Friday, October 29, 2010

Ujian Tsunami

Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.

Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan.

Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.

“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya. Semuanya ini berkaitan dengan ombak Tsunami yang melanda kepulauan Mentawai. Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter. - Kosmo






Gambar-gambar di bawah ini diambil daripada SINI.

Tsunami survivors comfort each other at a temporary ...

Mangsa tsunami masing-masing memujuk antara satu sama lain di sebuah pusat perlindungan sementara di pulau Pagai, di Kepulauan Mentawai, Indonesia, Khamis 28 Oktober 2010 (AP Photo / Tundra Laksamana)


Tsunami survivors make their way past damaged ...

This aerial photo released by Indonesian Presidential ...

Villagers carry food distributed by government ...

A woman who lost her house and husband in the ...

Tsunami survivors turn their face away from down ...

Tsunami survivors sit at a destroyed house at ...

Tsunami survivors make their way through the ...

Rescuers carry the body of a tsunami victim on ...

Rescuers give water to a tsunami survivor on ...

A rescuer puts the body of a tsunami victim into ...

A woman tsunami survivor surveys her village ...

Tsunami survivors make their way past destroyed ...

A mother carries her child as she passes ruined ...

Tsunami survivors take shelter at a tent after ...

Tsunami survivors weep on the tsunami-ravaged ...


Woman collects clothes from the debris of her ...

A survivor looks at the bodies of tsunami victims ...

Tsunami survivors weep on the tsunami-ravaged ...

A boy tsunami survivor drinks water at an area ...

This aerial photo shows trees uprooted by Monday's ...

Hunt for survivors after twin Indonesia disasters

Debris is seen on Indonesias Sipora island ...

This aerial photo shows a damaged building in ...

This aerial photo shows a village flattened by ...

Ini foto udara menunjukkan sebuah kampung yang telah rata disebabkan gempa bumi Isnin mencetuskan tsunami di Pulau Pagai, Sumatera Barat, Indonesia, Rabu 27 Oktober 2010. Pesawat dan helikopter lengkap dengan pekerja penyelamat dan kelengkapan mendarat untuk pertama kalinya pada hari Rabu di pulau-pulau terpencil Indonesia yang dilanda oleh tsunami (tiga meter) 10-kaki, menyapu desa-desa dan menhanyutkan sekurang-kurangnya 154 orang (AP Photo/Achmad Ibrahim)

Villager holds a baby survivor, orphaned by the ...

Seorang warga memegang mangsa tsunami iaitu bayi, yatim piatu yang selamat. Gambar diambil 26 Oktober 2010.

View of the remains of the tsunami-hit Muntei ...

Australians tsunami survivors Daniel Scanlan, ...

Frame grab shows an aerial view of the tsunami-hit ...

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan bukankah hidup dan mati kita adalah merupakan ujian buat kita semua.

Friday, October 22, 2010

HURUN 'AIN


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Salah satu kenikmatan hidup di dunia ialah apabila Allah menciptakan wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita.

Antara keduanya ada perasaan tarik menarik. Daripada perasaan itu timbul pula rasa cinta mencintai hingga wujud kehidupan yang bahagia.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum [30 ] : 21)

Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu pemberian Allah SWT yang lebih baik sesudah iman dan taqwa daripada isteri yang baik. Jika disuruh ia mentaati, jika melihat kepadanya melapangkan hati, jika bersumpah kerananya dia menolong menepati, jika berada jauh dia menjaga dirinya dan harta suaminya."

Sebagaimana di dunia begitulah pula di akhirat. Salah satu kesenangan dan kebahagiaan yang Allah sediakan selepas kesenangan dan kebahgiaan yang tertinggi iaitu melihat wajah Allah ialah Allah SWT menciptakan pasangan (zaujah) masing-masing.

Tidak sedikit ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi menerangkan tentang keistimewaan zaujah ini.

Menurut sebahagian besar para ulama' pasangan ini (bidadari) Allah ciptakan untuk lelaki dan juga wanita, dan ini disebut bidadari atau wanita syurga. Jadi persoalannya adakah nanti untuk wanita disediakan bidadari seperti juga yang disediakan untuk keum lelaki. Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Dato' Hassan Din al-Hafiz ialah lelaki dan wanita akan dapat bidadari syurga yang akan melayan segala kehendak di syurga nanti.

Dinyatakan juga bahawa wanita dalam syurga ada dua golongan, pertama wanita-wanita dunia yang masuk syurga dan kedua, wanita-wanita yang Allah ciptakan dalam syurga yang tak pernah hidup dalam dunia ini. Itulah yang disebut HURUN 'AIN atau yang disebut sebagai BIDADARI. (al-Waaqi'ah [56] : 22)

Jadi orang lelaki akan dapat bidadari (isterinya yang masuk syurga, jika sampai 10 orangpun masuk syurga dia akan ketemu kesemua sepuluh itu) serta bidadari yang telah disediakan di syurga. Di sana tidak ada cemburu. Tentang wanita pula saya kurang jelas dengannya tetapi saya faham bahawa akan dapat pasangan daripada suami kita di dunia yang masuk syurga dan dapat bidadari syurga.


Antara ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan keadaan bidadari syurga ialah:

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (As-Saaffaat [37] : 48-49)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad [38] :52)

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (at-Tur [52] : 20)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (Ar-Rahmaan [55] : 56)

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata yaqut dan marjan (delima dan marjan). (Ar-Rahmaan [55] : 58)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70)

Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Ar-Rahmaan [55] : 72)

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahmaan [55] : 74)

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (Ar-Rahmaan [55] : 76)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Al-Waaqi’ah [56] : 22-23)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari-bidari) mereka dengan ciptaan istimewa,Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi’ah [56] : 35-37)

Gambaran Bidadari dalam Hadis

Berkata Ibnu Mubarak daripada Ibnu Abbas ra; ia berkata pada suatu hari, kami duduk bersama Ka'ab, lalu ia berkata: "Sekiranya sebuah tangan daripada Bidadari itu dijulurkan dari langit, akan terang benderanglah seluruh permukaan bumi sebagaimana matahari meneranginya bagi penduduk dunia." Kemudian ia berkata; "Kalau demikian keadaan tangannya sahaja bagaimana pula dengan mukanya, putihnya dan ayunya".

Berkata Atha' as-Sulamy kepada Malik bin Dinar: "Ya Abu Yahya, di dalam syurga Bidadari-bidadari mempertontonkan kecantikannya kepada ahli syurga. Sekiranya Allah SWT tidak menentukan bahawa ahli syurga tidak akan mati selamanya, sudah tentu ahli syurga akan mati setelah melihat wajah bidadari yang luar biasanya (kerana terperanjat)."

Daripada Ahamd Ibnul-Hawary: "Seorang yang arif bijaksana pernah menemui seorang yang arif dan bijaksana yang lain lalu berkata: "Rindukah engkau terhadap bidadari?" Dijawabnya; "Tidak". Berkata lagi yang menanya tadi : "Tidak rindukah engkau akan Bidadari kerana sinar wajahnya ialah Nur Allah 'Azza wa Jalla." Mendengarkan itu yang ditanya jatuh tersungkur kerana pengsan.

Ath-Thabarany menuturkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Al-Hassan, daripada ibunya, daripada Ummu Salamah ra, dia berkata, “Saya berkata:

"Wahai Rasulullah! Jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Baginda menjawab: "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung merak.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “Laksana mutiara yang tersimpan baik.” - (Al-Waqi'ah [56] : 23). Baginda menjawab: "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku firman Allah: “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70) Baginda menjawab: "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi : Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung kasawari) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Saaffaat [37] : 49) Baginda menjawab: "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Jelaskan padaku firman Allah, “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah [56] : 37) Baginda menjawab: "Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: "Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Mu'az bin Jabal; Berkata Rasulullah saw: "Bila seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini, maka berkata Bidadari yang bakal jadi pasangannya di syurga: "Janganlah engkau sakiti dia, kemarahan Allah atasmu, ia di sisimu hanya sementara, jika ia menceraikan kamu ia akan kawin dengan kami". Daripada hadis ini masing-masing Bidadari itu sudah mengetahui siapa lelaki yang masih hidup akan menjadi pasangannya kelak.

Daripada pelbagai sumber.

Monday, October 18, 2010

Syurga Dijual Allah - Berhati-hatilah wahai orang-orang yang beriman! dengan janjimu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Allah berfirman dalam (at-Taubah [9] : 111) maksudnya:

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".

Setiap orang yang beriman telah menjual dirinya, jiwanya dan hartanya kepada Allah untuk melayakkannya mendapat syurga.

Setiap orang mesti menggunakan dirinya, jiwanya dan hartanya untuk Allah semata-mata sebab Allah sudah berjanji untuk membayarnya dengan syurga kepada orang-orang yang beriman itu.

Bila diri, jiwa dan seluruh harta kekayaan kita sudah dibeli Allah SWT dengan syurga sebagai bayarannya itu tidak dipergunakan untuk Allah bererti kita sudah membatalkan perjanjian dengan Allah, ertinya syurga tak jadi diserahkan kepada kita.

Berhati-hatilah wahai orang-orang yang beriman dengan janji-janjimu.

Dalam sebuah hadis, dikatakan bahawa syurga itu dijual Allah SWT dengan tauhid, siapa yang tidak bertauhid, tidak layak mendapat syurga.

Sabda Rasulullah saw: "Ketahuilah, tiada seorangpun antara kamu yang boleh masuk syurga dengan amalnya. Para sahabat bertanya: Dan engkau juga tidak wahai Rasulullah? Jawabnya benar, hanya jika Allah melimpahkan rahmatNya kepadaku."


Walaupun demikian jangan disalahertikan, kerana tidaklah dinamakan seorang itu beriman atau bertauhid jika dia tidak beramal dan berbuat menurut kehendak Allah SWT. Jadi orang yang bertauhid tidak mungkin tidak beramal, tetapi mungkin orang yang beramal tanpa bertauhid maka dalam hal ini dia tidaklah akan dimasukkan ke dalam syurga.

Sumber : Hidup Sesudah Mati Karya bey ariffin

Sunday, October 17, 2010

Jalan Ke Syurga vs Jalan ke Neraka


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal daripada Abdullah bin Mas'ud ra:

Pada suatu hari Rasullullah saw membuat garis lurus di atas pasir lalu berkata: "Inilah jalan Allah, jalan yang lurus." Kemudian baginda membuat banyak garis yang bersimpang siur ke kanan dan ke kiri, ke utara dan ke selatan, lalu berkata ; "Ini semua adalah jalan-jalan syaitan, setiap garis atau jalan itu ada syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian bagindapun membaca ayat al-Quran

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ

yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. (al-An'am [6] : 153) - Riwayat Ahmad bin Hambal daripada Ibnu Mas'ud.

Dengan alasan tersebut di atas para ulama' berpendapat bahawa jalan ke syurga itu hanya satu, iaitu jalan yang ditetapkan oleh Allah yang dinamai siratul Mustaqim, iaitu ajaran-ajaran Allah dengan perantaran Nabi-nabi dan rasul-rasulNya, sejak nabi Adam as hinggalah Nabi Muhammad saw yang semuanya itu terdapat dalam al-Quran al-karim. Jalan-jalan yang menyimpang daripada ajaran al-Quran dan para Rasul adalah jalan-jalan syaitan dan semuanya menujuk ke neraka.

Tuesday, October 12, 2010

Guru Mursyid

Sumber Gambar : Google

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini sempat dengar ceramah bertajuk Guru Mursyid oleh Ustaz Mohd Kazim Elias. Disalin di sini apa yang disampaikan dalam satu bahagian video tersebut.

Yang menentukan kita selamat atau tidak di dalam kubur atau di akhirat ialah:

1) Takwa.
2) Ilmu.
3) Amal.
4) Jihad.

Jika 4 perkara ini betul maka selamatlah kita.

Takwa bermakna takut kepada Allah; siapakah kamu; di manakah kamu; bila takut kepada Allah; Allah jaga kamu.

Ilmu kena dicari. Ada 4 perkara bila nak menuntut ilmu. 4 perkara ini menjadi asas bila nak menuntut ilmu.

1) Peralatan atau kelengkapan.
2) Guru atau pembimbing
3) Masa
4) Hati

Contoh 4 perkara asas ini ialah dalam peristiwa Israk mikraj, nabi menaiki buraq (kelengkapan), Jibril as (guru pembimbingnya), masanya (waktu malam) dan hatinya telah dibersihkan.

Waktu yang paling sesuai untuk menuju Allah SWT atau mengingati Allah ialah pada waktu malam.

Nak menuju kepada Allah hati mesti dibersihkan. Allah tidak terima amalan dari hati yang tidak bersih.

Amalan mesti betul, ikhlas, bertepatan dengan yang disyariatkan.

Kena cari guru mursyid. Kena cari guru yang boleh membimbing kita ke arah yang betul.

Bagaimana nak tahu guru itu mursyid?. Jika terjadi 3 perkara di bawah ini kepada kita selepas kita berguru dengannya itulah guru mursyid.

1) Bila kita belajar dengannya kita berubah daripada seorang yang kedekut menjadi seorang yang pemurah
2) Jika dulu kita seorang yang cabul mulut, bila belajar dgn guru mursyid kita berubah jadi baik, bersopan santun dalam berbicara, tak caci maki orang dan tak cakap kotor.
3) Kita menjadi lebih berakhlak, penyabar, tidak marah-marah, toleransi, bersikap terbuka, berubah daripada bersifat kasar kepada lemah lembut.

Sumber Gambar : Google

Persoalan: Dapatkah kita menjadi guru mursyid kepada anak-anak dan cucu-cucu kita. Kena berusaha bersungguh-sunguh. Mudah2an Allah bantu kita. Ya Allah bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki ibadah kami kepadaMu.

Sunday, October 10, 2010

Lumpur Toksik Merah di Hungary

LUMPUR toksik merah melitupi sebatang jalan di Devecser kelmarin.


AJKA – Bandar Kolontar di Hungary sunyi seperti sebuah bandar hantu selepas penduduknya dipindahkan semalam berikutan kebimbangan sebuah takungan yang menyimpan bahan buangan toksik berhampiran lokasi tersebut pecah untuk kali kedua.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 120 yang lain cedera apabila dinding takungan sebuah loji aluminium pecah pada Isnin lepas.

Kejadian menyebabkan sejumlah 700,000 kubik meter lumpur toksik merah mengalir deras dan membanjiri beberapa buah bandar di barat Hungary.

Jurucakap perkhidmatan pengurusan bencana, Tibor Dobson berkata, pakar-pakar kini bimbang takungan berkenaan bocor sekali lagi.


Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya, lebih 800 penduduk Kolontar dipindahkan dengan menaiki beberapa buah bas menjelang subuh semalam.

Menurutnya, selain Kolontar, sejumlah 5,300 penduduk bandar Devecser yang terletak berdekatan, turut diarah bersiap sedia untuk berpindah. – AP Kosmo


Sumber Gambar di bawah : SINI











Friday, October 8, 2010

Syurga Dar al-Salam

Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).”

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Tajuk asal : YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?

Wednesday, October 6, 2010

Solatlah sebelum kamu disolatkan!

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran [3] : 185)


Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput oleh Malaikat Maut.
Oleh itu bukalah mata hati dan berfikir.

Biarpun hidup kita hidup dipenuhi kemewahan kerana limpahan
kurnia daripada Allah SWT, kita tidak akan dapat lari daripadanya.

Terserahlah pada kita untuk memilih dan
memutuskan bagaimana kita menjalani hidup kita.

Biar bagaimanapun hidup kita, susah atau senang
janganlah kita derhaka. Apabila seruan Allah Hayya 'alas-solah,
Haiyya 'alal-Falah cepat-cepatlah kita sahut.

Ramai yang telah meninggal sebelum kita,
tetapi kebanyakan daripada kita jarang berfikir tentang
kehidupan kita sendiri dan akhirnya kita mati sendiri.

Bahkan ramai yang berkata lambat lagi mati,
ramai yang ingin sangat menghindari mati! Mereka berfikir akan
hidup selamanya. Mereka akan terus muda, sihat dan kuat.


Hayatilah video di bawah:

Mudah2an kita sentiasa jaga waktu pertemuan kita denganNya.






Sunday, October 3, 2010

Dunia Akhir Zaman - Konspirasi Dajjal

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini saya ingin kongsikan video yang memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dahsyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini dan kemudian kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak.

Sila lawati blog jalan salafus sholih





Nak tau lebih lanjut dengan zaman batu sila klik

Di bawah ini saya catatkan apa yang dipaparkan dalam video bagi memudahkan saya merujuknya kemudian:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah [2] : 30)

Persoalannya apakah perkara yang dimaksudkan oleh Alla SWT yang tidak diketahui oleh para malaikat?

Persoalan itu dijawab oleh Allah dalam ayat -ayat seterusnya: Allah telah mengajar kepada Nabi Adam as tentang "nama-nama" keseluruhannya. Setelah nabi Adam as mengetahui segala nama-nama tersebut maka bersujudlah tanda penghormtan semua malaikat kepada manusia kecuali iblis kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan "nama-nama" oleh Allah. Kerana itu iblis enggan sujud dan berikrar (sehingga hari Kiamat) untuk membuktikan bahawa manusia akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dan akan menumpahkan darah walaupun mengetahui "nama-nama" tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan "nama-nama" tersebut?

Kerana nama-nama itu itulah penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia pada akhir zaman sebagaimana yang sudah dijangka oleh para malaikat.

Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia. Mari kita lihat garis masa pra sejarah yang telah diajar kepada kita:

i) Zaman Batu (-paleolitik,- mesolitik, - neolitik)

ii) Zaman Gangsa

iii) Zaman logam

iv) Zaman moden

Kita sering menyangka bahawa kita bermula dengan zaman batu, kononnya manusia pada zaman itu tidak tahu apa-apa, malah tidak tahu bercakap, tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden seperti yang ada sekarang ini. Itulah yang dipercayai oleh majoriti manusia pada masa ini. Tanyalah kepada siapa saja, mereka akan menjawab seperti ini.

Apabila disebut zaman purba; meraka akan membayangkan semua orang tinggal di dalam gua, tetapi lupakah anda bahawa Kaabah dan Masjidil Aqsa didirikan oleh Nabi Adam as sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah saw dalam hadis?

Dan ini bermakna masa itu manusia sudah pandai membina bangunan, adakah mereka tinggal dalam gua batu seperti binatang? Malah nabi Adam as sudah pandai berkata-kata dan berpakaian dan bertindak waras seperti manusia yang sudah ada pada ketika ini. Apakah nabi Adam as diturunkan ke bumi dalam keadaan hina tanpa ilmu?

Nabi Nuh pula telah membina bahtera yang besar, (ditunjukkan binaan pada zaman kaum madyan, kaum firaun). Sebuah artifak ditemui dalam tamadun Babylon dan setelah dikaji, itu merupakan sebuah bateri, dan ini menunjukkan kerajaan Babylon kuno telah menggunakan tenaga elekterik berjuta-juta tahun dahulu.

Ditunjukkan sebuah lukisan dalam tamadun purba Mesir, di sana ada lukisan kapal terbang.

Adakah zaman-zaman tadi tidak wujud? Istilah-istilah itu cuma satu pembohongan. Siapakah dalangnya?

Itulah Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi. Evolusi adalah pembohongan. Jadi menjadi keperluan kita mengethui sejarah SEBENAR kita.

Al-Quran hanya menyebut nama para nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah seperti : Adam, Idris, Nuh , Hud, Salih, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syu'aib, Musa, Harun, Zulkifli Daud, Sulaiman Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakariya, Yahya 'Isa, dan Muhammad saw.

Contoh ayat-ayat:

1) Dalam al-Baqarah 102 ; Allah sebut kerajaan Nabi Sulaiman as :

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Al-Baqarah [2] : 102)

2) Dalam al-Baqarah 246 ; Allah sebut sesudah Musa...

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?. Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah [2] : 246)

3) Al-Isra' [17] ayat 17 ... sesudah zaman Nabi Nuh as

"Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya". (Al-Isra' [17] : 17)

Ini kerana para nabi adalah wakil atau utusan Allah pada kaumnya pada zamannya dan pada tempatnya dan pada ketamdunan tertentu. Inilah cara sebenar mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan kisah para nabi yang telah diutuskan.

Dengan itu anda akan faham perkembangan tamadun sesuatu kaum. Dengan itu juga anda akan dapat mengetahui bagaimana ketamadunan mereka yang amat canggih boleh binasa dalam sekelip mata sehingga kita menyangka itulah ZAMAN BATU.

"Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (aya-ayat Allah)". (Ali Imran [3] : 137)

Dengan demikian Adam, Idris, Nuh , Hud, Salih, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syu'aib, Musa, Harun, Zulkifli , Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakariya, Yahya, 'Isa, Muhammad saw bukanlah orang-orang gua yang hanya tahu makan dan tidur sahaja tetapi mereka telah membina tamadun yang amat hebat, malah kecanggihan mereka mungkin lebih hebat daripada kita. Pengetahuan mereka lebih tinggai hingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit.

Namun disebabkan kekufuran sebahagian daripada mereka, tamadun yang mereka bina musnah dalam sekelip mata, sehingga kita menyangka bahawa mereka adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah sejarah berulang, namun tidak ada yang mahu mengambil pengajaran, dan sejarah berjalan hingga ke peringkat akhir.

Jangkamasa dalam sejarah ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan; dan apabila Nabi terakhir diutusakan maka ini bermakna sejarah sudah sampai ke peringkat terakhir.

Fasa inilah yang begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis.

Ini kerana Iblis sudah berjanji sejak awal penciptaan manusia lagi bahawa dia akan membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan muka bumi dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Menurut hadis Nabi, zaman umat Nabi Muhammad saw dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit ( Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu kerajaan menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah)

Kemudian Nabi diam; "

(Hadis Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah)

Mengikut Rasulullah saw; fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telahpun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah saw diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah saw telah mengingtkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selapas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai (seramai mungkin) manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunya nabi 'Isa akan turun Imam Mahadi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia dan berusaha mengalahkan Iblis pada peringkat akhir zaman manusia.

You tube kedua

Pada 1099, Perang salib membawa kita kepada permulaan yang dikatakan 'moden' hari ini. Ketika itu Jurusalem jatuh ke tangan tentera Salib.

Pada 1188 sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini mengawal keadaan di Jurusalem dan membina sistem ekonomi sendiri. Sesuatu yang unik yang telah berlaku kepada kumpulan Knight Templar yang jarang kita dengar ialah kumpulan itu telah menemui 'harta' yang tidak ternilai di bawah Masjidil Aqsa ketika berada di Jurusalem. 'Harta' tersebut adalah buku-buku sihir purba milik kaum bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menyimpan di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidi Aqsa. Knight Templar yang telah menjumpai buku-buku itu telah mempelajari simbol-simbol dan sihir Bani Israel. Sihir-sihir tersebut sangat hebat. Mereka meninggalkan agama Kristian lalu mengamalkan upacara penyembahan iblis. Mereka dapat berhubung dengan al-Masih ad-Dajjal yang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingan.

Sebagai balasan; para penyembah Iblis itu mestilah bekerja untuk Dajjal bagi melaksanakan semua konspirasi agungnya termasuklah membina Haikal Sulaiman sebagai istana tempat Dajjal memerintah dunia apabila dia dilepaskan nanti. Tetapi Jurusalem berjaya dirampas kembali oleh tentera Islam dan Knight Templar terpaksa lari semula ke Eropah dan membina kekuatan di Eropah, menyedari itu raja-raja di Eropah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar dan hampir semua ahli kumpulan itu ditangkap dan dibakar hidup-hidup. (Tetapi dalam sejarah kita diajar bahawa yang ditangkap itu ialah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja pada zaman kegelapan Eropah). Sebahagian yang selamat menyusun semula pergerakan yang dinamakan 'Freemason" dan menjalankan konspirasi menjatuhkan raja-raja England dalam revolusi gereja.

Demi menutup kesalahan mereka, mereka gunakan istilah 'renaissance' dalam sejarah. Dengan itu rancangan jahat mereka dinampakan 'mulia' dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah sedangkan tatkala itu mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah menguasai Eropah maka mereka mengembangkan kekuasaan mereka ke seluruh pelosok dunia dan bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai semula Jurusalem. Haikal Sulaiman mestilah dibina untuk ketua mereka iaitu Dajjal.

Langkah yang pertama ialah orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holucaust dirancang , mereka memperkenalkan Zionis kepada Yahudi kononnya untuk menyelamatkan yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal di dalam Talmud sendiri terdapat larangan Bangsa Yahudi membina sebuah negara sendiri. Orang-orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal sulaiman untuk menyambut kedatangan al-Masih ad-Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh Kaum yahudi yang ditindas oleh mereka sendiri. Oleh sebab itulah sebahagian kaum Yahudi yang menyedari agenda jahat tentera Dajjal ini berusaha menyedarkan dunia bahawa orang-orang yahudi telah ditipu oleh Zionis.

Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1 dan 2 dirancang, watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat, dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia. Mereka juga ingin memanipulasi sejarah kononnya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan "raksasa Nazi & Soviet" ciptaan mereka sendiri. Ramai pengkaji konspirasi "antichrist" telah membuktikan bahawa Pearang dunia dan Perang Dingin hanya lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemerintah aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk menjayakan konspirasi agung al-Masih ad-Dajjal.

Apabila raksasa Soviet telah dipadam maka raksasa baru ditimbulkan, oleh itu terjadilah peristiwa 11 september, telah dirancang.

Banyak penyiasatan persendirian telah diwujudkan telah menunjukkan bahawa peristiwa itu adalah kerja Amerika sendiri dan Osama bin Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya seorang agen CIA yang bernama Tin Osman. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum itu tidak pernah mendengar nama Osama dan al-Qaeda. Ini hanyalah dongeng Amerika. Turut menjayakannya juga ialah alat media al-Jazeera yang telah disahkan mempunyai kaitan dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda anti pengganas. Yang wujud hanyala Taliban.

Konspirasi Dajjal hampir ke kemuncaknya. Mereka hanya menunggu runtuhnya al-Aqsa untuk mendirikan Haikal sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepas serangan 11 September Amerika telah membina pangakalan tenteranya di 10 buah negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak.

Setelah Afghanisatan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan hingga sekarang.

Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33rd degree Freemason?

Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq.

Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya yang menjadi korban dalam peperangan tersebut ialah rakyat Sunni Labanon dan pelarian Palestin.

Kata bekas Naib Presiden Iran pada Seminar Teluk yang bertajuk; Cabaran dan Mas Depan di UAE pada 15/1/2004 : "Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!"

Manakala James Dobbins pula berkata ; " Selepas serangan 9/11, Amerika telah menyertai satu pasukan pakatan untuk menggulingkan Taliban. Pakatan itu termasuk India, Russia, Iran dan pakatan utara. Dengan bantuan Amerika, pakatan itu telah berjaya menggulingkan Taliban. Itulah yang sebenarnya berlaku".

Dalam sebuah khutbah Jumaat di Universiti Tehran 8 Februari 2002; "Tentera Iran telah memerangi TALIBAN dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di Bumi Afghanistan. Seharusanya Amerika mengetahui jika tidak kerana tentera Iran Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN."

Ditunjukkan gambar gaya tabik tentera Iran dan Hizbullah yang menyerupai gaya tabib Nazi. Gaya ini merupakan gaya tabik yang diamalkan oleh para penyembah syaitan.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (al-Maidah [5] : 51)

Persoalannya adakah Allah bercakap tentang semua Yahudi dan semua Kristian? Allah bercakap sebahagian Yahudi dan sebahagian Kristian?

Al-Quran telah menjawab persoalan ini iaitu terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan hubungan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian. malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian, ya Al-Quran membenarkannya. Oleh itu secara jelasnya ayat al-Maidah di atas tadi bercakap tentang SEGELINTIR Yahudi dan kristian dan bukan SEMUA Yahudi dan Kristian.

JIKA BEGITU, golongan yang manakah umat Islam DILARANG daripada meneruskan hubungan persahabatan dengan mereka? Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat tadi

Kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu.

Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama merekapun. TIDAK PERNAH dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang yahudi melakukan jenayah yang PALING besar yakni membunuh Tuhan. Itulah jenayah terbesar. Membunuh Tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian). Kesannya selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan antara orang-orang Kristian dan yahudi.

JADI ayat al-Quran ini telah membongkarkan sesuatu pada lebih 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab.

Ayat ini meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah, manusia akan menyaksikan "... sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya... atas tuduhan antara orang Kristian dan Yahudi... dan atas kewujudan jalinan persahabatan antara Kristian dan yahudi, dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud" 1400 tahun dahulu lagi Allah telah berfirman bahawa ini akan berlaku.

Dan apabila ini berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka, ke ISLAMan anda akan hilang. Sudah wujudkah perikatan ini? Ya! Ketika kita sedang minum teh tarik dan borborak-borak, sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di universiti satu pakatan misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul, pakatan itu dihantar ke seluruh dunia.. TAMADUN BARAT MODEN. - (Ceramah Sheikh Imran Nazar Husein bertajuk Dinar Emas, Islam dan Masa Depan Wang).

Sekarang anda telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabungpun dalam sejarah, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik dan anda tahu kenapa? Kerana hakikatnya mereka bukanlah Yahudi atau Kristian. Mereka adalah penyembah syaitan, pengamal sihir-sihir kuno yang dijumpai daripada peningalan Bani Israel.

Ditunjukkan simbol-simbol tangan yang terdapat dalam ajaran para penyembah syaitan. Boleh lihat ramai pemimpin menggunakan isyarat ini, antaranya pop, presiden-presiden Amerika, Ahmednejad, Yasser Arafat dan ramai lagi.

Ditunjukkan gambar upacara-upacara penyembahan syaitan yang dilakukan oleh ahli-ahli sihir tadi, gambar Pope dengan lambang salib terbalik, juga lambang "mata satu", simbolik kepada mata Dajjal di sebuah gereja Katholik dan pada wang kertas satu Dollar Amerika.

Saturday, October 2, 2010

Di Ambang Kiamat dan Kedatangan Imam Mahadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.





Allah SWT akan menurunkan Imam Mahadi agar membawa seluruh umat manusiakembali ke jalan yang sebenar dan selamat. Baginda SAW ada menyatakan bahawa pada peringkat pertama tugas Imam Mahadi ialah untuk memperbetulkan akidah umat Islam yang telah teruk tercemar.

Dalam hubungan ini Imam Mahadi terpaksa melaksanakan 3 tanggungjawab yang asas:

1) Menghapuskan mana-mana falsafah yang menafikan kewujudan Allah Yang Maha Esa serta melenyapkan fahaman Athiesma yang begitu meluas berkembang di seluruh pelosok dunia.

2) Menghapuskan segala bentuk bid'ah yang menyimpang daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Antara petanda yang dinyatakan dalam hadis tentang kedatangan hari kiamat ialah peningkatan air Sungai Furat yakni sungai yang terkemuka di Turki.

Untuk mengetahui selanjutnya teruskan menonton youtube di atas. Semoga memberi manfaat.

Boleh klik

Akhir Zaman - Imam Mahadi 1
Akhir Zaman - Imam Mahadi 2
Akhir Zaman - Imam Mahadi 3
Akhir Zaman - Imam Mahadi 4
Akhir Zaman - Imam Mahadi 5
Akhir Zaman - Imam Mahadi 6

Friday, October 1, 2010

Ternyata Langit Meluas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.




Semua hasil kajian para saintis yang dipaparkan ini telahpun dinyatakan dalam al-Quran lebih dari 1400 tahun yang lepas.

Allah berfirman:

"Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan Kami (kekuasaan Kami dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah sentiasa meluaskannya". (Az-Zaariyaat [51] : 47)

Maksud ayat ini ialah Allah cipta langit bukan semakin mengecut tetapi semakin mengembang (ibarat belon dan kita dan segala ciptaanNya berada di dalam belon yang ketika ini mengembang dan mengembang - extending universe). Pengembangan ini ada hadnya dan pada satu saat nanti langit (seolah-olah belon ini) akan mengecut lihat dalam ayat 104 surah 21 yakni surah al-Anbiyaa' :

"(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya. (al-Anbiyaa' [ 21 ] : 104).

Dalam ayat pertama di atas Allah kata DIA luaskan langit manakala dalam ayat kedua ini Allah kata pada hari DIA gulung langit, maknanya sistem dah jadi terbalik. Pada ketika itu sunnatullah terjadi berlawanan dengan sekarang ini. Jika kita lepaskan satu benda, benda tersebut akan naik ke atas tidak lagi ke bawah. Jadi bila sistem terbalik bayangkan apa yang ada di dalam lengkungan langit ini (bayangkan belon mengecut). Jadi segala isi perut bumi akan terkeluar, gunung akan terbang matahari akan berubah arah, tatkala itu tentulah (belon) yang mengecut/ compress ini akan meletup, langit pecah berkecai, bintang-bintang berguguran dan menghasilkan bunyi yang amat dahsyat.

Boleh baca seterusnya tentang luasnya langit ciptaan Allah SWT.