Sunday, July 22, 2012

Tadabbur Ayat Surah at-Tahrim



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum.

Dimaklumkan bahawa saya pernah berkongsi satu kuliyah iaitu
 seperti yang dicatat dibawah.. namun setelah beberapa lama dalam N3 tiba-tiba saya dapati ada virus
lalu saya delete video tersebut .

Harapan saya bila letak link seperti di bawah ini tiada lagi masalah:
http://www.youtube.com/watch?v=3-3xX9SvSgg


Saya mohon maaf kerana terpaksa delete kerana masalah virus tersebut.. dan mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang memberikan komen kerana terlupa menyalin komen-komen berkenaan.

 Di bawah ini catatan lama:
Dikongsikan di sini kuliyah ustaz Dr Abdul Basit.. 
Kuliah Subuh di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Jalan Damai Bakti, KL. 

Tajuk: Tadabbur Beberapa Ayat daripada Surah At-Tahrim yang menyentuh tentang kekeluargaan... dan diikuti dengan Persiapan Menyambut Ramadhan..

Selamat Berpuasa, beramal dan mentadabbur.

***********

Di bawah ini saya hanya catat tentang tadabbur ayat daripada surah at-Tahrim.  diharapkan anda pembaca dapat menonton selanjutnya tentang persiapan Ramadhan serta penerangan (tadabbur)  ayat-ayat berkaitan  puasa. 

Apa yang menyentuh perasaan ustaz ni ialah ayat yang dibaca sebelum ini iaitu ayat 6 hingga ayat 11 surah At-Tahriim. Surah ini  membincangkan hal kekeluargaan.

Menceritakan kepada kita tentang keluarga Nabi Muhammad saw kemudian diikuti dengan hal 2 kumpulan manusia, iaitu kisah 2 isteri nabi ( isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut) dan diakhiri dengan kisah isteri Firaun.

Elok tadabbur untuk memotivasikan diri kita.. rujuklah tafsir.

Allah ulang ya ayyuhalazina 4 kali bertururt2 kemudian diikuti dengan daraballahu mathalan..
  
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahriim 66:6)

Ayat ini ditujukan kepada kita dan keluarga kita. Ini menunjukkan merangkumi satu keluarga. Satu peringatan besar buat kita.. ada terdapat orang yang selalu ke masjid, isterinya juga ke masjid dan kuliyah tapi ahli (anak-anak) tidak diperhatikan. 

Ustaz ingatkan jika kita baca dan perhati ayat ini  kenangkanlah diri anak-anak kita.. cek sendiri seorang-seorang.. solat ke tidak.. tutup aurat ke tidak.. adakah terlibat dengan kes riba dsbnya. Akhir ayat Allah sebut dengan detail tentang malaikat.. Allah suruh jaga keluarga.. kena ingat siapa yang akan jadi bahan api neraka?.. Itulah manusia dan batu-batu yang disembah oleh manusia.. Tugas para malaikat pula ialah mengawal, malaikat pula bengis, kasar dan menurut saja segala perintah. Ini malaikat Zabaniyah.

Ustaz tanya.. Terasa ke tidak dengan yang ini.. adakah aku nak campakkan anak aku ke neraka?.. betapa besar tanggungjawab kita menjaga anak-anak kita daripada api neraka..  sebagaimana kita takut anak kita main api terbakar tangannya.begitulah hendaknya kita takut anak kita tercampak dalam api neraka. wal'iyazubillah. adakah kita tidak takut sekiranya kita tak dapat jaga diri dan jaga diri anak-anak  sekeluarga .. apabila cuai dalam mendidik mereka, kita juga  akan masuk ke neraka.

Kemudian ayat kedua.. malaikat akan bercakap dengan orang-orang yang kufur.

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan". (At-Tahriim 66:7)

Kepada orang-orang yang ingkar kepada Allah SWT, Allah mengingatkan bahawa pada hari kiamat nanti malaikat akan berkata tiada lagi hujah kerana sudah terlambat.

Manakala kepada orang-orang yang beriman pula dikatakan kepada mereka;

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahriim 66:8)

Jadi dengan kedatangan bulan Ramadhan ini iaitu Nabi kata Allah SWT ada senarai hamba-hambaNya yang akan dibebaskan daripada api neraka. Oleh itu jangan berputus asa. Hidup ini merupakan ujian. Hendaklah sentiasa bertaubat. Sempena kedatangan Ramadhan ini carilah kesempurnaan di dalamnya.

Ayat ke 9 pula ayat menyuruh berjihad.

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(At-Tahriim 66:9)

Ayat ke 10 

Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". (At-Tahriim 66:10)

Di sini bukanlah Allah SWT hendak menghina nabi Nuh dan nabi Lut, tetapi Allah nak kita sedar bahawa kalau isteri nabi pun tak mahu ikut nabi inikan pula keluarga kita orang biasa. Jangan pula kata "isteri nabipun tak elok perangainya, (sepatutnya isteri nabi eloklah perangainya)". Jika kata begini.. namanya bukanlah tadabbur atau memahami sebagaimana yang Allah hendak kita fahami.

Ayat 11 
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim"; (At-Tahriim 66:11)

Misalan isteri Firaun ini.. ajaib, sebab beliau tinggal dengan Firaun (di istana orang kafir yang mengaku pula Tuhan). Ketika hukuman dikenakan Asiyah isteri Firaun ini mohon dibina istina di syurga. Ketika hampir ajal beliau tersenyum kerana ditunjukkan kepadanya istana di syurga yang disediakan untuknya. Itulah balasan buatnya yang beriman. 

Ini adalah peringatan besar buat kita bahawa hidup kita ini merupakan belas ihsan daripada Allah 'Azzawajalla. Jadi bila kita baca ayat-ayat ini, ingat kisah nabi Nuh dan Nabi Lut jangan kita lupa kepada doa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengajar kita berdoa untuk anak-anak kita; "Ya Allah jauhkanlah aku dan anak-anak aku daripada sembahan berhala". Nabi khalilullah inipun bimbang jika keturunannya terikut-ikut dengan umat-umat terdahulu.

Ustaz nasihatkan agar amalkan baca doa ini di samping satu lagi doa nabi Ibrahim; "Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga dengan zuriat keturunanku.... "

Ambillah beberapa ayat al-Quran dan tadabbur.. ustaz galakkan tadabbur surah Qaf..

Mudah-mudahan memberi manfaat.. amiin

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tak kisahlah Kak Werdah yg dah terdelete tu nak buat macam mana.

Malam bila ustaz Muhammad Abdullah diundang dlm saol-jawab (semanis Kurma)hal berkenaan suami-isteri. Baru lagi. Siap dia pesan kalau sayang maka kena sama-sama jaga suami/jaga isteri/anak-anak kerana bahagia bukan utk di dunia mesti mahu semuanya masuk syurga sama-sama. Jadi sama-sama ikut apa yg disuruh dan jauhi yg dilarang.

Werdah said...

Salam kakzakie..

Masa kesan virus tu rasa sedih pula nak buang n3 tu..tak tau nak selesaikan masalah tu..apalagi lepas scan pun keluar lagi maybe ada virus..jadi kak werdah copy n3 tu simpan dalam draft..cuma lupa nak copy komen-komen..betullah nak buat macam mana dah terdelete namun terasa kesal pula..antara yang memberikan komen termasuklah kakzakie.

Tadi keluarkan semula daripada draft..sebab yang ni kena ingat selalu.. Nak kena sabar juga dalam berpesan-pesan.

aby said...

salam kak werdah ..
rasenya beberapa thn lalu TV3 selalu memaparkan ayat 6 surah tahrem ni sebagai penanda masuk waktu solat ..
psl membentuk keluarga supaya dijauhi dari penghuni neraka ..
memang kadang kita rasa tk dapat nak bentuk diatas kelemahan atau kekurangan pd diri sendiri ..
namun bila ada kisah2 nabi lut dan nabi noh seperti yg kak tulis,
seperti kisah nabi ayub yg juga ditinggal isteri sbb penyakitnya yg berpanjangan, begitu juga dgn kisah nabi yakub yg ditipu anak2 nya mengatakan yusuf telah dimakan serigala .. nabi2 juga diuji dalam menjaga dan membesarkan keluarga mereka .. cuma yg kita perlu belajar dari mereka adalah tk putus meminta dan mengharap dari allah swt supaya dapat kita beroleh kemenangan dalam membentuk keluarga supaya mereka dijauhi dari api neraka ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby


Ya aby.. kisah-kisah dalam al-Quran diberitahu untuk kita ambil iktibar.

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."
(Yusuf 12:111)

Ya, setiap manusia diberikan ujian, namun ujian untuk para nabi dan rasul sangat besar dan banyak pula.. nak banding dengan kita kan.

Walaubagaimanapun mendidik anak kita juga merupakan ujian buat kita. Kita kena berusaha sungguh-sungguh mengingatkan mereka kan disamping berdoa banyak-banyak, kemudian baru boleh bertawakal. Bimbang sangat aby bab ni.

Komen aby terdahulupun kak tak simpan.. maaf ya..

Its Me Jan said...

Menangis saya..