Friday, January 11, 2013

Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan pujian dan kita sampaikan segala keluhan. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia hingga ke hari kiamat. 

N3 copy n paste n edit...


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Pada hari itu sesiapa yang berdoa Allah akan makbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai daripada hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih, berselawat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Ini kerana pada masa itu ialah masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.

Pada hari Jumaat ada kejadian-kejadian besar. Antaranya adalah terjadinya kiamat, Adam as diciptakan dan hari itu pula baginda dimasukkan ke dalam syurga, pada Jumaat juga baginda dikeluarkan daripada syurga.

Daripada Aus bin ‘Aus, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

“Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan; pada hari itu, Adam meninggal; pada hari itu, tiupan sangka kala pertama dilaksanakan; pada hari itu pula, tiupan kedua dilakukan.” (HR. Abu Daud no. 1047, An Nasai no. 1374, Ibnu Majah no. 1085 dan Ahmad 4: 8. Hadits ini sahih kata Syaikh Al Albani)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari Jumaat juga dia dikeluarkan daripada Syurga. Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (HR.  Muslim no. 854).

Hadis di atas memberitahu kita bahawa:

1. Hari Jumaat adalah hari terbaik dalam sebulan. 

2. Dalam hadis di atas tidak semuanya menyebutkan keutamaan hari Jumaat. Keluarnya Adam daripada syurga dan terjadinya kiamat tidaklah teranggap sebagai keutamaan hari Jumaat namun itu adalah perkara besar yang akan terjadi. Demikian penjelasan Al Qadhi ‘Iyadh.

3. Hadis tersebut menunjukkan bahawa seorang hamba pada hari Jumaat hendaklah mempersiapkan diri dengan pelbagai amalan salih supaya mendapatkan rahmat Allah dan tercegah daripada kemurkaan Allah. Demikian juga penjelasan dari Al Qadhi ‘Iyadh.

4. Hari kiamat disegerakan sebagai balasan bagi para nabi, shiddiqin, para wali Allah dan selainnya, juga untuk menampakkan karamah dan kemuliaan mereka. (Disarikan daripada Syarh Muslim, Imam Nawawi, 6: 142)

Namun tarikh yang pasti kiamat itu berlaku, tidak ada yang mengetahuinya:

33:63


“Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Al-Ahzaab 33:63).

## Sumber dengan sedikit edit

"Hidup ini adalah seperti larian pecut 100 meter, atau pun perlumbaan kereta F1. Lagi dekat ke garis penamat seorang pelumba itu akan menggunakan segala keupayaannya untuk sampai melepasi garisan penamat dengan kejayaan cemerlang. Jika tidak menang dalam pertandingan ia mampu menang melawan prestasi dirinya sendiri". (petikan daripada Inspirasi Mawaddah).. blog penuh dengan inspirasi.