Saturday, October 31, 2009

Sambungan Suasana Alam Akhirat 31 (Surah Hud / Perihal Nabi Hud)

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah sekelian alam; selawat serta salam kpd Nabi Muhammad dan keluarga serta para sahabat yg mulia.

Sekarang sambung ttg suasana alam akhirat iaitu alam sebaik sahaja berlaku kiamat spt yg Allah gambarkan dalam QalamNya dalam surah Hud (Surah 11) ayat2 berikut:

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti (mukjizat) yang nyata; (96) Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. (97) Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke Neraka dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka. (98) Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (99) Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). (100)

Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad kisah Nabi Musa as . Allah mengutus Nabi Musa kpd Firaun, pembesar2nya dan kaumnya; supaya mereka ini tidak menyengutukan Allah. Nabi Musa diutus berbekalkan 9 mukjizat spt yg diterangkan ayat 101 surah al-Isra' :Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir (al-Isra' [17] : 101) .. dan juga dalam ayat 133 surah al-A'raf : (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (al-A'raf [7] : 133)

Allah telah memberikan bukti yg terang ttg kerasulan Nabi Musa, namun pembesar2 Mesir tatkala itu lebih takut kpd Firaun. Mereka akur kpd Firaun yg memerintahkan mereka supaya tidak mengikut ajaran Nabi Musa. Lalu Allah menerangkan bahawa di akhirat nanti Firaun akan mengepalai/berjalan mendahuli kaumnya menuju ke neraka, sama seperti keadaan mereka semasa di dunia mereka mengikut daripada belakang ketika Firaun mengejar Nabi Musa menyeberang laut lalu semuanya tenggelam. Semasa di dunia mereka ditimpa laknat, demikian juga di akhirat kelak. Begitulah sejarah yg diterangkan Allah kpd Nabi Muhammad saw, sebahagian tanda2 sejarah Firauan ini masih Allah tinggalkan dan sebahagiannya Allah lenyapkan.


Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. (101) Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. (102) Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk. (103)

Allah menerangkan bahawa semua kisah sejarah yg menyedihkan ini bukanlah mengambarkan bahawa Allah hendak menginayai kaum2 Firaun bahkan Allah menerangkan bahawa merekalah yg menginayai diri mereka sendiri. Bila datang balasan Allah, tidak ada satupun berhala atau tuhan lain yg mereka sembah dapat menolong mereka; bahkan dgn menyembah tuhan2 lain yg melainkan Allah menyebabkan mereka kerugian. Allah menurunkan bencana kepada kaum2 yg menderhaka adalah supaya manusia dapat mengambil iktibar supaya manusia akan takut dengan azab Allah pada hari akhirat kelak; iaiatu hari semua makhluk akan dihimpunkan dan dibuar perhitungan serta diberi balasan.

Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu. (104) (Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. (105) Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam Nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). (106) Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (107) Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus. (108)

Allah mengatakan bahawa hari kiamat itu tidak akan diundurkan tempoh dan saatnya. Kiamat akan terjadi tepat pada masa yg telah ditentukan dan tidak ada siapa yg tahu bila akan berlaku hari kiamat.

Bila berlaku kiamat, pada hari itu sekelian makhluk akan berdiam diri, tidak seorangpun berkata2 keculai jika diizinkan Allah. Tentang ayat 105 ini jika ada yg bertanya mengapa ada ayat lain dlm surah an-Nahl ayat 111 bermaksud : ".. hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata.. (al-An'am [16] : 111) begitu juga ttg bantahan org2 kafir dlm surah al-An'am ayat 23 :Kemudian tidaklah ada akibat kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (al-An'am [6] : 23).

Bagi menjawabnya: Bahawa hari akhirat itu amat panjang. Keadaan2 yg berlaku pada hari itu juga berlainan dan bermacam2 pula. Ada dalam keadaan amat menakutkan hingga tak dapat berkata2 dan ada juga keadaan yg membolehkan mereka berkata2.

Ada sesetengah kaul menyebtkan ttg :
tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. ini ialah berkata2 untuk memohon syafaat atau pertolongan jika Allah izinkan.

Pada hari akhirat, manusia terbahagi kpd 2 golongan, satu GOLONGAN
CELAKA dan satu lagi GOLONGAN BAHAGIA. Yang celaka amat malang dan bahagia amat beruntung. Org celaka ialah org semasa di dunia ingkar suruhan Allah serta berbuat maksiat, manakala golongan bahagia mereka dipermudahkan Allah dlm sgl ibadah. Org celaka dimasukkan ke neraka manakal org bahagia dimasukkan ke syurga. Org celaka akan menjerit2 dan memekik dalam neraka manakala org bahagia akan berbahagia. Kedua2 golongan ini dan kekal di dalamnya.

Kecuali jika Allah menghendaki sebahagian daripada ahli neraka keluar daripadanya lalu dimasukkan ke syurga dengan syafaat. Menurut hadis daripada Jabir bahawa Nabi Muhamad saw telah bersabda maksudnya :"Sesungguhnya Allah mengeluarkan suatu kaum daripada neraka dengan syafaatnya dan mereka dimasukkan ke dalam syurga"

Sesungguhnya Allah akan melaksanakan apa saja yang dikehendakiNya.

Wednesday, October 28, 2009

Suasana Alam Akhirat 31 (Surah Hud / Perihal Nabi Hud)

Assalamu'alaikum.


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.


Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim! (18) Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat; (19)


Orang yg berbohong tentang Allah yakni mengatakan sesuatu yg bertentangan dgn ajaran Allah adalah satu dosa yg paling berat. Allah menyatakan tidak ada org yang lebih zalim/aniaya kpd dirinya sendiri dan kpd org lain jika berdusta terhadap keterangan2 Allah; sama ada daripada segai perktaan dan juga perbuatan; umpamanya dgn mendakwa bahawa malaikat itu anak perempuan Allah spt yg didakwakan oleh musyrikain Mekah, atau Nabi Isa anak Allah oleh org Nasrani dan lain2 lagi. Ini semua adalah terpesong daripada ajaran Allah; mereka mereka memesongkan/membengkokkan ajaran Allah yang lurus. Mereka berbuat demikian untuk menghalang org daripada menuju ke jalan Allah. Org yg mengadakan dusta ini akan dihadapkan kpd Allah dan akan disoal ttg amalan mereka semasa di dunia dan dipamerkan sgl kesalahan mereka di khalayak ramai dan diperhitungkan. Akan tampil para saksi yg terdiri dp para malaikat yg mencatat sgl amalan mereka semasa berada di dunia. Juga para nabi yg menyampaikan ajaran2 Allah kpd mereka, juga org mukmin yg soleh; mereka inilah yg menjadi saksi terhadap perbuatan org2 yg zalim yg mendustakan seruan Allah. "Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!" Allah akan mengatakan ini pada hari akhirat dan mereka ini akan dihalau dan disingkirkan daripada rahmat Allah dan jauh daripada belas kasihanNya. Ayat 18 surah hud ini sama maksudnya dgn ayat 51 dan 52 surah al-Mukmin/al-Ghafir : "Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat) (51) (Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal. (52) "


Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan agama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya. (20) Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. (21) Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak. (22)


Orang2 yang menghalang org lain menuju ke jalan Allah itu tidak dpt melemahkan Allah dgn melarikan diri daripada muka bumi sekiranya Allah hendak menyiksa mereka. Sekiranya Allah hendak mencelakakan mereka pasti Allah dpt melakukannya. Siksaan yang akan mereka terima di akhirat akan berlipat2 ganda azabnya disebabkan mereka menghalang org lain dan mendustakan adanya hari akhirat. Siksaan di dunia ialah mereka tidak sanggup lagi mendengar ajaran2 yg dibacakan daripada al-Quran atau apa sahaja mengenai kebenaran. Ini kerana hati mereka telah berkarat dalam kekufuran. Mereka tidak sanggup lagi untuk melihat bukti2 kebesaran Allah yg diperlihatkan kpd mereka. Kesimpulannya org2 yg tenggelam dlm kekufuran hanya mengikuti hawa nafsu semata2. Mereka keberatan menerima dalil sam'i (yg didgr) dan dali basari (yg dilihat). Org 2 ini Allah telah cap telinag dan penglihatan supaya tidak dpt mempertimbangkan hujah2 yg benar.


Mereka ini hakikatnya menipu diri sendiri dgn melepaskan peluang utk mendapatkan rahmat Allah. tentunya perbuatan mereka ini merugikan diri mereka sendiri. Dan di akhirat merekalah org2 yg paling rugi. Betapa tidak? Mereka menjualkan tempat tinggal mereka yg baik di syurga dgn membeli tema[pat kediaman di neraka.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (23) Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? (24)


Jika tadi disebut ttg keadaan org kafir semasa berada di dunia dan bagaimana pula kerugiannya di akhirat; ayat 23 di atas pula menggambarkan ttg keadaan hidup org2 mukmin di dunia dan keuntungan mereka di akhirat. Org beriman semasa di dunia bukan sahaj beriman tetapi mengerjakan amalan baik, mereka beramal dgn anggota lahir dan mereka merendah diri kpd Allah yakni dgn amalan batin (hati yg khusyuk) erta tawadhu'. Oarang2 sedemikaian Allah akan masukkan ke syurga dan mereka kekal di dalamnya.


Perumpamaan antara dua golongan ini ialah org2 kafir diumpamakan seperti org buta matanya krn rosak penglihatannya serta pekak sehingga hilang peluang utk mendapatkan sebarang ilmu pengetahuan. Manakala org2 mukmin pula Allah umpamakan seperti org2 yg cukup deria penglihatan dan pendengaran sehingga membolehkan mereka mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengetahui kebesaran Allah melalui ciptaanNya yg dapat disentuh, dilihat dan di dengar. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan adalah alat utk menimba ilmu.. lalu adakah org2 beriman dgn org2 kafir ini sama keadaannya? Jawapannya tentulah tidak. Sesungguhnya ambillah pengajaran dp perumpamaan ini.


Sambungan ttg keterangan ayat2 daripada surah ini yakni mulai ayat 96 dan seterusnya ttg pendustaan kaum nabi Musa as. InsyaAllah akan ditulis pada N3 berikutnya.. semoga dapat manfaat.

Saturday, October 24, 2009

Suasana Alam Akhirat 30 (Surah Yunus / Perihal Nabi Yunus)

Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia. Di sini dicatat ttg suasana alam akhirat spt dlm surah Yunus yakni surah ke 10 dlm al-Quran yang mulia.

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan) dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. (7) Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan. (8)

Yang dimaksudkan dgn "orang-orang yang tidak menaruh ingatan" itu ialah org2 yg tak percaya adanya hari akhirat dan tak percaya akan menemui Allah swt. Mereka ini hanya percaya akan kehidupan di dunia dan tidaka ada lagi kehidupan sesudah mati. Manakala yg dimaksudkan "yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata" ialah mereka lebih suka memilih dunia dgn berusaha mendapatkan kekayaan dan kesenangan daripada berusaha untuk mendapatkan kesenangan di akhirat. Mereka "merasa tenteram dengannya", bermaksud hati mereka merasa aman dan tenteram dengan mengikut kehendak hawa nafsu menikmati kesenangan di dunia. Dgn sebab rasa aman inilah, hilang daripada hati mereka rasa takut akan balasan perbuatan mengingkari perintah dan larangan Allah. Orang2 ini semuanya akan dimasukkan ke dalam Neraka.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)

Orang2 yg beriman dan beramal soleh, Allah masukkan ke dalam syurga. Dalam syurga ada taman dan ada sungai2 dan mereka hidup dgn penuh kesenangan. Dalam syurga ini suasana pertama dapat dilihat ialah org2 beriman mengucapakan 'Subhanallah' atau 'Subhanakallahumma' krn semua org merasakan betapa Sucinya Allah. Yang kedua mereka mengucapkan salam kerana di sana cuma ada rasa aman dan tenteram, tidak sperti di dunia yg selalu hidup dalam ketakutan akibat pelbagai macam kejahatan, dan yang ketiga mereka memuji Allah "Alhamdulillahirabbil'alamin" krn setiap daripada mereka mendapat kenikmatan yg tak terhingga. Mereka lega dan bersyukur krn semasa di dunia dahulu mereka percaya kpd hari pembalasan.

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (26) Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (27)

Orang2 yg beriman; muka mereka berseri2, riang gembira, bahagia kerana dapat masuk ke syurga, sedangkan org2 yg kufur akan keterangan2 Allah dan melakukan maksiat semasa di dunia muka mereka hitam, muram dan kegelapan berlapis2 iaitu perasaan penyesalan, ketakutan, dan pelbagai siksaan yg mereka tanggung di dlm Neraka. Tiada siapa yg dpt menolong mereka melepaskan diri dp neraka dan mereka kekal di dalamnya.

Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): Bukanlah kami yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)! (28) (Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu, cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami). (29) Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya) dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. (30)

Berhala2 yg disembah oleh kaum musyrik masing2 mempunyai nama. Nama2 itu asalnya dp nama2 manusia yg pernah hidup umumnya terdiri dp org baik2, org2 suci dan banyak jasanya. Setelah org2 ini meninggal dunia, org2 selepasnya membuat patung atau berhala demi kecintaan mereka kpd org2 itu dan menyembah patung2 dan berhala tersebut. Lalu di akhirat, org2 yg menyembah dan patung2 itu dikumpulkan bersama2 di padang Mahsyar. Org2 yg dijadikan patung akan berkata kpd pembuat dan penyembah patung; "Kami tidak pernah merasa disembah, yg kamu sembah ialah patung2 yg kamu buat yg menyerupai kami. Allah menjadi saksi bahawa kami semasa kami hidup kami tidak pernah menyuruh kamu membuat patung2 kami dan menyembah patung2. Dan kami tidaklah mengetahui bahawa kamu menyembah patung2 tersebut sebab kami telah lama meninggalkan kamu". Demikianlah juga terjadi kpd org2 Kristian yg mempertuhankan Nabi Isa as. Nabi Isa as akan berkata; "Saya tak pernah mengajar kamu bahawa saya dan ibu saya adalah Tuhan di samping Allah. Saya tidak pernah mengajarkan kamu supaya menyembah saya dan ibu saya, saya hanya memerintahkan kamu menyembah hanya kepada Allah Yang Maha Esa yang tiada Tuhan selain Allah" Lihat firman Allah ini : Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk. (115) Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maidah [5] - 115 & 116) .

Di sini barulah mereka terasa akan kebenaran ajaran Rasul2 terdahulu.. tetapi semuanya telah terlambat.

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (45) Dan jika Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) akan sebahagian dari balasan azab yang Kami janjikan kepada mereka atau jika Kami wafatkan engkau sebelum itu, maka kepada Kamilah tempat kembali mereka; kemudian Allah yang memberi keterangan mengenai apa yang mereka lakukan. (46) Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (47) Dan mereka (yang kafir) bertanya: Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (48) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya. (49) Katakanlah: Sudahkah kamu nampak jalan keluar jika datang kepada kamu azab Tuhan itu, pada waktu malam atau pada waktu siang? Azab manakah yang orang-orang berdosa itu minta disegerakan (sedang sebarang azab wajib ditakuti)? (50) Patutkah (kamu mengingkari azab itu), kemudian apabila ia menimpa kamu, kamu mengakui benarnya? (Sedang pengakuan pada masa itu tidak diterima bahkan dikatakan kepada kamu): Sekarangkah baru kamu mengakui benarnya, padahal sebelum ini kamu telah menunjukkan keingkaran dengan meminta disegerakan kedatangannya? (51) Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia). (52) Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya. (53) Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah dia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya) dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu. (54)

Lamanya setiap org yg tinggal dalam kubur adalah berbeza2. Ada yg terkubur selama 100 tahun atau lebih. Nabi Adam as menurut sejarah sudah 6000 tahun, Nabi Isa 2000 tahun dan Nabi Muhammad saw sudah 1400 tahun. Ada pula yg beberapa bulan dan beberapa hari.

Setelah malaikat Israfi meniup sangakakala dan kiamat terjadi, semua manusia mati, lalu dihidupkan kembali di alam akhirat. Mereka dihimpunkan di padang Mahsyar. Masing2 manusia yg kenal semasa di dunia berkenalan lagi di akhirat. Walaupun lama manusia tinggal di dalam kubur namun mereka merasa hanya sekejap sahaja.

Sesudah masing2 hidup kembali, setiap org yg tak mempercayai adanya hari akhirat akan rasa kerugian. Mereka menyesal krn sekarang sudah nyata bahawa hari akhirat itu benar2 ada. Mereka menyesal krn dulunya semasa berada di dunia mereka tidak percaya, lalu mereka mengerjakan segala maksiat. Sekarang mereka kena menerima azab akibat dpd perbuatan mereka dahulu.

Bayangkanlah bagaimana hebatnya penyesalan ketika manusia melihat azab siksaan Neraka. Mereka tidak dapat menebus dgn kekayaan. Begitulah perbandingan hidup di akhirat dgn hidup di dunia. Jika semasa di dunia harta barangkali boleh menbus seseorang dpd hukuman, tetapi tidak di bawah pengadilan ILahi. Jika di dunia mereka (org2 kafir) berkata, biarlah masuk nerakapun asal dapat hidup senang dgn kemewahan, sekalipun bkn dgn jalan halal. Namun apabila melihat siksa neraka mereka ingin menyerahkan seluruh kekayaan mereka namun man mungkin!.

Jika org2 yg berdosa ini dimasukkan ke neraka dan disiksa dgn azabnya jgnlah pula menganggap bahawa Allah menginayai mereka. Bukankah mereka telah diingatkan ttg hari akhirat, hari perhitungan dan hari pembalasan?. mereka sudah diberikan tempoh yg lama untuk beramal baik dan bertaubat. Mereka diutuskan para Rasul utk menyampaikan keterangan2, khabar gembira bagi yg beramal soleh dan khabar dukacita kpd mereka yg tak mahu beriman dan berbuat maksiat.

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (55) Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (56)

Allah mengingatkan bahawa apa2 yg ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya dan tak ada satupun kepunyaan makhluk di dunia. Dan bagi org2 kafir harta yg disangka kepunyaan mereka tidak dpt menebus dosa mereka.

Jadi kpd org yg lupa hendaklah beringat, yg jahil hendaklah mengambil tahu, bahawa sgl apa yg ada di dunia ini hak milik Allah hatta anggota tubuh badan kita juga hak milik Allah yg dipinjamkan kpd kita. Allah berkuasa melakukan apa sahaja dgn kekuasaanNya. Tidak ada seorangpun boleh mengaku ada mempunyai sesuatu dan berkuasa melakukan sesuatu. Allahlah yg menghidupkan dan Allahlah yg mematikan dan di akhirat semua makhluk akan dikembalikan dan akan diberi balasan bagi setiap amalan yg dikerjakan.

Tuesday, October 20, 2009

Pertanyaan Di Alam Barzakh

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah saw bersabda, "Ketika mayat ditanam, kubur bertanya kepada mayat. "Celaka engkau hai mayat! Apakah yg membuatkanmu melupakanku, sedang berkali2 engkau telah melaluiku". Bila dia org baik2 maka ada yg memberikan jawapan kepada kubur, "Tidakkah engkau lihat dia telah amar maaruf nahi munkar?. Lalu kubur berkata, "Jika demikian halnya, aku akan berubah jadi kebun untuknya, jasadnya kembali kembali bercahaya dan rohnya naik ke hadrat Allah swt".

Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, "Setiap mayat yg hendak meninggal, pasti liang lahad akan memanggilnya, "Akulah rumah gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah swt, maka aku hari ini menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku menjadi siksa untukmu. Siapa memasukiku dgn taat akan keluar dgn bahagia, dan sesiapa yg memasukiku dengan derhaka akan keluar dengan penuh penyesalan".

Telah berkata Muhammad bin Shabah, "Telah sampai padaku bahawa seorang lelaki ketika diletakkan ke kuburnya, disiksa dan ditimpa apa yg tidak disukainya, ia dipanggil oleh tetangganya (mayat di sebelahnya); "Wahai org yg menyusul, saudara dan tetangganya, tidakkah engkau di dunia mengambil iktibar padaku? Tidakkah engkau fikirkan aku telah mendahuluimu? Tidakkah engkau melihat amalku yg telah terputus sedangkan engkau masih ditunda? Tidakkah sayugianya engkau dapatkan apa yg tidak didaptkan oleh saudaramu ini? Kemudian tanah juga memanggilnya, "Wahai org yg tertipu dengan gemerlapan! Tidakkah engkau ambil pelajaran daripada kaum keluargamu yang telah tiada, daripada org2 sebelum kamu yg tertipu oleh dunia lalu diseret oleh ajalnya ke kubur? Kau telah melihatnya, bahkan engkau telah menghantarkannya ke makam yg pasti untuknya".

Telah berkata Yazid ar-Ruqasyi, "Telah sampai padaku mayat ketika diletakkan di kuburnya, maka amalnya berkata kepadanya, "Wahai hamba yang sendirian di liang lahad! Harta benda dan keluarga telah meninggalkan kamu. Hari ini tidak ada pembelamu padaku". Ka'ab berkata, "Ketika org soleh diletakkan dalam kuburnya, maka amalan soleh membelanya, iaitu solat, puasa, haji, jihad dan sedekah. Manakala malaikat Azab datang dari kedua kakinya, maka solat berkata, "Kau mesti pergi darinya. Tidak alasan bagimu untuk menyiksanya. Kedua kakinya telah pergi ke tempat yang mulia". Lalu datang dari arah kepalanya, maka berkatalah puasa, "Tidak ada alasan bagimu menyiksanya krn dia telah menahan hausnya kerana Allah". Datang lagi ke arah jasadnya semasa di dunia maka haji dan jihad berkata, "Tidak boleh kau menyiksanya. Dia memayahkan diri utk jihad dan haji". Lalu datang dari arah kedua tangannya, maka berkata sedekah, "Tidak boleh kau menyiksanya krn dua tangan ini memberikan sedekah krn mengharapkan keredhaan Allah". Kemudian dikatakan kepadanya, "Selamatlah engkau. Hidup dengan damai dan matipun dengan damai pula". Lalu datang Malaikat Rahmat menyiapkan permaidani dari Syurga untuknya, selimut dan lampu yang akan menerangi kuburnya sampai hari kiamat, hari Allah membangkitkannya dari kuburnya".

Ubaidillah bin Ubaid bin Umair mengatakan tentang jenazah, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguh mayat itu didudukkan dan mendengar langkah pengiringnya. Tidak ada yang berkata padanya kecuali kuburnya berkata, "Celakalah engkau wahai manusia! Bukankah aku telah menakutkanmu dengan kesempitanku, kebusukanku, kedahsyatanku dan cacing-cacingku? Lalu apakah yang engkau siapkan untukku?".

Telah berkata alBarra' bin 'Azib, "Kami keluar bersama Rasulullah saw menghantar jenazah seorang lelaki Ansar. Rasulullah saw lalu duduk di atas kuburnya sambil menundukkan kepalanya lalu bersabda, "Ya Allah! aku mohon perlindunganMu dari siksa kubur (Tiga kali)

Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin apabila menghadapi akhirat Allah mengutus Malaikat yang wajahnya bagaikan matahari. Mereka membawa kapur barus dan kafan untuknya lalu duduk sejenak. Ketika rohnya telah keluar setiap malaikat langit dan bumi membacakan selawat untuknya. Juga semua pintu langit terbuka untuknya. Ketika rohnya naik dikatakan, "Bagaimana keadaan hambaMu si fulan?" Allah telah berfirman:Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (Q.S Taha - 55) , "Pulangkan dia dan perlihatkan padanya kenikmatan yang telah Kujanjikan kepadanya". Dan sesungguhnya dia mendengar derapan kasut mereka saat mereka meninggalkannya sehingga dikatakan, "Hai fulan, siapa Tuhanmu? Apa agammu? Dan siapa Nabimu?" Lalu dia menjawab, "Tuhanku Allah. Islam agamaku dan Muhammmad saw adalah nabiku". Kemudian dia dibentak keras dgn pertanyaan tadi. Itulah fitnah kubur bagi mayat. Jika dgn tegas dia menjawab seperti tadi, juru panggil akan menyeru, "Engkau benar". Allah berfirman:Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh (Q.S. Ibrahim - 27).

Lalu datang seorang yang berwajah tampan, pakaiannya elok dan harum. Ia berkata, "Berbahagialah dgn rahmat Tuhanmu dan Syurga yg di dalamnya ada nikmat abadi". Mayat itu berkata, "Dan berbahagilah pula engkau, siapa engkau?" Dia menjawab, "Akulah amalmu yang baik. Demi allah, aku tahu kamu bersungguh2 untuk taat kepada Allah dan enggan bermaksiat kepadaNya". Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan". Nabi saw bersabda lagi, "Lalu jurupangil berkata, "Hamparkan untuknya permaidani Syurga! Bukakan untuknya pintu ke Syurga". Maka dilemparkan untuknya permaidani Syurga! Bukakan untuknya pintu syurga". Maka dilemparkan untuknya permaidani Syurga dan dbukakan untuknya pintu ke Syurga. Dia lalu berdoa, "Ya Allah! segerakan Kiamat hingga aku kembali kepada keluargaku dan hartaku ".

Rasulullah bersabda: "Adapun orang kafir ketika menghadapi akhirat dan meninggalkan dunia, datang kepadanya Malaikat yg menggerunkan, berpakaian api dan berbaju besi".

Mereka membencinya. Ketika rohnya telah melayang, seluruh malaikat langit dan bumi melaknatinya. Semua pintu langit dikunci dan tidak suka melaluinya. Ketika roh naik, dikatakan, "Bagaimana keadaanhambaMu si folan? Langit dan bumi tidak menerimanya!". Lalu Allah swt berkata, "Kembalikan dia dan perlihatkan padanya keburukan yg Aku janjikan untuknya. Sesungguhnya Aku telah menjanjikan: "Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi". (Q.S Taha - 55) .

Dan sesungguhnya dia mendengar derapan kasut mereka saat mereka meninggalkannya sehingga dikatakan, "Hai fulan, siapa Tuhanmu? Apa agammu? Dan siapa Nabimu?" Lalu dia menjawab, "Aku tidak tahu". Maka datang seorang yang berwajah buruk, berbau busuk dan berpakaian kotor dan berkata, "Rasalah kemurkaan Allah dan siksa yg amat pedih". Mayat itu bertanya, "Siapakah engkau?" Ia menjawab, "Akulah amalmu yang buruk. Demi Allah kau suka bermaksiat kpd Allah dan malas taat kepadaNya. Semoga Allah membalas keburukanmu". Kemudian datang seorang yang tuli, buta dan bisu dengan membawa tukul daripada besi yang jika dibawa semua manusia dan jin tidak mampu mengangkatnya dan jika dipukul sekali sahaja tentu jadi debu. Maka dia memukul sekali sahaja lalu jadi debu. Dikembalikan lagi rohnya dan dipukul lagi di antara kedua matanya hingga terdengar oleh seluruh makhluk bumi" Nabi bersabda, "Lalu juru panggil akan menyeru, "Siapkan permaidani api untuknya dan bukakan pintu neraka untuknya".

Allah berfirman: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)". (Q.S. Al-Mu'minun 99 & 100).

Allah mengatakan, "Apa yang kau sukai dan apa pula yang kau inginkan? Apakah kau ingin kembali utk mengumpulkan dunia, menanam tanaman atau membangun kilang dan membelah sungai?" Meraka menjawab, "Tida! supaya aku dapat mengerjakan pekerjaan yg baik yg telah kutinggalkan dahulu". Allah berkata, "Tidak! Itu hanyalah kalimah setelah kamu mati".

Abu Hurairah berkata, "Telah bersbda Rasulullah saw: "Dalam kubur, org mukmin seperti dalam syurga, dilapangkan sampai tujuh puluh zira' dan diterangi bagai rembulan pada malam lailatulQadr. Siksanya org kafir di dalam kubur. Ia dililit sembilan puluh sembilan tanin. Tahukah engkau apa itu tanin? Itulah sembilan puluh sembilan ekor ular. Setiap ular ada tujuh kepala yang menggigit, menyengat dan menyemburnya sampai ia dibangkitkan".

Sesungguhnya bilangan ular dan jengking itu bergantung kepada bilangan riya', takbur, hasad, dengki dan akhlak yang buruk. Daripada sifat tersebut yang menjadi akar kepada sifat2 mazmumah yang lain. Samalah dengan ular yang bercabang2 kepalanya.

Orang mukmin akan menyaksikan cahaya kerana di dunia mereka bersih hatinya..

Mudah2an dapat diambil ingatan oleh semua pembaca...

Sunday, October 18, 2009

Dajal Haram masuk Makkah dan Madinah

Assamaul'alaikum.

Bismillahirrahmaninrrahim.

Berikut adalah soalan dp pembaca Berita Harian dan jawapan daripada Ustaz Zahazan bin Mohamed.

Soalan:

Saya ingin tahu apakah dan bagaimanakah rupa dajal? Apakah benar dajal itu sudah lahir pada waktu ini? Bagaimanakah kita dapat menyelamatkan diri daripada gangguannya.

Jawapan:

DAJAL , sebenarnya satu nama dalam bahasa Arab yang berada dalam acuan kata yang merujuk kepada makna terlalu atau melampau atau berlebihan (sighah mubalaghah).

Dalam kamus bahasa Arab contohnya Lisanul Arab, Ibn Manzur mengemukakan salah satu makna perkataan Dajal itu merujuk kepada menutup kebenaran dengan ramainya pengikut.

Dalam kamus al-Wasit pula, Dajal bermaksud pembohong besar. Yusuf al-Wabil menjelaskan dalam karya beliau Asyrat al-Sa'at, yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa nusantara oleh Pustaka Ibn Kathir, dajal ini membawa makna mencampur adukkan. (Rujuk buku Kiamat sudah Dekat, terbitan Pustaka Ibn Kathir, Jakarta).

Mengikut hadis riwayat Imran bin Husain ra, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal." (Riwayat Muslim No 7582).

Berdasarkan takrifan dan hadis di atas, kesimpulannya, dajal adalah seorang lelaki kecenderungannya untuk menutup kebenaran dengan kebatilan atau dia menutup kejahatannya di hadapan manusia dengan pembohongannya.

Berkaitan dengan perkara ini Nabi SAW sudah bersabda yang bermaksud: "Dan sesungguhnya akan ada pada umatku, 30 orang Dajjal iaitu pembohong besar. Setiap mereka mengaku menjadi nabi. Semuanya akan berbohong terhadap Allah SWT dan RasulNya. Aku adalah penutup sekalian nabi. Tidak ada seorang nabipun selepasku. (Riwayat Ahmad No 10073, Abu Daud No 4336, Abu Ya'la No 5810).

Dalam kitab Dalail an-Nubuwwah karangan al-Baihaqi, Nabi SAW sudah menyenaraikan nama mereka, antaranya al-Aswad al-Ansi, Musailamah, al-Mukhtar dan lain-lain. Nabi SAW turut menyebut dalam hadis yang sama, kabilah Arab paling jahat iaitu Bani Umayyah, Bani Hanifah dan Thaqif kerana menolong kalangan pendusta itu. (Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah No 2825).

Menurut keterangan yang dikemukakan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis dajal ini adalah seorang lelaki yang masih muda, berkulit merah, pendek, keningnya lebar, dadanya lebar, mata kanannya buta dan keadaannya seperti buah anggur yang menonjol, sementara di atas mata kirinya ada daging yang tumbuh, antara dua matanya tertulis huruf kaf, fa` dan ra` secara terputus-putus. Jarak antara dua betisnya berjauhan dan rambutnya kerinting. Huruf-huruf yang terpampang di atas dahinya itu dapat dibaca oleh setiap Muslim. Dan antara sifatnya yang lain adalah dia mandul dan tidak memiliki anak.

Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarah Muslim, tulisan pada dahi dajal ini nampak dengan jelas. Ia adalah hakiki, yang dijadikan Allah SWT sebagai tanda pelbagai kekufuran, pembohongan dan kejahatannya.

Dajal ini suatu ujian yang timbul pada akhir zaman kepada manusia. Dajal turut dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang amat luar biasa seperti menghidup dan mematikan manusia. Dia juga mampu memberikan kesenangan kepada pihak yang menyokongnya dan menganiayai pihak yang menentangnya. Dia memiliki syurga dan neraka dan kemampuan menurunkan hujan. Bagaimanapun, semuanya terjadi dengan kehendak Allah SWT. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya bersama dengannya ada air dan api, maka apinya adalah api yang dingin dan airnya seperti api. Maka janganlah kamu terpedaya." (Riwayat Muslim No 7553).

Kesimpulannya, saya kemukakan penjelasan al-Qadhi Iyadh, beliau berkata, maksudnya: "Hadis-hadis diriwayatkan Imam Muslim dan yang lain adalah hujah yang benar yang menetapkan kewujudan dajal.

Sesungguhnya dia adalah manusia secara hakiki dijadikan Allah SWT sebagai ujian untuk hamba-hamba-Nya dengan cara yang sudah ditentukan, berupa kemampuan menghidupkan orang yang dia sudah bunuh dan kelihatan segala macam kegemerlapan dunia dengan kesuburan bersamanya, syurga dan nerakanya, dua sungainya dan khazanah bumi yang mengikutinya, perintahnya agar hujan diturunkan sehingga turunlah hujan

dan kemampuannya menumbuhkan pokok di muka bumi semuanya atas keizinan Allah SWT.

Kemudian Allah SWT akan melemahkannya selepas itu hingga dia tidak lagi mampu membunuh orang itu dan selainnya. Kemudian datanglah Isa untuk misi membunuhnya lalu Allah SWT menetapkan keimanan orang-orang yang beriman.

Demikianlah mazhab ahli Sunnah dan semua ulama hadis serta fuqaha, berbeza daripada pandangan golongan yang mengingkari seperti Khawarij, Jahmiyyah dan sebahagian Muktazilah beranggapan semua perkara luar biasa itu adalah khayalan.

Akhirnya menyedari bahaya tipu daya dajal ini, Nabi SAW sudah mengemukakan panduan yang wajar diambil berat oleh umat Islam iaitu:

Berpegang teguh dengan Islam. Hanya golongan mukmin yang benar-benar memahami aqidah Islam saja yang akan dapat menolak fitnah dajal. Contohnya mengenali sifat-sifat Allah SWT akan menyebabkan seseorang membezakan antara manusia yang hodoh ini dengan Allah SWT yang tidak dapat digambarkan dengan apa juga gambaran.

Memohon perlindungan daripada fitnah dajal. Nabi SAW menganjurkan kita mengamalkan doa perlindungan kepada Allah SWT dalam tasyahud akhir sebelum memberikan salam. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi SAW kerap berdoa dalam solat baginda, yang bermaksud: "Ya Allah ku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajal. Ya Allah, ku pohon perlindungan dari dosa dan hutang. (Ya Allah aku sudah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang). (HR al-Bukhari No 832 ,834, 6326, 7387, 7388 dan Muslim No 589, 2705).

Menghafaz beberapa ayat dari surah al-Kahfi. Sebagai contoh dalam hadis Nabi bersabda maksudnya: Barang siapa yang bertemu dengan dajal itu maka bacakanlah olehmu permulaan surah al-Kahfi. (Riwayat Muslim)

Menjauhi Dajjal. Lebih utama daripada itu, kita digalakkan berada atau mendiami Makkah dan Madinah kerana Allah SWT mengharamkan Dajjal daripada memasuki ke dua-dua tempat ini. Seperti sudah dijelaskan, dajal mampu mempengaruhi sesiapa menyaksikan kehebatannya untuk mentaatinya. Maka wajarlah bagi setiap Muslim menghindari atau mendekati dajal ini.

Akhir sekali saya mencadangkan kepada penanya dan pembaca agar mengkaji peristiwa akhir zaman yang berlaku menerusi penjelasan Nabi SAW daripada kitab-kitab hadis contohnya Riyadhus Salihin susunan al-Imam al-Nawawi.

Tulisan Yusuf al-Wabil dalam kitab Asyratus Sa'ah juga adalah sebuah kajian amat baik menerusi penelitian dan susunan amat jelas juga akan membantu memahami peristiwa akhir zaman akan berlaku. Kedua-dua karya ini sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai Riyadhus Salihin dan Hari Kiamat Sudah Dekat, diterbitkan Pustaka Ibn Kathir.

Sumber Berita Harian

Saturday, October 17, 2009

Suasana Alam Akhirat (29) - Surah Al-Isra' (Bani Israil)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirramanirrahim.

Di sini dituliskan ttg suasana alam akhirat seperti dalam surah Al-Isra'.


(13) Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

(14)(Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).

Dalam ayat2 di atas Allah menerangkan bahawa di leher setiap manusia akan digantungkan kitab yang mencata segala amalan yang dilakukan selama hidup di dunia, yang akan diperkirakan pada hari kiamat. Ibnu Jarir at-Tobari telah meriwayatkan daripada al-Hasan, katanya, Allah mengatakan: "Wahai anak Adam! Kami bukakan kepadamu sebuah kitab, dan Kami utus dua malaikat yang mulia, seorang di kananmu dan seorang lagi di kirimu. Buatlah aoa yang engkau suka, sama ada sedikit atau banyak, sehingga apabila engaku telah mati, kitab itu akan dititup lalu digantungkan di lehermu bersama2 denganmu di dalam kubur, sampai engkau keluar daripada kubur pada hari kiamat membawa kitab itu, engkau temui ia telah terbentang. Bacalah kitabmu! Cukuplah pada hari ini engkau sendiri menghitungnya".

Pada ketika itu semua manusia akan dapat membaca kitab masing2 walaupun ketika di dunia mereka itu buta huruf. Masing2 membaca kitab2 masing2 utk menghitung berapa banyak pahala dan dosa, memadailah kitab itu menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah kerjakan. Tanpa memerlukan orang lain untuk mengiranya.

Hendaklah kita ingat bahawa
setiap orang ada dua malaikat di sampingnya, diutuskan Allah untuk mencatat setiapa amalan:

"Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya)". (At- Tariq - 4)

"Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)". (Al-Infitar 10 - 11)

Cubalah bayangkan bagaimana orang2 yang berdosa membaca kitab amalan mereka, sedangkan di hadapan mereka sudah nampak Syurga dan Neraka, yang harus dimasuki berdasarkan catatan2 amalan mereka.

Ada di anatara mereka kagum: "Alangkah hebatnya catan ini, sekecil2 masalah dan sebesar2 masalah tercata di dalmnya".

Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (Al-Kahfi - 49) .

(71) (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.

Setiap manusia akan dipanggil dengan menghadap Allah dengan membawa kitab masing2 dan imam. Lafaz imam dalam ayat ini ditafsirkan dgn pelbagai makna: antaranya ditafsirkan sebagai pemimpin, tiap2 kumpulan dikiumpulkan bersama2 pemimpin masing2 semasa di dunia. Ada juga mentafsirkan berhala atau apa sahaja yg mereka sembah dahulu, ada juga mentafsirkan sebagai ibu.. tetapi yang lebih tepat mengikut tafsir al-Khazin ialah kitab amalan kerana dikiaskan dgn ayat 12 surah Yasiin yg berbunyi:



وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ فِىٓ إِمَامٍ۬ مُّبِينٍ۬


"serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata". (Yasiin - 12)

Bila kitab itu diserahkan pada tangan kanan, tandanya isinya baik dan menyenangkan sebaliknya bila diserahkan kpd tangan kiri malulah dia sehingga tidak terbaca kerana mengandungi amalan2 buruk yg amat dahsyat.

Cuba bandingkan dengan ayat 19 surah al-Haqqah:



فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواْ كِتَـٰبِيَهۡ



Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (al-Haqqah - 19)

(72) Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.


Yang dimaksudkan buta di sini ialah buta hati dan buntu fikiran, yakni sesiapa yg tidak dapat melihat tanda kekuasaan Allah dan hujah2 ttg nikmat yg dikurniakan Allah kepada mereka semasa di dunia, dan mereka mengingkarinya, nescaya di akhirat nanti mereka akan lebih sesat lagi.


(98) Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami dan mereka berkata: Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baru?


Allah menyatakan bahawa mereka akan dibangkitkan dalam keadaan buta, pekak dan bisu sebagai balasan terhadap kekufuran mereka, iaitu mendustakan keterangan2 dan bukti2 yg diberikan kpd mereka lagi2 mereka tidak percaya adanya hari kiamat.

Friday, October 16, 2009

Hari Yang Amat Dahsyat. Ingatlah!!!

Assalamu'alaikum.

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah saw bersabda:

"Bagaimana aku merasa nikmat jika tanduk sangka kala telah berada di mulut Israfil. Dia mengerutkan keningnya dan menutup telinga menanti perintah lalu dia meniup".

"Manakala sekali dia meniup sangka kala itu, matilah seluruh makhluk langit dan bumi, kecuali yg dikehendaki Allah, iaitu Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil nyawa Jibril, kemudian Mikail dan seterusnya Israfil dan kemudiannya nyawa Izrail sendiri. Setelah tiupan pertama itu, semua mati dan ada di alam barzakh selama 40 tahun. Kemudian Allah menghidupkan Israfil kembali. Dia diperintahkan meniupkan tiupan kedua".

Inilah yg dimaksudkan dalam firman Allah:

وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا مَن شَآءَ ٱللَّهُ‌ۖ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخۡرَىٰ فَإِذَا هُمۡ قِيَامٌ۬ يَنظُرُونَ

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Az-Zumar - 68).

Rasulullah saw bersabda; "Ketika dibangkitkan, datanglah Israfil kembali membenarkan tanduk sangka kala ke mulutnya. sebelah kakinya melangkah ke depan dan sebelah lagi ke kiri, menantikan perintah meniup. Takutlah akan tiupan itu. Fikirkanlah wahai manusia, betapa kehinaan dan kepedihannya ketika dibangkitkan, kerana takut akan tiupan itu, serta menantikan keputusan apa yang akan mereka terima itu, bahgaia atau celaka dan kau adalah di antara mereka, juga akan merasa sedih dan bingung sebagaimana kesedihan serta kebingungan mereka. Bahkan jika di dunia kau suka berbuat dosa atau kaya namun bakhil, maka raja-raja dunia pada hari itu adalah yang paling hina, kakinya melangkah longlai dan ketika itu pula berdepan dengan binatang liar, gunung akan hancur dan tidak boleh menghindari daripada semua itu".

Firman Allah:

وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ

Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. (At-Takwir - 5).

Kemudian mereka pula akan bertemu dgn syaitan2 dan org2 kafir dengan ketakutan, Allah berfirman:

فَوَرَبِّكَ لَنَحۡشُرَنَّهُمۡ وَٱلشَّيَـٰطِينَ ثُمَّ لَنُحۡضِرَنَّهُمۡ حَوۡلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّ۬ا

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam. (Maryam - 68)

Cubalah bayangkan bagaimana keadaannya nanti dan apa pula perasaan hati ketika itu?. Cuba renungkan apabila telah dibangkitkan nanti kita akan dibawa ke tempat perhimpunan yang gondol dan masing2 berkeadaan telanjang. Tempat perhimpunan itu adalah bumi yang datar, putih, tidak ada jurang atau bukit tempat bersembunyi. Manusia dibawa ke situ beramai2. Maha Suci Zat yang mengumpulakan mereka dengan barisan yang berbeza2 dari setiap penjuru bumi. Tentu sahaja ketika itu hati terasa gerun, berdebar2 ketakutan yg amat sangat serta setiap mata menjadi muram. Allah berfirman:

يَوۡمَ تُبَدَّلُ ٱلۡأَرۡضُ غَيۡرَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱلسَّمَـٰوَٲتُ‌ۖ

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim - 48).

Ibnu Abbas mengatakan, di situ ada langit tidak ada matahari, bulan dan bintang. Renungkanlah wahai manusia, betapa kedahsyatan hari itu. Sungguh!! semua manusia berkumpul, bintang2 di langit berguguran, matahari dan bulan terbenam lalu bumi kehilangan cahaya. Di saat langit berputar di atas kepala mereka dan pecah dengan dahsyatnya mengambil masa selama lima ratus tahun. Wahai! betapa mengerikan suara pecahnya langit itu di telingamu!, kemudian langit mencair dan mengalir bagai bubur baja campur kekuningan, lalu seperti kuah dan akhirnya jadi nanah dan gunung2 bagai bulu2 yg diputar dan manusia bagai kupu2 bertebaran.

Rasulullah bersabda; "Manusia dibangkitkan telanjang tidak bersunat dan tenggelam dalam keringat sampai ke telinganya".

Berkata Saudah, isteri Nabi saw, "Aku bertanya: Apakah sebahagian kita akan melihat kemaluan yang lain? Rasulullah menjawab; "Manusia sibuk akan hal masing2".

Allah berfirman:

لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ شَأۡنٌ۬ يُغۡنِيهِ

Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. ('Abasa - 37) .

Betapa dahsyat hari itu hingga aurat terbuka, tak sempat menoleh atau memandang. Bagaimana mungkin! sedang sesetengah daripada mereka ada yg berjalan dgn perutnya, ada yg dgn mukanya!

Telah berkata Abu Hurairah ra; Rasululullah saw bersabda: "Pada hari kiamat manusia dikumpulakan jadi 3 golongan. Ada yg menunggang, ada yg berjalan, dan ada yg berjalan dgn mukanya".

Seoramg bertanya ; "Bagaimana boleh berjalan dgn mukanya? Rasulullah menjawab, "Zat yang menjalankan mereka dgn kakinya berkuasa menjalankan mereka dgn mukanya".

Watak manusia selalu tidak percaya akan hal yang belum pernah dibuktikan. Kalau orang belum melihat ular boleh berjalan tanpa kaki, tentu dia mengingkari ada binatang tanpa kaki boleh berjalan, bahkan org berjalan dgn kakipun akan dianggap aneh jika belum pernah melihatnya. Jadi janganlah menyangkal ttg keajaiban2 yg berlaku pada hari kiamat.

Fikirkan bagaimana seluruh makhluk yg ada di langit dan bumi dan antara keduanya, malaikat, jin, manusia , syaitan dan segala binatang dan burung2 berkumpul pada hari itu. Berkumpul dan berhimpit2, berada pula di bawah panas terik matahari.

Cuba rbayangkan peluh manusia yang sampai ke telinga. Sesetengah mereka berkata; "Ya Tuhanku! hindarkan aku daripada kepedihan dan penantian ini, biarlah cepat aku ke neraka saja". Sangka mereka bila di neraka akan lenyap segala siksa. Tetapi mereka tidak terus dilemparkan ke neraka sebelum dihisab.

Ingatlah ini.. kitalah salah seorang daripada mereka. Kita tak tahu di mana sampai peluh kita. Ingatlah peluh yg kita keluarkan utk ibadat pula, baik semasa mengerjakan solat atau haji atau mencari org2 susah utuk dikongsikan rezeki..

Ingatlah amat panjang digenangi peluh di sana berbanding dengan peluh yang keluar di sini.

Igatlah hari itu!! hari yang amat dahsyat dan amat panjang pula!!!

Wednesday, October 14, 2009

Suasana Alam Akhirat (28) - Surah Al-Qasas ( Pelbagai cerita/kisah)

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hari ni sambung ttg Suasana Alam Akhirat spt dalam surah al-Qasas.

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke Neraka (dengan kekufurannya) dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. (41) Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini dan pada hari kiamat pula adalah mereka daripada orang-orang yang tersingkir (daripada rahmat Kami) dengan sehina-hinanya. (42)

Di sini Allah menyebutkan perkara yg membawa akibat buruk kpd para pemimpin dan menyebabkan mereka disiksa di dalam neraka. Allah menceritakan ttg Firaun bersama kaumnya sebagai pihak yg memerintah yg menyesatkan kaumnya lalu kaumnya juga turut terheret menerima balasan azab daripada Allah. Allah jadikan Firaun berkuasa tetapi Firaun adalah raja yg zalim mengaku dirinya Tuhan, dan org2 yg mengikutnya juga suka kepada kejahatan dan kufur kpd Allah. Firaun dan kaumnya ini bukan sahaja engkar kpd Allah dan rasulnya tetapi mereka juga berusaha menyesatkan org lain dgn menggalakkan melakukan maksiat dan derhaka kpd Allah. Oleh itu mereka ini akan mendapat dua balasan siksa, pertama krn sesat, kedua krn menyesatkan. Mereka ini akan mendapat balasan dan penghinaan. Semasa di dunia mereka ini gagah perkasa, hebat2 tetapi di akhirat mereka dalam keadaan yg amat jelek.

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu, yang kamu anggap mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)? (62)

Pada hari kiamat kelak org2 kafir yg menyekutukan Allah akan ditanya: "Di manakah tuhan2 kamu daripada jenis malaikat, jin, bintang2 di langit, patung2 berhala yg kamu dakwakan sebagai sekutu dgnKu krn kamu memujanya? Mereka ini ialah pemimpin2 dan org2 yg disesatkan oleh mereka.

Mereka yang berhak menerima hukuman (azab Neraka) berkata: Wahai Tuhan kami, inilah mereka yang kami menyebabkan kesesatannya, kami menyebabkan mereka sesat (dengan pilihan mereka sendiri) sebagaimana kami telah sesat (dengan pilihan kami sendiri); (dengan ini) kami mengakui kepadaMu bahawa kami berlepas diri (dari kekufuran mereka). Bukanlah Kami yang mereka puja dan taati, (bahkan mereka hanya memuja dan mentaati hawa nafsu mereka sendiri). (63)

Para pemimpin yg menyesatkan dan ketua2 penyeru kpd kekufuran, yg sudah jelas akan mendpt hukuman utk dimasukkan ke neraka, akan menjawab; "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya org2 yg menjadi pak turut ini telah kami sesatkan; sebenarnya mereka menjadi pak turut dgn kemahuan mereka sendiri, mereka yg berkehendak supaya kami menyesatkan mereka sebagaimana kami yang tersesat". Kemudian mereka berkata lagi; "Kami berlepas diri daripadamu!", iaitu ketua2 ini tidak mahu bertanggungjawab kepada pengikut2 mereka. Mereka menyatakan bhw org2 yg tersesat itu adalah disebabkan mereka menurut hawa nafsu mereka.

Ayat ini sama maksudnya dgn ayat 166 surah al-Baqarah:

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (166)

Dan dikatakan (kepada mereka): Panggillah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu). lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk. (64)

Di Akhirat nanti akan dikatakan kpd mereka (ketua dan pengikut); "Panggillah mereka supaya dapat menolong kamu melepaskan diri dp siksaan". Lalu mereka memanggilnya tetapi tiada yg menyahut panggilan mereka. Mereka melihat siksaan yg menanti lalu berkhayal; "Alangkah baiknya jika aku dahulu semasa berada di dunia menurut segala ajaran Allah".

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu? (65) Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu), serta menjadilah mereka tidak dapat hendak bertanya-tanyaan sesama sendiri. (66)

Ditanya pula oleh Allah; "Bagaimana sikap kamu terhadap rasul2 yang Kuutuskan?". Mereka tetap tidak dapat menjawab dan tidak pula bertanya2 sesama mereka. Ini menunjukkan betapa lemahnya mereka.

Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)? (74)

Dalam ayat di atas ini diulang lagi bahawa nanti di akhirat, Allah akan menanyakan kepada org2 yg menyekutukan Allah semasa di dunia; "Di manakah sekutu2 kamu yang kamu sifatkan sebagai penolong kamu?". Pada hari itu Allah menyuruh mereka memanggil patung2 atau apa sahaja yg mereka anggap sebagai tuhan mereka, kemudian diminta supaya mereka meminta pertolongan utk melepaskan diri dpd azab neraka.

Dan (pada hari itu) Kami keluarkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan (kepada golongan yang kafir): Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu. Maka (pada saat itu) ketahuilah mereka bahawa kebenaran (hak ketuhanan) itu tertentu bagi Allah dan (dengan itu), hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu. (75)

Semasa di dunia org2 yang menyembah berhala dan menyekutukan Allah dan org2 yg kufur/ engkar dan mendustakan Allah, telah diutuskan rasul . Di akhirat mereka akan dipisahkan dgn nabi2 dan rasul2 yg diutuskan kpd mereka lalu menjadikan nabi2 dan rasaul2 itu sebagai saksi terhadap perbuatan mereka semasa di dunia. Mereka diminta membuktikan adakah semasa di dunia mereka menolak ajaran nabi dan rasul. Apabila diminta bukti tentunya mereka tidak dapat menjawabnya. Sudah jelas bahawa perbuatan mereka adalah salah.

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (83).

Ayat sebelum ini menerangkan sifat org2 yg sombong. Lalu dalam ayat di atas ini Allah menerangkan bahawa kepada org2 beriman dan tidak sombong serta tidak mencari pengaruh , serta tidak berbuat kerosakn di dunia Allah tempatkan di syurga. Di sini Allah berikan contoh supaya tidak mengikut jejak langkan Firaun dan Qarun yg sombong dan melakukan kerosakan di muka bumi. Org2 yg bertakwa Allah janjikan syurga yg di dalamnya disediakan kenikmatan2 yg tak pernah dilihat dan dirasa semasa di dunia.

Begitulah serba sedikit gambaran yg dapat dirasai melalui ayat2 dalam surah al-Qasas ini. Semoga kita dapat memelihara diri kita daripada terjerumus ke dalam api neraka.. wal'iyazubillah.

Monday, October 12, 2009

Gempa Bumi

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahim.

Al-Quran beri petanda sebagai peringatan agar manusia percaya kepada hari akhirat serta pembalasan.

Salah satu daripada Rukun Iman ialah percaya hari akhirat seperti disabdakan Baginda SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibril AS mengenai iman yang bermaksud: "Iman ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan buruk." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sambungan hadis di atas disebutkan maksudnya: "Khabarkan kepadaku perihal hari kiamat." Rasulullah menjawab: "Tidaklah yang ditanya mengenainya lebih tahu daripada orang yang bertanya." Nabi SAW pun tidak mengetahuinya.

Sebagai orang beriman kita beriman kepada hari kiamat dengan penuh keyakinan dan kebenaran, beriman kepada apa yang Allah SWT khabarkan mengenai hari kiamat dalam Kitab-Nya dan apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW mengenai segala hal yang akan terjadi selepas mati sehingga penghuni syurga masuk syurga dan penghuni neraka masuk neraka.

Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskannya suasana di akhirat di banyak tempat sehingga 80 dp 114 surah2 dalam al-Quran menerangkan tentangnya. Allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu.

Kita beriman kepada segala yang akan berlaku daripada tanda hari kiamat sama ada tanda kecil (alamat al-shughra) atau besar (alamat al-kubra). Tanda itu ialah isyarat akan berlaku hari kiamat kerana ia termasuk dalam cakupan iman terhadapnya.

Para ulama banyak membincangkan tentang tanda kecil hari akhirat yang mempunyai landasan dalil syara' muktamad antaranya: "Banyak berlaku pembunuhan, mengharapkan mati kerana musibah yang dahsyat, keinginan agar dirinya seperti orang yang mati dan berandai dia sudah mati kerana dahsyatnya petaka yang dihadapi, ramai meninggal dunia tiba-tiba, maut kerana gempa atau wabak, lelaki sedikit daripada perempuan, wanita berpakaian tetapi telanjang, melebarnya pelacuran di jalan dan munculnya penyokong orang zalim daripada kalangan petugas keselamatan yang mendera manusia.

Tandanya kiamat lain ialah munculnya alat muzik, arak, perzinaan, riba, pemakaian sutera halal bagi lelaki, terbenamnya sebahagian bumi dengan segala di atasnya, muncul perubahan bentuk tubuh dan bermaharajalela fitnah.

Gempa ialah kejadian yang luar biasa dahsyatnya. Bayangkan ketika anda dalam ketenangan, ketenteraman dan kedamaian hidup tiba-tiba bumi yang anda pijak bergetar, goyang dan hancur memporak-perandakan segala di sekitar anda. Betapa menderitanya jika anda ditakdirkan terus hidup.

Dalam menggambarkan kejadian hari kiamat, Allah menggunakan contoh gempa bumi dalam kitab suciNya kerana ia menunjukkan sesuatu yang sangat dahsyat dan kehebatan kekuasaanNya. Jika gempa bumi yang sebegitupun dirasakan amat dahsyat betapa pula bila berlaku goncangan hari kiamat yang sebenar, tentu lagi amat dahsyat.

Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 1 dan 2

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّڪُمۡ‌ۚ إِنَّ زَلۡزَلَةَ ٱلسَّاعَةِ شَىۡءٌ عَظِيمٌ۬ (١) يَوۡمَ تَرَوۡنَهَا تَذۡهَلُ ڪُلُّ مُرۡضِعَةٍ عَمَّآ أَرۡضَعَتۡ وَتَضَعُ ڪُلُّ ذَاتِ حَمۡلٍ حَمۡلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَـٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَـٰرَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ ٱللَّهِ شَدِيدٌ۬ (٢

Maksudnya: "Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu sesuatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa yang mengerikan) itu, setiap ibu melupakan anak yang disusukannya, dan perempuan mengandung gugurkan anaknya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, pada hal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan."

Ayat di atas adalah sebagai peringatan kepada semua umat manusia agar tidak mempermudahkan arahan Allah dan RasulNya. Jika pada zaman nabi dan rasul dulu, Allah terus sahaja membinasakan sesiapa sahaja yang mendustakan atau menderhaka kepada perintah Allah dengan kejadian mengerikan seperti hujan batu, gempa dan ditelan bumi dan pelbagai perkara lagi kenapa pula Allah tidak boleh memberi peringatan pada saat2 sekarang. Tidak dinafikan bahawa semua bencana alam, gempa bumi, tsunami ada kaitan dengan hukum alam semula jadi apabila Allah menjadikan kawasan tertentu sebagai pusat gempa seperti persekitaran api akan merasakan kepanasan api dan persekitaran ais akan merasakan kesejukan. Kita hendaklah berfikir bukan setakat hukum alam sahaja tetapi lebih daripada itu. Kita kena percaya kepada perkara ghaib serta qadar dan qadha Allah ini semunya terjadi atas kehendak Allah yang Maha Mencipta dan Memelihara alam. Walau bagaimanapun hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bukankah Allah yang mencipta semuanya dan Dialah Yang Maha Berkuasa?.

Dalam surah al-Ankabut Allah berfirman:

فَكُلاًّ أَخَذۡنَا بِذَنۢبِهِۦ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِ حَاصِبً۬ا وَمِنۡهُم مَّنۡ أَخَذَتۡهُ ٱلصَّيۡحَةُ وَمِنۡهُم مَّنۡ خَسَفۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ وَمِنۡهُم مَّنۡ أَغۡرَقۡنَا‌ۚ وَمَا ڪَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَـٰكِن ڪَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ (٤٠

Maksudnya: "Masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Surah al-'Ankabut: 40)

Gempa bumi yang dalam bahasa Arabnya zilzal mempunyai konotasi mengerikan dan mendukacitakan. Disebabkan dahsyatnya gempa itulah, Allah menamakan salah satu surah al-Quran yang berjumlah 114 dengan Surah al-Zalzalah (Gegaran). Surah ini menerangkan suasana hari kiamat.

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا(١

Maksunya: "Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya," (1)

Imam al-Suyuti dalam Asrar Tartib al-Quran (Rahsia Urutan Surah al-Quran) berkata: "Aku berpendapat: "Apabila pada akhir surah Lam yakun (al-Bayyinah) disebutkan balasan orang kafir ialah neraka dan ganjaran orang mukmin adalah syurga seolah-olah ditanyakan bila ia berlaku? Maka jawapannya ialah 'apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya' yakni ketika berlaku gempa bumi."

Sambungan surah ini ialah:

وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢) وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣

Maksudnya: "Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. Berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" (Ayat 2-3)

Selain dua yang disebutkan di atas, kata 'zilzal' disebut dua kali lagi:

1. Dalam al-Baqarah ayat 214

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (214)

2. Dalam surah al-Ahzab ayat 11 dengan pengertian gegaran jiwa bukan gegaran fizikal.

هُنَالِكَ ٱبۡتُلِىَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالاً۬ شَدِيدً۬ا (١١

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11)

Orang beriman ketika mendengar dan melihat tanda kebesaran Allah termasuk tanda kecil hari kiamat termasuk kejadian gempa akan bertambah iman mereka.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢)

"Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan jualah mereka berserah." (Surah al-Anfal: 2).

Mudah2an kita sentiasa takut akan azab Allah dan sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan berusaha bersungguh2 menurut apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Semoga kita dihindari azab di dunia dan juga azab di akhirat.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails