Tuesday, September 8, 2009

Suasana Alam akhirat (21) – Surah Al-Furqaan (Pembeza/Yang Membezakan)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi kita nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat.


Hari ni sambung tentang suasana alam akhirat yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah Al-Furqaan iaitu surah ke 25 dalam al-Quran yang mulia, mulai ayat 11 hingga 34.. Allah berfirman maksudnya:
(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, (neraka sa'ir) api yang menjulang-julang. (11)
Allah memperkatakan tentang keraguan orang2 kafir musyrik terhadap adanya hari kiamat.. keengganan orang2 kafir musyrik mempercayai kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw dan enggan percaya adanya hari kiamat serta balasan syurga kepada yang berbuat baik serta neraka kepada yang berbuat jahat disediakan api yang menjulang2 (neraka) yakni nerakalah tempat bagi mereka yang degil itu.

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah oleh mereka suara marahnya yang menggelegak dan suara nafas yang gemuruh. (12)

Allah memberitahu bahawa apabila neraka "sa'ir" melihat manusia kafir yang akan dimasukkan ke dalamnya, dari jauh lagi neraka mengeluarkan suara kemarahan dengan bunyi apinya yang bergejolak, suara ribut daripada nafasnya yang bergemuruh ingin sangat2 membakar orang2 kafir yang masih jauh itu kerana geramnya terhadap sikap orang2 kafir semasa berada di dunia dahulu. Ibnu Mundzir dan Ibnu Jarir telah mengeluarkan hadis yang diriwayatkan daripada 'Ubaid bin 'Umair katanya : Sesungguhnya neraka itu bernafas dan bergemuruh bunyinya. tidak ada satu malaikat yang muqarrabin mahupun nabi2 yang diutus melainkan gementar tulang2 sendinya apabila mendengarnya, sehingga nabi Ibrahim terduduk di atas lututnya seraya berkata : "Ya Allah! Tiada kupohonkan kepadaMu melainkan keselamatan diriku". Di sini cuba bayangkan bagaimana orang2 yang ingkar sudah masuk ke dalam neraka, tentulah dicengkam, dikeronyok dan dibaham oleh api nerka sebagaimana sesekor singa yang lapar membaham mangsanya. Juga bolehlah kita fahami bahawa neraka adalah makhluk hidup yang boleh mengenal pasti orang-orang yang bakal menghuninya. Orang-orang kafir juga bole mendengar suara api yang mengaum yang marah, geram dan tak sabar-sabar lagi membaham mangsanya.

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13)
Setiap orang kafir dilontarkan ke dalam neraka yang tempatnya sempit, mereka pula terbelenggu tangan ke tengkuk dengan pasung dan diikat dengan rantai besi, lalu mereka pun terpekik terlolong, menjerit2 dan meratapi nasib malang mereka dengan mengatakan : "Lebih baik mati sahaja kami sekarang ini" Kalau mati terlepaslah daripada siksaan api neraka tersebut.


Di sini cuba bayangkan kita dalam keadaan terikat begitu, kaki dan dan tangan tak dapat menolong melepaskan diri, terkena pula api, jika api yang kecil di dunia ini pun tak tertanggung ataupun jika digigit semut api pun kita tak sanggup menghadapinya inikan pula keadaan separti yang Allah gambarkan ini.

(Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14)
Lalu pada hari itu, dikatakan (ditempelak) kepada mereka : "tak usahlah kamu meratap dengan mengharapkan kematian satu kali, tetapi merataplah dengan mengharapkan kematian dan kebinasaaan yang berkali2. Kamu bukannya dibinasakan sekali tetapi dibinasakan berkali2, kerana siksaan itu bermacam2 dan tiap2 siksaan itu amat pedih, (sebab di akhirat manusia tak akan mati lagi. Mereka akan hidup selama2nya). Saat itu keadaan orang-orang kafir kacau bilau menerima azab yang bersangatan itu. Lalu mereka bertanya:

Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15)
Ayat ini ditafsirkan oleh Ahmad Sonhadji Mohammad dalam tafsir di radio; bahawa setelah Allah menceritakan tentang siksaan yang ditimpakan kepada org2 yg mendustakan hari kiamat, disuruh pula Nabi Muhamad saw bertanya kepada org2 kafir musyrik Mekah iaitu : "Katakanlah ya Muhammad kepada org2 yg mendustakan hari kiamat itu adakah neraka yang kamu lihat sedemikian sifatnya itu lebih baik ataupun syurga yang kekal nikmatnya lebih baik"


Menurut Bey Arifin dalam bukunya "Hidup sesudah Mati" ayat ini bermaksud, di sana nanti bertubi2 pula sindiran oleh malaikat2 kepada mereka yang sedang menderita itu.. antaranya mereka disindir dengan pertanyaan2 yang tak diminta menjawabnya seperti : "Apakah neraka ini ini yang lebih baik atau syurga? Soalan ini untuk menambahkan penderitaan mereka kerana semasa di dunia mereka mendustakan apa yang diajar oleh Nabi2 mereka, kenapa mereka menurut ajaran syaitan, kenapa mereka lebih mencintai harta dunia dan sebagainya. Untuk membuat pilihan, di sini bukanlah tempatnya lagi. Segala-galanya sudah terlambat. Hendak memilih jalan ke syurga atau ke neraka bukanlah tempatnya di akhirat tetapi ketika masih berada di dunia. Di dunia Allah telah membentangkan jalan yang luas sama ada nak syukur atau kufur. Apabila sudah merentasi jambatan akhirat, manusia hanya layak menuai hasil tanaman masing-masing.
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing). (16)
Dalam ayat ini Allah menggambarkan bahawa kesenangan yang diperoleh dalam syurga adalah berkekalan, mereka yang mendiami syurga mendapat apa saya yang mereka inginkan, yang tak pernah mereka lihat, dengar dan terfikir sebelum ini. Itulah janji Allah dan Allah akan membalasnya kerana orang2 Mukmin selalu berdoa semasa di dunia antaranya dengan doa : Rabbana Aatina Fiddunniya Hasanah wa Fil Akhirati hasanah (Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat"

Dan (ingatlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan? (17)
Di sini Allah menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar bersama2 dengan apa yang mereka sembah itu (ini termasuk patung2 berhala, iaitu benda2 tak bernyawa mahupun yang disembah itu berakal seperti malaikat, jin dan manusia termasuk para nabi seprti Nabi Isa dan 'Uzair) dan akan ditanya :"Adakah kamu yang menyesatkan hamba2Ku ini atau adakah mereka yang tersesat daripada ajaran sebenar yakni tidak mahu menurut ajaran rasul?"

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa. (18)
Di sana nanti apabila disoal sedemikian, benda2 yang disembah oleh orang2 kafir termasuk para Nabi akan berkata: "Maha Suci Tuhan kami daripada apa yang disifatkan oleh orang2 musyrik.. Tidak patut kami diambil sebagai pelindung daripada musuh2Mu, bahkan Engkaulah pemimpin kami. Maksud ucapan mereka ialah "Tidak patut mereka menyuruh/menyeru manusia menyembah mereka sedangkan mereka juga sepatutnya menyembah Allah swt tambahan pula Allah swt telah memberikan kesenangan kepada mereka serta bapa2 mereka sedangkan mereka asyik leka kerana menuruti hawa nafsu dalam menikmati kesenangan, mereka lupa akan ajaran2 Allah, lalu jadilah mereka orang2 yang binasa".
Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar. (19)
Kata2 tempelakan dalam ayat ini ditujukan kepada orang yang menyekutukan Allah, bahawa orang2 dan benda2 yang mereka sembah itu (mengaku) bukanlah Tuhan yang patut mereka sembah kerana mereka (yang disembah) sendiri pun tidak berdaya untuk mengelakkan sebarang siksaan Allah swt kepada diri mereka dan tuidak juga dapat menolong orang2 yang menyembah mereka. Oleh itu Allah akan menyiksa mereka dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan yakni berbuat SYIRIK.

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya). (20)
Dalam ayat 20 ini Allah menjelaskan kepada Nabi Muhammad saw bagi menghiburkan hatinya bahawa para nabi yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Allah swt adalah terdiri daripada manusia. Ini kerana org2 musyrik menganggap bahawa seorang rasul itu tidak patut makan, minum dan berbuat seperti manusia lain (mereka meminta supaya malaikat yang tak perlu makan atau minum dan ke pasar2 bagi menyampaikan ajaran kepada mereka). Allah memberitahu bahawa para rasul sebelum Nabi Muhamad saw juga semuanya makan, minum, berjalan untuk mencari nafkah hidup.. perlakuan nabi2 dan rasul seperti ini tidaklah merendahkan martabat mereka, yang membezakan antara satu sama lain ialah tentang sifat2 mereka serta mukjizat yang Allah kurniakan kepada mereka sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka. Dan allah ingatkan bahawa Allah sudahpun menguji manusia itu antara satu sama lain.. ada para rasul ditugaskan menyampaikan perytusan Allah, ada yang Allah lantik sebagi raja atau ketua negara, ada yang ditakdirkan jatuh miskin. Ini adalah ujian Allah sama ada para rasul akan taat mengerjakan perintah ataupun meninggalkan perintah Allah.. dan para rasul yang menjadi utusan Allah ditakdirkan sedemikian agar mereka menyeru manusia menyembah Allah tanpa mengaharapkan balasan. Itulah sebabnya Allah menjanjikan pahala yang besar bagi orang2 yang sabar.

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (21)
Orang2 yang mendustakan Allah dan rasulNya bersikap angkuh dengan memohon supaya Allah menurunkan Malaikat sebagai rasul supaya mereka dapat melihat Allah swt. Mereka mengatakan mengapa tidak diturunkan bangsa malaikat supaya mereka (malaikat) dapat menyatakan adakah benar2 Nabi Muhammad saw itu seorang Rasul Allah. Kalu tidak diturunkan malaikat lebih baik kami dapat berjumpa dengan Allah. dengan ini barulah kami dapat beriman.. Inilah tentangan yang teramat jahat.

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya) dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). (22)
Akhirnya pada hari kiamat mereka dapat melihat malaikat datang untuk menyiksa mereka. Begitulah Allah mengabulkan permintaan mereka. Mereka yang berdosa dapat melihat malaikat datang tanpa membawa berita gembira. Mereka berdoa supaya tidak mendapat apa2 yang buruk terhadap diri mereka.

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (23)
Segala amalan baik mereka seperti menghubungkan silaturrahim, menolong orang dalam kesusahan, dan lain2 kebajikan tidak akan akan mendapat pahala. Jikalah mereka beriman pasti mereka diberi pahala tetapi disebabkan kesyirikan mereka segala perbuatan baik mereka tiada nilai, semuanya sia-sia ibarat debu berterbangan.

Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya. (24) Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat) dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan. (25) Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir. (26) Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (27) Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (28)
Orang2 beriman (ahli2 syurga) tempatnya lebih baik daripada orang2 kufur (ahli neraka). Diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti apa yang mereka minta iaitu supaya diturunkan malaikat akan benar2 terjadi. Malaikat akan turun berpasuk2an dan berterusan, segala makhluk yang tinggal di cakerwala seperti langit, bintang akan pecah terbelah dan hancur menjadi abu. semuanya akan jadi kosong dan segala peraturan alam akan rosak binasa. Pada hari itu Allah menunjukkan sebenar2 kekuasaanNya. Pada hari itu malaikat turun membawa kitab catatan amalan semua manusia. Inilah masa yang amat sukar bagi org2 kafir. Mereka amat menyesal dan amat marah kepada diri sendiri sambil berkata: Alangkah baiknya jika dahulu aku bersama2 para rasul Allah. Mereka juga mengutuk diri mereka kerana mengikut jalan yang sesat.

Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). (29) Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai. (30)

Orang2 musyrik ini nanti akan mengatakan :"Sesungguhnya teman2 kami yang menyesatkan kami dan mengajak kami supaya tidak beriman dengan apa yang diajarkan oleh para rasul iaitu ajaran al-Quran" dan rasul2 pula mengatakan bahawa kaum mereka telah mengabaikan ajaran Allah dengan meninggalkan ajaran al-Quran begitu sahaja yakni tidak mahu menggunakan peraturan2 yang telah ditetapkan.
Orang2 musyrik ini nanti akan mengatakan :"Sesungguhnya teman2 kami yang menyesatkan kami dan mengajak kami supaya tidak beriman dengan apa yang diajarkan oleh para rasul iaitu ajaran al-Quran" dan rasul2 pula mengatakan bahawa kaum mereka telah mengabaikan ajaran Allah dengan meninggalkan ajaran al-Quran begitu sahaja yakni tidak mahu menggunakan peraturan2 yang telah ditetapkan.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka). (31)
Dalam ayat ini Allah menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawasanya Nabi Muhammad saw mempunyai musuh daripada kalangan org2 musyrik yang suka melemparkan kata2 yang keji dan melakukan perbuatan2 di luar batas. Begitu juga dengan nabi2 terdahulu, mereka juga mempunyai musuh yang mengingkari ajaran Allah. Yang pastinya Allah akan menolong Nabi dan orang2 yang beriman. Dan Allah berkata cukuplah Tuhanmu sahaja yang akan memimpin engkaundengan hidayahNYa dan akan menyampaikan ke arah yang engkau tuju dan dan akan mennolng engkau sehingga engkau menang.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. (32) 
Di sini Allah menyatakan bahawa orang2 Yahudi yang kufur bertanya mengapa al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw tidak diturunkan sekaligus sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Daud. Pada pendapat mereka al-Quran hendaklah diturunkan sekaligus. Dalam tafsir al-Maraghi dikatakan bahawa Taurat juga diturunkan secara beransur2 tetapi orang2 Yahudi itu degil tidak mahu menerima kenyataan.. Allah menyebutkan bahawa al-Quran itu diturunkan secara beransur2 supaya dapat menguhkan hati Nabi Muhammad saw dan al-Quran itu dapat dibaca berulang2, diteliti berulang2 sehingga tertanam dengan kuatnya ke dalam hati orang2 yang membaca dan menghafalnya. Hal ini disebut juga dalam surah al-Isra' ayat 106 yang bermaksud : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur. (106)

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu). (33)
Setiap kali orang2 Yahudi menemui/mendatangai Nabi Muhammad saw mereka akan menanyakan perkara2 pelik untuk menentang Nabi, mereka juga mengemukakan cadangan2 yang ganjil bagi mencela kerasulan Nabi. Dan bagi setiap ucapan ganjil mereka ini Allah bekalkan kepada Nabi hujjah2 yang benar bagi menangkis segala yang mereka perkatakan.
Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya. (34)
Orang2 kafir ini akan diheret beramai2 ke dalam Neraka Jahanam. Mereka dihukum dengan menyeret mereka dalam keadaan meniarap dan muka tersembam ke tanah terbelenggu dengan keadaan yang amat hina. Itulah tempat yang paling buruk dan hina bagi orang-orang kafir, musyrik, munafik serta para pencela agama.

Begitulah gambaran suasana hari akhirat nanti. Jika diperhatikan dalam ayat2 di atas tadi Allah berfirman dengan menggambarkan keadaan ketika ayat2 diturunkan dan juga menggambarkan apa yang akan berlaku di akhirat nanti. Begitulah kemukjizatan al-Quran daripada segi susunan bahasa.

Mudah2an kita semua dapat ambil iktibar daripada apa yang dapat ditulis di sini.. segala yang baik itu daripada Allah dan yang tidak baik itu daripada diri saya sendiri.. MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH DAN SEGALA PUJIAN HANYA UNTUKMU.. Saya Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dan saya memohon keampunan Dari MU Ya Allah.

Wednesday, September 2, 2009

Suasana Alam akhirat (20) – Surah Yasiin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu’alaikum, di sini dicatatkan suasana alam akhirat yg disebutkan dlm surah Yasiin mulai ayat (48 hingga ayat 67).. Ayat (1) yg berbunyi “yasiin” – para ulama tafsir apabila bertemu huruf2 hija’ayah spt ini, mereka mentafsirkan “Allah sahaja yg tahu akan maksudnya”.. namun ada pula sesetengah ulama mentafsrkan “Yasiin” ini sebagai “hai manusia” dan “Hai penghulu segala manusia” dan ada juga yg mentafsirkan Yasiin itu ialah nama bagi al-Quran (tafsir Al-Kazin).. Ayat2 dalam surah ini diturunkan krn terdpt di kalangan org2 kafir Mekah menyangkal kerasulan Nabi Muhammad saw.


وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٤٨) مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ تَأۡخُذُهُمۡ وَهُمۡ يَخِصِّمُونَ (٤٩) فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ تَوۡصِيَةً۬ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمۡ يَرۡجِعُونَ (٥٠) وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يَنسِلُونَ (٥١) قَالُواْ يَـٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜ‌ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ (٥٢) إِن ڪَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٥٣) فَٱلۡيَوۡمَ لَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا ڪُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٥٤) إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥) هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦) لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨) وَٱمۡتَـٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٥٩) ۞ أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٠) وَأَنِ ٱعۡبُدُونِى‌ۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ۬ مُّسۡتَقِيمٌ۬ (٦١) وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣) ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤) ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥) وَلَوۡ نَشَآءُ لَطَمَسۡنَا عَلَىٰٓ أَعۡيُنِہِمۡ فَٱسۡتَبَقُواْ ٱلصِّرَٲطَ فَأَنَّىٰ يُبۡصِرُونَ (٦٦) وَلَوۡ نَشَآءُ لَمَسَخۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ مَڪَانَتِهِمۡ فَمَا ٱسۡتَطَـٰعُواْ مُضِيًّ۬ا وَلَا يَرۡجِعُونَ (٦٧)

Maksud ayat (48 hingga 67) Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu). (48) Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (50) Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (51) (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (53) Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. (54) Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58) Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (59) Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64) Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65) (Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66) (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang (67). 


Huraiannya:

Org2 yg tak beriman dgn hari akhirat dengan sombongnya dan berani bertanya bilakah kiamat itu akan berlaku?.. yg bermakna mereka meminta agar disegerakan kiamat sebagai ejekan kpd Nabi Muhammad saw yg selalu mengingatkan/menakutkan mereka ttg hari akhirat dan pembalasan.. apalagi org kafir pada zaman ini.. setelah lebih 1400 tahun diingatkan malah kiamat tak juga datang2.. sedangkan dalam ayat2 Allah dinyatakan kiamat akan berlaku tak lama lagi atau hampir akan berlaku atau pasti akan terjadi tak lama lagi..


Dalam ayat (48) diterangkan bahawa Kiamat pasti akan terjadi, dalam waktu singkat ataupun pendek.. soal masa dan waktu adalah relatif.. waktu yg pendek itu mungkin sesaat atau sejam atau mungkin berabad2 lamanya. Allah menjawab cabaran mereka dengan berkata: Tunggulah sahaja kedatangan siksa dengan terdengarnya satu pekikan kuat iaitu suara tiupan sangkakala.. tiupan pertama semua penduduk bumi ini akan mati semuanya secara tiba2..Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) dan lihat pula ayat 95 surah Al-'Araaf yang bermaksud: Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut dan mereka tidak menyedarinya. (95).


Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dpd Ibnu Umar katanya: Sesungguhnya serunai sangkakala akan ditiup tatakala manusia asyik berada di jalan-jalan, dalam majlis2, di pasar2, sehinggakan jika ada di antara mewreka yg sedang tawar menawar pakaian salah seorang belum lagi sempat membentangkannya sudahpun ditiup sangkakala itu spt yg diterangkan dlm ayat (49) di atas.


Al-Bukhari dan Muslim pula telah meriwayatkan dpd Abu Hurairah katanya: Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya saat kiamat itu berlaku semasa org sedang membentang baju antara keduanya belum sempat berjualbeli dan belum sempat melipatnya. Sesungguhnya saat kiamat itu berlaku tatkala seorang lelaki membongkok ke dalam kolam sedang dia belum sempat mengambil airnya. Sesungguhnya saat kiamta berlaku tatkala seorang lelaki telah kembali membawa susu untanya sedangkan dia belum sempat meminumnya. dan sesungguhnya sat kiamat itu berlaku tatkala org sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya sedangkan dia belum sempat memakannya.


Apabila saat kiamat itu dtg dengan begitu cepat tidak sempat lagi berwasiat, berpesan dan kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya (50). Kemudian selepas mereka dimatikan tiupan sangkakala kali kedua akan menghidupkan mereka semula. Mereka yg mati ini terbangun lalu bangkit dpd kubur masing2 dan bersegera menemui Tuhan kerana akan dibacarakan bagi setiap apa yg mereka kerjakan. (51).. 


Mereka sgt hairan semasa dibangkitkan dpd kubur walahal mereka sudah mati, seolah2 mereka sedang lena dlm tidur tetapi mengapa mereka dibangunkan?(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) 


Menurut tafsir Al Khazin: Allah mengangkat siksa dpd mereka pada masa antara dua tiupan sangkakala lalu tertidur, tetapi apabila dibangkitkan semasa tiupan kali kedua dan melihat dgn mata kepala sendiri akan kegemparan dan kehebatan hari kiamat mereka menjadi sgt terkejut lalu berkata: "Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?.


Pada ketika itu ada suara jawapan dpd malaikat atau org2 mukmin kepada ejekan kpd org2 kafir kerana dahulunya mereka tidak percaya kepada hari kiamat: Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) ,

Allah memberitahu bahawa utk mengembalikan mereka yg mati itu menjadi hidup hanyalah dengan satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dibangunkan dan dihalau dan dihimpunkan ke tempat perbicaraan, semuanya dibawa hadir untuk menerima balasan dan pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang telah manusia kerjakan baik daripada segi ganjaran pahala mahupun dosa.. setipa manusia akan mendapat ganjaran yg cukup bagi setiap amalannya dan yg melakukan kejahatan akan mendpt siksaan setimpal dg kaesalahan tidak melebihi daripada dosa yg telah dilakukan.. semua ini merupakan pembalasan yg sesuai dgn apa yg manusia kerjakan selama mereka berada di dunia. 

Seterusnya balasan yg diterima oleh golongan manusia yg beramal baik ialah syurga dan sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan hidup; yg tak pernah mereka lihat, dengar mahupun terlintas pd pemikiran dan hati. Mereka hidup senang lenang dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di bawah tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin/kerusi malas/tempat pembaringan yg selesa dengan nikmat dan kelazatan yg tak tegambarkan; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai hidangan daripada pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; Dalam syurga mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Mengasihani. dgn perantaraan malaikat .. As-Salam ertinya aman dpd perkara yg tak disukai atau kesejahteraan iaitu tidak ada sesuatu yg mengganggu keamana, menyinggung perasaan atua mengeruhkan keadaan atau merisaukan fikiran. Inilah martabat nikmat yg besar yg tak pernah dirasakan di dunia(55-58) 


Dan sebaliknya kepada orang-orang yang kafir Allah berkata: " Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, daripada bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman". Mereka ini Allah halau ke dalam neraka supaya tidak bertemu dg org2 syurga selama2nya (59) Dan Allah berkata: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! Dahulu Allah telah memberikan dalil2 mengenai alam sekeliling, membekalkan manusia dg akal fikiran, mengutus para rasul membawa kitab memberi keterangan2 Allah supaya manusia menuju kpd kesejahteraan tetapi mereka memuja syaitan, mereka tergoda dengan ajakan syaitan utk menderhakai Allah.. Allah dah ingatkan syaitan itu musuh manusia sejak Nabi Adam as, syaitanlah yg menggoda Nabi Adam sehingga Nabi Adam terkeluar dpd syurga.(60) Dan semasa di dunia Allah perintahkan supaya manusia menyembah Allah : "Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Di sini Allah menyatakan walaupun diingatkan supaya menyembah Allah tetapi manusia telah memilih jalan yg sesat.. Allah ingatkan bahawa pengaruh syaitan amatlah kuat sehingga manusia banyak yg terpedaya.. 


Lalu Allah menyuruh mereka yg mengikut jalan syaitan masuk ke neraka agar mereka tahu betapa panasnya api neraka yg telah diperingatkan dahulu..Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64) 

Allah menerangkan bahawa pd hari akhirat nanti mulut2 org2 kafir ditutup supaya tidak boleh bercakap.. sebaliknya Allah membenarkan tangan dan kaki mereka menjadai saksi boleh berkata2, menceritakan perilaku mereka semasa di dunia. Ini kerana tangan digunakan utk melakukan pekerjaan sementara kakai pula digunakan utk bergerak menyaksikan sesuatu kejadian. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65) Banyak ayat yg membahasakan tangan manusia itulah yg mempunyai peranan penting dalam pekerjaan seseorang antaranya dlaam ayat 40 surah an-Naba' 

يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ

bermaksud : "iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakan oleh tangannya sendiri".. An-Naba' ayat (40)

dan Ayat 35 surah Yasiin 

وَمَا عَمِلَتۡهُ أَيۡدِيهِمۡ‌ۖ 


bermaksud: "dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka"


Allah menyatakan bahawa Dia berkuasa menghukum org2 kafir, kalau Allah mahu Dia dpt membutakan mata mereka supaya tak dpt melihat jalan yg hendak dituju.. Dalam tafsir al-Qurtubi disebutkan bahawa Abdullah bin Salam telah mentakwilkan ayat 66 ini : Pada hari kiamat nanti apabila dibentangkan titian siratul Mustaqim di atas neraka, akan ada satu suara menyeru : "Hendaklah Muhammad saw dan ummatnya melaluinya! maka ummatnya yg terdiri dpd org2 yg baik dan org2 yg jahat semuanya mengikuti baginda.. apabila sedang mereka meniti tiba2 Allah butakan mata org2 jahat jadi sudah tentu org2 jahat ini meraba2 di atas titian itu. Kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing meraba-raba mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66) 

Begitulah Allah berkuasa jika Alllah mahu, Allah boleh mengubah rupa manusia yg kafir itu menjadi lebih buruk sehingga mereka tidak dapat bergerak ke depan atau ke belakang yakni akan kaku di atas titian.. (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang (67). 

Marilah kita ambil iktibar dpd keterangan2 ayat2 Allah agar kita berusaha menempatkan diri kita ke dalam SYURGA.

Tuesday, September 1, 2009

Suasana Alam Akhirat (19) Surah Al-A'raaf (Tembok/benteng Tinggi/Tempat Yang Tinggi)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum, hari ini sambung tentang suasana Alam Akhirat yang digambarkan dalam surah Surah Al-A'raf (Tembok/benteng Tinggi/Tempat Yang Tinggi) yakni surah ke 7.. mulai ayat 35 hingga ayat 51.


يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ إِمَّا يَأۡتِيَنَّكُمۡ رُسُلٌ۬ مِّنكُمۡ يَقُصُّونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِى‌ۙ فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٣٥) وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٣٦) فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَنَالُهُمۡ نَصِيبُہُم مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَتۡہُمۡ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوۡنَہُمۡ قَالُوٓاْ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ‌ۖ قَالُواْ ضَلُّواْ عَنَّا وَشَہِدُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَنَّہُمۡ كَانُواْ كَـٰفِرِينَ (٣٧) قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِىٓ أُمَمٍ۬ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِڪُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ فِى ٱلنَّارِ‌ۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٌ۬ لَّعَنَتۡ أُخۡتَہَا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَڪُواْ فِيہَا جَمِيعً۬ا قَالَتۡ أُخۡرَٮٰهُمۡ لِأُولَٮٰهُمۡ رَبَّنَا هَـٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فَـَٔاتِہِمۡ عَذَابً۬ا ضِعۡفً۬ا مِّنَ ٱلنَّارِ‌ۖ قَالَ لِكُلٍّ۬ ضِعۡفٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ (٣٨) وَقَالَتۡ أُولَٮٰهُمۡ لِأُخۡرَٮٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلٍ۬ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ (٣٩) إِنَّ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَٲبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِى سَمِّ ٱلۡخِيَاطِ‌ۚ وَڪَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُجۡرِمِينَ (٤٠) لَهُم مِّن جَهَنَّمَ مِهَادٌ۬ وَمِن فَوۡقِهِمۡ غَوَاشٍ۬‌ۚ وَكَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤١) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٤٢) وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٤٣) وَنَادَىٰٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ أَن قَدۡ وَجَدۡنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّ۬ا فَهَلۡ وَجَدتُّم مَّا وَعَدَ رَبُّكُمۡ حَقًّ۬ا‌ۖ قَالُواْ نَعَمۡ‌ۚ فَأَذَّنَ مُؤَذِّنُۢ بَيۡنَہُمۡ أَن لَّعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤٤) ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَهُم بِٱلۡأَخِرَةِ كَـٰفِرُونَ (٤٥) وَبَيۡنَہُمَا حِجَابٌ۬‌ۚ وَعَلَى ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالٌ۬ يَعۡرِفُونَ كُلاَّۢ بِسِيمَٮٰهُمۡ‌ۚ وَنَادَوۡاْ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَن سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمۡ‌ۚ لَمۡ يَدۡخُلُوهَا وَهُمۡ يَطۡمَعُونَ (٤٦) ۞ وَإِذَا صُرِفَتۡ أَبۡصَـٰرُهُمۡ تِلۡقَآءَ أَصۡحَـٰبِ ٱلنَّارِ قَالُواْ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٤٧) وَنَادَىٰٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأَعۡرَافِ رِجَالاً۬ يَعۡرِفُونَہُم بِسِيمَٮٰهُمۡ قَالُواْ مَآ أَغۡنَىٰ عَنكُمۡ جَمۡعُكُمۡ وَمَا كُنتُمۡ تَسۡتَكۡبِرُونَ (٤٨) أَهَـٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ أَقۡسَمۡتُمۡ لَا يَنَالُهُمُ ٱللَّهُ بِرَحۡمَةٍ‌ۚ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡكُمۡ وَلَآ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ (٤٩) وَنَادَىٰٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ أَنۡ أَفِيضُواْ عَلَيۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ أَوۡ مِمَّا رَزَقَڪُمُ ٱللَّهُ‌ۚ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٥٠) ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوً۬ا وَلَعِبً۬ا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا‌ۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَٮٰهُمۡ ڪَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَـٰذَا وَمَا ڪَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا يَجۡحَدُونَ (٥١

Surah Al-A'raf merupakan satu antara surah terpanjang di dalam Al-Quran selepas Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa', Al-Maidah dan Al-An'am.. surah ini dinamakan Al-A'raf krn di dlmnya trdpt kisah "Ashabul A'raf" iaitu menceritakan ttg org2 yg mendiami tempat2 tinggi sbgaimana yg disebut dlm ayat 46 hingga 49.. Mengikut para pentafsir Al-A'raf ini adalah sebuah bukit yg terletak antara syurga dan neraka. Bukit ini didiami oleh org2 yg SAMA BERAT DOSA DAN PAHALANYA (menurut sestengah para mufassirin).. Mereka tinggal di sana untuk sementara waktu sebelum dibenarkan masuk ke syurga. Suasana Alam Akhirat yang digambarkan dalam surah ini adalah yang terpanjang, menggambarkan perbualan2 dan pemandangan yang dapat didengar dan dilihat.


Maksud ayat2 daripada ayat 35 hingga 51 : Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (35) Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (36) Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) daripada apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (37) Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (39) Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (40) Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api Neraka dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api Neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). (41) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (42) Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (43) Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim. (44) Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat. (45) Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A`raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A`raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (46) Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim. (47) Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A`raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu. (48) (Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita. (49) Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli Neraka dengan firmanNya): Ahli Neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir. (50) (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (51)

Huraian:

Ayat (35) Allah menyeru kepada manusia (terutama kaum kafir Mekah tatkala itu) supaya menerima ajaran Nabi Muhammad saw, yang membaca hukum2 atau syari'at Allah, ajaran yg membawa keterangan2 tentang perintah Allah dan seterusnya diseru supaya membuat kebaikan dan meninggalkan larangan.. diseru dengan memperingatkan bahawa sesiapa yg memelihara dirinya dpd kejahatan seperti syirik dan juga perbuatan2 yg menyalahi ajaran rasul serta berbuat pula kebaikan, mereka tidak perlu bimbang ataupun berdukacita. Sebaliknya (36) jika mereka ingkar trhdp keterangan2 Allah dengan mendustakan atau menyombongkan diri serta memperkecilkan atau memandang rendah keterangan Allah pastilah mereka akan memenuhi neraka sebagai balasan terhadap perlakuan mereka.. dan mereka akan kekal menerima azab neraka.


Ayat (37) Allah menggambarkan alam barzakh (masa antara kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat).. Percakapan antara roh2 manusia yg mati dengan malaikat, bertanyalah malaikat itu yang mengambil nyawa kepada mereka: Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda/ berhala ) yang kamu sembah selain Allah? Yang kamu amat harapkan mereka dapat menolong? Yang sangat kamu hormati sehingga kamu tidak mahu diajak untuk menyembah Allah Yang Maha Agong/Maha Tinggi? Apakah gerangan pertolongan berhala2 itu apabila kamu menghadapi mati dan sesudah mati? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami, mereka tidak pernah datang menolong kami.. Lalu mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri,mereka mengaku bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar, sesat, kufur dan lain2.


Ayat (38) menggambarkan di akhirat nanti Allah akan berkata melalui malaikatnya kepada org2 yg kufur yakni org2 yang ingkar dan sesat tadi : "Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, kufur seperti kamu terdiri daripada jin dan manusia". Ayat ini juga menunjukkan bahawa org yg dimasukkan ke dlm neraka semuanya bukan sekaligus, malah dimasukkan seorang demi seorang, sepasukan demi sepasukan. Ada yg dahulu ada yg kemudian dan masing2 akan dapat menyaksikan antara satu sama lain. Setiap org akan kata mengata, kutuk mengutuk, laknat melaknat ttg agama sesat yg mereka anuti.. cthnya org2 Yahudi yg menyembah berhala akan mengutuk sesama mereka yg menyembah berhala, org2 nasrani pula mengutuk sesama mereka begitu juga org2 majusi dan seterusnya.. seterusnya.. akhirnya apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, mengadulah mereka golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama ( golongan pertama ini ialah penganjur atau pelopor agama sesat) dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka". Alasan mereka ialah org2 golongan pertama ini sesat dan telah menyesatkan org, jd selayaknyalah mereka diberi balasan berlipatganda.. Namun Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipatganda tetapi kamu tidak mengetahui".


Ayat (39) .. Org2 terdahulu yg menjadi penganjur atau pelopor pula mengelakkan diri mereka malah mereka menempelak org2 yg menjadi pengikut mereka atau pak turut, mereka berkata : "Mengapa kamu mengikuti org2 yg telah sesat? Kamu bukanlah org yg lebih baik dpd kami, malah kamupun sama seperti kami sesat dan kufur, maka rasakanlah oleh kamu sekelian akan siksaan akibat usaha kamu yg mengikuti kami secara membuta tuli itu.


Ayat (40) Allah mengancam org2 yg mendustakan ayat2 Allah yakni yg tak mahu percaya kpd keterangan2 ayat2Nya dan rasulNya.. "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan". Di sini Allah menyebut satu perumpamaan (yang bermaksud mustahil) krn keadaan pd ketika itu adalah mustahil seekor unta yg begitu besar badannya akan dapat menembusi lubang jarum yg kecil? jawapannya tentulah tidak begitulah halnya org2 kafir mana mungkin mereka akan masuk syurga.


Disediakan bagi org2 kafir, sesat dan zalim ini hamparan-hamparan daripada api Neraka dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup juga daripada api Neraka (41). Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh mereka dimasukkan ke Syurga, dan mereka kekal di dalamnya.. Allah memberitahu bahawa sesiapa yg ingin masuk syurga tidaklah sekali2 dibebankan dengan amalan yg berat bahkan bebanan yang terdaya dan mudah.. amalan yg tidak susah tetapi senang sahaja untuk dikerjakan(42).


Di akhirat nanti tiada kedengkian bagi ahli2 syurga.. mereka semuanya akan cukup gembira, perasaan tidaka terganggu sedangkan mereka menikmati kesenangan hidup dengan penuh keasyikan.. org2 mukmin yg memasuki syurga ini nanti akan mengucapkan pujian kepada Allah swt krn memberikan mereka petunjuk melalui rasulNya.. mereka berkata sesungguhnya apa yg dijanjikan oleh rasul adalah benar2 berlaku.. dan para malaikat akan meneriakkan kpd mereka.. bahawa mereka mendpt balasan syurga yg bakal mereka warisi selama2nya sbg balasan terhdp amalan baik mereka di dunia (43).


Setelah Allah menerangkan ttg hukuman dan siksaan kpd yg kufur, dan balasan syurga kpd yg beriman, Allah terangkan pula akan peristiwa yg akan berlaku ke atas penduduk Syurga dan penduduk Neraka di akhirat nanti.. Kedudukan kedua2 tempat bagi kedua2 penduduk ini berjauhan dan dipisahkan dengan "Al-A'raf" (Tembok/benteng Tinggi/Tempat Yang Tinggi).. namun masing2 dapat berhubung kata antara satu sama lain.. Penduduk syurga yg berada di tempat yg paling tinggi boleh berkata2 kpd penduduk neraka yg berada di lembah yg paling rendah begitu juga sebaliknya.. Lalu ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing, berserulah mereka kepada ahli Neraka dengan berkata: Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?. Mereka menjawab: Benar ada. Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim. (44)


Teriakan malaikat kepada org2 zalim itu ditujukan kpd org2 yg menghalangi org2 lain yg hendak menuju jalan Allah, jln utk mendptkan keredhaan Allah.. mereka mengubah jalan yg lurus menjadi bengkok supaya berubah dpd syari'at cth: mereka mengubah peraturan, menambah dab membuang dan menggantikan dengan peraturan mereka sendiri sehingga org2 yg mengikut mereka menjadi sesat. (45)


Seperti di catatkan di atas bahawa kedudukan kedua2 tempat bagi kedua2 penduduk ini berjauhan dan dipisahkan dengan "Al-A'raaf" (Tembok/benteng Tinggi/Tempat Yang Tinggi).. namun masing2 dapat berhubung kata antara satu sama lain.. Penduduk syurga yg berada di tempat yg paling tinggi boleh berkata2 kpd penduduk neraka yg berada di lembah yg paling rendah begitu juga sebaliknya.. "Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A`raaf "(yang menjadi) pendinding/tabir/sekatan/tembok dan di atas tembok Al-A`raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (46)..

Tentang tabir ini Allah ada juga menyebut dalam surah Al-Hadid ayat 13


فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ


Maksudnya : "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa". (13)


Dalam ayat (46) Allah menyebut bahawa ada sebuah tembok yg didiami Ashabul A'raf, mereka tinggal di sana dan dapat menyaksikan org2 yg menjadi penduduk syurga dan org2 yg menjadi penduduk neraka. Mereka dpt melihat tanda2 pd muka setiap orang.. Ini juga disebutkan dalam surah Abasa ayat 38 - 42


وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ مُّسۡفِرَةٌ۬ (٣٨) ضَاحِكَةٌ۬ مُّسۡتَبۡشِرَةٌ۬ (٣٩) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ عَلَيۡہَا غَبَرَةٌ۬ (٤٠) تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ (٤١) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ (٤٢


Maksud: "Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, (38) Tertawa, lagi bersuka ria; (39) Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, (40) Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. (41) Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka". (42)


Yakni muka org2 yg masuk syurga ada tanda riang gembira sedang penduduk neraka ada tanda hitam berdebu.. Mengikut para pentafsir: Ashabul A'raf ini ialah org2 yg tinggal di atas tembok yang tinggi yg memisahkan syurga dan neraka, org2 ini terdiri daripada golongan org2 yg berat timbangan pahala sama berat dengan timbangan dosa2 mereka. Mereka ditahan oleh Allah di tempat itu tidak dpt masuk syurga mahupun neraka sehinggalah selesai manusia diadili kesemuanya barulah mereka ini diampunkan kesalahan mereka dan disuruh masuk ke syurga dengan limpah kurniaNya.


Dalam hubungan ini Ibnu Mas'ud ra berkata: Pada hari kiamat, manusia akan dihisab, sesiapa yg mempunyai kebajikan melebihi satu sahaja daripada kejahatannya masuklah dia ke syurga, dan sesiapa yg mempunyai kejahatan melebihi satu sahaja daripada kebaikan masuklah dia ke neraka. Sesungguhnya timbangan neraca akan ringan (naik) dan akan berat (turun) dengan sebab sebiji sawi. dan sesiapa yg sama berat kebajikan dan kejahatannya jadilah dia daripada golongan Ashabul A'raf ini.. Mereka ini akan tinggal di atas tempat tingi apabila melihat penduduk syurga mereka menyeru :"sejahtera atas kamu" dan apabila mereka melihat ahli neraka mereka berkata :"Wahai Tuhan kami, janganlah hendaknya Engkau masukkan kami bersama2 kaum yg aniaya ini".


Ada juga para ahli tafsir mengatakan bahawa Ashabul A'raf ini terdiri dpd org2 soleh.. org baik2 dan ada pula mengatakan para nabi sbg org2 yg ditahan bukan kerana sbb2 yg dinyatakan di atas tetapi mereka ditahan untuk menyaksikan / bersiar2 untuk memperhatikan penduduk2 syurga dan neraka supaya kelihatan oleh penduduk akhirat semuanya ttg kelebihan dan ketinggian martabat mereka.


Mengikut stengah para pentafsir pula Ashabul A'raf yg ditahan ini darjat mereka kurang dpd penduduk syurga lalu dg kurnia Allah mereka dimasukkan ke syurga kerana mereka amat mengharapkannya.


Mengikut stengah para pentafsir yg lain pula Ashabul A'raf darjat mereka lebih tingi dpd penduduk syurga dan mereka mengharapkan supaya dapt menduduki syurga di tingkat yg paling tinggi, maka dg kurnia Allah mereka ditempatkan ke sana.


Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A`raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu. (48) Dalam ayat 48 ini Allah menjelaskan kelak org2 kafir akan dikenali dengan tanda2 yg disebut di atas tadi lalu org2 Ashabul A'raf akan bertanya kpd ketua kafir dimanakah harta yg telah kamu semua sombongkan semasa berada di dunia dahulu, dapatkah harta kamu dan kesombongan kamu semua menolong kamu pada hari ini?


Begitulah dengan ayat2 seterusnya menerangkan
suasana/ keadaan yg akan berlaku pada hari akhirat nanti.. Allah memberikan gambaran ttg hari akhirat ini utk mengingatkan kita dengan rahmatNya supaya kita tidak terjerumus ke dalam neraka.. betapa kasihNya Allah kpd kita manusia.. oleh itu ambillah pengajaran daripada ayat2 Allah.


Dan m
ereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata: Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita. (49) Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli Neraka dengan firmanNya): Ahli Neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir. (50) (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (51)