Showing posts with label Kisah Nabi-Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi-Nabi. Show all posts

Friday, December 4, 2009

KAUM LUT A.S. DAN BANDAR YANG DILINGKUPKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan semsta alam. Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Kiah di bawah dipetik adaripada buku bertajuk KAUM-KAUM YANG PUPUS oleh Harun Yahya, dalam Bab ke 3; Penerbitan Saba Islamic Media Sdn Bhd.

(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Lut a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu; liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskaan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang dahsyat.

Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bnadar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.

Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, mari kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut a.s. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutuskan kepada meraka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka : “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.

“Sesungguhnya Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meinta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekelian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan) kebanyakan haiwan)!

“Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami ) , nescaya engkau akan diusir keluar! Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah as-syuara: 160-168)

Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar . Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”
(Surah Al-A’raf:80-82)

Nabi Lut a.s. meneruskan sesruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.

Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu –lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.”
(Surah Al-Ankabut: 28-29)

Setelah menerima jawapan seperti di atas dari kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dari Allah SWT;

(Lut berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”.
(Surah As-Syuara:169)

Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s. Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT; kaum Lut yang biadab akan dimusnahkan.

Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab : “Sesungguhnya Kami menimpakan mereka dengan batu-bata dari tanah terbakar). Batu-bata itu ditandakan di sisi Tuhanmu , untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya), “ (Surah Ad- Dhariyat : 59-60)

Selepas meninggalkan NabiIbrahim a.s. , kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu kedua-dua utusan ini, tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang.

Dan apabila dating utusan-utusan kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini , adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud:77)

Nabi Lut berkata : “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab : (Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami dating kepadamu untuk membawa azab yang mereka meragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah dibelakang mereka; dan janganlah seorangpun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr:62-66)

Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu , mereka telah dating untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;

Nabi Lut berkata: “sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)

Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindingan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)

Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata:

“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)

“Tetamu-tetamunya” mengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata:

“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isiterimu, sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)

Apabila kebiadapan penduduk-penduduk bandar itu sampai kemuncaknyaAllah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melakui kedua-dua malaikatNya. Pada sebelah paginya, kaum Lut a.s. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.

Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azab Ku dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-38)

Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut:

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya , negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui) orang). (Surah Al-Hijr: 73-76)

Maka apabila dating (masa perlaksanaan) perintah Kami. Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)

Kemudian Kamu hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut) . Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan): maka matlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungoi satu tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As-Syuara: 172-175)

Apabila kaumnya dihapuskan , hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.

Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri ”.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan(batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)

Justeru itu, Nabi Lut a.s. telah diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama Mangatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim , mereka semuanya telah dibinasakan dan Bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.

“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut

Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.

Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh gempa bimu yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu.

Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
Bersama-sama dengan asas rekahan besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya , disebabkan oleh satu gempa yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.”

Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.

Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Tabariye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian Selatan.

Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan leptupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang” . (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat 173 Surah As-Syura; “ Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.”)

Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama ini tidak aktif dis epanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Timbunan lava dan Baslt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.

“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali. Secara umumnya kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah , di Semenajung Arab dan Mesir . Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geografi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di dalam tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan Mediterranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Ditempat-tempat lain yang lebih rendah dari paras laut,yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu cirri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk laut dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagi “Laut Mati”.

Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku disekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik jerman, Werner keller telah mencatatkan bahawa Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sesbenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya.

Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Di Pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab.

Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana
Ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.”

Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s.

Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjanji kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan milinium kedua SM menyebabkan air masin dari bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.

Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di situ kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dassar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan suburnya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.

Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’ at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakana dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.

Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.

Rekahan ini berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperjhatikan . Lava dan Baslt hitam masih wujjud di Pergunungan Galillee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis:

Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah , pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya.Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan,petir,pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada disember 1957, Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun pernah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang telah binasa. Namun, para sarjana mempercayai bahawa kedua-dua Bandar ini terletak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati telah menengelamkan Bandar-bandar ini selepas berlakunya satu gempa bumi.

Gambar2 di bawah digoogles....







Thursday, June 18, 2009

Hikmah di Sebalik Musibah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Untuk memahami bahawa musibah itu sebenarnya nikmat buat kita.. mari kita ikuti kisah nabi Musa a.s berguru dengan nabi Hidhir a.s yang diterangkan oleh Allah SWT dalam surah al-Kahfi yakni surah ke 18 dalam al-Quranul Karim.. dan juga memahami ayat (216) daripada surah al-Baqarah di bawah:

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)

Di bawah ini adalah ayat-ayat daripada surah al-Kahfi mulai dari ayat (60) hingga ayat (82)

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَٮٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِىَ حُقُبً۬ا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun. (60)

فَلَمَّا بَلَغَا مَجۡمَعَ بَيۡنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُ ۥ فِى ٱلۡبَحۡرِ سَرَبً۬ا
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (61)



فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَٮٰهُ ءَاتِنَا غَدَآءَنَا لَقَدۡ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَـٰذَا نَصَبً۬ا
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini. (62)

قَالَ أَرَءَيۡتَ إِذۡ أَوَيۡنَآ إِلَى ٱلصَّخۡرَةِ فَإِنِّى نَسِيتُ ٱلۡحُوتَ وَمَآ أَنۡسَٮٰنِيهُ إِلَّا ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَنۡ أَذۡكُرَهُ ۥ‌ۚ وَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُ ۥ فِى ٱلۡبَحۡرِ عَجَبً۬ا
Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan. (63)

قَالَ ذَٲلِكَ مَا كُنَّا نَبۡغِ‌ۚ فَٱرۡتَدَّا عَلَىٰٓ ءَاثَارِهِمَا قَصَصً۬ا
Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (64)



فَوَجَدَا عَبۡدً۬ا مِّنۡ عِبَادِنَآ ءَاتَيۡنَـٰهُ رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. (65)



قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku? (66)


قَالَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (67)

وَكَيۡفَ تَصۡبِرُ عَلَىٰ مَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ خُبۡرً۬ا
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (68)

قَالَ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرً۬ا وَلَآ أَعۡصِى لَكَ أَمۡرً۬ا

Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu. (69)

قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِى فَلَا تَسۡـَٔلۡنِى عَن شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرً۬ا

Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu. (70)


فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا رَكِبَا فِى ٱلسَّفِينَةِ خَرَقَهَا‌ۖ قَالَ أَخَرَقۡتَہَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔا إِمۡرً۬ا
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar. (71)


قَالَ أَلَمۡ أَقُلۡ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (72)

قَالَ لَا تُؤَاخِذۡنِى بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرۡهِقۡنِى مِنۡ أَمۡرِى عُسۡرً۬ا
Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu). (73)

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا لَقِيَا غُلَـٰمً۬ا فَقَتَلَهُ ۥ قَالَ أَقَتَلۡتَ نَفۡسً۬ا زَكِيَّةَۢ بِغَيۡرِ نَفۡسٍ۬ لَّقَدۡ جِئۡتَ شَيۡـًٔ۬ا نُّكۡرً۬ا


Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar! (74)

قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا
Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (75)

قَالَ إِن سَأَلۡتُكَ عَن شَىۡءِۭ بَعۡدَهَا فَلَا تُصَـٰحِبۡنِى‌ۖ قَدۡ بَلَغۡتَ مِن لَّدُنِّى عُذۡرً۬ا
Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku. (76)

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهۡلَ قَرۡيَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَآ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡاْ أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيہَا جِدَارً۬ا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُ ۥ‌ۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَيۡهِ أَجۡرً۬ا
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya! (77)


قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِى وَبَيۡنِكَ‌ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا
Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (78)

أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَـٰكِينَ يَعۡمَلُونَ فِى ٱلۡبَحۡرِ فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِيبَہَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ۬ يَأۡخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصۡبً۬ا
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. (79)

وَأَمَّا ٱلۡغُلَـٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤۡمِنَيۡنِ فَخَشِينَآ أَن يُرۡهِقَهُمَا طُغۡيَـٰنً۬ا وَڪُفۡرً۬ا
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. (80)

فَأَرَدۡنَآ أَن يُبۡدِلَهُمَا رَبُّہُمَا خَيۡرً۬ا مِّنۡهُ زَكَوٰةً۬ وَأَقۡرَبَ رُحۡمً۬ا
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya. (81)

وَأَمَّا ٱلۡجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَـٰمَيۡنِ يَتِيمَيۡنِ فِى ٱلۡمَدِينَةِ وَكَانَ تَحۡتَهُ ۥ كَنزٌ۬ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَـٰلِحً۬ا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبۡلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسۡتَخۡرِجَا كَنزَهُمَا رَحۡمَةً۬ مِّن رَّبِّكَ‌ۚ وَمَا فَعَلۡتُهُ ۥ عَنۡ أَمۡرِى‌ۚ ذَٲلِكَ تَأۡوِيلُ مَا لَمۡ تَسۡطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرً۬ا
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (82)

Huraian:


Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka'ab.. dia mengatakan dia mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya Musa a.s telah berpidato di hadapan kaum Bani Israel.. semasa orang bertanya "siapakah manusia yang paling pandai/berilmu/alim? Nabi Musa menjawab: "Aku".. lalu Allah menempelak/menegur kerana dia tak mengatakan Allah Yang Lebih Tahu.. kemudian Allah mewahyukan kepada Musa bahawa ada lagi manusia yang lebih pandai daripada engkau (namanya Hidhir).

Lalu Allah mewahyukan kepada Musa as: "Aku ada mempunyai seorang hamba yang lebih alim daripada engkau dan tempatnya dipertemuan dua laut""

Musa as bertanya: "Ya Tuhanku! bagaimana saya akan dapat bertemu dengannya?"

Allah menjawab: "Pergilah engkau berjalan(belayar) dan bawalah bekalan seekor ikan (ikan asin/ikan yang telah dimasak). masukkan ke dalam bakul.. nanti di mana ikan itu hilang di situlah tempatnya Hidhir".

Lalu nabi Musa berangkatlah membawa ikan dan ditemani seorang pemuda sebagai khadamnya (bernama Yusak bin Nun). ( ayat 60) apabila sampai di sebuah batu besar kedua-duanya tertidur.. semasa kedua2nya tertidur ikan itu menjadi hidup dan menggelupur terus ke laut.. apabila terjaga Yusak terlupa untuk memberitahu kepada Nabi Musa.. kedua2nya berjalan sehingga pada keesokan harinya Nabi Musa berkata kepada pembantunya itu: "Bawalah makanan tengah hari buat kita, sesungguhnya kita telah kepenatan dalam perjalanan kita ini. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.. lalu Nabi Musa berkata: "itulah tempat yang dikehendaki" dan mereka pun berpatah balik ke tempat pertemuan dua lautan itu..lihat ayat (61 - 64)..

Apabila sampai di tempat berkenaan mereka mendapati seorang lelaki berpakaian putih.. lalu Nabi Musa memberi salam dan memperkenalkan diri masing2.. setelah itu Nabi Musa meminta izin untuk bersama-sama Nabi Hidhir.. Nabi Musa berkata: "Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan ilmu yang menjadi petunjuk yang telah diajarkan Allah kepadamu".. Hidhir menjawab "Sesungguhnya engkau tak akan sabar bersama aku.. betapa engkau akan bersabar tentang sesuatu yang belum menjadi pengalaman bagimu" .. Musa berkata "Nanti engkau akan mendapati insyaAllah aku orang yang sabar dan aku tidak akan mengingkari perintahmu.".. lalu Hidhir berkata:"Jika engkau mengikut aku janganlah bertanyakan sesuatu kepadaku sehingga aku menceritakan kepadamu". (ayat 65 - 67 )

Setelah itu Nabi Hidhir dan Nabi Musa berjalan dan menaiki kapal.. mengenali nabi Hidhir, orang2 kapal itu tidak menuntut bayaran.. disuruh oleh nabi Hidhir supaya kapal itu berjalan.. tatkala kapal sedang belayar tiba2 Nabi Hidhir melubangkan kapal itu dengan kapak.. Nabi Musa terkejut lalu berkata: "Orang-orang kapal ini telah mengajak kita belayar tanpa bayaran.. lalu mengapa engkau lubangkan kapal ini? tentu penumpang2 akan karam semuanya.. sesungguhnya engkau melakukan kesalahan yang amat besar". Nabi Hidhir berkata: "Bukankah aku sudah mengingatkanmu, bahawa engkau tidak akan dapat bersabar bersamaku?" Musa menjawab: "Janganlah engkau marah kepadaku disebabkan kelupaanku.. dan janganlah engkau membebani aku di atas kesalahanku dengan kesukaran". (71 - 73)

Kemudian Nabi Hidhir dan Nabi Musa keluar daripada kapal itu berjalan hingga bertemu dengan seorang kanak2 lelaki.. lalu Nabi hidhir membunuhnya.. Musa berkata: “Mengapa engkau membunuh seorang yang bersih dan tidak bersalah? Sesungguhnya engkau telah berbuat mungkar” (ayat 74). Berkata Hidhir : “Bukankah aku sudah katakana kepadamu, bahawa engkau tidak dapat bersamaku?”.Teguran Nabi Hidhir kali ini lebih keras (ayat 75) Musa berkata : “Jika aku bertanya lagi selepas ini janganlah aku engkau bawa berkawan lagi.. Sesunguhnya telah cukuplah engkau memberi kemaafan kepadaku”. (ayat 76).

Kemudian mereka berdua terus berjalan.. sehingga sampai di sebuah negeri lalu keduanya meminta makanan kepada penduduk di situ.. tetapi penduduk di situ enggan memberikan mereka makanan.. kemudian didapati dalam negeri itu ada sebuah tembok yang hamper roboh lalu Hidhir tampil membina semula tembok itu.. Lalu Nabi Musa yang tidak dapat bersabar itu berkata kepada Hidhir: “Jika engkau mahu sememangnya engkau berhak meminta upahnya”.(ayat 77).

Hidhir pun berkata: Inilah hari perpisahan antara kita, nanti aku akan terangkan kepadamu tentang takwil perbuatanku yang engkau tidak sabar mengenainya.(78) Adapun kapal itu kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut.. sengaja aku rosakkan keran di hadapan mereka ada seorang raja yang zalim yang akan merampas setiap kapal yang tidak rosak.(79)

Adapun kanak2 lelaki itu kedua-dua orang tuanya orang beriman. Kami takut kalau2 dia kelak akan mendesak kedua orang tuanya melakukan kezaliman dan kufur.. maka kami ingin supaya Tuhan menggantikan dengan anak yang lebih baik daripadanya daripada segi kebersihan jiwanya dan lebih penyantun(80 dan 81)

Adapun tembok itu dipunyai oleh 2 orang anak yatim di kota itu.. di bawah tembok itu ada harta terpendam yang disimpan oleh kedua orang tuanya yang soleh.. Maka Tuhanmu menghendaki supaya keduanya dewasa baru keduanya mengeluarkan harta terpendam itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu.. dan bukanlah yang aku lakukan itu dengan kehendak aku sendiri (melainkan denga wahyu daripada Tuhanku) demikianlah takwilnya (keterangan) yang engkau tidak dapat bersabar dengannya.

Apabila selesainya kisah ini, Rasulullah SAW pun bersabda :”Allah rahmati Musa. Alangkah baiknya kalau Musa bersabar, sehingga Hidhir dapat meneruskan ceritanya kepada kita tentang kisah kedua2 orang itu”.

Kesimpulan:

Ilmu Allah amat luas.. sebahagian diberi kepada Nabi Musa dan sebahagian kepada Nabi Hidhir dan Nabi2 yang lain. Allah akan memberikan ilmu kepada hambanya yang soleh.

Allah menyatakan musibah yang diberi adalah baik buat kita seperti dalam ayat 216 al-baqarah.. peperangan akan menggadai nyawa tetapi Allah menyatakan Dia lebih Tahu.

Allah menerangkan bagaimana rahmat di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas hamba2Nya yang soleh.Apabila berlaku musibah biasanya kita tidak dapat mengetahui apakah hikmahnya.. kita tak tahu di mana keadilan Allah.. tetapi apabila kita sudah menyedari contohnya apabila kita sepatutnya naik kereta.. tetapi kita tak sempat naik ditinggalkan tiba2 kereta itu kemalangan.. pemandu dan penumpang ada yang meninggal dan ada yang cedera barulah kita tahu hikmah di sebalik musibah itu.

Begitulah juga kisah nelayan yang miskin.. kapal dirosakkan adalah musibah.. tetapi musibah lebih besar jika tidak dirosakkan oleh nabi Hidhir.. mereka akan kehilangan kapal dan punca mencari rezeki.. Kanak2 lelaki yang dibunuh oleh Nabi Hidhir bukan saja2.. tetapi untuk menyelamatkan akidah ibubapanya dan anak itu diambil dalam keadaan suci tidak berdosa.. manakala tembok yang dibina adalah untuk menyelamatkan harta anak2 yatim daripada ibubapanya yang soleh.. jika tidak dibuat demikian tentu hartanya diambil oleh orang2 di kota itu yang sudah tentunya orang2 yang tidak beriman.

Bahawasanya hidup ini terasa sempit jika kita memandang setiap kejadian yang berlaku tidak seperti yang Allah suruh kita pandang.....