"Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah". (Al-'Alaq [96] : 15 - 16)

Kenapa Allah kata ubun-ubun, sebabnya ialah otak kita terdiri daripada otak kiri, kanan, depan dan belakang. Allah kata ubun-ubun sebab itulah otak bahagian hadapan yang di sana ada penentu setiap sikap kita . Di sana ada rasa nak kufur, rasa nak muslim, nak mukmin, nak dengki, iri hati, nak terima pendapat atau tak dan seterusnya.

Allah juga merakam melalui DNA kita. Cop jari kita di dunia dan di akhirat adalah sama. DNA tak boleh rekod apa yang ada dalam hati kita. Lihat ayat di bawah:

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yasiin [36] : 65)

Allah juga merakam dan merekod melalui malaikat Raqib 'Atid. Inilah yang paling lengkap kerana kadar keikhlasan, ketakwaan, sama ada kita terpaksa atau tidak yakni sama ada kita berusaha atau tidak semuanya tercatat.

Tambahan pula Allah Maha Menyaksikan;

وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ

"Allah menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu".

Bila Allah kata syahid 'ala maknanya persaksian yang dibuat ke atas manusia itu semuanya memberatkan manusia yakni semuanya berpihak kepada Allah SWT.

Itulah sebahagian daripada ancaman Allah al-Jami' (Yang Maha Menghimpunkan atau Mengumpulkan) pada hari akhirat nanti. Diberinya amaran dan berita ancaman ini sebagai rahmatNya kepada kita agar kita semua bersedia.


Sekian mudah2an memberi manfaat.

Tuesday, May 18, 2010

Ikhlaskan niat dan bertaubatlah

04 Jamadil Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hidup di dunia adalah sementara sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah mengibaratkan bahawa kehidupan manusia di atas muka bumi ini seperti seorang pengembara. Apabila tiba masanya, dia diminta pulang bersama-sama dengan tujuan pengembaraannya.

Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) berkata, Rasulullah memegang bahuku seraya berkata: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa hidup untuk persediaan matimu.” – (Hadis riwayat al-Bukhari)

Firman Allah bermaksud:

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?”(al-Mukminun: 115)

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (Al-Mulk [61] : 2)

Bekalan yang perlu dibawa ke akhirat sebagaimana yang dikehendaki Allah, bakal menentukan ke arah mana harus kita dituju. Hanya ada dua pilihan iaitu sama ada ke syurga ataupun Neraka. Jika kita memilih syurga bererti kita memilih untuk melakukan pengorbanan semasa berada di dunia ini. Pengorbanan yang harus kita lakukan ialah mengisi jiwa kita dengan menjadi insan yang sentiasa melaksanakan perintah Allah dan menghindari larangan-Nya.

Dua cabaran utama harus kita hadapi ialah mengekang kehendak syahwat dan melawan godaan iblis yang berjanji untuk mengheret sebanyak untuk bersamanya ke neraka.

Firman Allah bermaksud:

"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (al-A'raf [7] : 16 - 17)

Allah juga berfirman maksudnya:

“Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah [2] : 268)

Segala amalan baik buruk kita semasa berada di dunia dicatat oleh malaikat pencatat dan al-Mizan akan menentukan sama ada kita akan menerima buku amalan dengan tangan kanan ataupun dengan tangan kiri pada hari akhirat kelak. Segala tindakan, perbuatan, perkataan dan perwatakan kita adalah dikira ibadat jika diniatkan kerana Allah semata-semata.

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar". (Al-Baiyyinat [98] : 5)

Setiap amalan yang dicatatkan adalah bekalan untuk dibawa ke akhirat. Oleh itu berlaku jujurlah ketika bekerja. Jika kita seorang pemimpin kita akan ditanya tentang amanah dan tanggungjawab kita.

Seorang suami akan ditanya tentang hak dan tanggungawabnya kepada isteri dan anak-anak. Begitu juga seorang isteri ditanya pula tentang hak dan kewajipannya terhadap suami dan anak-anak.

Seorang isteri yang mentaati perintah suami selagi suaminya tidak menyuruh berbuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syari'at Islam serta melayan suami dengan baik, dijanjikan pahala dan keampunan Allah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah hingga ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknat hingga ia pulang.” (Hadis riwayat Al Bazzar)

Tindakan membuang benda-benda yang boleh membahayakan atau menghalangi orang ramai yang lalu-lalang di jalan walaupun perbuatannya dianggap remeh, sebenarnya mengundang keampunan Allah kepada pelakunya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang lelaki melalui sebatang jalan dan ternampak ranting pokok yang berduri lalu dialihkannya ke tepi. Maka Allah melimpahkan kasihnya kepada lelaki itu dan diberikan keampunan ke atasnya.” (Sahih al-Bukhari).

Menyesali waktu yang telah berlalu merupakan perkara yang sia-sia. Dengan menyesali waktu yang telah pergi membuatkan kita lalai. Apabila lalai kita akan kerugian. Sebab itu jauhkanlah diri kita daripada perkara-perkara yang merugikan ini. Elaklah perkara ini kerana dengannya kita akan mudah mengeluh, sedih dan kaku dan menyebabkan kita lalai daripada mengingati Allah. Sedangkan kita seharusnya memperbanyakkan zikir dan bertaubat.

Kita hendaklah jadikan hari ini sebagai permulaan bagi memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan pada masa lalu. Dengan ini, mungkin membawa kita kepada keinsafan dan kita melakukan perubahan. Imam Hassan al-Banna menyatakan dalam kitabnya Risalah at-Ta’lim: “Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat dibiarkan berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah”.

Ini bermakna kita perlu bertaubat. Menghampiri taubat dengan rasa ikhlas akan membuahkan sinar baru dalam kehidupan. Sejahat-jahat manusia seandainya taubatnya diterima Allah, pasti darjatnya mampu mencapai kedudukan yang tinggi. Seseorang yang taubatnya diterima Allah seperti bayi baru dilahirkan.

Firman Allah bermaksud:

“Hai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrim [66] : 8)

Seandainya kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat sebagaimana Nabi Adam as dan Hawa' dalam doa mereka:

"Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (al-A'raf [7] :23

Nabi Adam as dan pasangannya memohon ampun dan bertaubat dengan merendahkan diri dan mengakui keslahan mereka, lalu Allah menerima taubat keduanya. Berbeza dengan Iblis, bukan memohon ampun sebaliknya menuduh Allah SWT menyesatkannya lalu berusaha untuk menyesatkan manusia sebagaimana yang telah diterangkan dalam ayat (al-A'raf [7] : 16 - 17) di atas tadi.

"Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". (al-Baqarah [2] : 37)

Kesimpulan:


Berbuat sesuatu amalan perlu niat kerana Allah supaya amalan itu dapat menolong kita saat ditanya Allah pada hari akhirat.

Taubat perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukan sahaja dengan beristighfar (memohon ampun) tetapi berusaha berbuat baik sebanyak mana kejahatan yang telah kita lakukan.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri". (al-Baqarah [2]: 222)

Taubat yang diterima ialah taubat sebagaimana dalam ayat 17 surah an-Nisa' dan taubat yang tak diterima ialah seperti dalam ayat 18 surah an-Nisa'. (seperti yang tertera dalam kad di bawah).

Sekian, mudah2an memberi manfaat. Subhanaka Allahumma wabihamdika, asyhaduan lailaha illa anta, astaghfiruka wa atubu ilayh.

Monday, May 17, 2010

Gunung Berapi Eyjafjallajökull, Iceland meletus lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Debu daripada letusan gunung berapi Eyjafjallajökull, Iceland telah mencapai ketinggian sehingga 25,000 kaki pada minggu ini. Kejadian letusan ini mungkin menyebabkan sebahagian ruang udara British bakal ditutup lagi utk penerbangan.


Angin bertiup dari Utara Barat bererti ada risiko abu dari letusan gunung berapi Iceland, yang bertiup ke dalam wilayah Inggeris. Arah angin dijangka akan berubah pada pertengahan minggu depan dan akan bertiup dari Barat Daya, membawa keluar abu dari wilayah Inggeris.


Di bawah ini beberapa gambaran yang diambil daripada Picture Gallery Eyjafjallajökull, Iceland


Volcanic ash covers the fields and peaks around Eyjafjoll May 16, 2010. The volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland is continuing to erupt with no signs of the explosive activity about to end and an ash plume reaching heights of 25,000 feet, Britains Met Office said on Sunday. Reuters


Tourists take pictures near a farm as ash clouds from Icelands Eyjafjallajokull volcano cover the sky in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


Ash from Icelands Eyjafjallajokull volcano covers cars in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


A car drives through ash from Icelands Eyjafjallajokull volcano in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


A vehicle moves past Icelands Eyjafjallajokull volcano May 15, 2010. Britain and Ireland were on alert for more possible flight disruption due to a fresh cloud of ash from the Icelandic volcano. REUTERS


A fresh cloud of ash rises from the volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland May 16, 2010. Parts of British airspace might have to close from Sunday until Tuesday because of a fresh cloud of ash. Airlines had to cancel around 100,000 flights last month, stranding millions of passengers. Reuters


Ash plumes rise from Icelands Eyjafjallajokull volcano May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


Ash plumes rise from Icelands Eyjafjallajokull volcano May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


A fresh cloud of ash rises from the volcano under the Eyjafjallajokull


Ash plumes rise from Icelands Eyjafjallajokull volcano May 13, 2010.


Steam rises as a result of hot volcanic lava melting the ice under



A fresh cloud of ash and lava eruptions are seen in the volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland May 16, 2010. Parts of British airspace might have to close from Sunday until Tuesday because of a fresh cloud of ash. Airlines had to cancel around 100,000 flights last month, stranding millions of passengers. Reuters

Boleh lihat video di SINI dan SINI

Sumber : SINI

Thursday, May 13, 2010

Masihkah kita ingat?

29 Jamadil Akhir 1431

Bismillahirrahmanirrahim.

Lihatlah betapa Allah swt telah menunjukkan kekuasaan & kebesaranNya.



Di bawah ini disalin maksud ayat-ayat yang tertera dalam youtube di atas bagi memudahkan merujuknya.

Mudah2an kita dapat mengambil iktibar.

"Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?" (Ghafir / al-Mukmin [40] : 81)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al-Ahzab [33] : 59)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". (An-Nur [24] : 31)

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman". (Al-A'raf [7] : 26 & 27)

"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin". (Al-An'am [6] : 75)

"Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya". (Ali Imran [3]: 20)

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Ali Imran [3] : 85)

Surah 26 As-Syu'ara ayat 109, 127, 145, 164 dan 180 bermaksud :"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam".

Nota Penulis: Dalam surah as-Syu'ara ada 5 ayat yang diulang-ulang. Allah menegaskan kepada kita bahawasanya Nabi Muhammad saw hanya menyampaikan peringatan Allah supaya umatnya mengikut ajaran Allah swt. Nabi tidak mendapat apa-apa keuntungan dan kerugian, kita manusialah yang mendapat kerugian jika tidak mengikut ajaran Allah dan sebaliknya kita beruntung jika mengikut Allah dan RasulNya.

Terima kasih kepada Suhana kerana memberikan anugerah ini.

Wednesday, May 5, 2010

Banjir di Riyadh

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Angin kencang disertai hujan lebat melanda kota Riyadh hari Isnin 3 hb Mei yang lepas, menyebabkan banjir besar di ibukota Saudi itu. Hujan badai yang terjadi kelmarin, bahkan disertai oleh butiran-butiran ais (hujan batu) dan berlangsung terus menerus selama 45 minit, membuat kota itu lumpuh seketika.

Akibat banjir dan cuaca buruk, kota Riyadh nyaris lumpuh. Banyak kenderaan yang terjebak di tengah banjir dan aliran elektrik putus.

Pihak Berkuasa kota Riyadh mengerahkan jabatannya membantu para pemandu yang kenderaan masing-masing terperangkap di tengah jalan yang mengalami banjir. Para pekerja menggunakan peralatan khusus untuk mengepam air.

Badan Meteorologi Saudi menjangkakan bahawa hujan deras akan berterusan turun di Riyadh dalam 24 jam akan datang dan menyeru agar warga Riyadh berwaspada dan bersedia mengahadapi keadaan ini.

Menteri Pendidikan Saudi, Pangeran Faisal bin Abdullah sudah mengumumkan bahawa semua sekolah termasuk universiti yang ada di kota Riyadh untuk sementara diberi cuti kerana banjir dan keadaan cuaca yang dikatakan masih buruk.

Sementara para petugas palang merah dari Bulan Sabit Merah Saudi diarah bersedia di jalan-jalan utama untuk membantu jika terjadi kecelakaan lalu lintas.

Meski cuaca buruk melanda kota Riyadh sejak Isnin kelmarin, pihak berkuasa lalulintas penerbangan di kota itu mengatakan tidak ada gangguan dalam lalu lintas penerbangan. Tetapi hampir setengah penumpang penerbangan dari Bandara Internasional King Khaled ke sejumlah tempat tujuan, ketinggalan penerbangan akibat terlambat tiba di bandara kerana terhalang cuaca buruk. (ln/arabnews) Berita ini disunting daripada SINI







Sumber gambar di bawah : SINI


























Boleh lihat gambar-gambar lain mungkin berkaitan di sini