Saturday, January 30, 2010

Suasana Alam akhirat (44)- Surah As-Syura (Musyawwarah) SAMBUNGAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat SAMBUNGAN daripada N3 sebelum ini iaitu seperti dalam surah As-Syura iaitu surah ke 42 dalam al-Quran Al-Karim.

"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian daripada agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (21)

Orang-orang musyrik dipengaruhi syaitan untuk menyembah selain Allah. Syaitan memperelokkan perbuatan syirik sehingga orang-orang musyrik nampak indah dan mereka sesat serta tidak mempercayai adanya hari kiamat dan hari pembalasan serta mereka mengamalkan adat-adat yang tidak diizinkan Allah. Jika tidak kerana rahmat Allah tentulah Allah telah menurunkan siksa tanpa menangguhkannya, tetapi mereka ini Allah janjikan siksa yang amat azab pada hari kiamat kelak dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam.

"(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar". (22)

Orang-orang yang zalim yakni orang-orang yang mengadakan syari'at sendiri dengan tidak mengikut syari'at Allah akan melihat siksaan dan mereka amat takut serta merasa ngeri dengan balasan buruk yang akan mereka terima hasil perbuatan buruk mereka semasa di dunia. Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat balasan syurga dan mereka akan bersenang-senang menikmati apa sahaja yang mereka ingini.

Tuesday, January 26, 2010

Suasana Alam akhirat (43)- Surah As-Syura (Musyawwarah)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah As-Syura iaitu surah ke 42 dalam al-Quran Al-Karim.

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka(Sa'ir). (7)

Alllah menetapkan bahawa Nabi Muhammad saw hanyalah pembawa wahyu yang Allah sampaikan kepada baginda. Allah turunkan dalam bahasa 'Arab sesuai dengan bahasa kaumnya. Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad saw memberi peringatan menerusi al-quran ini kepada penduduk kota Mekah yang menjadi ibu kota Arab masa itu. Dikhaskan sebutan Ummulqura ialah kerana mereka itulah yang mula2 sekali diberi peringatan; ini tidak bermakna bahawa Nabi Muhammad saw hanya diutus untuk mereka; bahkan Nabi Muhammad diutuskan untuk seluruh manusia seperti dalam surah saba' ayat 28

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya..., (Saba' [34] : 28)

Adapun peringatan yang dimaksudkan ialah meliputi urusan dunia dan juga urusan di akhirat; kemudian dikhaskan pula peringatan tentang urusan akhirat sahaja kerana akhirat lebih dahsyat kerana sangat menggemparkan "serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu)". Diperingatkan juga bahawa seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar pada hari kiamat untuk diperkirakan amalan dan hari itu tak perlu diragukan kerama mempunyai dalil-dalil yang cukup, tepat sama ada berdasarkan hukum aqal mahupun hukum naqli (daripada sumber yakni al-quran).

Adapun hikmah adanya hari kiamat dan akhirat ialah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi balasan pahala kepada yang berbuat baik dan memberi siksa kepada yang berbuat jahat. Perkara ini tak boleh disangkal kerana satu golongan akan dimasukkan ke syurga manakala satu golongan lagi akan dimasukkan ke neraka sa'ir.

Ayat ini maksudnya sama seperti ayat 105 surah Hud;

(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia. (Hud [11] : 105)

InsyaAllah sambung dengan ayat-ayat setrusnya dalam surah AS-Syura ini.

Sunday, January 24, 2010

Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:


Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)


Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".


Allah SWT berfirman (maksudnya):


Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)


Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Friday, January 22, 2010

Mensyukuri Nikmat Penciptaan Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Firman Allah swt dalam surah Fatir [35] ayat 1;


ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ رُسُلاً أُوْلِىٓ أَجۡنِحَةٍ۬ مَّثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَۚ يَزِيدُفِى ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1)

N3 kali ini adalah sambungan daripada Nikmat Penciptaan Malaikat.


Setiap malaikat Allah jadikan untuk melaksanakan tugas yang bermanfaat bagi kita iaitu memohon ampun seperti dalam ayat di bawah.


ٱلَّذِينَ يَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ ۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّہِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَا وَسِعۡتَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ رَّحۡمَةً۬ وَعِلۡمً۬ا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَٱتَّبَعُواْ سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ (٧

"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka". (Surah Ghafir/ Mukmin [40] : 7)

Rugilah kita jika kita tak gunakan apa yang Allah berikan kepada kita. Allah ciptakan para malaikat yang sentiasa bertasbih memuji Allah, mereka beriman dan tentulah mereka ini makhluk yang suci, dan doa mereka diperkenankan oleh Allah dan mereka pula sentiasa berdoa supaya orang2 yang beriman, orang2 yang sentiasa bertaubat dan orang2 yang berusaha bersungguh2 untuk mengikuti jalan yang lurus ini dipelihara daripada azab api neraka.

Jadi berusahalah untuk menjadi org2 yang benar2 beriman, benar2 bertaubat dan berusaha bersungguh2 dalam mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Ini kerana untuk mendapat doa daripada malaikat kita perlu ada 3 syarat ini.

Malaikat tak pernah letih untuk berdoa kerana itulah yang ditugaskan oleh Allah. Jadi salah satu cara nak mensyukuri nikmat penciptaan malaikat ini ialah istiqamahlah dengan 3 syarat tadi.

Tuesday, January 19, 2010

Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Neraka

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini disalin maksud firman-firman Allah dalam beberapa ayat daripada al-Quranul Karim yang menerangkan tentang keadaan Neraka dan orang-orang yang dimasukkan ke dalam Neraka. Demikianlah Allah mengajak manusia agar percaya tentang kehidupan di alam akhirat. Allah tidak mahu terjadi penyesalan pada hari itu. Allah tidak bersifat aniaya, jadi terserahlah kepada manusia untuk mempercayainya atau tidak. Allah telahpun menyampaikan amaran melalui lidah Nabi Muhammad saw.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah [2] : 24)

Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). (16) Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (17) (Ibrahim [14] : 16 - 17)


Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan. (52) Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (53) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (54) Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi. (55) (Al-Kahfi [18] : 52 - 55 )

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29) (Al-Kahfi [18] : 29 )

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (58) Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (59) (Maryam [19] : 58 - 59)

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (11) Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh. (12) Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13) (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14) Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15) (Al-Furqaan [25] : 11 - 15)

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai daripada air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! (15)(Muhammad [ 47 ] : 15)

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10) Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11) Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12) Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13) (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14) (Al-Muzammil [73] : 10 -14)

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya. (29) Pergilah kamu kepada naungan (asap Neraka) yang bercabang tiga. (30) Yang tidak dapat dijadikan naungan dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api Neraka. (31) Sesungguhnya Neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar, (32) (Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning. (33) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian). (34) Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), (35) Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf. (36) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! (37) Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu). (38) Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. (39) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)! (40)(Al-Mursalat [77] : 29 - 40)

Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; (21) Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. (22) Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. (23) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; (24) Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir, (25) Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). (26) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, (27) Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; (28) Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (29) (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu. (30)(An-Naba' [78] : 21 - 30)

Monday, January 18, 2010

Suasana Alam akhirat (42)- Surah Fussilat (yang dijelasakan) - 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah Fussilat iaitu surah ke 41 dalam al-Quran Al-Karim mulai ayat 26 hingga ayat32.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)! (26)

Orang2 musyrik ketika mendengar Nabi Muhammad saw membacakan ayat2 suci al-Quran kepada para sahabat, mereka telah mengatakan kepada seasama mereka yang kufur: "Janganlah kamu mendengar bacaan Al-Quran ini". Sebaliknya mereka menyuruh teman2 mereka membuat bising, seperti mendekelamasikan sajak dan syair serta melaung2kan perkataan yang menaikkan semangat di kalangan mereka supaya dapat mengganggu pembacaan Nabi dan sahabat2 yang sedang mendengar. Dengan itu mereka mengharapkan akan mendapat kemenangan. Inilah yang berlaku pada zaman permulaan Nabi menyiarkan syi'ar Islam. Perbuatan yang menghalang ini sesungguhnya dikeji oleh Allah. Kita dapati ada usaha seperti ini sepanjang zaman. Umat Islam diharapkan janganlah melakukan usaha2 menghalangi orang lain yang inginkan supaya Islam tetap utuh kerana akibatnya di dunia dan akhirat adalah amat berat.

Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (27)

Allah mengancam org2 yg kufur itu, bahawa mereka akan dikenakan azab yang amat berat yang tak dapat digambarkan betapa dahsyatnya tetapi pasti mereka akan diberikan seburuk-buruk balasan. Ayat ini juga memberi amaran kepada sesiapa yang tidak khusyuk dan tidak merenungkan pengajaran daripada ayat2 yang dibacakan dan juga bagi sesiapa yang berusaha mengganggu orang sedang membaca al-Quran.

Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu Neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami. (28)

Balasan yang disediakan kepada musuh Allah ini ialah NERAKA. Mereka akan tinggal tersiksa selama-lamanya, tidak akan dikeluarkan daripadanya sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Allah.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami daripada jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan. (29)

Disebabkan teramat siksanya di dalam neraka, org2 yang kufur itu rasa amat geram dan ingin membalas dendam kepada pihak yang menyesatkan mereka dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkan kepada kami sebahagian daripada bangsa jin dan manusia yang telah menyesatkan kami, bawalah mereka kepada kami, supaya kami dapat memijak-mijak mereka di bawah tapak kaki kami sebagai pembalasan yang hina kepada mereka".

Di sini, mereka yang tersesat itu memohon agar Allah memperlihatkan golongan yang menyebabkan mereka tersesat. Golongan yang menyebabkan mereka sesat itu ialah syaitan yang terdiri daripada golongan jin dan manusia. Lihat dalam surah al-An'am

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am [6] : 112)
Dan juga dalam surah an-Naas [114] ayat 5-6)

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (an-Naas [114] ayat 5-6)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30)
Allah menerangkan bahawa org2 yang beriman itu sifatnya selalu berikrar dengan mengucapkan "Tuhan kami ialah Allah'. Mereka mengaku dan bertuhankan Allah dan mengEsakanNya. Mereka serta merta beristiqamah tidak sekalipun berganjak meningglkan keimanan mereka dalam semaua ibadah. Diriwayatkan daripada Sufyan bin Abdullah at-Thaqofi: "Ada seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah! Perintahkanlah kepada saya sesuatu kewajipan dalam Islam, yang tak akan saya tanyakan kepada seseorangpun selepas tuan". Sabda baginda: Katakanlah; Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka berpendirian teguh. Tanya saya lagi: Apakah yang patut saya pelihara? Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya. Yakni berpesan supaya menjaga lidah." Kesimpulannya, beristiqamah itu ialah sentiasa berlaku taat di dalam 'iktikad perkataan dan perbuatan.

Kepada orang2 yang beriman dan beristiqamah ini Allah bawakan kegembiraan dengan mendatangkan kebaikan serta menghilangkan rasa duka. Semuanya ini berkaitan dengan kehidupan di dunia. Jika mereka beroleh kenbaikan ini, lapanglah dada mereka, hilang rasa takut dan kedukaan. Inilah ilham yang diberikan oleh Allah melalui para malaikat. Kata Waqi': "Kegembiraan itu berlaku kepada 3 perkara: Ketika mati, ketika dalam kubur dan ketika dibangkitkan daripada kubur. Yakni para malaikat akan berkata kepada mereka : "Janganlah takut semasa menemui kegemparan pada hari kiamat nanti, janganlah kamu sedih semasa kamu kehilangan apa yang kamu kasihi di dunia ini sama ada anak, isteri, harta dan seumpamanya.

Para malaikat juga akan berkata; "Bergembiralah kamu nanti kerana memperoleh syurga yang telah dijanjikan oleh Allah swt. pasti kamu menjadi penghuninya untuk selama-lamanya dan bersenang-lenang di dalamnya.

Kamilah (Allah) menjadi penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31)(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (32)

Allahlah yang menjadi pelindung membantu orang2 beriman dalam urusan keduniaan. Allah tunjukkan perkara2 yang benar, Allah pimpin menuju ke arah perkara2 yang mendatangkan kebaikan semasa di dunia. Dan Allah akan beri balasan baik di akhirat. Allah turunkan rasa aman dan tenteram semasa keseorangan dan kesunyian di dalam kubur, begitu juga semasa ditiupkan sangkakala, semasa dibangkitkan daripada kubur, semasa meniti di titian sirat dan semasa menghantar ke syurga, yang kesemuanya ini dikehendaki oleh nafsu manusia iaitu segala kenikmatan, kemewahan, kelazatan dan keseronokan. Tidak ada sesuatupun yang diperlukan kecuali Allah berikan dan tersedia untuk mendapatkannya. Itulah pahala dan ganjaran yang diturunkan sebagai balasan dan penghormatan oleh Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!

Allah tidak akan mengenakan siksa sebaik sahaja hamba2Nya bertaubat kepadaNya.

Friday, January 15, 2010

Solat sunat gerhana...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

(Gerhana matahari 15 Januari 2010 adalah fenomena gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.9190. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Ia akan dilihat sebagai anulus dalam tempoh sempit rentang 300 km kelebaran merentasi Tengah Afrika, Maldives, Selatan Kerala, Selatan Tamil Nadu, Utara Sri Lanka, Burma dan China).


* * * * * * * * * *

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah (swt), tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah (swt). Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambaNya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Dalilnya :
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi (saw) bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah (saw) bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

* * * * * * * * * *


Solat Khusuf/Kusuf
adalah sunat muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
.

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :


i. Qaul Qadim :
Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh).


ii. Qaul Jadid :
Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari
(syuruk).


* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku' dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Daripada Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah (saw) berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah Al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan "Sami’ Allahhu Liman Hamidah", dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang
dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ (الصَّلاَةُ جَامِعَةً) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah (saw), maka diserukan :
(الصِّلاَةُ جَامِعَةً) ‘as ssolatu jami`ah’. Lalu Rasulullah (saw) melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


* * * * * * * * * *


Secara ringkasnya seperti berikut :


1. Takbiratul Ihram.


2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdal surah Al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan Ali-Imron atau mana-mana surah.

8. Ruku' dengan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.


* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan :
(الصِّلاَةُ جَامِعَةً)

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah (r.a.) berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتانمن آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.


Contoh :

i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu di akhir waktu solat fardu maka didahulukan solat fardu.

iii. Jika pertembungan berlaku antara solat gerhana dengan witir, didahulukan solat gerhana.

Sumber: SINI

Tuesday, January 12, 2010

Suasana Alam akhirat (41)- Surah Fussilat (yang dijelasakan) - 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah Fussilat iaitu surah ke dalam al-Quran Al-Karim mulai ayat 22 hingga ayat 25.

Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (22)

Seterusnya Allah menambah celaan kepada musuh2 Allah dengan berkata; "Sekarang kamu tidak boleh bersembunyi lagi". Di dunia dahulu; segala perbuatan keji mereka boleh dilindung atau disembunyikan, tetapi di akhirat; pendengaran, penglihatan dan kulit mereka akan menyampaikan apa2 yang telah mereka kerjakan.

segala perbuatan yang dilakukan tidak dapat disembunyikan; walaupun dibuat disebalik tabir atau dinding tebal; tidak dapat menolak kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulit ke atas mereka.

Seterusnya Allah berkata lagi; "Tetapi kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan apa yang kamu lakukan". Di sini bermaksud bahawa apa yang tidak dapat didengar dan dilihat serta dirasai oleh orang lain; akan didengar, dilihat dan dirasai oleh anggota badan sendiri serta Allah SWT. Oleh itu sayugialah wahai orang2 mukmin bahawa segala perbuatan kamu di dunia tidak terlepas daripada pandangan Allah SWT.
Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu daripada orang-orang yang rugi! (23)

Allah melarang : Janganlah kamu membuat prasangka buruk terhadap Allah kerana hal itu akan membuat kamu celaka dan binasa, yang mengakibatkan kamu menjadi orang2 yang rugi.

Terdapat DUA prasangka:

PRASANGKA yang BAIK; Hendaklah berprasangka baik terhadap rahmat, kurnia dan segala kebaikan Allah SWT. Dalam hal ini Nabi menggalakkan ummatnya berprasangka baik terhadap Allah SWT berdasarkan hadis qudsi; Baginda telah meriwayatkan bahawa Allah telah berfirman yang maksudnya: "Aku (ALLAH) berkeadaan mengikut apa yang disangkakan baik oleh hambaKu terhadap Aku".

Dan daripada Abu Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa dia mendengar daripada Nabi saw sebelum 3 hari baginda wafat telah bersabda ;"Jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan bersangka baik terhadap Allah SWT" (Hadis Muslim dan Abu Daud). maksudnya hendaklah setiap orang berprasangka baik terhadap Allah SELAMA HIDUPNYA sampai ke matinya. Juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw yang telah bersabda maksudnya: "Baik sangka itu merupakan kebaikan ibadah".

PRASANGKA yang BURUK; ialah menyangka bahawa Allah tidak mengetahui setengah daripada apa yang dilakukan oleh makhlukNya. Disebabkan inilah Allah berfirman yang bermaksud "itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu daripada orang-orang yang rugi! (Fussilat : 23)

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana Nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredhaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya. (24) Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (daripada jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (25)

Mereka (musuh2 Allah) ini akan disiksa di dalam neraka sama ada mereka tahan disiksa atau tidak. Dan jika ada yang meminta keredhaan Allah; mereka bukanlah daripada kalangan yang akan mendapat keredhaan Allah (pengampunan). Allah menunjukkan sebab mengapa musuh2 Allah ini berdampingan dengan syaitan yang dapat menguasai mereka. Yakni beberapa banyak urusan dunia yang buruk2 dan penglibatan diri dalam menurut hawa nafsu yang haram, dan dikendalikan oleh syaitan yang sedang berada dihadapan mata mereka; semuanya dipandang indah dan menarik lalu mereka lakukan. Begitu juga mereka menafikan adanya perkara2 ghaib seperti alam barzakh yakni selaps kematian dan dibangkitakan pada hari akhirat. Pendek kata perkara buruk dipandang indah dan perkara indah dipandang buruk.

Jadi sudah tentu mereka ini layak mendapat azab yang telah ditetapkan sejak dahulu kerana mereka menurut kehandak nafsu baik daripada jin dan juga manusia.

InsyaAllah sambung lagi daripada ayat 26 hingga 32

Friday, January 8, 2010

Suasana Alam akhirat (40) - Surah Fussilat (yang dijelaskan) - 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini dicatatkan gambaran2 pada hari akhirat seperti dalam Surah Fussilat (yang dijelaskan) yakni surah ke 41 dalam al-Quran al-Karim.

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. (19) Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (20)

Allah mengingatkan tentang adanya siksaan di akhirat, supaya org2 yg ingkar, kufur dan derhaka kpd Allah mengambil ingatan. Dan mereka ini akan dikumpulkan mula daripada org yang mula-mula hinggalah org yang penghabisan secara berbaris-baris dan teratur; dan mereka ini ditahan untuk dimasukkkan ke dalam neraka satu demi satu. Tentu sekali bilangan mereka sangat ramai. Apabila mereka sampai ke neraka; seluruh anggota baik (pendengaran) telinga, mata (penglihatan), kulit yakni seluruh anggota zahir termasuklah kemaluan menjadi saksi terhadap maksiat yang dikerjakan semasa di dunia.

Jika ada orang bertanya kenapa Allah sebut 3 sahaja sedangkan manusia ada 5 pancaindera? Jawapannya ialah menghidu, merasa dan menyentuh ketiga2nya termasuk dalam pekerjaan organ2 yang menggunakan sentuhan kulit. Jadi kulit2 anggotalah yang menjawab soalan2.

Ibnu 'Abbas berkata; Yang dimaksudkan dengan "penyaksian anggota kemaluan mereka yang dibahasakan dengan kata-kata halus kerana Nabi Muhammad saw bersabda; "Yang mula2 bercakap daripada anggota anak Adam itu ialah pahanya dan tapak tangannya".

Bermakna ayat yang dihuraikan ini memberi amaran keras kpd org2 yang berzina kerana pembukaan zina dilakukan oleh peha dan tapak tangan. Anggota2 inilah yang akan menjadi saksi terhadap tuannya. Begitu juga setiap anggota badan yang lain akan turut menjadi saksi.

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (21)

Musuh2 Allah ini nanti akan mencaci organ2 atau anggota tubuh badannya sendiri; "Mengapa kamu naik saksi atas kami sekarang ini sedangkan dahulu kamu bersyubahat bersama kami melakukan maksiat iaitu sama2 menurut kehendak nafsu. Lalu jawab anggota badan; "Allah menjadikan kami bercakap, kerana DIAlah Tuhan yang menjadikan segala sesuatu pandai bercakap".

Ini bererti mereka tidak dapat mengelak daripada mengaku segala apa yang mereka telah kerjakan semasa di dunia. Allah menyambung lagi bahawa DIAlah yang menjadikan manusia pertama kali dan DIAlah yang membangkitkan mereka di dalam kubur setelah mati untuk menerima pembalasan.

Ada sebuah hadis sahih riwayat Muslim daripada Anas bin Malik katanya: "Kami sedang berada di sisi Rasulullah saw tiba2 baginda tertawa seraya berkata; Tahukah kamu kenapa saya tertawa? Jawab kami; Allah dan rasulNya sahaja yg lebih tahu. Kata baginda yang maksudnya; "Saya tertawa disebabkan ada seorang hamba yg bercakap-cakap dengan Tuhannya. Dia berkata; "Bolehkah ya Tuhan, Engkau selamatkan saya daripada berbuat zalim? Jawab Tuhan; "Boleh". Katanya lagi; "Saya tak membenarkan diri saya naik saksi ke atas saya melainkan dengan kebenaran saya". Jawan Tuhan ; "Sudah cukuplah dirimu sendiri yang naik saksi ke atas engkau dan malaikat kiraman dan katibin juga menjadi saksi". Kemudian Allah mengunci mulut orang itu sehingga tidak dapat bercakap lagi tentang amalan yang dilakukannya. Kemudian diasingan dengan percakapan-percakapan anggotanya. Diapun berkata: Celaka dan binasalah kamu, tak guna aku berjuang!". Begitulah bayangan kemarahan musuh2 Allah terhadap anggota tubuh badan mereka yang mendedahkan segala perbuatan buruk mereka semasa di dunia.

InsyaAllah sambung lagi dengan ayat2 (22 hingga 32) dalam N3 akan datang.

Thursday, January 7, 2010

Nikmat Penciptaan Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Firman Allah swt dalam surah Fatir [35] ayat 1;



Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1)


Dalam ayat ini Allah menyuruh kita memuji dan syukur dengan nikmat penciptaan malaikat-malaikat. Malaikat2 dicipta dengan pelbagai tugas; ada yang menjaga manusia, jika tak mengantuk dingantukkan, ada yang menjadikan org koma kerana terlalu sakit, bila dah koma hilanglah rasa sakit; bayangkan jika tak mengantuk asyik berjaga tentu tak tertanggung kesakitan. Ada malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan, menjaga manusia di jalan-jalan dan pelbagai tugas lagi termasuk menulis amalan manusia.


MALAIKAT sangat dimuliakan oleh Allah. Allah SWT berfirman, dalam surah Al-Anbiyaa' [21] ayat 26-28 yang maksudnya:


Dan mereka (yang musyrik) berkata: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan. (26) Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya. (27) Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan) dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan) dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya. (28)


Malaikat sentiasa mensucikan Allah dan turut mendoakan orang2 yang diredhai Allah. Berikut adalah senarai orang-orang yang didoakan oleh para malaikat :

ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)