Saturday, July 31, 2010

sentuhan qalbu

Bismillahirrahmanirrahim.

Sungguh tersentuh dengan youtube di bawah ini:



Sebahagian yang dapat ditulis:

Diriwayatkan ketika baginda Rasululllah saw berkumpul di antara para sahabat, baginda bertanya, siapakah yang mulia di sisi Allah, para sahabat terdiam, lalu ada seorang sahabat berkata, para malaikat ya Rasulullah, baginda berkata ya, mereka itu dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasabih dan beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tetapi bukan itu yang ku maksudkan, tiba2 seorang sahabat bertanya, Rasulullah!, tentulah para nabi itu mulia, nb tersenyum, baginda berkata, ya bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi bukan itu yang aku maksudkan, kemudaian para sahabat bertanya, apakah kami ya Rasulullah!, apakah kami yang mulia itu ya Rasulullah. Bayangkan baginda memandang para sahabat dan tersenyum, tentulah kalian mulia krn kalian membantuku, tetapi ada lagi yang lebih mulia.

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak tahu berkata apa-apa lagi, lalu bayangkan tiba2 nb menundukkan wajahnya, bayangkan baginda tiba2 menangis di hadapan para sahabat, para sahabat bertanya mengapa engkau menangis ya Rasulullah, lalu bayangkan baginda mengangkat wajahnya dan nampaklah air mata membasahi janggutnya lalu baginda berkata, sahabatku tahukah kalian siapakah yang mulia itu? Mereka adalah manusia yang akan lahir jauh setelah wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian mereka tidak pernah melihatku, tetapi mereka begitu rindu kepadaku, akupun rindu kpd mereka, mereka yang mulia itu adalah ummatku!, ummatku! bayangkan ketika itu baginda menitiskan airmata, sahabatpun menanagis.

Lalu tuan2! puan2!, siapakah yang dirindui nabi Muhammad saw, siapa yang didoakan oleh baginda setiap waktu? demi Allah sekarang tolong tanya diri sendiri, sudahkah mencintai nb Muhammad saw, bayangkan siapa ikon tuan2!, puan2!, ikon anak2, idola sdr2mu, lihat bagaimana anak2 kita sudah lupa kpd nb Muhammad saw... tontonilah selanjutnya,

8 comments:

aby said...

salam k werdah ..

senang jer nk kite ukur kecintaan kite kpd nabi saw..

berape banyak kite tau tentang beliau ..
sape name isteri2 beliau,
sape name anak2 beliau,
sape bape2 mertua beliau ..peristiwa2 penting beliau ..
dan sape2 sahabat2 beliau ..
sekadar yg asas jer ..

klu artis dan ahli sukan kite boleh tau depa2 punya detail ..
inikan pule nabi,
insan yg mengenalkan kite kpd bertape indah nye syurga dan bertape azabnye neraka ..

saye sendiri masih tergolong dalam yg masih kurang mengetahui baginda.

allahhumasolli ala muhammad waalaalihi sayyidina muhammad

Werdah said...

Salam aby.

Sangat benar kenyataan aby tu.

Sangat mendukacitakan kak juga , walaupun banyak membaca buku-buku sirah baginda tetapi menghayatinya belum sepenuhnya.

Itulah yang sangat-sangat menyentuh hati.

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga orang di sana ceria
dan sihat selalu..

Anonymous said...

Salam Sis Werdah,

Semoga kita sama-masa sentiasa berselawat kepada Baginda sebagai tanda kasih dan rindu kita kepada belia.

Semoga kita semua mendapat shafaat dari Baginda.

Werdah said...

Salam Zulkbo.

Terima kasih kerana bertandang lagi.

Kak, alhamdulillah sihat dan ceria.

Werdah said...

Salam Ani.

InsyaAllah kita amalkan berselawat kepada baginda.

rosnanie said...

salam kak werdah...semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik oleh Allah... selamat menjalani ibadah puasa..semoga ibadah kita akan menjadi ibadah yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya

Werdah said...

Salam Nanie.

Terima kasih kerana mendoakan kesihatan yang baik buat kak. Alllahumma Amiin.

Selamat berpuasa dan beramal juga buat nanie.