Sunday, January 23, 2011

Menyambut Tetamu Terakhir


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemui kita? Apakah hajatnya dari kita?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu!!

Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!

Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (As-Sajadah [32] : 11)

Dan firman-Nya, ertinya:

“Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya) ” (Al-An’aam [6] : 61)

Tahukah kamu bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah kamu bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kenderaannya untuk berhenti?

Tahukah kamu bahwa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan ‘kenderaan usia’ sudah mendekati destinasi terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, “Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?”

Tahukah kamu bahwa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu?

Tahukah kamu, setelah kunjungan-nya itu kamu tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun? Tidak dapat melakukan shalat dua raka’at? Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya? Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walau pun sekali? Tidak dapat berpuasa walaupun sehari? Bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit? Tidak dapat melakukan haji dan umrah? Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga?

‘Kontrak’ amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Allah s.w.t. berfirman, ertinya:

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Al-Mu’minun [32] : 99 -100)

Oleh itu mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang, ketika diperlihatkan lembaran amal kebaikan, ketika melintasi Shirath dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

Daripada ‘Adi bin Hatim ra  berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak seorang pun dari kamu melainkan akan diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikannya dan memandang yang lebih sial darinya, maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya. Lalu memandang di hadapannya, maka ia tidak melihat selain neraka yang berada di hadapan mukanya. Kerana itu, takutlah api neraka walau pun dengan sebelah biji kurma dan walau pun dengan ucapan yang baik.” (Muttafaqun ‘alaih)

Oleh itu bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapangmu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!

Sumber : Buku Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar SH LL.M

Klik untuk Malam Pertama Dijemput Tetamu Terakhir

Wednesday, January 19, 2011

Suasana Alam Akhirat (58) - Surah al-An'am (Sambungan)

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluaraga dan para sahabat. 

Kelak pada hari akhirat kamu akan bersendirian:
A094
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 6:94)
Berkata Hasan al-Basri, didatangkan anak Adam pada hari kiamat kelak seperti orang yang sombong yang tidak membawa apa-apa. Segala soalan yang diajukan kepadanya seperti ditujukan kepada orang yang sombong.
Allah akan bertanya kepada anak Adam itu; "Di manakah semua benda yang Aku kumpulkan untuk kamu di dunia dahulu?"
Anak Adam itu menjawab; "Engkau telah mengumpulkannya dan telah mengurniakan kepadaku tetapi semuanya aku tinggalkan atau semuanya telah pergi daripadaku."
Allah bertanya lagi: "Di manakah hadiah dan kurniaan yang Aku berikan kepada kamu dahulu, Aku lihat tidak ada apapun yang kamu bawa, di manakah sesuatu yang Aku pernah hadiahkan kepadamu?" 
Ertinya pada hari ini semua perkara yang kamu suka si dunia dahulu (rumah, kereta, tanah, kawan, dan apa sahaja yang nafsu kamu inginkan) semuanya kamu tinggalkan.
Kamu datang dalam keadaan keseorangan, kamu datang menemui Allah SWT dalam keadaan asal kamu, tidak memiliki apa-apa, seorang diri untuk diperhitungkan segala amalan yang kamu lakukan di dunia dahulu.
Akan dihisab semua perkara yang kamu buat, harta kamu digunakan untuk apa, ilmu kamu, kamu buat apa dengannya, keluarga kamu ke mana kamu tuju arahkannya, agama kamu bagaimana kamu hayatinya dan sebagainya.  Soalan2 ini yang ditujukan kepada orang-orang yang beiman.
Bagi orang-orang yang tidak beriman, Allah mengejek mereka. Allah bertanya :"Di manakah Tuhan-tuhan kamu yang kamu sembah selain Aku pada hari ini? Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu seru untuk menentang Aku, memusuhi Aku dan orang-orang yang menyeru kepada menegakkan agamaKu? Di manakah harta benda yang, pangkat kedudukan kamu yang kamu banggakan dan kamu himpun untuk menghancurkan agamaKu dan mereka yang memperjuangkannya?
Mana dia kekuasaanmu yang kamu gunakan dahulu untuk menghalang agamaKu ditegakkan. Ke mana perginya semua itu. Kamu dulu begitu sombong kepadaKu. Pada hari ini di manakah kemegagan kesombonganmu itu? "
Mereka menjawab: "Semua itu aku tinggalkan dan tidak akan bersamaku pada hari ini. Bahkan aku tidak memiliki apa-apapun pada hari ini."
Semua itu menjadi bahan ejekan dan persoalan, perhitungan dan pertanggungjawaban. Ejekan kepada mereka yang kufur kerana menyangka sembahan mereka dahulu dapat memberikan syafaat kepada mereka. Tetapi amat mendukacitakan kerana semuanya itu fatamorgana dan dakwaan mereka semata-mata.
Pada hari kiamat semuanya terputus segala sebab musabab, terputus segala khayalan dan dakwaan, terbongkar segala keburukan dan kebaikan. Pada hari itu semuanya jelas terpampang di depan mata.
Apabila Allah menyeru mereka supaya menunjukkan segala kemegahan, keangkuhan semasa di dunia dulu, mereka tidak dapat menunjukkannya. Semuanya tunduk takut dan gerun tidak berani mengangkat muka.
A074
Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" (Al-Qasas 28:74)
A092

"Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu - (Asy-Syu'araa' 26:92)


A093
"Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? ' (Asy-Syu'araa' 26:93)
Justeru itu Allah berfirman : 
Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu (Al-An'aam 6:94) .
Yakni yang kamu anggap sekutu-sekutu kamu sama seperti Allah yang boleh memberi manfaat kepada kamu itu semuanya pembohongan yang besar.
 Justeru itu Allah berfirman lagi : Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 6:94)
Pada hari ini (kiamat) kamu terputus perhubungan dengan semua itu. Dakwaan kamu tidak benar. Semua sembahan kamu adalah palsu bahkan membawa bencana dan bala kepada kamu pada hari ini, dan kamu akan dicampak ke dalam neraka akibat syirik yang kamu lakukan.
Sumber rujukan : Tafsir surah al-An'am oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuesday, January 18, 2011

ketika tangan dan kaki berbicara


Akan datang hari mulut dikunci, kata tiada lagi.
Akan tiba masanya tak ada suara, dari mulut kita.
Berkata tangan, kita tentang apa yang dilakukannya.
Berkata kaki kita ke mana sahaja dia melangkahnya.
Tidak tahu kita bila harinya tanggungjawab tiba.

Sunday, January 16, 2011

Tadabbur Surah al-Waaqi'ah

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda. 

Hari ini  tadabbur surah al-Waaqi'ah



Huraian di bawah disalin semula daripada sini

Kelak apabila hari kiamat berlaku, tiada siapa yg boleh menafikanya, ini untuk menolak dakwaan org2 kafir yg tidak percaya akan adanya hari kiamat. Mati dan hari kiamat adalah pasti. Fungsi mati dan hari kiamat ini ialah untuk menjatuhkan dan meninggikan darjat manusia. Nanti pada hari kiamat Allah akan merendahkan sebahagian kaum dan meninggikan sebahagian kaum, yang direndahkan akan ke neraka manakala yang ditinggikan darjatnya dimasukkan ke syurga. Seorang yg kaya raya tetapi kafir dan jahat pasti akan dijatuhkan manakala yang miskin tetapi beriman dan beramal soleh pasti akan ditinggikan.

Kelak bila terjadinya kiamat, bumi keseluruhannya bergoncang segoncang2nya menjadi gempa bumi yang sangat dahsyat, penghuninya menjadi hancur lebur selumat-lumatnya, binasa termasuk gunung-ganang menjadi debu berterbangan padahal satu ketika dulu tegak gagak berdiri. Ketika itu manusia akan dikumpulkan menjadi TIGA golongan:

1. Golongan Kanan (Ashabul Yamin) dinamakan juga golongan bahagia(Ashabul Maimanah)
2. Golongan Kiri (Ashabul Syimal) dinamakan juga golongan sengsara (Ashabul Masy'amah).
3. Golongan Terdahulu (As-Sabiqun) dinamai juga golongan dihampiri oleh Tuhan Al-Muqarrabun).

Siapakah org2 yang ada dalam golongan2 ini?

1. Golongan Kanan / golongan bahagia ialah mereka yg diberi kitab amalan daripada sebelah kanan, yg akan menjadi penghuni syurga, yg paling senang hidupnya di syurga.

2. Golongan Kiri / golongan sengsara ialah org2 yg diberi kitab amalan masing2 daripada sebelah kiri yg akan mejdi penghuni neraka yg kehidupan mereka amat sukar dan amat azab.

3. Golongan Terdahulu / golongan dihampiri oleh Tuhan. Golongan ini, seumpama jika di dunia sekarang, org panggil 'Very Important Persons'. Mereka adalah org yg sangat istimewa krn merekalah yg terdahulu masuk Islam /beriman. Golongan ini pula kebanyakannya daripada org2 terdahulu dan sedikit daripada org2 yg kemudian. Berkenaan siapakah org2 terdahulu dan org2 kemudian para pentafsir berbeza pendapat. Ada yg mengatakan yg terdahulu itu ialah org yg lebih dahulu masuk syurga. Ada juga yg berpendapat org2 terdahulu ialah org2 yg lebih awal masuk Islam semasa zaman Rasulullah saw, ada pula yg berpendapat pengikut2 Nabi2 sebelum Nabi Muhammad saw. Ada juga yg menyatakan bahawa pejuang2 yg bersama2 dgn nabi2 dan rasul2 sebelum dan semasa Nabi Muhammad saw.

Menurut tafsir oleh Ahmad Sonhadji Mohamad 'Golongan Terdahulu' ini ialah golongan yg paling dahulu beriman, yg mendpt darjat paling tinggi dalam syurga. Mereka ini telah mendahului golongan yg lain untuk berbuat taat semasa berada di dunia. Ini kerana siapa yg cepat berbuat kebaikan merekalah yg paling dahulu layak mendpt penghormatan di akhirat. Golongan inilah yg paling hampir dgn Allah, berada di bawah lindungan 'Arasy dan ditempatkan di tempat yg mulia iaitu syurga Jannatun Na'im, tempat yg kekal utk bersenang lenang.

Org2 yg hampir kpd Allah (al-Muqarrabun) dan org2 yg paling dahulu (as-Sabiqun), inilah merupakan kumpulan yg paling ramai, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada para Nabi kerana mereka adalah golongan org terdahulu dan ramai pula org2 yg beriman kepada ajaran Allah yg disampaikan oleh mereka, manakala org2 yg terkemudian amatlah sedikit. Kumpulan terdahulu yg ramai dan yg terkemudian yg sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah2an, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yg bertatahkan emas permata dgn berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak2 muda yg berkhidmat sebagai khadam.

Anak2 muda ini berseri2 muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk2 , cerek2 yg berkilat dan gelas2 berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah2an yg banyak dan pelbagai jenis. Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap org2 yg beriman yg menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah2an daripada makanan krn di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari2 jelita utk bersenang2 dgn mereka, kulit bidadari2 tersebut putih berseri2, berwajah manis seolah2 permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bhw di dalam syurga penghuni2nya tidak pernah mendengar kata2 yg sia2 dan yg mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan Selamat Sejahtera! yakni sebaran salam sesama mereka.

Golongan kanan ialah golongan yg hidup mewah dan berkedudukan tinggi dalam syurga. Mereka tinggal dalam perkebunan teratai yg tidak berduri, malahan setipa durinya ditumbuhi buah. Jika buah itu dikopek akan terbelah dua dan mempunyai 70 jenis rasa dan ada lagi buah2an lain yg tidak sama rasa dengannya.

Demikian menurut hadis al-Hakim dan al-Baihaqi. Terdapat perkebunan pisang yg tersusun biahnya, memenuhi tandan dari bawah terus ke atas. Mereka dilindungi di bawah lindungan yg terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup spt yg disebut juga dalam ayat 13 surah ad-Dahar atau al-Insaan:

لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣

Maksudnya: Mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; (13).

Ada pula air yg tercurah sentiasa mengalir siang dan malam dan banyak pula buah2an yg berbuah tidak ikut musimnya dan tidak pula dilarang utk mengambilnya. Terdapat pula tilam2 yg lembut yg boleh direndahkan dan ditinggikan.

Allah menyatakan di syurga DIA menciptakan para wanita dengan ciptaan yg ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan2 yg tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yg hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing2, sifatnya sentiasa merindu dendam kpd suami, sentiasa cinta yg asyik kpd suami. Umur mereka pula sama sebaya.

Adalah diriwayatkan dp Ummi Salamah ra katanya: Saya menanyakan Rasulullah saw ttg firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧ 

lalu dijawab oleh baginda: "Hai ummi Salamah merkalah wanita2 yg telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia"

Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua dtg menemui Nabi Muhammad saw lalu memohon: "Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kpd Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurfa". Dijawab oleh Rasulullah saw: "Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh org2 tua". Maka org tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar bagindakepada para sahabat : "Khabarkan kpd perempuan tua itu, bhawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua sperti yg dinyatakan dalam ayat di atas.

Golongan kiri ialah golongan yg diberi kitab amalan pada tangan kiri mendapat balasan yg buruk, hidup dalam suasana udara dan angin yg panas yg ditiupkan dari neraka Samum yg sangat panas dan sgt busuk baunya. Mereka diletakkan di bawah lindungan asap yg hitam dan berbau busuk itu. Tiada pula naungan yg sejuk padahal dahulu semasa di dunia merekalah yg hidup paling senang dan sentiasa menurut nafsu syahwat dan berterusan membuat dosa dan menyekutukan Allah. Pada mereka peringatan tentang akhirat adalah omongan kosong. Mereka sesat dan di akhirat mereka diberi makanan dp pohon zaqqum dan minuman berapa minuman mendidih. Meraka minum seperti unta yg sangat haus.

Dalam ayat 57 hingga 82, Allah mengemukakan alasan2 supaya mereka percayakan adanya akhirat.. yakni bila Allah dah dapat menciptakan kehidupan sekarang mengapa pula Allah tidak boleh menciptakan kehidupan pada masa akan datang. Begitu juga Allah menciptakan manusia daripada setetes mani yg mengandungi berjuta2 sperma, dan daripada satu persejuta titik sperma itulah asal kejadian seseorang. Bila Allah dah terbuktu menciptakan manusia daripada sperma mengapa pula tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Kemudian perhatikan pula setiap hari ribuan manusia yang mati dan ribuan pula yg lahir ke dunia. Ini juga menunjukan Allah swt boleh menghidupkan setiap yg telah mati. Perhatikan pula tumbuh2an, siapa pula yg yang menumbuhkannya, manusia hanya mapu mencangkul tanah, menggemburkan dan menabur benih, siapakah yg menumbuhkannya dan siapa pula yang menjadikan pelbagai bentuk tumbuh2an dan pelbagai buah2an dan pelbagai warna dan rasa buah2an? Jadi begitulah juga Allah menghidupkan semula manusi yg telah mati.

Perhatikan juga pada air yang kita minum, siapakah yg mengangkatnya dari laut ke awan kemudian mengumpulkannya sebagai wap lalu menurunkannya sebagai hujan atupun embun ketika malam? Air laut rasanya masin sedangkan air hujan rasanya tawar, air hujan mengalir ke bumi menyuburkan tanaman sebagai makanan, bertakung ke tasik mengalir ke sungai2, siapakah yang mengatur semuanya itu? Jika Allah memberi kita minum dan menjadikan tanam2an subur dp air itu mengapa pula Alllah tak boleh menghidupkan semula makhluk yg telah mati?

Begitu juga perhatikan pula kpd api, siapakah yg menyalakannya sehingga manusia dpt gunakan utk memasak, memanaskan badan di musim sejuk?

Kemudian Allah bersumpah di atas kemuliaan al-Quran dan ketinggian martabatnya, krn DIA lah Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Ungkapa kata2Nya itu dikuatkan denagn sumpah masa terbenam bintang-bintang, sumpahNya supaya manusia mengetahui betapa besar kudrat Allah dan kesempurnaan hikmatNya serta banyak rahmatNya, dan Dia tidak membiarkan hamba2Nya berkeadaan sia2. Allah menurunkan al-Quran secara beransur2. Al-Quran adalah kitab yg terpelihara hanya disentuh oleh orang2 yg suci, oleh itu tidak seharusnya manusi menanggap remeh akan pengajarannya.

Kematian yang dirasai ialah ketika nyawa sampai di kerongkongan, iaitu semasa menghadapi kesengsaraan maut (sakaratul maut) iaitu ketika roh dicabut oleh malaikat. Allah memberi amaran bahawa ketika nazak, sakitnya tidak terhingga, ketika tercungap2 kerana nyawa akan tercabut, Allah lebih dekat kepada mayat yg yg akan dicabut nyawa berbanding dengan pengetahuan manusia ttg kematian itu. Manusia tak dapat melihat malaikat2 yg Allah utuskan untk mencabut nyawa org yg sedang nazak. Allah menempelak, Jadi jika manusia tidak dikuasai oleh Allah mengapa ketika org itu sedang nazak manusia yg melihatnya tidak dapat mengembalikan nyawa org yg sedang nazak dan tercabut nyawanya itu? Cubalah lakukan jika tidak percaya kepada hari Pembalasan. Jadi janganlah mendustakan ayat2 al-Quran.

Orang2 yg sedang nazak ini diberitahu oleh Allah jika mereka terdiri dp golongan al-muqarrabin Allah dekatkan mereka di sisiNya dgn memperoleh kerehatan dan nikmat syurga. Jika mereka golongan kanan para malaikat akan menggembirakan mereka dgn ucapan Selamat sejahtera. Jika mereka golongan yg mendustakan hari akhirat lagi sesat hidupnya, mereka disambut oleh para malaikat dgn hidangan pertama mereka ialah air yg panas mendidih menyebabkan muka mereka terbakar. Kemudian mereka dihumbankan ke neraka.

Mudah2an dengan membaca kisah yg digambarkan ini hati kita semakin gerun untuk berbuat maksiat. Marilah kita berusaha bersungguh membersihkan hati kita dan berdoa agar Allah bantu kita dalam beribadat kepadaNya.. Amiin.

Saturday, January 15, 2011

Sentuhan qalbu


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda. 

Hari ini berkesempatan menonton yotube.. lagu-lagu yang didendangkan oleh opick sebenarnya banyak yang menyentuh qalbu...apatah lagi diselitkan dengan gambar-gambar yang dapat menggilap hati...




Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya. Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran; Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan. Pada hari mereka ditolak ke dalam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya, (Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya. (At-Tuur [52] : 9 - 14)

Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (al-Waaqi'ah [ 56 ] : 1 - 6 )

 (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (al-Qiyaamah [75] : 5 - 12)

Apabila langit terbelah, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; Dan apabila bumi diratakan, Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). (Al-Insyiqaaq [84] : 1 - 5)


Hidup di dunia hanya sebentar saja
bila duka bila tawa semoga hati kembali padaNya
waktu yang berlari
takkan pernah bisa kembali lagi

bila perit
bila sunyi
air mata bukan segalanya
hanya hamba Allah yang selalu berserah
hanya hamba Allah yang selalu berpasrah

Kaulah segalanya
bergantung padaNya
hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu berlalu
suka duka kan berlalu
tidalah semua abadi
tangis tawa air mata
semua kan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah hati kan berserah
hanya pada Allah jiwa kan  berpasrah
kerana segalanya bergantung padaNya
hanya pada Dia semua bermuara


hanya hamba Allah yang selalu berserah
hanya hamba Allah yang selalu berpasrah


Kaulah segalanya
bergantung padaNya
hanya pada Dia semua bermuara
Semua kan bermuara....

.......

Ya Allah! hidupkan kami dalam iman dan matikan kami dalam iman....
padaMu kami semua berserah...

Wednesday, January 12, 2011

Hidupnya insan tiada yang abadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ini menonton youtube di bawah untuk renungan dan peringatan buat diri.. saatnya pasti kan tiba .. pasti.. hanya masanya tidak diketahui..




Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)

Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahman ampuni kami (2X)
*******
(Mari dengar talkin klik)

Monday, January 10, 2011

Penghinaan Pada Hari Kiamat


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya. 


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.  

Allah berfirman:
A093
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)

Ayat di atas menggambarkan betapa perit serta azabnya golongan yang mendustakan agama. Allah memberikan rasa sakit tidak terperi tatkala diambang maut ( 'sakaratulmaut' ). Allah memberikan rasa peritnya mati manakala malaikat pula mengejek mereka dengan azab yang dirasakan  pada hari kiamat dengan api yang mebakar. Paling azab dan besar bahananya ialah kemurkaan Allah SWT terhadap perbuatan mereka yang melakukan pembohongan semasa berada di dunia.

Apa yang berlaku ketika mereka diambang maut ialah roh mereka sendiri bertempiaran lari dalam jasad mereka kerana takut untuk keluar menghadapi kenyataan hidup selepas mati yang amat dahsyat.

Bagaimanpun malaikat memukul-mukul sehingga roh mereka keluar daripada jasad sambil berkata ; "Keluarkanlah nyawa kamu (daripada tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab siksa yang sehina-hinanya, disebabkan apa yang kamu katakan terhadap Allah SWT. Pada hari ini berdukacitalah kamu dengan siksaan Allah yang akan menimpa kamu disebabkan pembohongan kamu terhadap Allah seperti mendakwa Allah mempunyai anak dan sebagainya. Kamu juga mendakwa bahawa hukum Allah SWT tidak sesuai lagi pada zaman sekarang dan seumpamanya. Kamu tidak mahu menerima atau melaksanakan hukum-hukum Allah yang ternyata dalam al-Quran kerana bertentangan dengan hawa nafsu kamu. Kamu juga ingkar dan takbur, lalu menentang perintah Allah tanpa rasa bersalah. Maka pada hari ini rasakanlah permulaan azab serta permulaan penghinaan buat kamu. Kelak azab dan penghinaan yang lebih akan menimpa kamu apabila kamu dihimpunkan pada hari kiamat".
A094
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-An'aam 6:94)

Kelak kamu akan tetap datang menemui Allah dalam keadaan kamu bersendirian tanpa ditemani orang-orang yang rapat mahupun orang-orang yang dikasihi. Tidak ada lagi pangkat (kemuliaan), harta benda yang kamu kumpulkan untuk dibawa bersama. Tidak ada kekuasaan yang mengikut kamu, semuanya ditinggalkan dan kamu bersendirian malah tanpa seurat benang pun yang kamu pakai ketika menunggu di padang Mahsyar kelak. Kamu tinggalkan di belakang kamu harta benda, anak pinak adan apa sahaja nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu di dunia dahulu. Semuanya tidak bersama kamu lagi. Semuanya tidak berfaedah lagi buat kamu melainkan jika kamu datang menemui Allah dengan membawa hati yang sejahtera

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadi sahih yang bermaksud : "Ada di kalangan anak Adam berkata, "Hartaku hartaku". (Mereka menyebukkan diri dengan mengumpulkan harta sehingga lupa untuk mengabdikan diri kepada Allah). Adakah kamu memiliki semua itu sedangkan kamu tidak memiliki harta itu melainkan apa yang kamu makan adan apa yang menjadi najis, apa yang dipakai sehingga menjadi buruk, apa yang kamu sedekahkan atau zakatkannya dan apa yang kamu gunakan. Selain daripada itu dia akan pergi daripada kamu dan manusia akan tinggalkannya."

Itulah hakikat harta benda dunia yang menakjubkan sesetengah manusia sehingga lupa hakikat sebanarnya harta itu milik Allah dan akan dibinasakan apabila tiba masanya.

Ingatlah bahawa:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang  selamat sejahtera ; (Asy-Syu'araa [26] : 88 - 89)

Sumber dengan sedikit edit : Tafsir Surah al-An'am ayat 93 dan 94 oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi 

Friday, January 7, 2011

Semoga Kita Bukan Di Kalangan Orang-orang Yang Lupa

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman:

A172

Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari sulbi (tulang belakang) mereka, dan Allah jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Bahkan! Sesungguhnya (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raaf 7:172)


Allah SWT dengan rahmatNya menjadikan manusia dan seluruh makhluk ciptaanNya dengan dengan fitrah demi kesenangan dan kebahagiaan hidup masing-masing. Dalam ayat di atas Allah memberitahu kita bahawa sejak manusia di alam ruh, manusia telah membuat pengakuan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan (Rabb) dan manusia itu sendiri menjadi saksi terhadap pengakuan mereka. Bagiamanpun apabila jasad dan ruh ditemukan dan manusia hidup di atas muka bumi ini mereka lupa akan pengakuan mereka buat semasa di alam ruh.  

Lupa itu bukanlah alasannya, sebab Allah dengan rahmatNya juga mengutuskan para nabi dan rasul serta kitabNya untuk mengingatkan manusia. 

Begitu juga dengan ikrar keimanan kita dalam solat seharusnya manusia jangan lupa:

A162
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)
A163
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (Al-An'aam 6:163
Demikianlah Allah SWT menghendaki kita  manusia menyedari akan apa yang kita ikrarkan semasa di alam ruh. Begitu juga dalam tahiyyat, kita nyatakan kesaksian dengan menyatakan bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Pelbagai cara Allah menyediakan kemudahan agar manusia tidak lupa kepada ikrar, supaya mereka tidak lalai daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Andainya manusia masih juga lupa atau lalai bermakna mereka tidak menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai hamba yang patut mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Allah sentiasa menyeru manusia supaya ingat tempat kembali dan sentiasa memberi petunjuk:


A025
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). (Yunus 10:25
Allah juga memberi peluang memohon keampunan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat agar semua manusia yang dicintaiNya kembali kepadaNya dengan mendapat tempat kediaman yang aman damai serta sentosa yakni dar al salaam.

Semoga kita kekal di atas hidayahNya dan mendapat tempat yang sentosa kelak. Amiin.

Tuesday, January 4, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu dp nabi SAW telah bersabda:

7 golongan manusia yang akan berada di bawah naungan Allah SWT pada hari yg tidak ada naungan kecuali naunganNya.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.

Hari akhirat pasti berlaku.. alam semesta akan kiamat kerana pasti Allah akan hancurkan. Selepas itu malaikat diperintahkan meniup sangkakala , manusia yang hancur lebur akan dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang, menuju ke padang mahsyar untuk menunggu hisab dalam keadaan berpeluh , tenggelam mereka ada paras  tumit, ada paras lutut, paras pinggang, dada, tengkuk dan ada yang tenggelam berenang di bawah panas terik matahari.Sangat lama.

Pada hari yang dahsyat ini 7 orang yang disebutkan di atas akan berada di bawah naungan Allah SWT.

Semuanya dihuraikan dalam you tube di bawah..




Monday, January 3, 2011

Suasana Alam Akhirat (57) Surah al-Mulk (Kerajaan)



Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini dituliskan suasana atau gambaran apa yang berlaku pada hari pembalasan seperti dalam surah al-Mulk yakni surah ke 67 dalam al-quranul hakim..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani    

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1)

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3)

Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5)

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6)

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7)

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8)

Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9)

Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10)

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11)

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12)

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13)

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14)

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15)

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16)

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18)

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19)

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20)

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21)

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22)

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23)

Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24)

Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25)

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26)

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. (27)

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. (28)

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata. (29)

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (30)

HURAIANNYA:

Allah yang Maha Tinggi lagi Agung telah memuji diriNya bersifat MAHA BERKAT, yakni mempunyai kebaikan yang banyak dan dapat dirasakan atau difikirkan oleh makhluk ciptaanNya. KeberkatanNya melimpah ruah kepada seluruh makhluk dalam bentuk beranika kebaikan.

Di tanganNyalah terletak segala kekuasaan untuk memerintah kerajaan dunia dan akhirat. DIAlah yang mengatur pemerintahan dua kerajaan tersebut.

Kata Ibnu Abbas: Di tanganNyalah terletak pemerintahan, memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, menghinakan pula sesiapa yang dikehendakiNya, menghidupkan dan mematikan, melapangkan dan menyempitkan, memberi atau menahan kerana DIA berkuasa atas tiap-tiap sesauatu, tiada siapa yang dapat menghalang atau menahan kekuasaanNya.

DIAlah yang menciptakan kematian dan kehidupan di dunia. Dihidupkan siapa yang dikehendakiNya dan dimatikan siapa yang dikehendakiNya. DIDAHULUKAN MATI DARIPADA HIDUP dalam susunan ayat ini ialah kerana kita semuanya berasal daripada tiada kemudian ada dan nanti akan tiada semula lalu nanti dihidupkan semula bila kiamat berlaku untuk menerima pembalasan terhadap apa yang kita lakukan semasa berada di dunia.

Allah menunjukkan kudratNya menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis atau bertingkat ke atas tanpa tiang yang menahan daripada roboh. Tiap-tiap lapisan langit pula ada keistimewaannya tertentu dan segala peraturannya tidak berubah sebagaimana juga dinyatakan dalam surah ar-Ra'd ayat 2 Allah berfirman:

A002

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Ar-Ra'd 13:2)

Tidak ada sebarang kecacatan dalam penciptaanNya. Untuk orang-orang kafir yang menyangkal adanya Allah, Allah sediakan api neraka. Allah menggambarkan neraka Jahanan (ayat 6) itu suasananya amat menakutkan. Apabila orang-orang kafir itu dilontarkan ke dalam api neraka kedengaranlah jeritan yang mengerikan, manakala neraka pula menggelegak akibat marah (ayat 7).

Hampir neraka itu pecah berkecai akibat terlalu marah kepada musuh-musuh Allah. Setiap kali kumpulan orang-orang yang berdosa dilemparkan ke dalam neraka para pengawal yang terdiri daripada malaikat 'zabaniyah' akan bertanya secara mengejek atau mencela :"Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (ayat 8).

Merekapun menjawab; ya! sebenarnya sudah ada rasul yang mengingatkan kami dahulu dan juga membacakan kitab-kitab dan memberi peringatan tetapi kami mendustakannya.

Mereka berkata lagi; jika kami mempunyai akal yang dapat kami pergunakan atau kami menggunakan telinga kami untuk mendengar peringatan tentulah kami dapat hidayat dan tidaklah kami berada dalam neraka sa'ir sekarang ini.

Mereka mengakui berdosa kerana mendustai para rasul dan tersingkirlah penghuni neraka ini daripada mendapat rahmat Allah. Bermakna cacian dan kejian yang mereka lakukan terhadap para rasul dahulu kembali kepada diri mereka.

Kemudian Allah menyatakan bahawa orang-orang yang beriman serta takut kepada Allah baik pada saat mereka bersendirian atau berada di khalayak ramai, mereka beribadat dan beramal tanpa mengaharapkan pujian daripada manusia tetapi semata-mata mengharapkan redha Allah SWT yakni sentiasa muraqabah akan mendapat ganjaran yang besar.

Sumber rujukan : Tafsir al-Quran di Radio dan Buku Hidup Sesudah Mati.