Showing posts with label Surah Al-Balad. Show all posts
Showing posts with label Surah Al-Balad. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Golongan Kanan VS Golongan Kiri





Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Segala puji adalah milik Allah SWT yang mentadbir seluruh alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan sekelian yang istiqamah menjadi pengikut baginda hingga ke hari kiamat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Balad ayat 17 hingga ayat 20:

A017


Kemudian  tidak  menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.(Al-Balad 90:17)


A018


(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).(Al-Balad 90:18)


A019


Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. - (Al-Balad 90:19)

A020

Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).(Al-Balad 90:20)

Perilaku golongan pilihan digambarkan oleh Allah SWT amat berbeza dengan perilaku golongan yang ingkar terhadap perintah Allah SWT.

Ayat-ayat di atas memberikan isyarat bahawa amal-amal soleh tidak bernilai di sisi Allah kecuali didahului dengan iman. Ini kerana Allah telah berfirman yang maksudnya :  

Kemudian  tidak  menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.(Al-Balad 90:17).

Ini membuktikan amalan yang dilakukan oleh orang-orang kafir itu menjadi sia-sia dan tidak dikira di akhirat. Untuk memahami siapakah yang tergolong dalam kategori orang-orang kafir boleh baca di sini.

Saidina Umar Abdul Khattab ra pernah melihat dengan perasaan sedih tindakan seorang rahib yang hidup dengan serba sederhana. Apabila Umar ditanya kenapa beliau sedih? Beliau menjawab rahib itu sebenarnya menyiksa diri sendiri tanpa beroleh ganjaran baik di akhirat.

Sifat golongan yang mendapat pujian Allah SWT pula dalah berkat kesabaran menghadapi segala ujian daripada Allah SWT atau mehnah daripada makhluk. Ujian yang merupakan kesenangan, kepayahan, nafsu syahwat dan sebagainya.

Kemudian golongan yang dipuji ini menghargai kasih sayang. Mereka berpesan-pesan dengan penuh kasih sayang. Dengan itu semua amalan mereka membawa kepada beroleh rahmat Allah SWT.

Kasih sayang dengan Allah atau hubbullah ialah berusaha untuk menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan; berusaha gigih untuk mencintai apa yang Allah cinta dan membenci apa yang Allah benci.

Manakala berkasih sayang dengan sesama makhluk pula ialah menjaga hubungan dengan saling menghargai, mengasihani dan sebagainya terhadap manusia, haiwan dan alam sekitar.

Kita diberitahu bahawa ada wanita yang yang dimasukkan ke dalam neraka akibat mengurung seekor kucing tanpa memberikannya makanan sedangkan wanita ini seorang Islam.. Terlalu banyak kisah kasih sayang yang kita pernah dengar menunjukkan betapa pentingnya berkasih sayang.

Dalam ayat seterusnya yang bermaksud : 

(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).(Al-Balad 90:18)Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. - (Al-Balad 90:19)Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).(Al-Balad 90:20)

"Kanan" di sini dirujuk kepada ketinggian dan keberadaannya di sebelah arasy Allah SWT. Tempat tertinggi yang akan diperoleh manusia sebagai penghormatan kerana ketaatannya kepada perintah Allah semasa berada di dunia.

"Kiri" merujuk kepada neraka. Biasanya manusia merujuk makna kanan sebagai kebahagiaan, keberuntungan dan perkara yang baik. Manakala kiri merujuk kepada perkara yang kurang baik.

Disebabkan degil melaksanakan perintah Allah SWT golongan kiri selayaknya mendapat hukuman yang tepat seperti yang dinyatakan bahawa mereka tertutup rapat dalam api tanpa boleh diperdebatkan lagi.

Wallahua'lam.

Semoga kita dijauhi daripada menjadi golongan kiri. Wal'iyazubillah..

Monday, April 25, 2011

Buatlah Pilihan - Pilih Satu Antara Dua

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat  tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.

Segala puji juga bagi Allah yang telah memberikan kesempatan bagi diri ini memperlajari sesuatu daripada para penyampai ilmu dan syukur kerana dapat berkongsi serba sedikit di sini.

Di bawah adalah terjemahan bagi ayat-ayat dalam Surah al-Balad (surah ke 90) yang bermaksud negeri. 

Saya paparkan juga terjemahannya di sini walaupun dalam You Tube di atas sudahpun ada terjemahannya untuk memudahkan membacanya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; (1) 

Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas), (2) 

Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya; (3) 

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (4) 

Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)? (5) 

Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). (6)

Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)? (7) 

(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) (8) 

Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? (9) 

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (10)

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; (11) 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (12) 

(Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; (13) 

Atau memberi makan pada hari kelaparan. (14) 

Kepada anak yatim dari kaum kerabat, (15)

Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (16) 

Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (17) 

(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). (18)

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. (19) 

Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). / (20)


Apa yang ingin disampaikan di sini ialah tentang kebebasan memilih. Dan apa diboldkan di atas dalam ayat-ayat itu menjadi fokus utama penulisan.

Mahu atau tidak kita hanya ada dua jalan pilihan. Kita kena pilih SATU sahaja kerana memang itulah jalan yang disediakan oleh Allah SWT buat hamba-hambaNya. Jalan yang membezakan antara manusia yang beriman dan beramal soleh lagi patuh kepada Allah dengan manusia yang kufur serta menentang kekuasaan Allah SWT.
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzaab [33] : 36)

Dalam surah al-Balad ini dinyatakan ada dua pilihan, kepada dua mata, apabila nampak perkara-perkara yang haram kita boleh pilih sama ada nak kekal melihatnya atupun alihkan pandangan kita. Bila pilih yang haram maka tanggunglah akibat buruknya jika tidak sempat bertaubat. Disebabkan kita boleh membuat pilihan mengapa mesti kita pilih yang memudharatkan kita. Begitu juga dengan lidah, bibir, mestikah kita berbicara perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat bahkan menambahkan dosa kita?  Dalam hal mempunyai harta pula kita boleh pilih untuk tidak bermegah-megah dengan harta kita, lalu kenapa mesti bermegah-megah, apabila kita boleh bersedekah kenapa pula kita tidak mahu bersedekah. Apa yang lebih penting Allah sediakan DUA jalan iaitu kiri atau kanan, kita boleh pilih yang mana SATU kita nak tuju. Syurga atau neraka, yakni beriman dan beramal soleh atau kufur dan menentangNya (semoga dilindungi Allah daripada berbuat demikian).


Allah bagi kita DUA jalan. Kita disuruh berusaha, bila kita berusaha maka Allah akan permudahkan bila tak mahu buatpun Allah permudahkan:


Allah berfirman:
"Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya);  Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; ) Serta dia mendustakan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;" (Al-Lail [92 ] : 4 - 10)
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (As-Saffaat [37] : 96)
Maksudnya bila kita pilih yang baik atau yang tak baik semuanya Allah mempermudahkan.

Di hadapan kita banyak takdir, pilihlah takdir yang baik. Allah akan menolong mempermudahkan segala-galanya. 

Gunakanlah kebebasan memilih yang Allah beri untuk meraih keredhaanNya. Buat baik Allah redha buat jahat Allah tak redha.

Abu Laits telah menegaskan, bahawa seseorang dinyatakan takut kepada Allah SWT dapat dilihat melalui tanda-tandanya dalam tujuh perkara seperti berikut:
  • Orang yang memiliki lidah yang selalu menjadikannya sibuk berzikir atau bertasbih kepada Allah serta membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu agama.
  • Orang yang memiliki hati yang selalu mengeluarkan dari dalam hatinya perasaan tidak bermusuhan, tidak ada iri, hasad dan dengki dan lain seumpamanya.
  • Orang yang mempunyai penglihatannya yang tidak akan memandang kepada hal-hal yang haram, tidakmemandang dunia dengan keinginan hawa nafsu, tetapi  memandanginya dengan mengambil i’tibar serta pelajaran. Rasulullah SAW bersabda; “Barang siapa memenuhi matanya dengan hal-hal yang haram, Allah SWT akan memenuhi matanya pada hari kiamat kelak dengan api neraka”.
  • Orang yang perutnya, tidak dimasukkan makanan yang haram ke dalamnya, sebab itu adalah perbuatan dosa. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Ketika sesuap haram masuk dalam perut anak cucu Adam, semua malaikat di bumi dan di langit membenci dan melaknat kepadanya, selama suapan itu masih berada dalam perutnya dan kalau ia mati dalam keadaan seperti itu, maka tempatnya adalah jahannam".
  • Orang yang memiliki tangan yang dengannya, dia tidak memanjangkan ke arah perkara-perkara yang haram, tetapi memanjangkannya untuk memenuhi ketaatan.
  • Orang yang memiliki telapak kaki yang kakinya  tidak digunakan untuk berjalan kepadaperkara-perkara yang haram atau ke dalam kemaksiatan, sebaliknya dia berjalan di jalan Allah SWT dengan bersahabat atau berteman dengan orang-orang yang saleh.
  • Ketaatannya, dia menjadikan ketaatannya itu murni dan ikhlas kerana Allah SWT.
Perkara yang disebutkan di atas, memang tidak mudah untuk dilaksanakan, tetapi bagi orang-orang yang benar-benar mengharapkan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak, beban berat yang mesti dilaksanakan itu bukan lagi menjadi persoalan, meskipun ia harus merangkak sedikit demi sedikit. Untuk menanamkan rasa takut kepada Allah SWT hingga mendarah daging dan tertanam atau terpateri di dalam hati, harus terlebih dahulu membiasakan diri dengan memenuhi perintah Allah SWT. Perlukan usaha yang gigih serta istiqamah. 

Pilihan di tangan kita nak yang mana satu.. Allah akan menolong kita insyaAllah. Mudah2an memberi manfaat. Apa yang baik daripada Allah yang tak baik daripada kelemahan diri ini.