Monday, April 26, 2010

Suasana Alam Akhirat (51) Surah Ad-Dukhan (Asap)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Asap akibat letusan di Eyjafjallajökull, Iceland baru-baru ini


Di bawah ini dicatat terjemahan ayat-ayat tentang suasana alam akhirat seperti yang digambarkan dalam surah ad-Dukhan, surah ke 44 dalam al-Quran al-Karim.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi mempertakuti atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini.

Dalam ayat 10, dinyatakan maksudnya : "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)", (10)

Berikut adalah suasana alam akhirat seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59 daripada surah ad-Dukhan. Terjemahan ayat itu sendiri sudah memberikan gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti.

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun; (40) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu), (41) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (42)


(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46)


(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49) (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. (51) Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, (52) Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54) Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57)


Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (58) (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu). / (59)


















Pelbagai kesukaran timbul akibat letupan gunung berapi di Iceland baru-baru ini; kesukaran di dunia dibandingkan dengan kesukaran di akhirat ibarat secubit kek yang dirasai atau setitis air daripada seluas lautan.

Antara Kesan-kesan yang mungkin berlaku akibat debu gunung berapi ialah pencemaran udara, air dan bumi, pembinaan tergendala, ekonomi lumpuh (Perniagaan perlahan kerana pengangkutan, operasi dll urusan lambat), sektor pertanian, sektor pelancongan turut terjejas dan pelbagai lagi.

Boleh lihat banyak lagi gambar berkenaan kesukaran yang dialami oleh manusia apabila asap dikeluarkan oleh Allah SWT. Asap di akhirat nanti akan lebih daripada ini.

9 comments:

deena farhana said...

insaf baca coretan kak werdah ni...buat sy termenung sejenak..

trm ksh atas pkongsian ni kak..

Werdah said...

Salam deena.

Sama-samalah kita ambil iktibar ya. InsyaAllah.

Kunang-Kunang said...

Salam Sis Werdah,

Melihat pada gambar2 tu memang mengerikan. Apa yang berlaku di Iceland sangat menginsafkan.

Banyak sungguh perkara-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini sudah berlaku.

Bencana alam berlaku di sana sini. Nampak sungguh dunia dan tua dan akhir zaman dah terlalu hampir. Tanda2 kiamat dah banyak berlaku.

Werdah said...

Salam Ani.

Boleh dikatakan kerap sangat berlaku bencana sana sini.

Sesungguhnya itulah yang diperingatkan oleh Allah kepada kita supaya bersedia dan menjadikan segala yang berlaku itu sebagai iktibar.

suharina said...

Assalamualaikum...
Gambar-gambar ygg dipaparkan adalah ujian bt kita...mungkin selama kita berada di bumi ini..hidup kita senang..hingga lupa pada Pencipta..bila berlaku satu kejadian kita akan kembali mengingati Allah...semoga kita semua tergolong dalam golongan yg beriman aamiin...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam suharina

Begitulah yang perlu kita ingat. Ketika senang atau suusah kita perlu rasa kehadiran Allah, kebesaranNya dan mengambil iktibar atas segala kejadian. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahNya.

Prima Gustia said...

Kita Hanya Hamba....Hanya DIA lah Tuhan yang Maha ESA,

Prima Gustia said...

Kita Hanya Hamba....Hanya DIA lah Tuhan yang Maha ESA,

wanie mimok said...

Mohon share ye kak.. terkesan sya membacanya

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails