Assalamu’alaikum, di sini dicatatkan suasana alam akhirat yg disebutkan dlm surah Yasiin mulai ayat (48 hingga ayat 67).. Ayat (1) yg berbunyi “yasiin” – para ulama tafsir apabila bertemu huruf2 hija’ayah spt ini, mereka mentafsirkan “Allah sahaja yg tahu akan maksudnya”.. namun ada pula sesetengah ulama mentafsrkan “Yasiin” ini sebagai “hai manusia” dan “Hai penghulu segala manusia” dan ada juga yg mentafsirkan Yasiin itu ialah nama bagi al-Quran (tafsir Al-Kazin).. Ayat2 dalam surah ini diturunkan krn terdpt di kalangan org2 kafir Mekah menyangkal kerasulan Nabi Muhammad saw.
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٤٨) مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ تَأۡخُذُهُمۡ وَهُمۡ يَخِصِّمُونَ (٤٩) فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ تَوۡصِيَةً۬ وَلَآ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمۡ يَرۡجِعُونَ (٥٠) وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ يَنسِلُونَ (٥١) قَالُواْ يَـٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ (٥٢) إِن ڪَانَتۡ إِلَّا صَيۡحَةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَإِذَا هُمۡ جَمِيعٌ۬ لَّدَيۡنَا مُحۡضَرُونَ (٥٣) فَٱلۡيَوۡمَ لَا تُظۡلَمُ نَفۡسٌ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا ڪُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٥٤) إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥) هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦) لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨) وَٱمۡتَـٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٥٩) ۞ أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَۖ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٦٠) وَأَنِ ٱعۡبُدُونِىۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ۬ مُّسۡتَقِيمٌ۬ (٦١) وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًاۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣) ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤) ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥) وَلَوۡ نَشَآءُ لَطَمَسۡنَا عَلَىٰٓ أَعۡيُنِہِمۡ فَٱسۡتَبَقُواْ ٱلصِّرَٲطَ فَأَنَّىٰ يُبۡصِرُونَ (٦٦) وَلَوۡ نَشَآءُ لَمَسَخۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ مَڪَانَتِهِمۡ فَمَا ٱسۡتَطَـٰعُواْ مُضِيًّ۬ا وَلَا يَرۡجِعُونَ (٦٧)
Maksud ayat (48 hingga 67) Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu). (48) Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (50) Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (51) (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (53) Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. (54) Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58) Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (59) Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64) Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65) (Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66) (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang (67).
Huraiannya:
Org2 yg tak beriman dgn hari akhirat dengan sombongnya dan berani bertanya bilakah kiamat itu akan berlaku?.. yg bermakna mereka meminta agar disegerakan kiamat sebagai ejekan kpd Nabi Muhammad saw yg selalu mengingatkan/menakutkan mereka ttg hari akhirat dan pembalasan.. apalagi org kafir pada zaman ini.. setelah lebih 1400 tahun diingatkan malah kiamat tak juga datang2.. sedangkan dalam ayat2 Allah dinyatakan kiamat akan berlaku tak lama lagi atau hampir akan berlaku atau pasti akan terjadi tak lama lagi..
Dalam ayat (48) diterangkan bahawa Kiamat pasti akan terjadi, dalam waktu singkat ataupun pendek.. soal masa dan waktu adalah relatif.. waktu yg pendek itu mungkin sesaat atau sejam atau mungkin berabad2 lamanya. Allah menjawab cabaran mereka dengan berkata: Tunggulah sahaja kedatangan siksa dengan terdengarnya satu pekikan kuat iaitu suara tiupan sangkakala.. tiupan pertama semua penduduk bumi ini akan mati semuanya secara tiba2..Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) dan lihat pula ayat 95 surah Al-'Araaf yang bermaksud: Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut dan mereka tidak menyedarinya. (95).
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dpd Ibnu Umar katanya: Sesungguhnya serunai sangkakala akan ditiup tatakala manusia asyik berada di jalan-jalan, dalam majlis2, di pasar2, sehinggakan jika ada di antara mewreka yg sedang tawar menawar pakaian salah seorang belum lagi sempat membentangkannya sudahpun ditiup sangkakala itu spt yg diterangkan dlm ayat (49) di atas.
Al-Bukhari dan Muslim pula telah meriwayatkan dpd Abu Hurairah katanya: Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya saat kiamat itu berlaku semasa org sedang membentang baju antara keduanya belum sempat berjualbeli dan belum sempat melipatnya. Sesungguhnya saat kiamat itu berlaku tatkala seorang lelaki membongkok ke dalam kolam sedang dia belum sempat mengambil airnya. Sesungguhnya saat kiamta berlaku tatkala seorang lelaki telah kembali membawa susu untanya sedangkan dia belum sempat meminumnya. dan sesungguhnya sat kiamat itu berlaku tatkala org sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya sedangkan dia belum sempat memakannya.
Apabila saat kiamat itu dtg dengan begitu cepat tidak sempat lagi berwasiat, berpesan dan kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya (50). Kemudian selepas mereka dimatikan tiupan sangkakala kali kedua akan menghidupkan mereka semula. Mereka yg mati ini terbangun lalu bangkit dpd kubur masing2 dan bersegera menemui Tuhan kerana akan dibacarakan bagi setiap apa yg mereka kerjakan. (51)..
Mereka sgt hairan semasa dibangkitkan dpd kubur walahal mereka sudah mati, seolah2 mereka sedang lena dlm tidur tetapi mengapa mereka dibangunkan?(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52)
Menurut tafsir Al Khazin: Allah mengangkat siksa dpd mereka pada masa antara dua tiupan sangkakala lalu tertidur, tetapi apabila dibangkitkan semasa tiupan kali kedua dan melihat dgn mata kepala sendiri akan kegemparan dan kehebatan hari kiamat mereka menjadi sgt terkejut lalu berkata: "Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?.
Pada ketika itu ada suara jawapan dpd malaikat atau org2 mukmin kepada ejekan kpd org2 kafir kerana dahulunya mereka tidak percaya kepada hari kiamat: Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52) ,
Allah memberitahu bahawa utk mengembalikan mereka yg mati itu menjadi hidup hanyalah dengan satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dibangunkan dan dihalau dan dihimpunkan ke tempat perbicaraan, semuanya dibawa hadir untuk menerima balasan dan pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang telah manusia kerjakan baik daripada segi ganjaran pahala mahupun dosa.. setipa manusia akan mendapat ganjaran yg cukup bagi setiap amalannya dan yg melakukan kejahatan akan mendpt siksaan setimpal dg kaesalahan tidak melebihi daripada dosa yg telah dilakukan.. semua ini merupakan pembalasan yg sesuai dgn apa yg manusia kerjakan selama mereka berada di dunia.
Seterusnya balasan yg diterima oleh golongan manusia yg beramal baik ialah syurga dan sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan hidup; yg tak pernah mereka lihat, dengar mahupun terlintas pd pemikiran dan hati. Mereka hidup senang lenang dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di bawah tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin/kerusi malas/tempat pembaringan yg selesa dengan nikmat dan kelazatan yg tak tegambarkan; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai hidangan daripada pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; Dalam syurga mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Mengasihani. dgn perantaraan malaikat .. As-Salam ertinya aman dpd perkara yg tak disukai atau kesejahteraan iaitu tidak ada sesuatu yg mengganggu keamana, menyinggung perasaan atua mengeruhkan keadaan atau merisaukan fikiran. Inilah martabat nikmat yg besar yg tak pernah dirasakan di dunia(55-58)
Dan sebaliknya kepada orang-orang yang kafir Allah berkata: " Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, daripada bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman". Mereka ini Allah halau ke dalam neraka supaya tidak bertemu dg org2 syurga selama2nya (59) Dan Allah berkata: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! Dahulu Allah telah memberikan dalil2 mengenai alam sekeliling, membekalkan manusia dg akal fikiran, mengutus para rasul membawa kitab memberi keterangan2 Allah supaya manusia menuju kpd kesejahteraan tetapi mereka memuja syaitan, mereka tergoda dengan ajakan syaitan utk menderhakai Allah.. Allah dah ingatkan syaitan itu musuh manusia sejak Nabi Adam as, syaitanlah yg menggoda Nabi Adam sehingga Nabi Adam terkeluar dpd syurga.(60) Dan semasa di dunia Allah perintahkan supaya manusia menyembah Allah : "Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Di sini Allah menyatakan walaupun diingatkan supaya menyembah Allah tetapi manusia telah memilih jalan yg sesat.. Allah ingatkan bahawa pengaruh syaitan amatlah kuat sehingga manusia banyak yg terpedaya..
Lalu Allah menyuruh mereka yg mengikut jalan syaitan masuk ke neraka agar mereka tahu betapa panasnya api neraka yg telah diperingatkan dahulu..Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64)
Allah menerangkan bahawa pd hari akhirat nanti mulut2 org2 kafir ditutup supaya tidak boleh bercakap.. sebaliknya Allah membenarkan tangan dan kaki mereka menjadai saksi boleh berkata2, menceritakan perilaku mereka semasa di dunia. Ini kerana tangan digunakan utk melakukan pekerjaan sementara kakai pula digunakan utk bergerak menyaksikan sesuatu kejadian. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65) Banyak ayat yg membahasakan tangan manusia itulah yg mempunyai peranan penting dalam pekerjaan seseorang antaranya dlaam ayat 40 surah an-Naba'
يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ
bermaksud : "iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakan oleh tangannya sendiri".. An-Naba' ayat (40)
dan Ayat 35 surah Yasiin
وَمَا عَمِلَتۡهُ أَيۡدِيهِمۡۖ
bermaksud: "dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka"
Allah menyatakan bahawa Dia berkuasa menghukum org2 kafir, kalau Allah mahu Dia dpt membutakan mata mereka supaya tak dpt melihat jalan yg hendak dituju.. Dalam tafsir al-Qurtubi disebutkan bahawa Abdullah bin Salam telah mentakwilkan ayat 66 ini : Pada hari kiamat nanti apabila dibentangkan titian siratul Mustaqim di atas neraka, akan ada satu suara menyeru : "Hendaklah Muhammad saw dan ummatnya melaluinya! maka ummatnya yg terdiri dpd org2 yg baik dan org2 yg jahat semuanya mengikuti baginda.. apabila sedang mereka meniti tiba2 Allah butakan mata org2 jahat jadi sudah tentu org2 jahat ini meraba2 di atas titian itu. Kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing meraba-raba mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66)
Begitulah Allah berkuasa jika Alllah mahu, Allah boleh mengubah rupa manusia yg kafir itu menjadi lebih buruk sehingga mereka tidak dapat bergerak ke depan atau ke belakang yakni akan kaku di atas titian.. (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang (67).
Marilah kita ambil iktibar dpd keterangan2 ayat2 Allah agar kita berusaha menempatkan diri kita ke dalam SYURGA.
No comments:
Post a Comment