Peringatan daripada Al-Quran.
🍃Allah Subhanahu wa Ta'ala menceritakan tentang buruknya keadaan orang-orang kafir pada hari mereka dikembalikan kepada Allah, iaitu pada hari kiamat.
🍃Mereka dikumpulkan dan diseret masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan yang paling buruk dan rupa yang paling jelek.
🍃Untuk itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
{الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَى وُجُوهِهِمْ إِلَى جَهَنَّمَ أُولَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيلا}
📖 "Orang-orang yang dihimpun ke neraka Jahannam dengan diseret atas muka-muka mereka, mereka itulah orang yang paling buruk tempatnya dan paling sesat jalannya."
(Al-Furqan 25: 34)
(Al-Furqan 25: 34)
🍃Dalam sebuah hadis sahih disebutkan melalui sahabat Anas radhiallahu 'anhu yang telah mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam,
📚 "Wahai Rasulullah, bagaimanakah orang kafir diseret masuk ke neraka Jahannam di atas mukanya?" Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam menjawab:
"إِنَّ الَّذِي أَمْشَاهُ عَلَى رِجْلَيْهِ قَادِرٌ أَنْ يُمشِيَه عَلَى وَجْهِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ"
📚 "Sesungguhnya Tuhan yang membuatnya berjalan di atas kedua-dua kakinya mampu membuatnya berjalan di atas mukanya kelak di hari kiamat.
🍃Hal yang sama telah dikatakan oleh Mujahid, Al-Hasan, Qatadah, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang daripada kalangan mufassirin.
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir