Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan
pujian dan kita sampaikan segala keluhan. Selawat serta salam kita ucapkan
kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia
hingga ke hari kiamat.
N3 copy n paste n edit...
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi
orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada hari itu sesiapa yang berdoa Allah akan makbulkan doanya. Setiap muslim
dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai daripada hari Khamis dengan
membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih, berselawat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta memohon keampunan kepada
Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Ini kerana pada masa itu ialah masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.
Pada hari Jumaat ada kejadian-kejadian besar. Antaranya adalah
terjadinya kiamat, Adam as diciptakan dan hari itu
pula baginda dimasukkan ke dalam syurga, pada Jumaat juga baginda dikeluarkan
daripada syurga.
Daripada Aus bin ‘Aus, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ
يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ
وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
“Sesungguhnya di antara hari kalian yang
paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan; pada hari itu,
Adam meninggal; pada hari itu, tiupan sangka kala pertama dilaksanakan; pada hari
itu pula, tiupan kedua dilakukan.” (HR. Abu Daud no. 1047, An Nasai no. 1374,
Ibnu Majah no. 1085 dan Ahmad 4: 8. Hadits ini sahih kata Syaikh Al
Albani)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ
الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ،
وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِيْ يَوْمِ
الْجُمُعَةِ
“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit
adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari itu dia
dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari Jumaat juga dia dikeluarkan daripada Syurga. Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (HR.
Muslim no. 854).
Hadis di atas memberitahu kita bahawa:
1. Hari Jumaat adalah hari
terbaik dalam sebulan.
2. Dalam hadis di atas tidak semuanya
menyebutkan keutamaan hari Jumaat. Keluarnya Adam daripada syurga dan
terjadinya kiamat tidaklah teranggap sebagai keutamaan hari Jumaat namun itu adalah perkara besar yang akan terjadi. Demikian
penjelasan Al Qadhi ‘Iyadh.
3. Hadis tersebut menunjukkan bahawa
seorang hamba pada hari Jumaat hendaklah mempersiapkan diri dengan pelbagai
amalan salih supaya mendapatkan rahmat Allah dan tercegah daripada kemurkaan Allah.
Demikian juga penjelasan dari Al Qadhi ‘Iyadh.
4. Hari kiamat disegerakan sebagai
balasan bagi para nabi, shiddiqin, para wali Allah dan selainnya, juga untuk
menampakkan karamah dan kemuliaan mereka. (Disarikan daripada Syarh Muslim, Imam
Nawawi, 6: 142)
Namun tarikh yang pasti kiamat itu
berlaku, tidak ada yang mengetahuinya:

“Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Al-Ahzaab 33:63).
## Sumber dengan sedikit edit
"Hidup ini adalah seperti larian pecut 100
meter, atau pun perlumbaan kereta F1. Lagi dekat ke garis penamat seorang
pelumba itu akan menggunakan segala keupayaannya untuk sampai
melepasi garisan penamat dengan kejayaan cemerlang. Jika tidak menang dalam pertandingan
ia mampu menang melawan prestasi dirinya sendiri". (petikan daripada Inspirasi Mawaddah).. blog penuh dengan inspirasi.