Saturday, September 18, 2010

Insaf



Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosaku masa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan ku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laa ilaha illAllah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya...
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku...

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

~
~
~

Allah berfirman dalam surah Taha [20] ayat 124 hingga 127, maksudnya :
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan
himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124)
Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta,
padahal aku dahulu melihat? (125)
Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan
Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan
demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. (126) Dan
demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman
kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat
itu lebih berat dan lebih kekal". (127)

Penuhilah jiwa kita dengan takwa (lakukan taat dan jauhi larangan).. petikan TANYALAH USTAZ pagi tadi di TV9... dengan tajuk JIWA KOSONG

4 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Di hari raya ke 9 bsaya membuka pc. Badan kurang sihat sikit. Semoga kak Werdah berada dalam kesihatan yang baik.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani.

Kak Alhamdulillah sihat seperti biasa, tidak bertambah mudharat.

Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat Ani dan buat kita semua.

Terima kasih kerana selalu mendoakan kak.. Allahumma Amiin

penjejak maya said...

salam,

semoga kita mendapat keampunan-Nya dan ditempatkan di syurga milik-Nya jua..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam PM.

InsyaAllah, semoga kita mendapat rahmatNya, selalulah bermunajat memohon keampunan..