Tuesday, September 28, 2010

Kiamat 2013???

Pada 20 September 2010, para saintis di United Kingdom (UK) memberi amaran bahawa satu letusan besar daripada matahari akan berlaku pada tahun 2013.

Letusan ini boleh menyebabkan satu bencana global yang akan menyebabkan krisis makanan, terputusnya bekalan elektik serta jaringan internet dan lain-lain lagi.

Menurut akhbar The Sun UK, malapetaka tersebut sangat dahsyat sehinggakan Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox mengadakan persidangan tergempar di London untuk membincangkan strategi berhadapan dengan ancaman tersebut.

Amaran saintis ini mengingatkan kita akan filem Hollywood yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu - 2012. Adakah apa yang digambarkan dalam filem itu akan benar-benar menjadi realiti?

Pastinya, kebanyakan daripada kita akan merasa risau akan apa yang bakal berlaku dua atau tiga tahun lagi. Lalu, pelbagai strategi dan persiapan dilakukan untuk menghadapinya.

Namun sedarkah kita bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja? Adakah kita risau akan detik pengakhiran kita di muka bumi? Adakah kita benar-benar menyusun strategi dan persiapan untuk mati?

Sumber : iluvislam.com

Berikut adalah petikan daripada SINI (Surah al-Jaathiyah [45] ayat 26 hingga29)

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia akan mematikan kamu, setelah itu Dia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu). (26)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (27)

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! (28)

Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)! (29)

Marilah kita tingkatkan usaha untuk meraih syurga Allah. Mudah2an kita mendapat rahmatNya bila berlaku kiamat nanti. Kiamat yang pasti, hanya Allah yang tahu bila akan berlaku.

Monday, September 20, 2010

Kenikmatan Dalam Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Akhir-akhir ini berpeluang menonton ceramah ustaz-ustaz di Youtube.. kali ini salin siri ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias tentang nikmat syurga.




Dalam siri 1 ini Ustaz mulakan dengan membaca ayat, Allah berfirman :

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Ya-Siin [36] : 65)


إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥

Sesungguhnya penduduk Syurga(ahli-ahli Syurga) pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (Ya-Siin [36] : 55)


هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (Ya-Siin [36] : 56)

لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Ya-Siin [36] : 57)

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Ya-Siin [36] : 58)

Nota: Suasana Alam Akhirat seperti dalam Surah Ya-Siin

Ayat 55 hingga 58 ialah nikmat tentang syurga, tak terbayang dan terlintas dalam hati kita nak dapat nikmat dan bagaimana nikmat dalam Syurga, sebab itulah pada suatu hari Nabi Muhammad saw bertanya kepada sahabat : "Kamu ni dah berkemas-kemaskah, dah packing barangkah? sahabat bertanya ya Rasulullah! berkemas ke mana? Rasulullah saw menjawab; untuk masuk ke syurga. Kata Rasulullah saw, syurga ni tak pernah kamu terbayang nikmatnya, tiada kesusahan dalamnya, tiada mudharat dalam syurga, tiada kejahatan di dalamnya, semuanya baik belaka. Maka para sahabat berkata; Ya! kami buat persiapan ya Rasulullah! Nabi berkata: Jangan kata ya, tetapi katalah InsyaAllah, kami akan buat persiapan.

Nabi sebut dalam hadis yang dibacakan tadi dengan perkataan bersiap-siap untuk ke Syurga. Apabila kita hendak ke suatu tempat tentulah kita bersedia lebih awal dengan segala bekalan seperti pakaian dan apa sahaja yang akan digunakan (Dalam kes ustaz, ustaz sediakan pakaian, peralatan membersihkan diri dan kitab-kitab bila nak ke ceramah sebab ustaz bertolak dariIpoh ke KL untuk selama 2 hari.. ustaz bersiap dari pukul 1 hingga 2 pagi)

Kita nak pergi Haji ke Mekah, nak tinggal di sana selama 40 hari atau 60 hari sahaja tetapi persiapannya agak lama, dengan kursusnya, persiapan kain ihram dan lain-lain, minta maaf kepada sahabat.. tapi yang dimaksudkan berkemas di sini bukanlah berkemas nak ke Mekah atau ke lain-lain tempat tetapi kita nak ke tempat...



tetapi kita nak ke tempat... yang Allah kata: Jika kita masuk neraka;

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ

Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup . (Al-a'la [87] : 13)

Dalam neraka, matipun tidak hiduppun tidak.. sebab kena siksa dalam neraka, bila tak tutup aurat kena siksa, terompah api dipakaikan hingga kepala menggelegak, hancur badan, kemudian hidup balik, pakai lagi terompah api.. begitulah seterusnya.

Sebagai tambahan saya petik di SINI [Dalam surah Al-a'la ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberi peringatan akan adanya hari kiamat/akhirat.. bagi orang2 beriman terus menerima peringatan ini kerana mereka takutkan siksaan Allah sedangkan orang2 kafir /tidak beriman merupakan orang2 yang mendapat kecelakaan kerana menjauhkan diri daripada peringatan.. tidak mahu mempercayai al-Quran dan mereka sombong. Paling hebat dalam surah ini.. tentang suasana kiamat ini ialah bahawa orang yang masuk neraka itu tidak hidup dan tidak pula mati. sepintas lalu susah nak difahami.. sebab biasanya kalau orang hidup dia pastinya tidak mati dan kalau mati pastinya dia tidak hidup.. bagaimana pula dikatakan tidak akan mati dan tidak pula hidup.. cuba bayangkan.. Erti yang sebenarnya ialah jika dia dikatakan mati pasti dia tak terasa siksaan.. sedangkan dia merasa siksaan.. dan dikatakan tidak hidup pula kerana dia terus menerus mendapat siksaan.. tidak henti2.. dengan kenyataan ini seharusnya manusia akan dapat merasakan betapa hebatnya siksa Neraka itu.. Kenyataan ini lebih ngeri daripada dikatakan siksa sampai mati.. kerana jika seseorang itu disiksa terus menerus tentu dia akan memilih mati daripada hidup.. sebab dengan mati akan berakhirlah penderitaan akibat penyiksaan itu.. cuba bayangkan bagaimana rasanya disiksa terus menerus.. Para sahabat Nabi Muhammad saw setiap kali mendengar atau membaca surah ini mereka menggigil ketakutan sedangkan kita yang tidak memahami bahasa al-Quran akan membaca dan mendengar dengan tersenyum (Na'uuzubillah).. Sebab itu Rasulullah saw diperintahkan terus menerus memberi peringatan jangan sampai jemu untuk menghindarkan manusia daripada terjerumus ke dalam api neraka pada hari akhirat nanti.. ]

Jika masuk syurga alhamdulillah tak mati-mati dah, sebab Allah kata orang yang masuk syurga ni, matinya dijadikan macam kambing kemudian matinya disembelih akhirnya matipun mati.. dan masuk syurga tak mati-mati dah, nikmat je.

Tuan2, puan2, Lama sangat di Padang Mahsyar, lama sangat dalam kubur, agak-agak kita dah berkemas ke atau sudahkah kita pos terlebih dahulu barang-barang kita, cukupkah bekalan kita untuk kita bawa ke akhirat, cukupkah amalan kita yang hendak dibawa.. bandingkan perbelanjaan yang kita bawa semasa menunaikan haji, jika kita ada RM1000 sedangkan orang-orang lain ada RM20,000, RM60,000 semasa mengerjakan Haji, tidak gayatkah kita..

Jadi samalah jika orang lain khatam al-Quran 30 juzuk dalam masa seminggu tapi kita setahun sekali sahaja khatam semasa bulan Ramadhan... tontonilah selanjutnya.. semoga menambah keinginan kita untuk beribadat dan mempersiapkan bekalan untuk ke Syurga Allah.











Sunday, September 19, 2010

Sentuhan qalbu - kasih nabi kepada umatnya



Siapa kita? Di mana kita? Ke mana kita? Merasa cinta Allah? Merasa cinta Rasulullah saw?. Inilah yang cuba diterapkan dalam sentuhan qalbu - halaqah TV9.

Pada saat itu orang soleh tidak lagi boleh membantu anak-anak muridnya. Pada saat itu kata Kaab al-Akhbar: "Wahai Umar! Kalau kamu pada ketika itu ada pahala sebanyak 70 pahala para nabi sekalipun, kamu belum yakin boleh melepasi neraka Allah!".

Bayangkanlah tuan2 dan puan2 kita menghadap Allah di Padang Mahsyar dengan 70 pahala para nabi, belum tentu kita yakin boleh melepasi neraka Allah.

Begitu suasana yang hiruk pikuk, menakutkan, menyiksakan, tapi kata Nabi Muhammad saw; Aku nanti akan menyimpankan doaku supaya menjadi syafaat kepada umatku pada hari kiamat di Padang Mahsyar. Pada saat semua para nabi sudah tidak mampu menolong umat mereka, nabi kita sepanjang hidup tidak pernah mendoakan mala petaka kepada kita, nabi-nabi lain mendoakan musibah kepada umat-umat mereka yang degil, tetapi tidak nabi kita. Bahkan Nabi mengatakan, aku sengaja menta'khirkan doaku supaya menjadi syafaat kepada umatku kelak.

Adakah manusia sebaik ini tidak kita cintai, yang bila nak wafat menyebut nama kita, bila bangun di Padang Mahsyar menyapu pasir-pasir di tubuh, yang dicarinya kita, mana umatku Jibril, mana umat saya wahai Jibril. Disaat umatnya meniti di titian (sirat) berdebar hatinya sebagaimana seorang ayah menyayangi anaknya, begitulan Nabi, sehinggakan Nabi mengatakan siapa2 yang namanya sama dengan nama aku, orang ini akan dikeluarkan lebih cepat daripada api neraka dibandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai nama yang sama denganku.

Marilah kita berfikir! Apa yang telah kita balas kepada seorang manusia yang begitu cinta, kalau kita rasa isteri kita cinta kepada kita, kalau kita rasa suami kita sayang kepada kita, kalau kita rasa ibu bapa kita cinta kepada kita, ketahuilah bahawa nabi lebih mencintai kita berbanding dengan seluruh makhluk dalam muka bumi ini.

Tanyalah kepada diri kita adakah kita benar-benar menjadi umat yang mencintai baginda? Ketahuilah bahawa nabi akan memberikan syafaat pada hari akhirat tetapi kepada siapa?

Apakah ada perasaan bergemuruh dalam jiwa kita mengenagkan perjuangan manusia yang begitu mencintai kita semuanya. Tontonilah selanjutnya.. sambungan sentuhan Qalbu di SINI

Saturday, September 18, 2010

Insaf



Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosaku masa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan ku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laa ilaha illAllah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya...
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku...

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

~
~
~

Allah berfirman dalam surah Taha [20] ayat 124 hingga 127, maksudnya :
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan
himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124)
Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat? (125)
Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan
Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan
demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (126) Dan
demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman
kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat
itu lebih berat dan lebih kekal". (127)

Penuhilah jiwa kita dengan takwa (lakukan taat dan jauhi larangan).. petikan TANYALAH USTAZ pagi tadi di TV9... dengan tajuk JIWA KOSONG

Saturday, September 4, 2010

Demi langit dan "At-Taariq"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.



At-Taariq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi langit dan "At-Taariq"; (1)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? (2)

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya); (3)

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya). (4)

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Dari apa dia diciptakan. (5)

Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); (6)

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. (7)

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (8)

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat dan lain-lainnya), (9)

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri) dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). (10)

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, (11)

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, (12)

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), (13)

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. (14)

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, (15)

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). (16)

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. / (17)

SYED Qutub berkata: "Surah ini merupakan satu contoh yang jelas dari sifat-sifat juzu' Amma itu. Pada seni kata ayat-ayatnya terdapat paluan yang keras yang sesuai dengan jenis pemandangan, jenis irama, bunyi kata-kata dan saranan makna-maknanya. Di antara pemandangan-pemandangannya ialah bintang yang muncul di waktu malam, bintang yang cahayanya menembusi angkasa raya, air mani yang memancut, hujan yang turun dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh. Di antara persoalannya ialah pengawasan Allah di atas setiap jiwa."

Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi langit dan "At-Taariq" dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia "At-Taariq" itu? (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya), tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (Keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).

Firman Allah SWT: Demi langit dan "At-Taariq" Syeikh al-Maraghi berkata: "Kebanyakan sumpah yang dilakukan oleh Allah SWT dalam al-Quran menggunakan lafaz: Demi langit, matahari, bulan dan malam. Ini disebabkan keadaan benda-benda tersebut bentuknya, peredarannya, terbit dan tenggelamnya merupakan keajaiban yang menakjubkan. Bagi orang yang mahu merenung dan memikirkannya menjadi bukti bahawa benda-benda tersebut nescaya ada yang menciptakannya dan mengaturnya yang tiada sekutu dengan sesiapa pun dalam mencipta dan mengadakannya."

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia "At-Taariq" itu? (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya)

Qatadah dan juga yang lain mengatakan: "Disebutnya bintang dengan sebutan Taariq kerana bintang itu hanya dapat dilihat pada malam hari dan sembunyi (tidak terlihat) pada siang hari. Hal ini ditegaskan dengan apa yang disebutkan dalam hadis sahih yang bermaksud: "Seorang lelaki dilarang mengetuk pintu rumah isterinya, yakni mendatangi mereka secara mendadak pada malam hari".

Ibnu Abbas berkata: "Al-Thaqib bermaksud yang bercahaya."

Firman Allah SWT: Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (Keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).

Syed Qutub berkata: "Dalam ungkapan ini terdapat satu penegasan yang kuat iaitu tiada satu jiwa pun melainkan ada penjaga yang mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Ia ditugaskan dengan perintah Allah supaya menjaganya. Allah menyebut "jiwa", kerana jiwalah tempat simpanan rahsia dan fikiran manusia dan pada jiwa itu dihubungkan amalan dan balasan. Di sana tidak ada kacau-bilau dan keadaan tidak menentu."

Manusia yang hidup di bumi ini tidak dibiarkan bebas tanpa penjaga. Mereka tidak dilepaskan begitu sahaja dalam liku-liku kehidupan tanpa pengawal. Mereka tidak ditinggalkan bebas boleh membuat apa sahaja tanpa pengawasan, malah kegiatan hidup mereka dirakamkan dengan teliti dan hisab, malah mereka kelak adalah diasaskan di atas catatan yang berhemat dan secara langsung.

Penutup

Ayat-ayat ini menyatakan saranan-saranan hebat dan membuatkan seseorang itu merasakan bahawa dia tidak pernah keseorangan. Andainya dia keseorangan akan diawasi oleh penjaganya. Di sana ada pengawas yang memerhatinya apabila ia berada seorang diri atau jauh daripada segala mata atau berada di tempat yang aman kesibukan.

Di sana tetap ada penjaga dan pemerhati yang dapat membukakan segala penutup dan menembusi segala yang tersembunyi sama seperti cahaya bintang yang dapat menembusi tabir kegelapan malam. Ciptaan Allah itu serupa sahaja sama ada pada jiwa manusia atau pada kejadian yang lain di seluruh alam.

Semoga kita menjadi umat Muhammad yang sentiasa menjunjung titah perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Amin.

Oleh : DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
Utusan Malaysia

Boleh klik Suasana Alam Akhirat Seperti Dalam Surah At-Tariq di sini

Friday, September 3, 2010

Menanti di Alam Barzakh



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails