Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum.
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir
seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para
sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.
Hari ini saya copy n paste artikel Ustaz Mohd Zawawi Yusoh bertajuk "Umur kian singkat, ajal makin dekat" tatapan dan peringatan buat muhasabah diri.
*************
MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam
kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian
berganjak dan semakin tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai
bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru,
soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja
ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adalah himpunan antara hari.
Dari hari-hari itulah menjadi setahun.
Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar
sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak
ke mana.
Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak
rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak
tercapai lagi.
Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur
kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.
Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh
berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.
Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun
baru untuk berubah kepada yang lebih baik.
Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup
kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.
Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah
jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil,
penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.
Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan
beranggapan azam itu tidak penting.
Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk
dicapai pada tahun itu.
Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula.
Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui
sepanjang setahun.
Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara
lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik
perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.
Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada
semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah
segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada
diri kita adalah kematian.
Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip
bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.
Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan
diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.
Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda
sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang
yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.
Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya
sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat
berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat
mengalami perubahan yang besar dalam diri.
Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang
lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia
akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.
Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi,
ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada
masa akan datang.
Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh
hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk
berubah.
Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda
dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.
Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi
perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya
dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan
selepas itu akan kembali kepada takuk lama.
Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa
melakukannya.
Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia
sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang
lain.
Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu
bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan
cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.
Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah.
Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah
sehingga menemui Allah.
Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang
paling baik amalannya.
Artikel ini disiarkan dalam myMetro pada : 2013/01/03
*** Boleh juga dengar kuliyah tentang al-Intiqad / Muhasabah diri di sini
.jpg)
8 comments:
Assalamu'alaikum Kak Werdah.... lama kakak menanti N3 baru Kak Werdah.
Betul seperti dikatakan. Berazam bukan bila munculnya tahun baru saja sebab usia kita bukan memanjang tapi kian pendik. Kalau boleh biarlah kita terus muhasabah diri utk jadi lebih baik dari hari yg kita tinggalkan.
Inilah juga yg kakak dan suami tazkirahkan pada anak-anak kakak sebelum mereka balik ke asrama.
Moga Kak Werdah terus diberi kesihatan yg terbaik.
Wa'alaikumussalam kakzakie.
Ya kakzakie, mudah-mudahan kita dapat mendidik generasi kita supaya sentiasa menilai semula niat kita untuk setiap perkara yang akan kita lakukan agar amalan kita bernilai ibadah bukan sekadar cebisan pekerjaan yang sia-sia.
Terima kasih ya, kerana selalu doakan kak, semoga kakzakie dan keluarga sentiasa dalam kebaikan yang banyak.. aamiin
Mcm biasa, ramadan pun tk jauh lg. Blh tk khatam seblm sampai ramadan yg br. Gitu la bacaan org iman tk kuat ni
Salam aby
Semoga kita kuatkan tekad untuk banyakkan persiapan bukan hanya membaca sampai khatam tapi kita fahamkan apa yang disampaikan kemudian kita berusaha tingkatkan iman dan amal soleh. Semoga Allah bantu kita ya.. aamiin
salam
Tingkatkan lg amalan tirana aduka
Salam Tirana
InsyaAllah Allah permudahkan..aamiin
Salam,kunjungan hormat,Saya tak pernah ada azam tahun baru,samaada tahun baru hijrah atau masehi.Saya hanya berazam setiap hari utk tdk mgulangi dosa-dosa lalu dan menambahkan kebajikan,tapi tiap-tiap tahun dosa makin bertamah.Astaghfirullah...Semoga kita terus dibawah bimbingan Allah bukan dibawah pengaruh iblis laknatullah.
Salam ijoks
Terima kasih datang sini. Ya lah siapa yang tidak ada dosa kan, kak pun begitu, hari-hari nak jadi baik tapi bak kata ijoks, ada yang tak kena. Semoga kita sentiasa mohon ampun dan bertaubat.
Post a Comment