Friday, October 22, 2010

HURUN 'AIN


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Salah satu kenikmatan hidup di dunia ialah apabila Allah menciptakan wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita.

Antara keduanya ada perasaan tarik menarik. Daripada perasaan itu timbul pula rasa cinta mencintai hingga wujud kehidupan yang bahagia.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum [30 ] : 21)

Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu pemberian Allah SWT yang lebih baik sesudah iman dan taqwa daripada isteri yang baik. Jika disuruh ia mentaati, jika melihat kepadanya melapangkan hati, jika bersumpah kerananya dia menolong menepati, jika berada jauh dia menjaga dirinya dan harta suaminya."

Sebagaimana di dunia begitulah pula di akhirat. Salah satu kesenangan dan kebahagiaan yang Allah sediakan selepas kesenangan dan kebahgiaan yang tertinggi iaitu melihat wajah Allah ialah Allah SWT menciptakan pasangan (zaujah) masing-masing.

Tidak sedikit ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi menerangkan tentang keistimewaan zaujah ini.

Menurut sebahagian besar para ulama' pasangan ini (bidadari) Allah ciptakan untuk lelaki dan juga wanita, dan ini disebut bidadari atau wanita syurga. Jadi persoalannya adakah nanti untuk wanita disediakan bidadari seperti juga yang disediakan untuk keum lelaki. Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Dato' Hassan Din al-Hafiz ialah lelaki dan wanita akan dapat bidadari syurga yang akan melayan segala kehendak di syurga nanti.

Dinyatakan juga bahawa wanita dalam syurga ada dua golongan, pertama wanita-wanita dunia yang masuk syurga dan kedua, wanita-wanita yang Allah ciptakan dalam syurga yang tak pernah hidup dalam dunia ini. Itulah yang disebut HURUN 'AIN atau yang disebut sebagai BIDADARI. (al-Waaqi'ah [56] : 22)

Jadi orang lelaki akan dapat bidadari (isterinya yang masuk syurga, jika sampai 10 orangpun masuk syurga dia akan ketemu kesemua sepuluh itu) serta bidadari yang telah disediakan di syurga. Di sana tidak ada cemburu. Tentang wanita pula saya kurang jelas dengannya tetapi saya faham bahawa akan dapat pasangan daripada suami kita di dunia yang masuk syurga dan dapat bidadari syurga.


Antara ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan keadaan bidadari syurga ialah:

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (As-Saaffaat [37] : 48-49)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad [38] :52)

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (at-Tur [52] : 20)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (Ar-Rahmaan [55] : 56)

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata yaqut dan marjan (delima dan marjan). (Ar-Rahmaan [55] : 58)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70)

Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Ar-Rahmaan [55] : 72)

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahmaan [55] : 74)

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (Ar-Rahmaan [55] : 76)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Al-Waaqi’ah [56] : 22-23)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari-bidari) mereka dengan ciptaan istimewa,Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi’ah [56] : 35-37)

Gambaran Bidadari dalam Hadis

Berkata Ibnu Mubarak daripada Ibnu Abbas ra; ia berkata pada suatu hari, kami duduk bersama Ka'ab, lalu ia berkata: "Sekiranya sebuah tangan daripada Bidadari itu dijulurkan dari langit, akan terang benderanglah seluruh permukaan bumi sebagaimana matahari meneranginya bagi penduduk dunia." Kemudian ia berkata; "Kalau demikian keadaan tangannya sahaja bagaimana pula dengan mukanya, putihnya dan ayunya".

Berkata Atha' as-Sulamy kepada Malik bin Dinar: "Ya Abu Yahya, di dalam syurga Bidadari-bidadari mempertontonkan kecantikannya kepada ahli syurga. Sekiranya Allah SWT tidak menentukan bahawa ahli syurga tidak akan mati selamanya, sudah tentu ahli syurga akan mati setelah melihat wajah bidadari yang luar biasanya (kerana terperanjat)."

Daripada Ahamd Ibnul-Hawary: "Seorang yang arif bijaksana pernah menemui seorang yang arif dan bijaksana yang lain lalu berkata: "Rindukah engkau terhadap bidadari?" Dijawabnya; "Tidak". Berkata lagi yang menanya tadi : "Tidak rindukah engkau akan Bidadari kerana sinar wajahnya ialah Nur Allah 'Azza wa Jalla." Mendengarkan itu yang ditanya jatuh tersungkur kerana pengsan.

Ath-Thabarany menuturkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Al-Hassan, daripada ibunya, daripada Ummu Salamah ra, dia berkata, “Saya berkata:

"Wahai Rasulullah! Jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Baginda menjawab: "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung merak.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “Laksana mutiara yang tersimpan baik.” - (Al-Waqi'ah [56] : 23). Baginda menjawab: "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku firman Allah: “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70) Baginda menjawab: "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi : Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung kasawari) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Saaffaat [37] : 49) Baginda menjawab: "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Jelaskan padaku firman Allah, “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah [56] : 37) Baginda menjawab: "Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: "Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Mu'az bin Jabal; Berkata Rasulullah saw: "Bila seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini, maka berkata Bidadari yang bakal jadi pasangannya di syurga: "Janganlah engkau sakiti dia, kemarahan Allah atasmu, ia di sisimu hanya sementara, jika ia menceraikan kamu ia akan kawin dengan kami". Daripada hadis ini masing-masing Bidadari itu sudah mengetahui siapa lelaki yang masih hidup akan menjadi pasangannya kelak.

Daripada pelbagai sumber.

12 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Seronok baca kisah-kisah dalam sorkan yer kak. Ia juga merupakan motivasi kepada kita untuk beribadat dengan lebat baik dan lebih ikhlas kerana Allah.

Saya pernah mendengar ceramah dari seorang ustazah katanya kita wanita ni pun ada diberikan ganjaran bukan bidadari tapi di sebut 'ghulam', maksudnya lelaki muda melayani wanita solehah di sorga.

Wallahuwa'lam.

Acik Erna said...

terima kasih dengan kongsi kisah2
yang bermanafaat untuk dijadikan panduan..mengingatkan sesama kita supaya tak mudah lupa..

aby said...

salam k werdah,

berade d syurga memang sumenye menarik dan indah belaka,
cume nk menempatkan ke situ yg janji tanda tanye ..

selalu di dengar di kuliah2, kate2 saydina omar,

kalau semua umat muhammad masuk syurga cume seorg saja masuk neraka, aku takut yg seorg tu adalah aku ...

bayangkan insan yg sehebat saydina omar masih ade ketakutan, inikan pule org2 mcm kite ni ...

apepun tq atas paparan tu ..

Werdah said...

Salam Ani.

Semoga Ani juga sihat dan diredhaiNYA.

Membaca dan mendengar tentang syurga membuatkan kita rasa ingin memperbaiki diri. Kita bimbang apakah kita layak mendapatkannya. Namun benarlah apa yang Ani cakap, semuanya adalah khabar gembira yang Allah sampaikan supaya kita tidak mengabaikan peringatannya.

Tentang ghulam, baru kak teringat, ada disebut dalam surah al-Waaqi'ah 'wildanun mukhalladun, pelayan syurga, barangkali itulah ghulam.

Werdah said...

Salam Kak Erna.

Sama-sama kita mengingatkan semoga segar dalam pemikiran kita sekaligus kak Erna juga mengingatkan kak di sini agar amal seiring dengan ilmu.Terima kasih.

Werdah said...

Salam aby.

Kak juga mendengarkan hal itu, dikatakan juga Saidina Abu Bakar berkata hanya sebelah kakinya sahaja yang dapat masuk ke syurga. Bayangkan sahabat-sahabat nabi yang begitu ikhlas dan mulia itu merasa bimbang, apakah kita hanya sekadar menghayalkannya.. semoga kita beroleh kekuatan mengejar jannah.. Allahumma Amiin

mail lambong said...

salam

coretan yang menarik.tq

Werdah said...

Salam faisal

Alhamdulillah, diberi kekuatan menulis lagi..

ibuintan said...

tahniah kak... sudi berkongsi info yang tentunya memakan masa untuk dikumpul dan ditulis

Werdah said...

Salam ibuintan

Alhamdulillah, ada kekuatan untuk menulis, mengisi ruang masa, kadang-kadang berbaring tanpa berbuat sesuatu agak membosankan.

Mudah2an Allah memberi kita kekauatan dalam perjalanan menujuNya.

Terima kasih sudi baca

Unknown said...

Salam akak..saye seronok mmmbace sbb nama yg diberi oleh ibu ayah saya ialah Nur Hurun Ein

Unknown said...

sis, kalu kurang jelas, sila kaji banyak2.