Saturday, March 8, 2014

Jauhilah Panjang Angan-Angan - Sebuah Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Umur manusia itu meskipun panjang namun dikira pendek asahaja. Setiap usiamu bertambah; setiap itulah umur itu berkurangan. Cubalah fikirkan sedalam-dalam apakah anda terlepas daripada kekurangan ini. Kalau anda telah mesnsia-siakan umurmu, sudahkan anda mencari peluang untuk memperbaiki? Mungkin anda telah berada di kemuncak kenikmatan. Hidupmu dikelilingi oleh pengawasan dan pengawalan. Apa yang anda perlukan tetap sampai kepadamu tetapi nanti apabila tiba di hari Mahsyar siapakah agaknya yang akan mengiringimu? Siapa yang akan mempertahankan dirimu? Siapakah yang akan mengurusi hal ehwalmu? 

Ajaib sekali terhadap jiwa yang dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam sehingga dia lupa/melupakan sama sekali semua kedahsyatan yang akan ditemuinya kelak di hari akhirat. Mungkin segala nasihat yang dihamburkan ini diterima oleh telinga namun kerapkali larangan dilanggar juga kerana tabi'at jiwa itu sering mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Tuhan Yang Maha Rahmat dan Pengampun TETAPI TIDAK PULA suka patuh serta taat kepada perintah dan larangan Allah. Kakinya terus melangkah menurut hawa NAFSU tanpa segan silu lagi; pada hal dia mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu didorong oleh HAWA NAFSUnya yang sesat dan tidak menentu.

NASIHAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA ..Mari kita renungi nasihat ini agar kita berfikir apakah kita akan dapat rahmat Allah jika kita masih menurut hawa nafsu kita? Mudah-mudahan kita TIDAK tergolong di kalangan orang yang  panjang angan-angan....aamiin..

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails