Monday, September 20, 2010

Kenikmatan Dalam Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Akhir-akhir ini berpeluang menonton ceramah ustaz-ustaz di Youtube.. kali ini salin siri ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias tentang nikmat syurga.




Dalam siri 1 ini Ustaz mulakan dengan membaca ayat, Allah berfirman :

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Ya-Siin [36] : 65)


إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥

Sesungguhnya penduduk Syurga(ahli-ahli Syurga) pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (Ya-Siin [36] : 55)


هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (Ya-Siin [36] : 56)

لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Ya-Siin [36] : 57)

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Ya-Siin [36] : 58)

Nota: Suasana Alam Akhirat seperti dalam Surah Ya-Siin

Ayat 55 hingga 58 ialah nikmat tentang syurga, tak terbayang dan terlintas dalam hati kita nak dapat nikmat dan bagaimana nikmat dalam Syurga, sebab itulah pada suatu hari Nabi Muhammad saw bertanya kepada sahabat : "Kamu ni dah berkemas-kemaskah, dah packing barangkah? sahabat bertanya ya Rasulullah! berkemas ke mana? Rasulullah saw menjawab; untuk masuk ke syurga. Kata Rasulullah saw, syurga ni tak pernah kamu terbayang nikmatnya, tiada kesusahan dalamnya, tiada mudharat dalam syurga, tiada kejahatan di dalamnya, semuanya baik belaka. Maka para sahabat berkata; Ya! kami buat persiapan ya Rasulullah! Nabi berkata: Jangan kata ya, tetapi katalah InsyaAllah, kami akan buat persiapan.

Nabi sebut dalam hadis yang dibacakan tadi dengan perkataan bersiap-siap untuk ke Syurga. Apabila kita hendak ke suatu tempat tentulah kita bersedia lebih awal dengan segala bekalan seperti pakaian dan apa sahaja yang akan digunakan (Dalam kes ustaz, ustaz sediakan pakaian, peralatan membersihkan diri dan kitab-kitab bila nak ke ceramah sebab ustaz bertolak dariIpoh ke KL untuk selama 2 hari.. ustaz bersiap dari pukul 1 hingga 2 pagi)

Kita nak pergi Haji ke Mekah, nak tinggal di sana selama 40 hari atau 60 hari sahaja tetapi persiapannya agak lama, dengan kursusnya, persiapan kain ihram dan lain-lain, minta maaf kepada sahabat.. tapi yang dimaksudkan berkemas di sini bukanlah berkemas nak ke Mekah atau ke lain-lain tempat tetapi kita nak ke tempat...



tetapi kita nak ke tempat... yang Allah kata: Jika kita masuk neraka;

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ

Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup . (Al-a'la [87] : 13)

Dalam neraka, matipun tidak hiduppun tidak.. sebab kena siksa dalam neraka, bila tak tutup aurat kena siksa, terompah api dipakaikan hingga kepala menggelegak, hancur badan, kemudian hidup balik, pakai lagi terompah api.. begitulah seterusnya.

Sebagai tambahan saya petik di SINI [Dalam surah Al-a'la ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberi peringatan akan adanya hari kiamat/akhirat.. bagi orang2 beriman terus menerima peringatan ini kerana mereka takutkan siksaan Allah sedangkan orang2 kafir /tidak beriman merupakan orang2 yang mendapat kecelakaan kerana menjauhkan diri daripada peringatan.. tidak mahu mempercayai al-Quran dan mereka sombong. Paling hebat dalam surah ini.. tentang suasana kiamat ini ialah bahawa orang yang masuk neraka itu tidak hidup dan tidak pula mati. sepintas lalu susah nak difahami.. sebab biasanya kalau orang hidup dia pastinya tidak mati dan kalau mati pastinya dia tidak hidup.. bagaimana pula dikatakan tidak akan mati dan tidak pula hidup.. cuba bayangkan.. Erti yang sebenarnya ialah jika dia dikatakan mati pasti dia tak terasa siksaan.. sedangkan dia merasa siksaan.. dan dikatakan tidak hidup pula kerana dia terus menerus mendapat siksaan.. tidak henti2.. dengan kenyataan ini seharusnya manusia akan dapat merasakan betapa hebatnya siksa Neraka itu.. Kenyataan ini lebih ngeri daripada dikatakan siksa sampai mati.. kerana jika seseorang itu disiksa terus menerus tentu dia akan memilih mati daripada hidup.. sebab dengan mati akan berakhirlah penderitaan akibat penyiksaan itu.. cuba bayangkan bagaimana rasanya disiksa terus menerus.. Para sahabat Nabi Muhammad saw setiap kali mendengar atau membaca surah ini mereka menggigil ketakutan sedangkan kita yang tidak memahami bahasa al-Quran akan membaca dan mendengar dengan tersenyum (Na'uuzubillah).. Sebab itu Rasulullah saw diperintahkan terus menerus memberi peringatan jangan sampai jemu untuk menghindarkan manusia daripada terjerumus ke dalam api neraka pada hari akhirat nanti.. ]

Jika masuk syurga alhamdulillah tak mati-mati dah, sebab Allah kata orang yang masuk syurga ni, matinya dijadikan macam kambing kemudian matinya disembelih akhirnya matipun mati.. dan masuk syurga tak mati-mati dah, nikmat je.

Tuan2, puan2, Lama sangat di Padang Mahsyar, lama sangat dalam kubur, agak-agak kita dah berkemas ke atau sudahkah kita pos terlebih dahulu barang-barang kita, cukupkah bekalan kita untuk kita bawa ke akhirat, cukupkah amalan kita yang hendak dibawa.. bandingkan perbelanjaan yang kita bawa semasa menunaikan haji, jika kita ada RM1000 sedangkan orang-orang lain ada RM20,000, RM60,000 semasa mengerjakan Haji, tidak gayatkah kita..

Jadi samalah jika orang lain khatam al-Quran 30 juzuk dalam masa seminggu tapi kita setahun sekali sahaja khatam semasa bulan Ramadhan... tontonilah selanjutnya.. semoga menambah keinginan kita untuk beribadat dan mempersiapkan bekalan untuk ke Syurga Allah.











4 comments:

penjejak maya said...

salam,

nikmat syurga itu begitu hebat tak terbayang dek mata kasar kita dan mudah-mudahan kita semua mendapat tempat di sisi syurga Allah SWT

CIKGU ZAM said...

salam,
Alhamdulillah dengan perkongsian ini, semoga kite semua dapat sampai ke sana.............
Aminn

Werdah said...

Salam Penjejak Maya.

Sama-samalah kita berusaha.. nak dapatkannya bukan senang.. tak boleh berangan-angan. Mudah2an kita dipermudahkan Allah dalam mendapatkan nikmat syurga ini.

Werdah said...

Salam cikgu Zam.

Allahumma Amiin.

Kena siapkan banyak-banyak bekalan dan semoga mendapat rahmat Allah juga.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails