Wednesday, February 24, 2010

HANYA 1 KE SYURGA MANAKALA 999 KE NERAKA

10 Rabiu'l Awal 1431,

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini artikel yang dicopy n paste daripada Ima terima kasih Ima.

Setiap 1 ribu : 999 ke Neraka dan 1 saja ke Syurga!!

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar, manusia yang dikumpulkan sejak Adam as sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke dunia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi dan langit serta segala isinya telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Ketika bumi dikiamatkan, segala-galanya musnah. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup ketika berada di dunia dahulu, entah berapa ribuan tahun menanti di padang untuk pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu hanya akan menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas bunyi yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Allahpun berfirman mafhumnya

"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?"

Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya

"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya terdengar bunyi yang kuat untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar daripada biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik pada hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. Boleh baca tentang telaga Kausar di sini

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

I. Pemimpin yang adil. II. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. III. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

IV. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

V. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

VI. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

VII. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara : "pergilah berjumpa dengan para Nabi".

Maka merekapun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Kita juga boleh bayangkan keadaan pada hari kiamat nanti di SINI

Sumber : SINI

Tuesday, February 23, 2010

Makanan Ahli Neraka.

9 Rabiul Awwal 1431H.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini artikel yang dicopy n paste daripada

http://akhisalman.blogspot.com

Mukaddimah

Pengajian di zaqaziq sudah bermula. Kitab yg saya ajar adalah Fatawa Al-Marah oleh Syeikh Sya'rawi dan Fatawa Tibiah Muasirah (Fatwa perubatan semasa) oleh Dr Abdur Rahman pada setiap isnin malam selasa selepas isya. Begitu juga pengajian di markaz DPM mansurah dengan kitab MawahibuzS Samad syarah matan Zubad. Malam jumaat ini ada forum Maulid di Iskandariah bersama adik2 medik. walau begitu , Saya cuba untuk bagi masa untuk menulis di blog ini. Saya memilih tajuk ini supaya kita bertambah takut untuk melakukan maksiat. Mudah2an kita dijauhi daripada nerakanya. Dosa yang perlu dijaga oleh orang agama adalah maksiat batin yang banyak memusnahkan ibadat antaranya riya', sombong, berasa dah selamat daripada neraka, sangka buruk dan lain-lain. Ini semua lebih bahaya daripada maksiat zahir.

ZAQQUM

Firman Allah swt:


إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ طَعَامُ الْأَثِيمِ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ


Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt:


أَذَلِكَ خَيْرٌ نُّزُلاً أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ


(Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.?Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat)

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini:

اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

“bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda:


لَوْ أَنَّ قَطْرَةَ الزَّقُّوْمِ قَطَرَتْ فِي دَارِ الدُّنْيَا لَأَفْسَدَتْ عَلَى أَهْلِ الدُّنْيَا مَعَايِشِهِمْ فَكَيْفَ بِمَنْ يَكُوْنُ طَعَامهُ؟


“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata:

“Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”


GISLIN

Firman Allah swt:


فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِين لَا يَأْكُلُهُ إِلَّا الْخَاطِؤُونَ


Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah)

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar daripada luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air daripada basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
DARIE’

Firman Allah swt:


لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ


Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir)

2. Batu (pendapat Said bin Jubair)

3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil)

4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:

“ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN


إِنَّ لَدَيْنَا أَنكَالاً وَجَحِيماً وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً


Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata:

“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda:


يلقي أهل النار الجوع فيعدل ما هم فيه من العذاب فيستغيثون فيغاثون من ضريع لا يسمن ولا يغني من جوع فيستغيثون بالطعام فيغاثون بطعام ذي غصة قيذكرون أنهم كانوا يجيزون الغصص في الدنيا بالشراب فيستغيثون بالشراب فيدفع إليهم الحميم بكلاليب من حديد فإذا دنت من وجوههم شوت وجوههم فإذا دخلت بطونهم قطعت ما في بطونهم


“ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

OLEH ITU KITA MESTI BERWASPADA DARI MELAKUKAN MAKSIAT DAN HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MELAKUKAN TAAT. JANGANLAH KITA BERPUAS HATI DENGAN APA YANG KITA AMALKAN. AMALAN ITU MUDAH ITU DILAKUKAN TETAPI MEMASTIKANNYA DITERIMA SANGAT SUKAR. SAYA HARAP AYAT2 QURAN DAN HADIS INI DIBACA DAN DIRENUNG SELALU SEHINGGA TIMBUL PERASAAN TAKUT DAN MENANGIS. iNI SEMUA UNTUK MENAMBAHKAN IMAN DAN MENJAUHKAN MAKSIAT.

RUJUKAN: Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

Sumber : SINI


Monday, February 22, 2010

Ahli Syurga Kekal di Syurga, Ahli Neraka kekal di Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.



Jika nak selamat di dunia dan di akhirat, kena tanamkan dalam
diri tak nak buat yang tak elok dan
nak buat yang elok-elok sahaja sebab
kalau mati dalam keadaan kufur kekal
sampai bila-bila berada di dalam neraka.
Jadilah orang-orang beriman, jangan kufur dan jangan syirik.

Ikuti kuliah ustaz Shamsuri Ahmad ini.








Sunday, February 21, 2010

Suasana Alam Akhirat (47)- Surah Az-Zhukhruf (perhiasan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini sambung tulis gambaran yang berlaku pada hari akhirat yang tercatat dalam surah az-Zukhruf yakni surah ke 43 dalam al-Quran al-Karim ayat 66 hinnga 77.

(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan. (66) Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (67) (Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. (68)

Allah mnengingatkan bahawa sesiapa yang menentang ajaran nabi Muhammad saw yakni kufur, syirik akan ditimpakan siksaan secara mengejut atau tiba-tiba dan mereka tidak sedar kerana keasyikan mereka dengan dunia. Orang-orang yang pada masa berada di dunia menjadi sahabat karib alkan menjadi musuh kecualilah jika semasa di dunia dahulu mereka bershabat kerana ketakwaan kepada Allah swt, tolong menolong dalam menegakkan kesucian agama Allah. Pada hari itu orang-orang yang bertakwa akan diseru oleh Allah: "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita". Inilah kegembiraan kepada orang-orang mukmin yang berkasih sayang kerana Allah. Dahulu semasa di dunia mereka tidak berdukacita kerana meninggalkan dunia yang mempedayakan.

(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (69) (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. (70) Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. (71) Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (72) Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya. (73)

Itulah orang-orang yang dalam hati mereka hanya penuh dengan keimanan kepada Allah swt. Beriman dan patuh terhadap keterangan-keterangan Allah dan patuh mengerjakan segala suruhan serta meninggalkan segala laranganNya. Merka bergembira kerana dikatakan kepada mereka masuklah ke dalam syurga bersama isteri-isteri, berkeadaan riang ria dan bergembira dengan segala kesenangan. Setelah masuk ke syurga mereka berasa aman dan tenteram, tetap kekal di dalamnya dihidangkan makanan dalam pinggan besar dan piala daripad emas. Dikatakan kepada mereka inilah syurga yang telah dijanjikan disebabkan apa yang telah kamu kerjakan semasa berada di dunia. kamu beroleh pelbagai jenis makanan di dalamnya.

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahanam. (74) Tidak diringankan azab itu daripada mereka dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan), (75) Dan tidaklah Kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (76) Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga Neraka, dengan berkata): Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)! Malik menjawab: Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab! (77)

Orang-orang yang berdosa pula akan sengsara dan celaka. Mereka diazab dalam Neraka Jahannam. Mereka terseksa dengan seksaan yang amat sangat, tidak diringankan sedikitpun dan mereka kekal dalam seksaan. Sesungguhnya dikatakan kepada mereka bahawa kamulah yang menganiaya diri kamu sendiri, kerana dahulu telahpun diingatkan kepada mereka tetapi mereka tetap tidak mahu beriman. Disebabkan tidak tetrtanggu ng seksaan mereka meminta kepada malaikat supaya mematikan mereka. Namun dijawab oleh malaikat, kamu sesungguhnya tidak akan mati-mati di dalam neraka dan kamu kekal di dalamnya.


Alangkah dahsyatnya apabila seseorang terseksa tanpa ada harapan sama sekali untuk terlepas daripada seksaan. Demikianlah Allah berulang-ulang kali mengingatkan kita akan hal ini dalam firman-firmanNya.. Mudah-mudahan kita memelihara segala amal kita dan sentiasa memohon perlindungan daripada Allah agar amalan kita diterima. Amiin.


Friday, February 19, 2010

Secebis peringatan


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat.

Secara sedar atau tidak; didapati pengisian blog ini banyak menyentuh tentang hari kiamat, hari yang semua orang-orang beriman menunggu-nunggu, dengan perasaan bimbang, takut dan pelbagai perasaan. Apa yang didengar ialah hari kiamat amatlah dahsyat.

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah". (Al-Infitar [82] : 17 - 19)

Pada hari itu semua makhluk menyedarinya dengan bermulanya satu bunyi yang amat dahsyat. sebelum itu semua menyangka keadaan tidak akan berubah. Bumi berputar di tempat yang sama, begitu juga dengan matahari, bulan dan bintang. Matahari masih menyinari planet di sekitarnya. Manusia menjalani rutin kehidupan seperti biasa tanpa memikirkan siapa menciptakan mereka dan apa tujuan mereka dicipta. Apa yang mereka lakukan ialah memisahkan amalan ritual dengan amalan mencari rezeki. Hidup hanya untuk mencari kebendaan, memikirkan makanan yang lazat dan melancong ke tempat-tempat menarik mencari hiburan.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali Imran [ 3 ] : 14)

Manusia sangat tertarik kepada kehidupan dunia sehingga sanggup melupakan kesenangan di akhirat. Salah satu usaha mereka ialah untuk membanggakan keturunan, harta, kedudukan, anak-anak, lalu mereka berlumba-lumba membanyakkan harta. Pengumpulan harta dan anak mengaburi mata manusia sehingga kepentingan moral dan sosial diabaikan. Akhlak-akhlak al-Quran hilang nilai kerana materialistik menjadi keutamaan.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadid [ 57 ] : 20)

Pada hari kiamat nanti segala-galanya akan terjadi sebaliknya. Manusia tidak lagi memerlukan dunia, harta, anak-anak, pangkat dan darjat serta keturunan. Pada hari itu barulah mereka sedar semua yang mereka idam-idamkan serta berusaha gigih mendapatkannya semasa berada di dunia tidak lagi diperlukan di akhirat. Nilai harta kekayaan, anak pinak dan segala-galanya lenyap sekelip mata. Orang yang paling dekat dan paling disayangipun akan dilupakan.

Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku). (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair. Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan). Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri). Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri. Dan isteri serta saudaranya. Dan kaum kerabatnya yang melindunginya. Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi, kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya. (Al-Ma'arij [ 70 ] : 8 - 14)

Anak-anak kecil akan ditinggalkan keluarga dan manusia semuanya bingung memikirkan apa yang harus dilakukan. ketakutan melanda dengan cepat sehingga wanita yang mengandung akan keguguran, ibu-ibu pula lupa anak yang sedang berada di pangkuan.

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (al-Hajj [ 22 ] : 2).

Masih banyak lagi ayat-ayat peringatan Allah tentang hari kiamat, dinukilkan dalam al-Quran yang mulia, al-Quran Majiid, supaya kita manusia sentiasa mengambil pengajaran dan mempersiapkan diri menuju kepadaNya.

Apa jua keadaan sekalipun, orang-orang yang kufur atau tidak beriman, tempatnya adalah Neraka. Mohon perlindungan daripada Allah daripada berlaku kufur. Amiin.

Monday, February 15, 2010

Suasana Alam Akhirat (46)- Surah Az-Zhukhruf (perhiasan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini ditulis gambaran yang berlaku pada hari akhirat yang tercatat dalam surah az-Zukhruf yakni surah ke 43 dalam al-Quran al-Karim ayat 36 hinnga 39.

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (37) Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman. (38) (Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab". (39)

Sesiapa yang tidak mempedulikan ajaran-ajaran al-Quran yakni ajaran Allah yang Maha Pengasih adalah laksana orang yang rabun matanya. Sebenarnya dia tidaklah rabun, tetapi dia cuai dan berpura-pura tidak nampak akan pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran. Oleh itu orang-orang seumpama ini yakni orang-orang yang memalingkan diri daripada menerima kebenaran; dia akan dikelilingi oleh syaitan yang terdiri daripada syaitan jin dan syaitan manusia. Syaitan-syaitan ini akan menjadi sahabat kepada orang-orang seperti ini yang membutakan hati daripada mengikut kebenaran ajaran Allah melalui RasulNya. Syaitan-syaitan ini pula digesa supaya mengganggu dan menghasut mereka. Lihat ayat 83 surah Maryam:

"Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan (menghasut) mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?"- (Maryam [ 19 ] : 83)

Ibarat seseorang yang berkudis dan bernanah dihurungi lalat dan langau, kerana sememangnya lalat dan langau ini suka kepada kotoran. Jadi samalah dengan orang-orang yang tidak mahu menerima petunjuk al-Quran, mereka akan dikerumuni oleh syaitan. Syaitan memang suka menghalangi orang-orang yang kufur itu daripada mengikuti jalan Allah. Jalan Allah adalah jalan yang benar sedangkan orang-orang kufur menyangka jalan syaitan itu adalah jalan yang benar kerana mereka disesatkan dan tersesat disebabkan mereka sendiri membutakan hati mereka.

Akhirnya kekufuran dan kesesatan mereka berlanjutan hinggalah tiba hari akhirat. Mereka ini didatangkan menemui Allah dalam satu ikatan. Pada ketika itu berkatalah si kafir kepada syaitan yang menemaninya : Aduhai! jika boleh biarlah syaitan yang jahat ini dijauhkan daripada aku jaraknya seperti timur dan barat. Engkaulah teman yang paling jahat kerana engkaulah yang menyebabkan aku celaka pada hari ini. Engkau menampakkan segala yang buruk dan palsu itu menjadi indah belaka. Lalu mereka diberitahu bahawa pada ketika itu rayuan mereka tidak berguna lagi. Syaitan yang menjadi teman mereka dahulupun tidak dapat menolong; dan mereka dimasukkan ke dalam neraka dan menanggung azab masing-masing kerana tidak ada sesiapa yang menanggung akibat dosa orang lain.



Friday, February 12, 2010

Syafaat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Bila kita sebut syafaat kita akan ingat dua perkara iaitu

Pertama; Syafaat yang bermaksud memohon pertolongan kepada Allah swt untuk kebaikan manusia pada hari akhirat. Ini disebut syafaat agung. Ini khusus kepada Nabi Muhammad saw. Syafaat ini akan dilakukan oleh Nabi kita Muhammad saw pada hari akhirat nanti ialah supaya diSEGERAkan keputusan atau ketetapan bagi seluruh makhluk agar dapat berehat daripada kesengsaraan dan kesukaran di PADANG MAHSYAR; iaitu tempat mereka berhenti dan berkumpul.

Allah swt akan mengabulkan permohonan Nabi Muhammad saw. Usaha baginda yang sangat berjaya itu dianggap besar oleh seluruh umat, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Dengan demikian ternyatalah betapa besar keutamaan Nabi Muhammad saw untuk seluruh alam ini. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan MAQAM MAHMUD (kedudukan terpuji) yang dijanjikan kepada baginda dalam surah al-Isra' ayat 79;


"Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-Isra' [17] : 79)


Daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya:


"Sesungguhnya matahari itu akan mendekat pada hari kiamat, sehingga disebabkan terlalu panas, peluh makhluk akan akan sampai ke separuh telinganya. Pada waktu berkeadaan demikian, mereka akan meminta pertolongan kepada Adam, kemudian Adam berkata; saya tidak dapat memberi apa-apa pertolongan; selanjutnya mereka meminta tolong kapada Musa. Musapun berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Adam; seterusnya mereka meminta pertolongan kepada begitu jugalah dijawab oleh nabi Musa disuruh bertemu Nabi Isa, bila bertemu Nabi Isa as, Nabi Isa berkata pergilah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, lalu baginda memberikan syafaatnya segera diadakan keputusan antara seluruh makhluk. Nabi Muhammad saw berjalan sehingga memegang lingkaran pintu syurga. Pada masa itulah Allah mengurniakan untuknya maqam mahmud yang mendapat pujian seluruh makhluk" (H.R. Abu Daud dan Hakim)

Ada juga saya catatkan tentang syafaat Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh imam Bukhari di sini

Diriwayatkan pula daripada Ubay bin Ka'ab bahawasanya Rasulullah saw bersabda mafhumnya: Apabila telah datang hari kiamat, maka saya (Nabi Muhammad saw) adalah pemimpin daripada seluruh nabi, saya pula jurubicara mereka dan yang memegang syafaat antara mereka. Ini saya kemukakan bukanlah kerana kebanggaan (kesombongan). (H.R. Abu Daud)

Kedua pula ialah SYAFAAT selain syafaat yang dimiliki oleh Rasulullah saw:

iaitu berlaku dengan izin Allah; sebagaimana Allah berfirman;


.... Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya... (Al-Baqarah [ 2 ] : 255)


dan yang diberi syafaat itu haruslah orang yang diredhai oleh Allah swt sebagaimana Allah berfirman:


"Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan) dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan) dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya". (al-Anbiyaa' [ 21 ] : 28)

Dengan kata lain Allah mengizinkan kepada salah seorang daripada hamba-hambaNya yang salih untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang diperkenankan untuk diberi syafaat. Syafaat ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw (syafaat agung), nabi-nabi lainnya, orang-orang jujur, para syuhada, dan orang-orang salih.

Yang dimaksudkan denganorang-orang diredhai Allah ialah orang-orang yang berhak menerima pengampunan Allah. Jadi kedudukan syafaat ini ialah untuk menunjukkan kekeramatan atau kemuliaan orang yang menjadi perantara pemohon syafaat yakni untuk menunjukkan betapa dekatnya (muqarrabin) orang-orang itu dengan Allah swt. Syafaat yang diberikan pula adalah sebagai pelaksanaa daripada iradah / kehendak Allah semata-mata.

Oleh itu sekalipun syafaat itu ada, seseorang itu masih wajib mensucikan hati dan jiwanya, wajib beramal salih dan tidak mempermudahkan amalan.

Kaum penyembah berhala yakin benar bahawa patung-patung yang disembah mereka akan memberi syafaat kepada mereka pada sisi Allah swt. Allah berfirman:


"Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan. (Yunus [10] : 18)
Dan Allah menjadikan mereka berputus asa untuk terus bergantung kepada berhala-berhala yang dikira boleh memberi syafaat kepada mereka. Allah berfirman;


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, (38) Kecuali puak Kanan, (39) (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, (40) Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (41) (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42) Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43) Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (44) Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; (45) Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46) Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. (47) Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (48) (Al-Mudaththir [74] : 38 hingga 48).

Ramai juga orang membiasakan diri bersandar kepada syafaat orang-orang salih atau orang-orang yang berkelakuan seolah-olah dialah orang salih. Ini menyeleweng daripada tuntutan agama. Allah berfirman:


(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu dan dia pula tidak akan mendapat selain dari Allah seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. (123) Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (124) Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (An-Nisaa' [4] : 123 - 125)

Dan Nabi Muhammad saw telah berpesan (berwasiat) kepada puteri kesayangannya Fatimah az-Zahrah; "Berusahalah engkau dengan dirimu sendiri wahai Fatimah! sebab saya sendiripun tidak dapat memberi kemanfaatan sedikitpun kepadamu daripada siksaan Allah"

Seseorang itu tidak boleh memikul dosa perbuatan orang lain; begitulah sunnatullah sejak dhulu hinggalah umat Nabi Muhammad saw. Allah berfirman;


"Atau belumkah dia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa; (36) Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)? (37) (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); (38) Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (39) Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); (40) Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna"; (An-Najm [ 53 ] : 36 hingga 41)
Mudah-mudahan memberi manfaat.

Wednesday, February 10, 2010

Bertemu Allah


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

MELIHAT WAJAH ALLAH TA'ALA YANG MAHA MULIA dengan jelas dan terang tanpa ditabiri dan secara berhadap-hadapan langsung tiada penghalang merupakan satu kenikmatan yang PERLU/WAJIB dijadikan cita-cita oleh setiap manusia yang beriman.

Sudah pasti semua orang ingin melihat wajah Allah yang selama ini sukar untuk dibayangkan rupa bentukNYA, hanya sekadar mengetahui melalui sifat-sifatNYA yang mulia.

Allah berfirman maksudnya:

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). (Al-Insiqaq [ 84 ] : 6)

Nikmat di akhirat bukanlah semata-mata nikmat kebendaan; yang paling utama ialah BERTEMU DENGAN ALLAH TA'ALA. Tujuan ayat di atas adalah untuk menyeru manusia suapaya giat berusaha, bekerja keras setekun-tekunnya dalam kehidupan. Di samping itu manusia juga dituntut supaya berusaha keras dan tekun dalam beramal supaya pada akhirnya dapat bertemu dengan Allah. Ini selaras dengan maksud manusia diciptakan untuk dibebani tugas yang berat yakni memakmurkan alam ini, manusia juga dimuliakan dengan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Justeru itu untuk membolehkan manusia BERTEMU ALLAH tentu banyak kesulitan yang terpaksa ditempohi. Jika di dunia pun kadang-kadang sukar bagi orang bawahan untuk bertemu dengan orang yang mmempunyai pangkat yang lebih tinggi; inikan pula untuk BERTEMU ALLAH SWT.

Allah telah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah jalan yang wajib diikut, dilalui supaya dapat bertemu dengan Allah. Antaranya ialah dengan mengerjakan amal soleh dan sama sekali jangan mempersekutukanNYA. Firmannya yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi [18] : 110)

Setiap manusia wajib berusaha supaya dapat menempuh jalan yang telah ditetapkan oleh Allah ini. BERTEMU ALLAH merupakan satu kenikmatan yang tak boleh dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang lain sama ada yang ada di akhirat lebih-lebih lagi yang ada di dunia.

Ingin bertemu Allah untuk melihat wajahNYA yang mulia seakan-akan keghairahan kita untuk bertemu atau melihat bakal wajah isteri/tunang sewaktu ingin dipertemukan oleh kedua-dua orang tua, tentu sekali tidak sabar sambil membayangkan rupa parasnya siang dan malam.

Allah SWT berfirman:

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya". (Yunus [10] : 25 -26)

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Muhammad saw membaca ayat yang bermaksud "Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya"; baginda bersabda mafhumnya; Jikalau para ahli syurga sudah masuk semuanya ke dalam suyurga dan para ahli neraka sudah masuk semuanya ke adalam neraka, berserulah seorang penyeru: "Hai para ahli syurga, sesungguhnya umatmu semua ada suatu janji daripada Allah yang kini Allah hendak melaksanakannya untuk kamu semua." Mereka berkata: "Bukankah Engkau ya Allah sudah membuat berat timbangan amal kebaikan kita, juga memutihkan yakni membuat bersih cemerlang akan wajah kita, serta memasukkan kita dalam syurga dan menghindarkan kita daripada siksa api neraka? Seterusnya baginda saw bersabda: "Kemudian dibukan tabir daripada pemandangan mereka lalu dapat melihat ALLAH, tiada satu kurniapun yang telah dilimpahkan oleh Allah kepada ahli syurga yang dianggap lebih disenangi daripada melihat wajah Allah, juga tiada satupun yang mereka nilai lebih sedap bagi pandangan mata mereka daripada itu". (H.R Imam Muslim)

Melihat zatNYA dengan mata kepala juga dijelaskan dalam al-Quran; firmannya yang bermaksud:

"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;Melihat kepada Tuhannya. (Al-Qiyaamah [75] : 20-23)

Pada hari kiamat nanti Allah swt akan menyingkap tabir antara zatNya dengan melihat secara berhadap-hadapan. Ini merupakan suatu pemandangan yang belum pernah dialami oleh satu makhluk apapun di dunia ini baik seorang manusia sama ada Nabi-nabi atau rasul-rasul atau malaikat atau jin. Jika Allah bersediapun untuk memperlihatkan wajahNYa kepada manusia atau makhluk lainnya sudah tentu tak mampu nak melihatNYA; Allah berfirman:

"Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)." (Al-A'raf [ 7 ] : 143)

Ahli sunnah wal jamaah mengatakan bahawa tidak ada satu makhlukpun yang mampu melihat zat ALLAH di dunia ini, manakala bagi orang-orang yang beriman; mereka dapat melihat wajah ALLAH pada hari akhirat nanti. Oleh sebab itu amatlah rugi jika ada yang tidak mahu berusaha untuk MELIHAT atau BERTEMU ALLAH di akhirat kelak.

Allah dengan tegas menegur orang-orang yang cenderung kepada dunia sahaja yakni yang merasakan bahawa cukuplah dengan merasai kenikmatan hidup di dunia tetapi enggan berusaha untuk mencapai kebahagiaan hidup yang kekal. Allah berfirman maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan".(Yunus [ 10 ] : 7-8)

Dalam ayat yang lain pula, Allah swt menjelaskan bahawa balasan bagi orang-orang yang tidak menghendaki untuk dapat BERTEMU ALLAH ialah Allah akan membiarkan sahaja mereka itu dalam keadaan sesat:

"Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya". (Yunus [ 10 ] : 11)

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh supaya kita berada di dalam golongan orang-orang yang istiqamah untuk bertemu Allah. Mohon perkenan Ya Allah! Amiin.

Monday, February 8, 2010

Memohon Terlepas Azab Neraka


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Diriwayatkan bahawa pada suatu malam Nabi Muhammad saw ketika solat baginda menangis dan kerana begitu banyak air mata baginda keluar, janggut bagindapun basah, bahkan lantai tempat sujudpun basah. Seusai solat Nabipun berbaring, baginda masih tetap menangis sehingga menjelang solat Subuh. Pada ketika itu Bilal melihat Nabi masih menangis, lalu Bilal berkata:

"Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah! padahal Allah telah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian?"

Jawab Nabi; "Wahai Bilal! yang menyebabkan aku menangis malam tadi ialah kerana aku mendapat wahyu:

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;" (Ali Imran [3] : 190)

Lalu kata baginda lagi; "Celakalah orang-orang yang membaca ayat tersebut tetapi tidak merenungkannya ".

Apabila seseorang itu merenung dan berfikir tentang kejadian alam semesta ini, atau berfikir tentang kejadian diri sendiri; pasti timbul perasaan kagum terhadap Penciptanya. Perasaan kagum ini akan timbul dalam hati dan terungkap dengan lidah secara lembut dan terus mengucapkan doa di bawah; yang mengadungi ucapan-ucapan dan harapan supaya Allah memberikan KEKUATAN IMAN, diBEBASKAN daripada sebarang kesalahan, diAMPUNKAN segala dosa dan memperkenankan segala permohonan lain yang biasa diungkapkan dalam doa.

Alangkah baiknya jika doa di bawah kita hafal ataupun sekurang-kurangnya kita baca, kemudian kita fahami maknanya, insyaAllah akan terlihat kesan atau pengaruh terhadap jiwa kita.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا
خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١) رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُ ۥ‌ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ۬ (١٩٢) رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ (١٩٣) رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (١٩٤

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Ali Imran [3] : 191 hingga 194).

Di bawah ini ayat yang meminta kita memikirkan tanda-tanda keesaan Allah dan kekuasaanNYA.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan daripada langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya daripada berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran". (al-Baqarah [2] : 164)

Huraian tentang ayat 164 al-Baqarah ini boleh klik SINI

Saturday, February 6, 2010

Secebis Amaran

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Perpustakaan kecilku banyak memuatkan buku2 agama, tafsir al-Quran, dan beberapa majalah. Rutin harianku banyak membelek buku2 di rak dan membacannya setelah penat menghadap komputer atau membuat kerja lain.

Majalah Solusi isu ke 11 yang dah lama tersimpan di rak kubuka dan membaca mulai muka pertama hingga seterusnya terlihat satu tajuk kisah dari seberang hasil tulisan seorang remaja Agakku sahaja kerana) UMMU SAKINAH HJ. MUHAMMAD ini masih menuntut di Universiti Islam di Jakarta. Ku cuba jejaki laman blognya melalui alamat http://quds-aqilah.blogspot.com seperti yang tertera di akhir artikelnya namun tak dapat. lalu kugoogle mencari Situ Gintung. Satu tragedi yang berlaku pada pagi Jumaat 27 Mach 2009.

Menurut artikel oleh Ummu Sakinah ini, kejadian ini berlaku selepas ramai muda mudi menyambut Hari Kekasih (Hari Valentine) yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan agama Islam. Menurutnya lagi Situ Gintung adalah lokasi paling istimewa bagi pasangan muda mudi memadu kasih dengan membuka gelanggang maksiat tanpa mengenal siang dan malam. Mungkin inilah sedikit amaran daripada Allah swt terhadap sebahagian daripada mereka yang melanggar norma kehidupan.

Jika kita telusuri sejarah lahirnya hari valentine kita wajib menjadikannya sebagai hari yang paling menyedihkan kerana hari itu dikhususkan untuk memperingati seorang paderi bernama VALENTINO atas kemenanganya mengalahkan umat Islam.

Selain itu dikatakan Situ Gintong ini pecah kerana usia tasik itu sudah tua, tindakan membaiki kerosakan pula tidak mengikut spesikasi. Allah telah memberi amaran kecil pada tahun 2007 dengan kebocoran kecil namun masalah protokol menyebabkan kerja tertangguh walaupun dana telah diperuntukkan.

Sekilas tentang Situ Gintung;

Situ bermaksud danau atau tasik. Situ gintung dibina pada tahun 1932 - 1933 oleh pemerintah Belanda sewaktu menjajag Indonesia. Situ Gintung terletak di Daerah Cirendau, Kecamatan Ciputa Timur, Kota Tangerang Selatan Banten.

Situ Gintung dibangunkan menjadi pusah rehlah, riadah dan rekreasi ternama. Asalnya bukanlah sebuah danau tetapi sebuah empangan yang airnya digunakan sebagai punca pengairan untuk satu kawasan pertanian sewaktu pemerintahan Belanda. apabila kota Jakarta membesar, kawasa pertanian di situ di bangunkan menjadi kompleks perumahan, fakulti, makmal dan asrama bagi mahasiswa universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah tempat penulis kisah dari seberang ini menuntut.

Banyak pengajaran boleh diambil daripada tragedi pecahnya empangan Situ Gintung ini. kejadian berlaku tepat azan subuh berkumandang. 50 meter di bawah benteng penahan danau tersebut terdiri masjid Jabalul Rahman yang dikelilingi penduduk yang sangat padat. Masjid 2 tingkat itu menjadi tumpuan penduduk bersolat jeamaah. Sebelum subuh hari kejadian, sudahpun diingatkan bahawa kemungkinan empangan itu akan pecah supaya penduduk mencari tempat perlindungan, namun tidak diambil perhatian, ramai yang tidak menghiraukannya dan terus bertahan di rumah masing-masing.

namun terdapat sebahagian penduduk yang mengambil berat dengan amaran yang dikeluarkan pemerintah setempat dan mengambil inisiatif berpindah ke masjid.

Akhirnya jemaah yang bersolt subuh di masjid semuanya selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Mereka semuanya sempat melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi di saat-saat 2 meter padu air bah dari Situ Gintung mengejar mereka dar belakang. manakala yang masih enak tidur di rumah kebanyakkannya menjadi mangsa. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Di bawah ni gambar-gambar yang di google...



Masjid Jabalur Rahman

Masjid Jabalur Rahman







Demikianlah kekuasaan allah SWT menetukan Qadar dan Qadha'Nya. bagi kita yang tidak terlibat dengan tragedi Situ Gintung ini, bersyukurlah kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT menghisab amalan dan memperbaiki diri supaya akhirnya kita akan mendapat kenikmatan yang kekal abadi.