Thursday, March 16, 2017

Diseret atas muka-muka ke neraka Jahannam

 Peringatan daripada Al-Quran.

🍃Allah Subhanahu wa Ta'ala menceritakan tentang buruknya keadaan orang-orang kafir pada hari mereka dikembalikan kepada Allah, iaitu pada hari kiamat.

🍃Mereka dikumpulkan dan diseret masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan yang paling buruk dan rupa yang paling jelek.

🍃Untuk itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

{الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَى وُجُوهِهِمْ إِلَى جَهَنَّمَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيلا}

📖 "Orang-orang yang dihimpun ke neraka Jahannam dengan diseret atas muka-muka mereka, mereka itulah orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalannya."
(Al-Furqan 25: 34)

🍃Dalam sebuah hadis sahih disebutkan melalui sahabat Anas radhiallahu 'anhu yang telah mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam,

📚 "Wahai Rasulullah, bagaimanakah orang kafir diseret masuk ke neraka Jahannam di atas mukanya?" Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab:


"إِنَّ الَّذِي أَمْشَاهُ عَلَى رِجْلَيْهِ قَادِرٌ أَنْ يُمشِيَه عَلَى وَجْهِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
📚 "Sesungguhnya Tuhan yang membuatnya berjalan di atas kedua-dua kakinya mampu membuatnya berjalan di atas mukanya kelak di hari kiamat.

🍃Hal yang sama telah dikatakan oleh Mujahid, Al-Hasan, Qatadah, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang daripada kalangan mufassirin.

Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir

Show More Reactions

Saturday, March 8, 2014

Jauhilah Panjang Angan-Angan - Sebuah Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Umur manusia itu meskipun panjang namun dikira pendek asahaja. Setiap usiamu bertambah; setiap itulah umur itu berkurangan. Cubalah fikirkan sedalam-dalam apakah anda terlepas daripada kekurangan ini. Kalau anda telah mesnsia-siakan umurmu, sudahkan anda mencari peluang untuk memperbaiki? Mungkin anda telah berada di kemuncak kenikmatan. Hidupmu dikelilingi oleh pengawasan dan pengawalan. Apa yang anda perlukan tetap sampai kepadamu tetapi nanti apabila tiba di hari Mahsyar siapakah agaknya yang akan mengiringimu? Siapa yang akan mempertahankan dirimu? Siapakah yang akan mengurusi hal ehwalmu? 

Ajaib sekali terhadap jiwa yang dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam sehingga dia lupa/melupakan sama sekali semua kedahsyatan yang akan ditemuinya kelak di hari akhirat. Mungkin segala nasihat yang dihamburkan ini diterima oleh telinga namun kerapkali larangan dilanggar juga kerana tabi'at jiwa itu sering mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Tuhan Yang Maha Rahmat dan Pengampun TETAPI TIDAK PULA suka patuh serta taat kepada perintah dan larangan Allah. Kakinya terus melangkah menurut hawa NAFSU tanpa segan silu lagi; pada hal dia mengetahui bahawa apa yang dilakukannya itu didorong oleh HAWA NAFSUnya yang sesat dan tidak menentu.

NASIHAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA ..Mari kita renungi nasihat ini agar kita berfikir apakah kita akan dapat rahmat Allah jika kita masih menurut hawa nafsu kita? Mudah-mudahan kita TIDAK tergolong di kalangan orang yang  panjang angan-angan....aamiin..

Thursday, October 31, 2013

Daabbatul Ardh




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Rasulullah SAW menjelaskan salah satu tanda besar Kiamat menggunakan istilah daabbatul ardh. Kata ini juga di gunakan dalam firman Allah SWT dalam Surah Saba' ayat 14 yang menerangkan tentang kematian Nabi Sulaiman as.




فَلَمَّا قَضَيۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَوۡتَ مَا دَلَّهُمۡ عَلَىٰ مَوۡتِهِۦۤ إِلَّا دَآبَّةُ ٱلۡأَرۡضِ تَأۡڪُلُ مِنسَأَتَهُۖ ۥ 

Maka ketika Kami telah menetapkan berlakunya kematian atasnya (Sulaiman) tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya kecuali semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya.

Kata daabbah  دَآبَّةُ   dalam bahasa Arab biasanya digunakan untuk semua jenis binatang yang tinggal di dalam tanah seperti anai-anai, semut, cacing dan lain-lain.

Menurut sebahagian mufassir yang memberikan maksud kepada daabatul ardh ini sebagai binatang yang melata tetapi maksud seperti dalam ayat Saba' di atas tadi adalah lebih tepat.

Tentang tanda keluarnya binatang ini Allah berfirman: 


Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (an-Naml [27] : 82)

Dalam mentafsirkan ayat 82 Surah an-Naml ini Ibnu Katsir telah menyebut beberapa hadis Nabi SAW. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Binatang tanah (Daabbatul Ardh) akan keluar. Binatang ini akan membawa bersamanya tongkat Musa as dan cincin Sulaiman as. Ia akan menunjuk hidung orang kafir dengan tongkat Nabi Musa dan menjadikan muka orang-orang yang beriman cerah dengan cincin Sulaiman as. Hinggakan apabila satu keluarga berkumpul di meja makan, mereka akan mengenali siapa yang kafir dan siapa yang beriman di kalangan mereka." (HR Abu Dawud)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Imam Ahmad disebutkan"......menunjuk hidung orang kafir dengan cincin dan menjadikan muka orang beriman cerah dengan tongkat. Hingga apabila satu keluarga berkumpul di meja makan seorang akan berkata "Hai kafir" dan yang seorang lagi akan berkata "Hai Mukmin".

Allah Maha Berkuasa dan Allah jika berkehendak boleh melakukan apa sahaja yang luar biasa dan yang tidak pernah kita sangka. 

Rasulullah SAW berpesan agar orang-orang beriman bersegera melakukan perkara yang baik sebelum datang 6 perkara. Salah satunya ialah kemunculan Daabbatul Ardh ini. (HR Muslim)

Banyak hadis yang menerangkan tentang kemunculan binatang ini sebagai salah satu tanda kiamat. Ada yang palsu dan ada yang sahih. Kita pula kena yakin kerana ada disebutkan dalam al-Quran seperti yang dinyatakan dalam Surah an-Naml ayat 82 di atas tadi.

Binatang ini boleh berkata-kata dan akan memberitahu siapa kafir dan siapa yang beriman. Dapatkah dibayangkan jika kita berada dalam keadaan demikian. Namun bila itu terjadi nampaknya tiada lagi siapa yang peduli sama ada dia kafir atau mukmin dalam keluarganya sendiri hinggakan boleh berkata "Hai Kafir" dan "Hai Mukmin".

Semoga kita dapat menyegerakan amalan soleh yang akan menyelamatkan kita. Kepada Allah jua kita mohon pertolongan.

Aamiin.

NOTA:

Video di bawah dimuatkan di sini pada 13 November 2014
9 Muharram 1435H
Di dalamnya ada penerangan tentang Daabbah ini