Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Masjid Al- Aqsa Yang Sebenar

Assalamu'alaikum warahmatullah.. Segala Puji bagi allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yang mulia.
Al-Isra'
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1) Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya). (2) (Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur. (3) Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4) Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (5) Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6) Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (7) Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). (8) Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (9) Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (10)

Begitulah Allah telah menjelaskan dalam permulaan surah al-Isra'; tentang keberkatan di sekeliling Masjidil Aqsa di bumi Palestin.. juga ttg kaum Bani Israel yang suka membuat kerosakan...

Artikel di bawah ni pula saya copy n paste dp Blog Bujang Susah..

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Masjid ini juga adalah tempat Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra' dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: "Janganlah bersungguh-sungguh/ bersusah- payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)" - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa.

Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa itu adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

"Hadith Sulaiman bin Mahran al-A'mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)? Nabi menjawab, al-Masjid al-Haram. Aku bertanya lagi, Selepas itu?Jawab nabi, al-Masjid al-Aqsa. Aku bertanya lagi, Berapa jarak pembinaan antara keduanya? Nabi menjawab, 40 tahun".

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذۡ يَرۡفَعُ إِبۡرَٲهِـۧمُ ٱلۡقَوَاعِدَ مِنَ ٱلۡبَيۡتِ وَإِسۡمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah : 127)

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato' bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka'bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka'bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka'bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka'bah.


KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.


Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA'BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka'bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka'bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka'bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka'bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:



BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR



Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa.

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra' ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka'bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka'bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.


4. Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka'ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka'ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka'bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka'bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami' Qibli atau Jami' al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami' Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka'bah, pembinaan Jami' Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

*abidfana merupakan 'nickname' bagi Ustaz Irfan yang merupakan mentor iLuvislam.com di United Kingdom dan bekas moderator agama iLuvislam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin dan kini menetap di Abeerdeen, United Kingdom. Ustaz Irfan aktif menulis di www.abidfana. com. Artikel asal boleh didapati di sini.


Sumber : Bujang Susah

Sunday, November 15, 2009

Gambar Mengimbau Kenangan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Gambar2 di bawah diambil dp SINI

GAMBAR DIAMBIL TAHUN 1941 MASIHI. AIR BANJIR MENCECAH PARAS HAJAR ASWAD TAWAF MENGELILINGI KAABAH DILAKUKAN DENGAN BERENANG.



KAABAH PADA TAHUN 1297 HIJRAH/1880 MASIHI



Hajar Aswad





MENGHARUNGI AIR UNTUK BERSAEI.



Banjir



TIMBA DIGUNAKAN UNTUK MENCEDUK AIR ZAM-ZAM



PENGALIRAN AIR ZAM-ZAM PADA TAHUN 1345 H.



1368 Hijrah



1368 Hijrah



ANAK KUNCI PINTU KAABAH



GAMBAR LAMA TEMPAT SAEI,TERDAPAT KEDAI DI KIRI DAN KANAN


TEMPAT RASULULLAH NAIK KE LANGIT (Mikraj)..



TAPAK KAKI NABI IBRAHIM



GUA HIRA’ TEMPAT RASULULLAH BERIBADAT SEBELUM DILANTIK MENJADI NABI.



GUA THUR TEMPAT PERSEBUNYIAN RASULULLAH DAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEBELUM MENUJU KE MADINAH.



HUKUMAN PANCUNG SEDANG DI LAKSANAKAN

Sunday, October 11, 2009

Kemusnahan di Kota Pompeii


Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Gambar2 ini dipercayai bukti sejarah kemusnahan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup seperti gaya hidup Kaum Nabi Lut as.. ditemui di Kota Pompeii di negeri Itali..


Gaya hidup begini juga atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN) sudah lama merebak bagaikan barah yang menular.. Malah sebahagiannya tanpa segan silu melakukannya di khalayak ramai dan ada pula yg terang-terangan mengiklankan diri demi kepuasan nafsu gila yg tak berpenghujung.

Al-Quran menceritakan kepada kita dalam ayat berikut bahwa tidak akan ada perubahan dalam hukum Allah.


"Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahnya: Demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, (42) Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi peraturan "Sunnatullah" itu. (43)- (Q.S: Al-Fatir 42 - 43).







Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”. Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawanNya akan terkena sunnatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol daripada keruntuhan akhlak yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii sama seperti yang dialami oleh kaum Nabi Luth as. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab.

Azab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah serupa dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii. Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu daripada letusan maha dahsyat gunung tersebut yang terjadi dua milenium yang lalu memusnahkan penduduk kota tersebut.

Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktiviti sehari-hari yang sedang berjalan. Aktiviti yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak berubah dari tempatnya.

Pemusnahan Pompeii daripada muka bumi oleh bencana yang demikian dahsyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau pelacuran. Tersangat banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut.

Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka. Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam sekelip mata. Yang paling menarik daripada peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri daripada keganasan letusan Vesuvius. Hampir dapat dipastikan bahawa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang terjadi secara mengejut tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad daripada satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan dapat dikesan pada detik tersebut.

Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling menghairankan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih di bawah umur. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat dengan raut muka yang masih utuh.

Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi terperanjat, seolah2 bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam masa yang amat singkat. Dalam konteks ini, terdapat aspek daripada bencana tersebut yang sangat sulit untuk difahami. Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun? Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii sama seperti peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al-Quran, sebab Al-Quran secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Contohnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surah Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29). Di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua2 ayat di atas. Walaubagaimanapun semua peringatan ini diberikan, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada.

Daerah2 Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeza dengan daerah2 di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat para kaum homoseksual dan orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks” dalam industri pelancongan. Tidak hanya di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di seluruh dunia, kerosakan moral sedang terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mahu mengambil pelajaran daripada pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.

KAUM LUT

Kaum Lut ialah kaum Nabi Lut A.S. Mereka mendiami negeri Sodom ( Jordan ) di pinggir Laut Mati. Kehidupan mereka ini juga sangat mewah. Lantaran kemewahan yang lebih, mereka telah di hinggapi oleh penyakit moral ( akhlak ) yang besar, iaitu amalan ‘homoseks’. Nabi Lut diutuskan oleh Allah untuk menyeru kaum yang sesat ini supaya beriman kepadaNYA dan meninggalkan tabiat yang buruk itu. Namun mereka bertindak mempersenda Nabi Lut. Allah telah mengutuskan 2 malaikat yang merupakan diri mereka seperti lelaki, mendatangi Nabi Lut. Malaikat-malaikat itu menjelaskan kepada Nabi Lut bahawa mereka sebenarnya adalah utusan Allah.

Kaum Nabi Lut yang derhaka itu akan diturunkan bala bencana oleh Allah dengan cara menurunkan HUJAN DARIPADA BATU-BATU BERAPI yang menyebabkan semua harta benda mereka terbakar. Kemudian bumi Sadum juga dibalikkan, menyebabkan kaum Lut yang derhaka itu binasa sama sekali.

Semoga Allah memberikan kita hidayah dengan usaha kita yang bersungguh utk mentaati perintahNYA dan menjauhi larangaNYA.

Thursday, October 8, 2009

Tembok Besar China


Assalamu'alaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Entri ini dipetik dp wikipedia dan VIVAnews.. Saya tak pernah ke tempat ini walaupun teringin nak ke sana.. kata pepatah, banyak berjalan banyak pengalaman dan banyak pengetahuan.. dan dalam hadis (kata sesetengah org hadis lemah) Nabi Muhammad saw menyuruh kita belajar hingga ke Negeri China..

Mengikut wikipedia;

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke 3 SM, terhadap perompak puak2 Nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Sanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehinggaLop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Mengikut sejarah, Tembok ini merupakan sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

1. Dinasti Qin (208 SM)

2. Dinasti Han (Abad ke 1 SM)

3. Dinasti Sui (Abad ke 7)

4. Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara (1138 - 1198)

5. Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming (1368 - 1640)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara2 Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan sutera.

........................................................................................................................................
Berikut pula daripada Vivanews.

VIVAnews - Tembok Besar China ternyata lebih panjang daripada yang diketahui selama ini. Fakta baru itu terungkap daripada penelitian pemetaan yang telah dilakukan selama dua tahun terakhir.

Para peneliti menemukan bahagian tembok sepanjang 290 kilometer, yang selama ini tidak dapat dikesan, di lokasi salah satu keajaiban dunia peninggalan kekuasaan pemerintahan China itu. Laman Web Jabatan Ukur dan Pemetaan Pemerintah China menyatakan bahagian itu ditemukan dengan bantuan alat pencari infra merah dan sistem penempatan global (GPS).

Harian China Daily edisi Isnin, 20 April 2009 memberitakan bahwa bahagian yang baru ditemukan ini terbentang antara Gunung Hu di utara wilayah Liaoning hingga Jiayuguan di barat eilayah Gansu. Selama ini, bahagian Tembok Besar ini tersembunyi di balik bukit dan sungai. Bahagian ini juga tertutup pasir daripada badai pasir yang bergerak di sepanjang wilayah China.

Selain badai pasir, sejumlah arkeologi menyalahkan pola pembukaan kawasan pertanian di sekitar bahagian ini yang menyebabkan bahagian Tembok Besar ini tersembunyi selama 20 tahun. Bahan baku Tembok Besar di kawasan ini menggunakan tanah keras, berbeza dengan bahagian lainnya yang terbuat daripada batu dan batako.

Bahagian Tembok Besar ini dibangunkan pada era Dinasti Ming (1368-1644) untuk melindungi China daripada serangan pihak luar. Dengan tambahan ini, Tembok Besar China membujur sepanjang 6.300 kilometer di sepanjang utara negeri Panda itu.

Para peneliti yang dibiayai Jabatan Ukur dan Pemetaan serta Jabata Peninggalan Sejarah Budaya China ini masih akan melanjutkan pencarian untuk memetakan bahagian-bahagian lain daripada Tembok yang dibangunkan pada era Dinasti Qin (221 SM-206 SM) dan Han (206 SM - 9M).

Tembok Besar telah menjadi kemudahan pelancongan utama China. Badaling di utara Beijing, bahagian paling terkenal daripada tujuan pelancongan yang dibangunkan pada masa Dinasti Ming ini telah dibaikpulih oleh pemerintah China sejak 1949 dan mengundang ribuan pelancong setiap tahun.

Namun kedatangan pelancong menjadi pedang bermata dua bagi pemerintah China. Media resmi pemerintah meyebutkan bahwa sejumlah pelancong berbuat vandalisme dengan mencoret-coret Tembok Besar di sekitar sektor Badaling.