Showing posts with label alam barzakh. Show all posts
Showing posts with label alam barzakh. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Ingat; "Setiap daripada kita dipertanggungjawabkan..."

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.


Marilah kita berselawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.



Apa khabar semua pembaca!. Harap semuanya sihat dan beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.  

Hari ini, Alhamdulillah selesai mendengar kuliyah ini -  "Persoalan di alam barzakh - Tanyalah Ustaz di TV 9" melalui youtube di bawah. Biarpun apa yang dikuliyahkan selalu kita dengar namun perlu sentiasa diperingatkan (untuk diriku terutamanya). Allahuakbar.


Ustaz telah membaca Surah Qaaf ayat 16 hingga 32 yang terjemahannya seperti di bawah sebagai muqaddimah kuliyahnya.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (16) Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (18) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! (19) Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (20) Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (21) (Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22) Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk kamu dibicarakan). (23) (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.di dunia dahulu (24) Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan segala kebenaran, (25)Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya. (26) (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. (27) Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (28) KeputusanKu itu tidak akan diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. (29) (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? (30) Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32)"
Allah berikan segalanya supaya kita menggarap ganjaran di akhirat, carilah bekalan pada hari ini untuk akhirat. Siapa yang beralasan sibuk maka bertakwalah. 

Di sini diberitakan tentang persoalan azab di alam barzakh. Dengar soalan senang namun bolehkah kita jawab nanti.

(Sila klik pada butang play  pada audio di bawah, disalin daripada sini


Bila Allah sebut "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini" kita kena buang sifat sombong. Jangan fikir nak buat benda-benda yang tak baik. Di alam kubur bukan sahaja kita nak fikir sama ada boleh jawab soalan-soalan tadi tapi kita kena fikir tentang kesudahan kita semasa sakratul maut.

Kubur ialah tempat mula-mula kita nak ke mahsyar.. Syarat-syarat mudah dihisab, jika soalan boleh dijawab dengan baik maka tak perlu risau di mahsyar.

Kamu pasti ditanya nikmat yang diberikan apakah yang dilakukan terhadapnya. Ingat; "setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia ini"

Teringat lirik lagu waliband - Ingat mati:

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astaghfirullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Allah swt berfirman maksudnya : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! "(At-Takaasur [102] : 1 - 3)


Sekian, catatan untuk peringatan kepada diri. Semoga memberi manfaat.


Link berkaitan :

1)  Surah Qaf
2) Pertanyaan di alam barzakh
3) Penghinaan di hari akhirat
4) Sakarat

Monday, April 9, 2012

BILAH-BILAH KEHIDUPAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pagi ini berkesempatan menyalin sesuatu daripada buku Misteri Alam Arwah dan menonton youtube di bawah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah ra dan Abu Musa al-Asy'arie ra bahawa mereka berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah saw bila terjadinya seseorang yang akan meninggal dunia itu tidak mengenali orang-orang di sekitarnya? Baginda menjawab: "Ketika sudah ada kenyataan."

Menurut pendapat ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kenyataan itu ialah nampak Malaikat Maut atau Malaikat. Juga dalam pengertian hadith marfu' yang diriwayatkan oleh Tirmizi bahawa Allah menerima taubat seseorang sebelum waktu "ghargharah" yakni ketika roh telah sampai ke kerongkong (halkum). Jadi pada masa sudah ada kenyataan itu; maknanya roh sudah sampai ke kerongkong. 

Pada waktu itu nampak keadaan seseorang apa yang terjadi pada dirinya sama ada dalam keadaan rahmat atau azab . Jadi pada masa itu tidak berguna lagi taubat. Ini bermaksud taubat yang diterima itu adalah sebelum tibanya malaikat maut dan wajiblah seseorang itu bertaubat sebelum datangnya masa ghargharah dan nampaknya malaikat maut seperti disebut dalam sebuah sajak:

Segeralah taubat
Jangan terlambat
Sebelum maut datang menjelang.
Sebelum lidah kaku kejang.

Nafas-nafas dalam zikir
Zikir dalam nafas-nafas
Itu deposit simpanan
Untuk pelanggan-pelanggan Tuhan.




Hidup ini sebenarnya tak hilang melainkan ada yang pergi mendahului kita kepada suatu destinasi. 
Kitapun akan pergi ke tempat itu. 

Semua orang akan pergi. 
Berapa lama bertahan seseorang itu? 10 tahun? dua puluh tahun? 30 tahun lagi? 
Semua tak tahu tapi  semua orang akan pergi ke destinasi itu.
Ke tempat yang sama. 

Bila kita tengok orang lain dulu sampai kita sedih kerana kita rasa kita berpisah dengannya dan dia berpisah dengan kita.
Tapi tidak berpisah selama-lamanya.
Kita juga akan pergi ke alam itu.
Cuma di alam yang satu lagi tu dapat atau tidak berjumpa balik. 
Jika dia di kalangan orang soleh dan kita juga di kalangan orang soleh mudah-mudahan dapat berjumpa.
Jika dia di kalangan orang soleh dan kita tidak di kalangan orang soleh maka kita tidak bertemu dengannya.

Berapa ramai orang mati pada hari dia mati semua orang menangis.
Namun orang akan lupa selepas setahun, dua tahun, tiga tahun tapi orang tak akan lupa tentang kematiannya. Kita ini hanya bilah-bilah hari.

Apabila sebilangan hari itu pergi sebahagian kita pun pergi.
Apabila cukup bilangan hari itu telah pergi kitapun dah tak ada lagi.
Sebenarnya bila berlalunya hari maka hilanglah satu daripada bilah-bilah kehidupan....

Penulisan yang mengingatkan diri penulis agar sentiasa mengosongkan hati daripada sifat-sifat keji.. semoga diri penulis sentiasa diberikan kekuatan untuk menghisab diri sebelum diri dihisab si sana nanti...

Friday, April 6, 2012

Ingat Akan Mati Hidup Di Alam Kubur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Coretan di hari Jumaat di samping mendengar peringatan





Ketahuilah kematian adalah hal yang sangat menakutkan!
Sangat bahaya jika dilupakan.
Namun sedikit sangat yang mahu ingatkan kematian.
Bahkan hati disibukkan oleh hidup dalam kesenangan.

Perhatikan di sekelilimg kamu.
Rakan sebaya, kaum keluarga yang telah meninggalkan anda.
Bayangkanlah!
Bagaimanakah keadaan mereka.

Ingat bahawa mereka sekarang di bawah debu.
Ingat rupa bentuk mereka ketika ini.
Bagaimana debu tanah menghancurkan wajah cantik mereka.
Bagaimana tubuh hancur.

Bagaimana dia akan berjalan-jalan
Kaki dan sendinya hancur.
Bagaimana dia akan tertawa giginya telah hancur dimakan ulat.
Bagaimana dia mahu bertutur mulutnya telah dimakan tanah.

Ingat pula bagaimana kita akan mati.
Sampai di mana perjalanan hidup ini.
Lalaikah kita akannya lalu cenderung untuk kekal kuat dan muda?
Keinginan untuk tertawa dan bermain-main.
Hingga lupa bahawa kematian sedang menanti.

Ingat mati bukan dengan omongan kosong.
Hati perlu dikosongkan daripada ingat kelazatan hidup.
Bukan harta yang terkumpul yang menyelamatkan.
Amal soleh jugalah yang dapat menolong.


Sunday, March 18, 2012

Selamatkah kita daripada siksa kubur?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini saya menyalin sebuah kisah seperti di bawah (rasanya ramai dah baca kisah ini) yang bila membacanya diharapkan kita semua sentiasa muhasabah diri.

Sumber Gambar : Sila Klik untuk kisah di sana jika dirasakan perlu
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, iaitu:

1. 'Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat daripadaku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas daripada aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat daripada siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya:

1. Menjaga solatnya
2. Bersedekah
3. Membaca al-Quran
4. Memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Empat perkara yang harus dijauhi ialah:

1. Berdusta
2. Mengkhianat
3. Mengadu-domba
4. Kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua daripada kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca daripada kencing." 


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas daripada segala macam siksaan dalam kubur, walaupun dia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Kubur juga tidak memandang adakah orang itu orang miskin atau orang kaya, berkedudukan tinggi atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Munkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat kedua-dua malaikat tersebut, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."


Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak beramal dan meninggalkan larangan seperti yang dinyatakan. Ini kerana amalnya sendiri yang akan menjawabnya. Jika dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Paparan nasyid di bawah ini mungkin boleh meningkatkan rasa takut kita kepada kematian dan seterusnya kita memperbaiki amalan kita..




Mudah-mudahan kita dapat berusaha bersungguh-sungguh serta sentiasa memohon pertolongan Allah bagi setiap perkara yang akan kita lakukan.. semoga kita diringankan azab kubur.. amiin 


Friday, September 3, 2010

Menanti di Alam Barzakh



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Saturday, August 21, 2010

Detik Terakhir - Sakarat dan Malam Pertama Dijemput Tetamu Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pernahkah kita bayangkan diri kita berada di atas katil setelah kematian? atau atas keranda?, apakah yang akan kita lakukan waktu itu?

Bagaimana keadaan detik terakhir daripada nafas kita?

Apakah kita termasuk di kalangan orang-orang yang suka untuk bertemu Allah atau sebaliknya seperti hambanya yang takut untuk bertemu tuannya kerana banyak melakukan kesalahan kepada tuannya?

Pertanyaan-pertanyaan ini perlu dijawab oleh kita semua ketika kita masih hidup.

Apakah kita menghadapi sakarat seperti dalam paparan di bawah ini. Mohon perlindungan daripada Allah.



Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35)
[Al-Qiyaamah [75] : 26 - 35]


Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk menonton youtube yang dipaparkan seterusnya di bawah seperti yang dicadangkan oleh Pena Maya tentang Malam Pertama di Alam Kubur untuk kita menonotonnya. Sejak tarikh N3 di Pena Maya pada bulan Mei lagi, saya dah beberapa kali cuba untuk melihat sampai habis kesemua seperti di bawah, namun saya baru selesai menontonnya hari ini.

Sebenarnya N3 ini sudah lama saya cuba untuk siapkan, alhamdulillah akhirnya pada hari ini dapat dipublishkan..memang mengesankan kita apabila menontonnya.

















Saya telah menyalin sebahagian daripada yang dituliskan dalam youtube siri kedua seperti di bawah:


Bagaimana suasana pada malam pertama di dalam kubur kita?
Bagaimana kedahsyatan siksaannya?
Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksa kubur?
Bagaimana nak dapatkan kematian terindah?

Bayangkan pada hari itu dia begitu bahagia menikmati indahnya alam ciptaan Allah swt, bersama anak dan keluarga penuh dengan keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kesihatan yang terjamin, tertawa gembira dengan telatah anak-anaknya yang lucu dan ditertawakan pula oleh anak-anaknya, mereka begitu bahagia.

Lalu tiba-tiba dia disergah oleh satu malam, malam saat dia dijemput oleh kematian.. sakarat.. sakaratul maut..

[dan datangnya sakaratul maut itu benar..
dan itulah yang kamu selalu lari daripadanya..
ditiuplah sangka kala Hari terlaksananya ancaman..
setiap jiwa datang dengan Malaikat yang menjadi saksi..
sungguh kamu lalai dengan kenyataan ini..
maka kami singkapkan pandanganmu pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas..]
Surah Qaf [50] : 19 - 22

Malam itulah malam pertama dia berada dalam alam kubur, sendirian, dicengkam oleh kesunyian, tanpa anak isteri dan juga sahabat karib. Inilam malam pertama anak-anaknya menjadi yatim, isteri menjadi janda.

Malam pertama yang memisahkan anda daripada tempat tidur anda yang empuk, menuju dinginnya tanah dan diselimuti kafan.

Inilam malam yang mengusir anda dari rumah mewah dan megah, menempati liang lahat yang gelap dan sempit.. padahal malam sebelumnya anda masih berpesta, anda makan dan minum bersama sahabat karib..

Tiba-tiba anda masuk pada malam pertama dalam kubur, anda menjadi santapan cacing tanah dan serangga.

Pada malam ini anda baru sedar, ternyata harta, keluarga, jabatan/pangkat darjat yang anda bekerja keras mencarinya sehingga lalai daripada mengingati Allah, tiada satupun daripada semua itu menemani anda dalam kubur dan membela anda.

Allah swt berfirman maksudnya : "Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! "(At-Takaasur [102] : 1 - 3)

Inilah malam, episod pertama daripada alam akhirat.

Kuburan boleh menjadi taman syurga atau sebaliknya boleh menjadi satu lubang iaitu lubang neraka.

Inilah kemtian yang datang dengan tiba-tiba, dia datang tepat pada waktu, tidak terlewat barang sedikitpun merenggut nyawa dengan paksa, melenyapkan segala kenikmatan, dia tidak memilih tua ataupun muda, kaya atau miskin, sihat mahupun sakit.. dia datang untuk mengeluarkan manusia daripada putaran kehidupan yang selama ini kita jalani.

Ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sakaratul maut, longgokan wang di bank tidak mampu menyogok malaikatul maut mengundurkan waktu kematian.

Inilah realitinya tentang kamatian, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya, orang yang paling cerdas ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekal setelah kematiannya.

Marilah kita siapkan lantera bagi menyinari kegelapan pada malam pertama kita di alam kubur.

Demi Allah, tidak ada yang sanggup meneranginya kecuali iman dan amal soleh yang ikhlas.

Banyak paparan yang mencemaskan yang dapat mengingatkan kita kepada kematian serta takut dan akan bersedia.. insyaAllah.. tontonlah dan hayatilah paparan-paparan youtube ini. InsyaAllah meningkatkan keimanan kita.

Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita terlengah memikirkan kematian, kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya dan pilihan itu ada pada bagaimana manusia itu menjalani kehidupannya. Sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah kemungkinan besar ia akan menghadapi kematiannya kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang berjalan menuju kematian kita.

Marilah kita berusaha belajar daripada para salaf yang begitu takut dengan kematian, mereka takut kalau-kalau kembali kepada Allah dalam keadaan membawa dosa dan kemaksiatan, takut melalui malam pertama di dalam kubur dalam keadaan gelap berlapis-lapis. Mereka inginkan supaya malam-malam pertama di kubur bagaikan malam-malam pertama di dalam syurga yang indah.

Tuesday, October 20, 2009

Pertanyaan Di Alam Barzakh

Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah saw bersabda, "Ketika mayat ditanam, kubur bertanya kepada mayat. "Celaka engkau hai mayat! Apakah yg membuatkanmu melupakanku, sedang berkali2 engkau telah melaluiku". Bila dia org baik2 maka ada yg memberikan jawapan kepada kubur, "Tidakkah engkau lihat dia telah amar maaruf nahi munkar?. Lalu kubur berkata, "Jika demikian halnya, aku akan berubah jadi kebun untuknya, jasadnya kembali kembali bercahaya dan rohnya naik ke hadrat Allah swt".

Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, "Setiap mayat yg hendak meninggal, pasti liang lahad akan memanggilnya, "Akulah rumah gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah swt, maka aku hari ini menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku menjadi siksa untukmu. Siapa memasukiku dgn taat akan keluar dgn bahagia, dan sesiapa yg memasukiku dengan derhaka akan keluar dengan penuh penyesalan".

Telah berkata Muhammad bin Shabah, "Telah sampai padaku bahawa seorang lelaki ketika diletakkan ke kuburnya, disiksa dan ditimpa apa yg tidak disukainya, ia dipanggil oleh tetangganya (mayat di sebelahnya); "Wahai org yg menyusul, saudara dan tetangganya, tidakkah engkau di dunia mengambil iktibar padaku? Tidakkah engkau fikirkan aku telah mendahuluimu? Tidakkah engkau melihat amalku yg telah terputus sedangkan engkau masih ditunda? Tidakkah sayugianya engkau dapatkan apa yg tidak didaptkan oleh saudaramu ini? Kemudian tanah juga memanggilnya, "Wahai org yg tertipu dengan gemerlapan! Tidakkah engkau ambil pelajaran daripada kaum keluargamu yang telah tiada, daripada org2 sebelum kamu yg tertipu oleh dunia lalu diseret oleh ajalnya ke kubur? Kau telah melihatnya, bahkan engkau telah menghantarkannya ke makam yg pasti untuknya".

Telah berkata Yazid ar-Ruqasyi, "Telah sampai padaku mayat ketika diletakkan di kuburnya, maka amalnya berkata kepadanya, "Wahai hamba yang sendirian di liang lahad! Harta benda dan keluarga telah meninggalkan kamu. Hari ini tidak ada pembelamu padaku". Ka'ab berkata, "Ketika org soleh diletakkan dalam kuburnya, maka amalan soleh membelanya, iaitu solat, puasa, haji, jihad dan sedekah. Manakala malaikat Azab datang dari kedua kakinya, maka solat berkata, "Kau mesti pergi darinya. Tidak alasan bagimu untuk menyiksanya. Kedua kakinya telah pergi ke tempat yang mulia". Lalu datang dari arah kepalanya, maka berkatalah puasa, "Tidak ada alasan bagimu menyiksanya krn dia telah menahan hausnya kerana Allah". Datang lagi ke arah jasadnya semasa di dunia maka haji dan jihad berkata, "Tidak boleh kau menyiksanya. Dia memayahkan diri utk jihad dan haji". Lalu datang dari arah kedua tangannya, maka berkata sedekah, "Tidak boleh kau menyiksanya krn dua tangan ini memberikan sedekah krn mengharapkan keredhaan Allah". Kemudian dikatakan kepadanya, "Selamatlah engkau. Hidup dengan damai dan matipun dengan damai pula". Lalu datang Malaikat Rahmat menyiapkan permaidani dari Syurga untuknya, selimut dan lampu yang akan menerangi kuburnya sampai hari kiamat, hari Allah membangkitkannya dari kuburnya".

Ubaidillah bin Ubaid bin Umair mengatakan tentang jenazah, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguh mayat itu didudukkan dan mendengar langkah pengiringnya. Tidak ada yang berkata padanya kecuali kuburnya berkata, "Celakalah engkau wahai manusia! Bukankah aku telah menakutkanmu dengan kesempitanku, kebusukanku, kedahsyatanku dan cacing-cacingku? Lalu apakah yang engkau siapkan untukku?".

Telah berkata alBarra' bin 'Azib, "Kami keluar bersama Rasulullah saw menghantar jenazah seorang lelaki Ansar. Rasulullah saw lalu duduk di atas kuburnya sambil menundukkan kepalanya lalu bersabda, "Ya Allah! aku mohon perlindunganMu dari siksa kubur (Tiga kali)

Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin apabila menghadapi akhirat Allah mengutus Malaikat yang wajahnya bagaikan matahari. Mereka membawa kapur barus dan kafan untuknya lalu duduk sejenak. Ketika rohnya telah keluar setiap malaikat langit dan bumi membacakan selawat untuknya. Juga semua pintu langit terbuka untuknya. Ketika rohnya naik dikatakan, "Bagaimana keadaan hambaMu si fulan?" Allah telah berfirman:Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (Q.S Taha - 55) , "Pulangkan dia dan perlihatkan padanya kenikmatan yang telah Kujanjikan kepadanya". Dan sesungguhnya dia mendengar derapan kasut mereka saat mereka meninggalkannya sehingga dikatakan, "Hai fulan, siapa Tuhanmu? Apa agammu? Dan siapa Nabimu?" Lalu dia menjawab, "Tuhanku Allah. Islam agamaku dan Muhammmad saw adalah nabiku". Kemudian dia dibentak keras dgn pertanyaan tadi. Itulah fitnah kubur bagi mayat. Jika dgn tegas dia menjawab seperti tadi, juru panggil akan menyeru, "Engkau benar". Allah berfirman:Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh (Q.S. Ibrahim - 27).

Lalu datang seorang yang berwajah tampan, pakaiannya elok dan harum. Ia berkata, "Berbahagialah dgn rahmat Tuhanmu dan Syurga yg di dalamnya ada nikmat abadi". Mayat itu berkata, "Dan berbahagilah pula engkau, siapa engkau?" Dia menjawab, "Akulah amalmu yang baik. Demi allah, aku tahu kamu bersungguh2 untuk taat kepada Allah dan enggan bermaksiat kepadaNya". Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan". Nabi saw bersabda lagi, "Lalu jurupangil berkata, "Hamparkan untuknya permaidani Syurga! Bukakan untuknya pintu ke Syurga". Maka dilemparkan untuknya permaidani Syurga! Bukakan untuknya pintu syurga". Maka dilemparkan untuknya permaidani Syurga dan dbukakan untuknya pintu ke Syurga. Dia lalu berdoa, "Ya Allah! segerakan Kiamat hingga aku kembali kepada keluargaku dan hartaku ".

Rasulullah bersabda: "Adapun orang kafir ketika menghadapi akhirat dan meninggalkan dunia, datang kepadanya Malaikat yg menggerunkan, berpakaian api dan berbaju besi".

Mereka membencinya. Ketika rohnya telah melayang, seluruh malaikat langit dan bumi melaknatinya. Semua pintu langit dikunci dan tidak suka melaluinya. Ketika roh naik, dikatakan, "Bagaimana keadaanhambaMu si folan? Langit dan bumi tidak menerimanya!". Lalu Allah swt berkata, "Kembalikan dia dan perlihatkan padanya keburukan yg Aku janjikan untuknya. Sesungguhnya Aku telah menjanjikan: "Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi". (Q.S Taha - 55) .

Dan sesungguhnya dia mendengar derapan kasut mereka saat mereka meninggalkannya sehingga dikatakan, "Hai fulan, siapa Tuhanmu? Apa agammu? Dan siapa Nabimu?" Lalu dia menjawab, "Aku tidak tahu". Maka datang seorang yang berwajah buruk, berbau busuk dan berpakaian kotor dan berkata, "Rasalah kemurkaan Allah dan siksa yg amat pedih". Mayat itu bertanya, "Siapakah engkau?" Ia menjawab, "Akulah amalmu yang buruk. Demi Allah kau suka bermaksiat kpd Allah dan malas taat kepadaNya. Semoga Allah membalas keburukanmu". Kemudian datang seorang yang tuli, buta dan bisu dengan membawa tukul daripada besi yang jika dibawa semua manusia dan jin tidak mampu mengangkatnya dan jika dipukul sekali sahaja tentu jadi debu. Maka dia memukul sekali sahaja lalu jadi debu. Dikembalikan lagi rohnya dan dipukul lagi di antara kedua matanya hingga terdengar oleh seluruh makhluk bumi" Nabi bersabda, "Lalu juru panggil akan menyeru, "Siapkan permaidani api untuknya dan bukakan pintu neraka untuknya".

Allah berfirman: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)". (Q.S. Al-Mu'minun 99 & 100).

Allah mengatakan, "Apa yang kau sukai dan apa pula yang kau inginkan? Apakah kau ingin kembali utk mengumpulkan dunia, menanam tanaman atau membangun kilang dan membelah sungai?" Meraka menjawab, "Tida! supaya aku dapat mengerjakan pekerjaan yg baik yg telah kutinggalkan dahulu". Allah berkata, "Tidak! Itu hanyalah kalimah setelah kamu mati".

Abu Hurairah berkata, "Telah bersbda Rasulullah saw: "Dalam kubur, org mukmin seperti dalam syurga, dilapangkan sampai tujuh puluh zira' dan diterangi bagai rembulan pada malam lailatulQadr. Siksanya org kafir di dalam kubur. Ia dililit sembilan puluh sembilan tanin. Tahukah engkau apa itu tanin? Itulah sembilan puluh sembilan ekor ular. Setiap ular ada tujuh kepala yang menggigit, menyengat dan menyemburnya sampai ia dibangkitkan".

Sesungguhnya bilangan ular dan jengking itu bergantung kepada bilangan riya', takbur, hasad, dengki dan akhlak yang buruk. Daripada sifat tersebut yang menjadi akar kepada sifat2 mazmumah yang lain. Samalah dengan ular yang bercabang2 kepalanya.

Orang mukmin akan menyaksikan cahaya kerana di dunia mereka bersih hatinya..

Mudah2an dapat diambil ingatan oleh semua pembaca...