Wednesday, December 29, 2010

Manusia Yang Berhak Masuk Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita perhatikan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan siapakah di antara manusia yang berhak masuk syurga... dengan rahmatNya juga..

1) Al-Baqarah (25) 

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh,sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (25) 

2) Al-Baqarah (155 - 157) 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157) 

3) Yunus (62-64) 

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64) 

4) Az-Zumar (18) 

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama);mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (18) 

5) Fussilat (30 - 35) 

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30) Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31) (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (32) Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) 


6) At-Taubah (20 - 22) 

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (20)Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. (21) Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. (22) 

7) At-Taubah (111 - 112) 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111) (Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (112) 

8) Ya-Siin (11) 

Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (11) 

9) Al-'Imran (133-136) 

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136) 

10) Al-'Imran (169 - 171) 

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (169) (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170)Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (171) 

11) Maryam (63) 

Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami. (63) 



Daripada ayat-ayat di atas dan banyak lagi ayat2 lain yang tidak dicatat di sini, kita dapat simpulkan bahawa orang2 yang berhak masuk syurga ialah orang yang memenuhi TIGA syarat mutlak iaitu IMAN, TAKWA dan AMAL SOLEH yang disertai IKHLAS kerana Allah, dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Ikhlas dalam kata mentaati Allah dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk Allah.. dan mentaati Allah bukan dengan terpaksa tetapi dengan rasa cinta dan rela.. kalau kita rasa cinta kepada teman istemewa kita, kita sanggup berbuat apa saya yang disuruh, mengapa apabila kita berkata kita cinta Allah dan RasulNya tetapi kita masih enggan? 

Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh tingkatkan keimanan dan takwa kita serta keikhlasan kita dalam beribadat serta berdoa mudah2an kita menjadi orang2 yang layak masuk ke syurga yang Allah sediakan "YA ALLAH! KAMI MOHON KEPADA ENGKAU AKAN SYURGA DAN BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA NERAKA.. YA ALLAH! BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN JUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT DAN JAUHKAN KAMI DARIPADA AZAB API NERAKAMU.. AMIIN.. 

Tuesday, December 28, 2010

Sakarat

Bismillahirrahmanirrahim.
Sumber Gambar : SINI

Segala puji bagi Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Allah berfirman:

Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19)
Menurut pengarang buku "Insan, Ingatlah!" terbitan Nufair Street: Perkataan sakarah itu ertinya ialah mabuk. Ini bererti sebelum nyawa berpisah daripada jasad, sesuatu keadaan yang akan berlaku ialah seperti orang mabuk. Keadaan ini sukar digambarkan. Bagaimanakah sebenar sakarah tersebut atau mabuk menghadapi maut itu. Tidak ada seorangpun yang telah meninggal dapat menggambarkan kepada kita kerana sakaratul maut itu sendiri berlaku ketika seseorang diambang maut.

Kita cuba bayangkan keadaan orang yang mabuk ketika naik kenderaan, sama ada di atas bas, kereta di jalan raya atau kapal laut dan kapal terbang. Pasti pening dan tekak meloya, dan terasa isi perut melonjak-lonjak ingin keluar dan amat tidak menyenangkan. Kemudian apabila cecair masam dengan bau hanyir itu keluar dari tekak bercampur baur dengan makanan, orang-orang yang berada di sekitarnya juga turut berasa loya.

Sekadar mabuk dalam perjalanan itupun sudak cukup siksa. Hilang segala keselesaan, hilang selera makan, tidak berdaya untuk bercakap walaupun ingin benar berkata-kata sesuatu. Orang yang selalu mabuk dalam kenderaan akan merasa takut untuk menempuh perjalanan biarpun suka mengembara.

Namun mabuk dalam perjalanan bukanlah bandingan yang sesuai untuk sakaratul maut. Meskipun daripada segi bahasa maknanya mabuk, hakikat sebenar tentang sakarah itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Orang yang sedang 'sakaratul maut' - sedang menghadapi mabuk gelombang tidak dapat menceritakan pengalamannya.

Allah berfirman:

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)

Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa orang-orang zalim akan menghadapi sakaratul maut (mabuk) dengan begitu dahsyat. Ini kerana malaikat bukan sahaja sekadar mencabut nyawanya tanpa belas kasihan, malah para malaikat memukul dengan tangan mereka yang gagah perkasa yang besarnya tidak dapat dibayangkan kerana menurut setengah apara ulama tinggai mereka mencecah ke langit.

Kematian orang-orang zalim itu didahului oleh sakaratul maut yang tidak tertanggung oleh jasad dan ruh manusia. Sakaratul maut itu keluar daripada kerongkong, mereka mengeruh melambangkan kesakitan tidak terperi. Wajah mereka menjadi hitam akibat azab yang ditimpakan.

A024

A025

A026

A027

A028

"Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh. Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan"; (Al-Qiaamah [75] : 24 - 28).

Allah SWT telah memberi amaran, jika manusia dapat melihat hakikat sebenar tekanan sakaratul maut yang ditimpakan kepada orang-orang zalim, meraka akan dapat melihat betapa sengsaranya gelombang mabuk itu. Namun mata kasar manusia tidak dapat melihatnya kecuali mata hati yang berteraskan tauhid dan ilmu berhubung alam ghaib.

Sayyidatina 'Aisyah rha meriwayatkan bahawa Nabi SAW hampir kepada wafatnya, kata Sayyidatina 'Aisyah rha: Bahawa aku telah mengambil satu bejana berisi air dan aku letakkan di sisi Rasulullah saw, aku menyapu dari bajana itu ke wajah Rasulullah. Pada ketika itu Nabi turut meletakkan tangannya ke dalam bejana berisi air itu dan menyapu sendiri wajahnya dengan tangannya yang dibasahi air dari bejana itu. Maka Nabipun mengucap: "La ilaha illallah, sesungguhnya bagi sesuatu kematian itu ada sakarahnya (mabuk)."

Kemudian berkata Sayyidatina 'Aisyah rha  lagi: "Aku turut membantu mengangkat tangan Rasulullah yang dibasahi air itu menyapukan ke wajahnya yang mulia, lalu Nabi saw bersabda lagi: "Fi Rafiqil A'la (bersama rakan karib yang Maha Tinggi). Setelah aku melihat saat menjelang wafatnya Nabi yang menghadapi sakarah, maka sekiranya ada orang yang menghadapi kematiaannya dengan mudah maka aku tidak akan mengulas panjang, sedang Nabi menghadapi keadaan sakarah sehingga turut menyapu sendiri wajahnya." (Hadis Riwayat Bukahari)
 
Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi SAW yang menjadi Kekasih Allah yang menyifatkan kematian yang sedang dihadapinya itu adalah untuk bertemu dengan kekasihnya yang Maha Agungpun, baginda tetap menghadapi sakaratul maut. Baginda menyapu air ke wajahnya demi mendapatkan sedikit keselesaan daripada mabuk menghadapi maut.
 
Jika ada orang yang saat sakaratnya nampak mudah atau senang, mungkin Allah nak membalas kebaikan amalnya, namun bukan bermakna orang itu tidak menghadapi sakaratul maut.

Bagaimanakah keadaan kita nanti semasa menghadapi sakarah.. mudah2an kita dapat kesudahan yang baik.. Allahumma Amiin.


Sunday, December 19, 2010

Buat Baik Balasan Baik - Jagalah Pantang

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT sekali-kali tidak memerlukan sebarang ketaatan daripada hambaNya kerana Allah SWT Maha Agung dan Maha Berkuasa. Sebarang ketaatan hambaNya tidak mendatangkan sebarang faedah kepadaNya. Sebaliknya manusia dan jin yang perlu taat kepada Allah SWT kerana redha Allah SWT hanya akan diperoleh melalui ketaatan.

Bagitu juga dengan kemungkaran, maksiat dan keingkaran manusia tidak akan menjejaskan kemuliaan Allah SWT. Sebaliknya manusia akan menanggung segala akibat hasil daripada kejahatan mereka.


Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Al-Israa' 17:7)

Thursday, December 9, 2010

Lelaki Ahli Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini kongsi sebuah riwayat. Mungkin ramai dah membacanya, tetapi sebagai mengingati semula, saya selitkan dalam blog ini. Semoga dapat memberi manfaat.

Rasulullah saw sedang duduk dalam sebuah majlis ilmu bersama para Sahabat, tiba-tiba baginda berkata: Sekarang akan lalu di hadapan kalian lelaki ahli syurga".

Tak lama kemudian muncul seorang lelaki Ansar dengan janggut yang kusut kerana air wudhuk, tangan kirinya memegang dua sandalnya.

Esoknya Rasulullah saw berkata yang serupa, lalu muncullah lelaki yang sama seperti pada hari pertama.

Pada hari ketiga Rasulullah saw mengatakan hal yang sama juga lalu muncul juga lelaki yang sama.

Apabila selesai majlis hari ketiga, sebaik sahaja Rasulullah saw bangun, Abdullah bin Umar ra mengikut lelaki tadi. Abdullah berkata kepada lelaki itu:

"Aku telah membuat ayahku marah. Akibatnya aku bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari. Jika engkau tidak keberatan aku meminta pertolonganmu sebelum aku pergi. Aku akan mengikutimu".

"Baiklah" jawab lelaki itu.

Abdullahpun menginap di rumahnya selama 3 hari. Beliau tidak melihatnya melakukan solat malam walaupun sekali. Namun apabila dia beralih dari sebelah ke sebelah daripada tempat pembaringannya lelaki itu menyebut nama Allah hingga dia bangun untuk solat subuh.

Abdullah berkata: "Dia tidak mengatakan kecuali perkataan yang baik-baik. Apabila sampai 3 hari dan aku hampir meremehkan amalannya, aku berkata: "Wahai hamba Allah, sebenarnya aku tidak bersengketa dengan ayahku, tidak juga diusir. Hanya sahaja aku mendengar Rasulullah saw berkata hingga 3 kali, Akan melintas di hadapan kalian lelaki ahli syurga, lalu engkau muncul.

Aku sungguh bingung, aku menginap di rumahmu ini untuk melihat apa yang engkau kerjakan sebenarnya agar aku dapat menirunya. Namun aku tidak melihat engkau melakukan ibadat yang besar. Aku bertanya-tanya apa yang sebenarnya yang membuatkanmu mendapat darjat yang besar sebagaimana yang Rasulullah katakan?."

Lelaki itu menjawab, “Diriku hanyalah seperti yang engkau lihat.”

Setelah mendengar jawapannya, aku bergerak meninggalkannya. Selang beberapa langkah, lelaki itu kembali berkata kepadaku : “Diriku hanyalah seperti yang engkau lihat, tidak ada yang istimewa, selain itu aku tidak memendam perasaan negatif sedikitpun terhadap seseorang daripada kaum Muslimin, tidak juga mendengki seseorang atas anugerah yang Allah berikan kepadanya".

"Inilah rupanya prestasimu". Ucap Abdullah membuat kesimpulan.

Benarlah dengki, iri hati akan menghapus segala amalan. Hilangkan dengki balasannya ialah syurga.

(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad menurut syarat Bukhari, Muslim, dan Nasa’i).

Dipetik daripada 1001 kisah benar.

Friday, November 26, 2010

Suasana Alam akhirat (55) – Surah Az-Zaariyat (angin)

Bismillahirrahmanirrahim.. hari ini dituliskan suasana atau gambaran apa yang berlaku pada hari pembalasan seperti dalam surah az-Zaariyaat yakni surah ke 51 dalam al-quranul hakim..

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1)

Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2)

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)

Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4)

(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5)

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6)

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7)

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8)

Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9)

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10)

(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11)

Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu? (12)

(Jawabnya: Hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api Neraka. (13)

(Sambil dikatakan kepada mereka): Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya. (14)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15)

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (17)

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18)

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (19)

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (20)

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (21)

Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. (22)

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. (23)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? (24)

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu! Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. (25)

Kemudian dia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). (26)

Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silalah makan. (27)

(Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. (28)

(Mendengarkan berita yang menggembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? (29)

Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (30)

Nabi Ibrahim bertanya: (Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan? (31)

Mereka menjawab: Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka); (32)

Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar), (33)

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya). (34)

(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. (35)

(Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut). (36)

Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (37)

Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata. (38)

Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: (Musa itu) adalah seorang ahli sihir atau seorang gila! (39)

Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang dia berkeadaan tercela. (40)

Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; (41) Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu. (42)

Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) ketika dikatakan kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)! (43)

Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya. (44)

Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi dan mereka juga tidak mendapat pertolongan. (45)

Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik (derhaka). (46)

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga. (47)

Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. (48)

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami). (49)

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (50)

Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata. (51)

Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila. (52)

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya). (53)

Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka). (54)

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (55) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (57)

Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (58)

(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya. (59)

Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka. (60)

****************************************

Jika manusia memikirkan tentang angin yang menerbangkan segala debu, menumbangkan pokok-pokok dan bangunan , memikirkan tentang awan yang mengandungi air dan menurunkan hujan, begitu juga tentang perahu yang belayar di lautan disebabkan angin itu,(semuanya nikmat yang berharga buat mereka), sungguh mereka akan percaya akan kedatangan hari akhirat, hari pembalasan dan apa jua hari yang Allah namakan sebagai hari menerima balasan (bahagia atau celaka). Allah bersumpah (sumpah demi sumpah) bagi meyakinkan mereka akan kebenaran berlakunya hari Kiamat. Dalam surah ini Allah bersumpah demi angin, awan, kapal-kapal yang belayar laju, bumi, diri kamu sendiri, langit dan Tuhan langit dan bumi . Kebiasaannya Allah akan bersumpah dengan perkara-perkara besar seperti ini bagi membuktikan kekuasaan dan keagunganNya.

Hari pembalasan itu pasti namun bagi yang tidak percaya dan tidak mahu memikirkannya, mereka anggap semua perkara atau fenomena yang berlaku itu adalah perkara biasa yang tidak ada hubungan langsung dengan kekuasaan Allah SWT. Malah mereka akan bertanya bilakah Kiamat itu akan berlaku. Mereka ini dipalingkan daripada kebenaran kerana mereka sendiri tidak berusaha untuk mencari kebenaran. Mereka tidak beriman dan langsung tidak berusaha untuk mencari kebenaran di sebalik peringatan Allah dan RasulNya, hinggalah mereka ini mati dan terjadilah kiamat.

Di sana mereka yang kufur dan ingkar akan menerima balasan siksa yang setimpal dengan kesalahan mereka.Mereka akan disindir : "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya" - (ayat 14) .

Manakala bagi orang-orang yang beriman lagi bertakwa dan beramal soleh mereka dijanjikan balasan bahagia, kekal di syurga penuh kenikmatan.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (15)

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (16)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (17)

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (18)

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (19)

Monday, November 22, 2010

Suasana Alam akhirat (54) - Surah Al-Ghaasiyah (Yang Luar Biasa / Yang Dahsyat)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? (1)

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina. (2)

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. (3)

Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar). (4)

Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. (5)

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. (6)

Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. (7)

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. (8)

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (9)

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (10)

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. (11)

Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir. (12)

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (13)

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). (14)

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (15)

Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (16)

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17)

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? (18)

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (21)

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (22)

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar. (23)

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. (24)

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. (25)

Selain itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (26)

**********

Allah SWT telah menerangkan bahawa manusia pada hari kiamat akan terbahagi kepada dua golongan, iaitu satu golongan yang celaka dan satu lagi golongan yang bahagia.

Allah menjelaskan lagi bahawa golongan yang celaka selalu berada dalam keadaan hina-dina, manakala golongan yang bahagia akan bersuka ria, keceriaan jelas tergambar pada wajah-wajah mereka.

Orang-orang (golongan celaka) yang banyak berbuat kemaksiatan semasa di dunia akan menjadi kepenatan, sedih dan mereka akan menderita terbakar dalam api yang panas. Minuman mereka pula dari mata air yang panas manakala makanan mereka pula adalah pokok-pokok (pohon zakkum) yang berduri yang tidak mendatangkan kekenyangan atau kegemukan. Hanya membakar kerongkong dan usus.

Lihat Firman Allah di bawah yang maksudnya:

"Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!". (al-Mulk [67] : 27)

"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur (darah dan nanah)". (al-Haaqqah [69] : 36)

Golongan bahagia pula akan rasa gembira kerana semasa mereka berada di dunia, mereka beriman dan bertaqwa, syurga menjadi tempat tinggal mereka. Muka mereka berseri-seri. Dalam syurga penuh kenikmatan, ada taman-taman, tiada perkataan yang sia-sia. Di syurga mereka hidup bersenang lenang.


*********************

Di bawah ini disalin tafsir oleh Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI di Utusan Malaysia untuk rujukan

Sheikh al-Maraghi berkata: "Allah SWT telah menerangkan tentang kedatangan hari kiamat, bahawa manusia pada hari itu terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan manusia yang celaka dan yang bahagia.

"Seterusnya Dia menjelaskan pula bahawa golongan yang celaka selalu berada dalam keadaan hina-dina, manakala golongan yang bahagia yang saat itu bersuka ria, yang mana tergambar pada wajah-wajah ceria.

"Lalu, ditegaskan dengan mengemukakan hujah-hujah untuk melumpuhkan orang yang mengingkari-Nya. Diarahkan pendangan mereka untuk mengamati jejak kekuasaan-Nya atas sesuatu yang ada di hadapan mereka dan yang berada dalam jangkauan penglihatan mereka seperti langit yang menaunginya, bumi yang menyanggahnya, unta yang dimanfaatkan untuk berpergian serta dimakan dagingnya, diminum susunya, manakala bulu-bulunya dijadikan pakaian, dan gunung-ganang sebagai panduan mereka di padang sahara dan ketika menyusuri jejak".

Firman Allah SWT: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

Al-Mawardi berkata: Berdasarkan ayat-ayat ini menunjukkan tiga perkara:

i. Untuk mereka berdalil dan mengambil bukti serta pengajaran atas kudrat Allah dan Keesaannya.

ii. Supaya mereka mengetahui berkenaan kudrat-Nya atas semua perkara dan mampu serta berkuasa untuk membangkitkan mereka pada hari kiamat, seperti kata Yahya bin Salam.

iii. Allah SWT tatkala menyifatkan syurga kepada mereka lantas mereka yang sesat merasa hairan. Justeru, disebut bagi mereka tentang perkara yang ajaib untuk menghilangkan kehairanan mereka. Inilah pendapat Qatadah.

Kenapa dinyatakan unta?

Sayid Qutub berkata: Unta merupakan haiwan masyarakat Arab yang utama. Ia merupakan alat kenderaan dan pengangkutan mereka. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman mereka.

Bulu dan kulitnya menjadi pakaian dan khemah mereka. Ia merupakan sumber utama kehidupan.

Di samping itu, unta mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada haiwan-haiwan yang lain. Walaupun bentuk tubuh badannya kuat, besar dan gagah namun ia mudah dituntun.

Ia akan mengikut dan patuh walaupun dituntun oleh kanak-kanak yang kecil. Walaupun kegunaan dan perkhidmatannya begitu besar, namun perbelanjaan memeliharanya kecil. Makanannya senang dan belanjanya murah.

Unta adalah binatang yang paling sabar dan tahan lasak. Ia tahan lapar, dahaga, penat dan gigih menghadapi keadaan-keadaan yang buruk.

Firman Allah SWT: dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?

Ibn Kathir berkata: Syuraih al-Qadi menyebut: Marilah keluar bersama kami sehingga kami dapat melihat unta bagaimana ia diciptakan dan langit bagaimana diangkatnya. Bagaimana Allah SWT mengangkat langit daripada bumi? Hal ini amat besar dan hebat.

Firman Allah SWT: dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

Ibn Kathir berkata: Ia bertujuan untuk menetapkan bumi dengan pasaknya. Begitu juga dijadikan padanya sebahagian daripada manfaat dan hasil galian.

Al-Maghari menambah: Ia dapat didaki pada setiap saat, menjadi panduan bagi orang yang melintasi padang tandus dan menjadi tempat pancuran air hujan untuk mengairi tanaman dan minuman haiwan.

Firman Allah SWT: dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

Hamka berkata: Dan perjalanan itu dilakukan di muka bumi, beratap langit, berpasak gunung dan alat pengangkutan unta. Semuanya terjadi di muka bumi, maka dengan sendirinya sebagai renungan terakhir memandang bagaimana Allah SWT menghamparkan bumi untuk manusia hidup.

Penutup

Sayid Qutub berkata: Empat ayat pendek ini mengumpulkan bahagian-bahagian alam sekitar masyarakat Arab yang ditujukan al-Quran ini kepada mereka buat pertama kalinya.

Di samping itu, ia mengumpul bahagian kejadian yang nyata di seluruh alam ini iaitu kejadian langit, bumi, gunung-ganang dan unta yang mewakili seluruh haiwan yang lain dengan keistimewaan kejadiannya serta nilai khususnya dalam masyarakat Arab.

Seluruh pemandangan terbentang kepada semua penglihatan manusia. Di mana sahaja mereka berada, akan bertembung dengan langit, bumi, gunung-ganang dan haiwan.

Walaupun sebanyak mana dan sejauh mana ilmu pengetahuan dan tamadun manusia, namun seluruh pemandangan ini tetap di dalam alam mereka dan di dalam kemampuan akal mereka.

Dan seluruh pemandangan ini menyarankan kepada mereka hikmah yang wujud di sebalik penciptaannya apabila mereka menumpukan perhatian untuk mencari makna dan tujuan di sebaliknya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dan mengetahui dalil untuk makrifah Allah SWT.

Wednesday, November 17, 2010

Kulit Yang Hangus Terbakar Diganti Kulit Yang baru

Bismillahirrahmanirrahim

Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (An-Nisa' [4] : 56)

Allah menjelaskan dalam ayat di atas bahawa sesiapa yang kufur akan perintahNya, akan dibakar dalam api neraka. Kulitnya akan hangus terbakar dan kemudiannya akan diganti dengan kulit baru. Seterusnya akan terbakar hangus dan diganti pula kulit baru dan proses ini berlaku silih berganti supaya orang itu terus menerus merasai azab yang amat pedih. Ini kerana deria sakit seseorang berada pada kulit seseorang.

Mengapa Allah memberitahu kita akan hal ini? Mengapa disebutkan KULIT tidak tulang atau yang lainnya? Mari kita lihat kenyataan di bawah:

Menurut Dr Farhan Hadi Mohd Taib dalam Majalah Solusi 25; Pakar sains kini telah mendapati daripada hasil kajian mereka bahawa struktur kulit manusia mempunyai bukan sahaja lapisan lemak dan kalenjar peluh bahkan mereka menemui urat-urat saraf yang bertanggungjawab mengesan segala deria pada kulit seperti sakit, panas, sejuk dan lain-lain. Sedangkan sebelum ini umum mempercayai bahawa semua anggota badan termasuk tulang dan otot mempunyai deria rasa.

Struktur kulit manusia adalah seperti dalam rajah di bawah:


Pada umumnya beberapa rangsangan deria yang penting pada manusia ialah deria sentuh, deria sakit dan deria haba.

Peringkat luka terbakar pula terbahagi kepada 3:

Peringkat pertama (First degree burn)

Ini hanya melibatkan lapisan epidermis (lapisan luar) dan menyebabkan kesakitan dan bengkak yang sederhana.

Peringkat Kedua (Second degree burn)

Kulit melecur hingga ke lapisan dermis dan dermis terpisah daripada lapisan epidermis dan cecair badan akan berkumpul antara dua lapisan itu. Pesakit akan mengalami kesakitan yang teramat sangat kerana kulitnya melecur begitu teruk. Kulit ini akan sembuh setelah 14 hari kecederaan berlaku.

Peringkat ketiga (Third degree burn)

Pada peringkat ini keseluruhan kulit hangus dan kecederaan melibatkan otot-otot dan tulang temulang di bawahnya. Kulit akan hilang kekenyalan dan menjadi keras dan kering. Dalam situasi ini, bahagian yang keseluruhan kulit terbakar itu tidak lagi berasa sakit kerana urat-urat saraf yang menghantar isyarat sakit telah musnah sama sekali. Gambaran luka terbakar mengikut ketiga-tiga peringkat adalah seperti dalam gambar di bawah:


Sumber Gambar

Jadi jelaslah kepada kita mengapa Allah menyatakan bahawa setiap kali kulit terbakar hangus maka Allah akan gantikan dengan yang baru. Ini supaya kesakitan akan terus menerus dirasakan. Al-Quran tidak hanya menceritakan tentang lokasi deria sakit di kulit, bahkan menceritakan dengan tepatnya tentang jenis melecur yang memusnahkan deria sakit pada manusia.

Friday, October 29, 2010

Ujian Tsunami

Beratus-ratus penduduk maut, hilang dalam bencana alam terbaru Indonesia

JAKARTA: Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, semalam, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.

Usaha mencari masih diteruskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Pulau Pagai Selatan, Pulau Sipora dan mukim Sipora Selatan.

Kebanyakan bangunan dan kediaman di kampung Betu Monga musnah, kata pegawai di pejabat wilayah Jabatan Perikanan, Hardimansyah.

“Daripada 200 orang penduduk kampung hanya 40 saja ditemui. Seramai 160 yang lain dilaporkan hilang, termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya. Semuanya ini berkaitan dengan ombak Tsunami yang melanda kepulauan Mentawai. Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter. - Kosmo






Gambar-gambar di bawah ini diambil daripada SINI.

Tsunami survivors comfort each other at a temporary ...

Mangsa tsunami masing-masing memujuk antara satu sama lain di sebuah pusat perlindungan sementara di pulau Pagai, di Kepulauan Mentawai, Indonesia, Khamis 28 Oktober 2010 (AP Photo / Tundra Laksamana)


Tsunami survivors make their way past damaged ...

This aerial photo released by Indonesian Presidential ...

Villagers carry food distributed by government ...

A woman who lost her house and husband in the ...

Tsunami survivors turn their face away from down ...

Tsunami survivors sit at a destroyed house at ...

Tsunami survivors make their way through the ...

Rescuers carry the body of a tsunami victim on ...

Rescuers give water to a tsunami survivor on ...

A rescuer puts the body of a tsunami victim into ...

A woman tsunami survivor surveys her village ...

Tsunami survivors make their way past destroyed ...

A mother carries her child as she passes ruined ...

Tsunami survivors take shelter at a tent after ...

Tsunami survivors weep on the tsunami-ravaged ...


Woman collects clothes from the debris of her ...

A survivor looks at the bodies of tsunami victims ...

Tsunami survivors weep on the tsunami-ravaged ...

A boy tsunami survivor drinks water at an area ...

This aerial photo shows trees uprooted by Monday's ...

Hunt for survivors after twin Indonesia disasters

Debris is seen on Indonesias Sipora island ...

This aerial photo shows a damaged building in ...

This aerial photo shows a village flattened by ...

Ini foto udara menunjukkan sebuah kampung yang telah rata disebabkan gempa bumi Isnin mencetuskan tsunami di Pulau Pagai, Sumatera Barat, Indonesia, Rabu 27 Oktober 2010. Pesawat dan helikopter lengkap dengan pekerja penyelamat dan kelengkapan mendarat untuk pertama kalinya pada hari Rabu di pulau-pulau terpencil Indonesia yang dilanda oleh tsunami (tiga meter) 10-kaki, menyapu desa-desa dan menhanyutkan sekurang-kurangnya 154 orang (AP Photo/Achmad Ibrahim)

Villager holds a baby survivor, orphaned by the ...

Seorang warga memegang mangsa tsunami iaitu bayi, yatim piatu yang selamat. Gambar diambil 26 Oktober 2010.

View of the remains of the tsunami-hit Muntei ...

Australians tsunami survivors Daniel Scanlan, ...

Frame grab shows an aerial view of the tsunami-hit ...

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan bukankah hidup dan mati kita adalah merupakan ujian buat kita semua.

Friday, October 22, 2010

HURUN 'AIN


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Salah satu kenikmatan hidup di dunia ialah apabila Allah menciptakan wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita.

Antara keduanya ada perasaan tarik menarik. Daripada perasaan itu timbul pula rasa cinta mencintai hingga wujud kehidupan yang bahagia.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum [30 ] : 21)

Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu pemberian Allah SWT yang lebih baik sesudah iman dan taqwa daripada isteri yang baik. Jika disuruh ia mentaati, jika melihat kepadanya melapangkan hati, jika bersumpah kerananya dia menolong menepati, jika berada jauh dia menjaga dirinya dan harta suaminya."

Sebagaimana di dunia begitulah pula di akhirat. Salah satu kesenangan dan kebahagiaan yang Allah sediakan selepas kesenangan dan kebahgiaan yang tertinggi iaitu melihat wajah Allah ialah Allah SWT menciptakan pasangan (zaujah) masing-masing.

Tidak sedikit ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi menerangkan tentang keistimewaan zaujah ini.

Menurut sebahagian besar para ulama' pasangan ini (bidadari) Allah ciptakan untuk lelaki dan juga wanita, dan ini disebut bidadari atau wanita syurga. Jadi persoalannya adakah nanti untuk wanita disediakan bidadari seperti juga yang disediakan untuk keum lelaki. Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Dato' Hassan Din al-Hafiz ialah lelaki dan wanita akan dapat bidadari syurga yang akan melayan segala kehendak di syurga nanti.

Dinyatakan juga bahawa wanita dalam syurga ada dua golongan, pertama wanita-wanita dunia yang masuk syurga dan kedua, wanita-wanita yang Allah ciptakan dalam syurga yang tak pernah hidup dalam dunia ini. Itulah yang disebut HURUN 'AIN atau yang disebut sebagai BIDADARI. (al-Waaqi'ah [56] : 22)

Jadi orang lelaki akan dapat bidadari (isterinya yang masuk syurga, jika sampai 10 orangpun masuk syurga dia akan ketemu kesemua sepuluh itu) serta bidadari yang telah disediakan di syurga. Di sana tidak ada cemburu. Tentang wanita pula saya kurang jelas dengannya tetapi saya faham bahawa akan dapat pasangan daripada suami kita di dunia yang masuk syurga dan dapat bidadari syurga.


Antara ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan keadaan bidadari syurga ialah:

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (As-Saaffaat [37] : 48-49)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad [38] :52)

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (at-Tur [52] : 20)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (Ar-Rahmaan [55] : 56)

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata yaqut dan marjan (delima dan marjan). (Ar-Rahmaan [55] : 58)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70)

Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Ar-Rahmaan [55] : 72)

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahmaan [55] : 74)

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (Ar-Rahmaan [55] : 76)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Al-Waaqi’ah [56] : 22-23)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari-bidari) mereka dengan ciptaan istimewa,Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi’ah [56] : 35-37)

Gambaran Bidadari dalam Hadis

Berkata Ibnu Mubarak daripada Ibnu Abbas ra; ia berkata pada suatu hari, kami duduk bersama Ka'ab, lalu ia berkata: "Sekiranya sebuah tangan daripada Bidadari itu dijulurkan dari langit, akan terang benderanglah seluruh permukaan bumi sebagaimana matahari meneranginya bagi penduduk dunia." Kemudian ia berkata; "Kalau demikian keadaan tangannya sahaja bagaimana pula dengan mukanya, putihnya dan ayunya".

Berkata Atha' as-Sulamy kepada Malik bin Dinar: "Ya Abu Yahya, di dalam syurga Bidadari-bidadari mempertontonkan kecantikannya kepada ahli syurga. Sekiranya Allah SWT tidak menentukan bahawa ahli syurga tidak akan mati selamanya, sudah tentu ahli syurga akan mati setelah melihat wajah bidadari yang luar biasanya (kerana terperanjat)."

Daripada Ahamd Ibnul-Hawary: "Seorang yang arif bijaksana pernah menemui seorang yang arif dan bijaksana yang lain lalu berkata: "Rindukah engkau terhadap bidadari?" Dijawabnya; "Tidak". Berkata lagi yang menanya tadi : "Tidak rindukah engkau akan Bidadari kerana sinar wajahnya ialah Nur Allah 'Azza wa Jalla." Mendengarkan itu yang ditanya jatuh tersungkur kerana pengsan.

Ath-Thabarany menuturkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Al-Hassan, daripada ibunya, daripada Ummu Salamah ra, dia berkata, “Saya berkata:

"Wahai Rasulullah! Jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Baginda menjawab: "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung merak.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “Laksana mutiara yang tersimpan baik.” - (Al-Waqi'ah [56] : 23). Baginda menjawab: "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku firman Allah: “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70) Baginda menjawab: "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi : Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung kasawari) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Saaffaat [37] : 49) Baginda menjawab: "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Jelaskan padaku firman Allah, “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah [56] : 37) Baginda menjawab: "Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: "Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Mu'az bin Jabal; Berkata Rasulullah saw: "Bila seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini, maka berkata Bidadari yang bakal jadi pasangannya di syurga: "Janganlah engkau sakiti dia, kemarahan Allah atasmu, ia di sisimu hanya sementara, jika ia menceraikan kamu ia akan kawin dengan kami". Daripada hadis ini masing-masing Bidadari itu sudah mengetahui siapa lelaki yang masih hidup akan menjadi pasangannya kelak.

Daripada pelbagai sumber.