Wednesday, May 15, 2013

Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali?



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Sebentar tadi ke link ini

Boleh baca apa yang dikongsikan di sana tentang kematian yang pasti. Semua orang takut mati tetapi bagaimana mungkin kita dapat elak daripada mati. Mahu tak mahu kena bersedia.

Sambil tu boleh layan lagu Opick di bawah:

Bila Waktu Telah Berakhir

bagaimana kau merasa bangga

akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya

waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan

semua dan segala yang ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil

teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi




Peringatan buat diri yang sering alpa.

Thursday, May 2, 2013

Pokok Yang dilaknat - Makanan Penghuni Neraka




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini terkesan untuk mencatat tentang pokok zaqqum - makanan penghuni neraka. 

Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang pokok zaqqum. Antaranya:

37:62


37:63

37:64

37:65

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka jahim yang marak menjulang;Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; (As-Saaffaat 37: 62 - 65)

Para ualama tafsir mengaitkan huraian tentang pokok zaqqum ini sebagai pokok yang dikutuk (as-syajaratal mal'uunah) seperti yang disebut dalam ayat di bawah:

17:60
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.(al-Israa' [17] : 60)

Syeikh as-Syanqithi dalam tafsirnya menyatakan bahawa orang-orang kafir musyrik memberikan komen tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW dan sebab turunnya ayat di atas. Dalam peristiwa berkenaan Allah SWT memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW pokok zaqqum dan pada ayat yang menyebutkan tentang pokok yang dilaknat; orang-orang kafir berkata: "Muhammad telah berbohong, sebab tak mungkin pokok itu boleh tumbuh di atas tanah yang gersang apatah lagi di dasar neraka". Mereka berkata demikian kerana mereka tidak melihatnya sedangkan Nabi Muhammad SAW diperlihatkan pokok itu kepada baginda.

Dalam tafsir at-Thabrani pula terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas RA tentang sebab turunnya ayat yang menyebut tentang tumbuhnya pokok zaqqum ini di dasar neraka. Abu Jahal berkata kepada para sahabat Nabi; "Sahabat kalian (yang dimaksudkan adalah Nabi SAW) ; mengetahui bahawa api neraka jahannam mampu membakar batu, kemudian dia berkata pula bahawa dalam neraka jahannam ada pokok yang tidak terbakar dalam api".

Selama tempoh turunnya wahyu, al-Quran banyak mengeluarkan kosa kata yang tak pernah didengar dan diguna oleh orang-orang Arab pada masa itu. Salah satu kosa kata itu ialah zaqqum ini. Sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa kosa kata ini belum pernah diketahui maksudnya sehingga pelbagai ragam reaksi oleh orang-orang Arab pada masa itu. Abu Jahal telah tersalah faham hingga menyebutkan : "Bawakan untuk kami kurma dan mentega untuk bertazaqqum". Abu Jahal membuat kata kerja daripada kata zaqqum itu. Ini boleh jadi dia ingin menghina orang-orang yang beriman pada ketika itu ataupun dia ingin menjaga kedudukannya sebagai pemuka Arab untuk menunjukkan dia seorang yang berpengetahuan.

Berasama-sama rakan-rakannya Abu Jahal akhirnya makan kurma bersama mentega dan berkata : "Apakah dengan makanan seperti ini Muhammad menakut-nakutkan kita tentang akhirat?"

Dalam riwayat yang lain menyebutkan kisah Abu Jahal itu menyebabkan turunnya ayat di bawah:

44:43


44:44

44:45

44:46

44:47

44:48

44:49

44:50

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum;(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut;  Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)  (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! - (ad-Dukhaan [44] : 43 -50)

Ayat di atas memberitahu tentang seksaan dengan terperinci kepada orang-orang yang mendustakan tentang Hari Kebangkitan.

Ibnu 'Abbas RA berkata; "Andainya setitik sahaja daripada pokok zaqqum ini diturunkan ke bumi, ia akan memusnahkan seluruh kehidupan manusia".

Sebahagaian para mufassir pula menyatakan bahawa bila pokok zaqqum disebut sebagai pokok yang dilaknat bermaksud bahawa pokok tersebut tidak mempunyai manfaat sedikitpun. 

Demikianlah Allah SWT menjelaskan tentang makanan penghuni neraka.