Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

Hukum Menggunakan Kata "Seandainya.."

Soalan:

Seseorang yang mengatakan: Seandainya dahulu atau jika anda dahulu melakukan begini, tentu tidak akan terjadi demikian."

Orang lain yang mendengarnya berujar: "Kata-kata seperti itu dilarang oleh Nabi SAW. Itu kata-kata yang dapat membawa orang yang mengucapkannya kepada kekufuran."

Lalu ada lagi yang berkata: "Tetapi dalam kisah Musa berguru dengan Khidir, Nabi pernah bersabda: "Semoga Allah memberi rahmat kepada Musa. Kalaulah beliau mau bersabar, tentu Allah akan menceritakan kepada kita lanjutan kisah mereka.."

Orang yang lain lagi berdalil dengan sabda Rasulullah SAW: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah," hingga ucapan: "…karena kata "seandainya" itu membuka amalan syaitan."

Apakah hukum dalam hadits ini menghapus hukum dalam kisah Musa di atas atau tidak?

Semua yang dikatakan oleh Allah dan RasulNya itu benar. Kata 'seandainya' itu apabila digunakan sebagai ungkapan kesedihan menyesali yang telah lampau dan kecewa terhadap takdir, itulah yang dilarang, sebagaimana dalam firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: "Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh". Akibat (daripada perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka.." (Ali Imraan : 156)

Itulah yang dilarang oleh Rasulullah SAW ketika beliau bersabda:
"Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: "Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini..". Tapi katakanlah: "Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa saja yang Dia kehendaki. kerana kata "seandainya," itu membuka pintu amalan syaitan (yakni akan membuka pintu kesedihan dan kekecewaan, lagi berbahaya dan tidak bermanfaat.

Allah berfirman:

"Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.." (At-Taghaabun : 11)

Para ulama menjelaskan bahwa yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah seseorang yang tertimpa satu musibah lalu dia menyedari bahawa musibah itu berasal dari Allah, sehingga dia redha dan berserah diri.

Yang kedua, penggunaan kata "seandainya," untuk menjelaskan satu pengetahuan yang bermanfaat. Firman Allah:

"Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain Allah, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa.." (Al-Anbiya : 22)

Atau untuk menunjukkan kecintaan terhadap perbuatan baik dan keinginan melakukannya. Contohnya ucapan: "Kalau aku memiliki apa yang dimiliki oleh Fulan, tentu aku akan melakukan seperti apa yang dia lakukan.." dan seumpamanya. Ungkapan seperti ini dibolehkan Adapun sabda Nabi SAW: "Kalaulah beliau mau bersabar, tentu Allah akan menceritakan kepada kita lanjutan kisah mereka.." Ini termasuk jenis yang kedua. Seperti firman Allah:

"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu.." (Al-Qalam : 3)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW akan senang dapat mencerikan kisah kedua Nabi itu. Maka beliau mengutarakan dengan kata-kata itu untuk menjelaskan kesenangan beliau bila kesabaran yang seandainya dilakukan Musa tatkala itu. Beliau memberitahukan manfaat yang ada dalam kesabaran itu. Tidak ada unsur kekecewaan dan kesedihan dalam unggkapan beliau, juga tidak meninggalkan kewajiban bersabar terhadap takdir..Wallahu A'lam.


Dipetik daripada Islam Question and Answer

Monday, June 8, 2009

Membunuh Semut


Terbaca tentang satu pertanyaan membunuh semut..
 
Soalan:

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana apa yang kita tahu semut merupakan salah satu binatang yang dilarang bunuh oleh Rasulullah s.a.w seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya semut ini terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam sinki, di atas meja makan dan lain-lain.. untuk menghalaunya satu persatu agak menyusahkan, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan, bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Jawapan: 

Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk setiap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut adalah sejenis binatang yang berada di merata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar semut itu tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu'alam

Sunday, May 31, 2009

Memberi dan menjawab salam

Artikel ini disalin daripada blog Akhisalman blogspot.com. Harap ustaz benarkan saya salin artikel ini..

Umum mengetahui hukum memulakan memberi salam adalah sunat.. dalil2nya juga telah banyak kita temui.. manakala menjawab salam hukumnya wajib.. tetapi terdapat beberapa situasi yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab..

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242..dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah)
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab..

# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah… jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kepada lelaki… jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.

#Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya..

#Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah sama ada kepada lelaki atau perempuan.

Rujukan: Ahsanul kalam (Fatawa Jadidah) oleh Syekh Atiah Saqor.

daripada: http://Akhisalman blogspot.com/