Thursday, February 9, 2012

Tentang Usia


Bismillahirrahmanirrahim

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad tercinta, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia.

Perlukah kita diberitahu bahawa usia atau umur atau masa merupakan modal utama yang Allah bekalkan kepada kita?

Perlukah kita diberitahu bahawa modal ini Allah berikan percuma untuk kita guna bagi meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat?

Tahukah bahawa siapa yang menggunakannya untuk berbuat maksiat dan dosa maka dia benar-benar celaka dan rugi?

Sebaliknya siapa yang menggunakan waktu untuk beribadah dan mengerjakan kebaikan dia mendapat  keuntungan?

Fikirkanlah! Sudahkah kita memanfaatkan umur kita dengan baik?

Apakah kita sudah menggunakan umur kita dengan melakukan ibadah? Atau berbuat maksiat?

Bukankah kita harus menjalani hidup kita dengan baik?

Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan umur kita dan Allah tidak main-main dalam hal ini. Allah mengingatkan kita:

A115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) secara main-main(saja-saja) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun 23:115)

Allah mengingatkan kita supaya tidak sambil lewa dalam menjalani kehidupan. 

Seringkali kita mensia-siakan umur kita untuk melakukan perkara yang kurang bermanfaat. Kita turuti nafsu seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. Bukankah kita rugi jika kita jalani hidup kita tanpa makna. Setiap detik kita akan dipertanggungjawabkan kelak di sana:

A036


Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (Al-Qiyaamah 75:36)

Kadang-kadang ketika khilaf kita melakukan kesilapan dan kita tidak cepat meminta ampun dan bertaubat kerana menyangka kita masih muda, pada hal kita sepatutnya melakukan kebaikan sejak kita kecil atau masih muda lagi serta dibina terus menerus hingga ajal menjemput kita. Bukankah kita harus berbuat baik dan meninggalkan larangan tanpa memandang usia?

A012


"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya hikmah (kebijaksanaan) semasa ia masih lagi kanak-kanak. (Maryam 19:12)

Nabi Yahya as, meskipun masih kecil; Allah memberikan kepercayaan kepada baginda. Maksudnya Allah tidak menganggap bahawa usia menjadi penghalang untuk seseorang berbuat baik ataupun maksiat. Para mufassir (jumhur) berkata : "Allah memberikan nabi Yahya hikmah pada hal pada masa itu baginda masih kecil, suatu hari sebelum kenabiannya; datang kanak-kanak sebaya dengannya mengajak bermain. Nabi Yahya berkata : "Demi Allah! kita tidak diciptakan untuk bermain-main dan bersenda gurau".

Sesungguhnya kisah nabi Yahya ini patut kita jadikan renungan. Biarpun  masih kecil baginda sudah boleh memanfaatkan umurnya untuk melakukan ketaatan. Ini sesuai dengan hadis berikut:

"Ketika ilmuku tidak bertambah setiap hari dan tidak mendekatkan diriku kepada Allah, maka tidaklah aku diberkati dengan terbitnya matahari saat itu" (HR Tabrani, Ibnu 'Adiy dan Abu Nu'aim)

Semoga hadis ini dapat kita jadikan sebagai bahan motivasi agar kita melakukan kebaikan dan perubahan pada setiap saat. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jika ibadah semakin meningkat ilmu pula semakin bertambah. Keberkatan pula bermaksud bertambahnya kebaikan.

Hassan al-Basri pernah berkata, "Wahai anak Adam! sesungguhnya kamu merupakan kumpulan hari. Jika satu hari terlewat begitu sahaja maka terlewtlah bahagianmu. Ketika bahagianmu telah lewat maka terlewatlah seluruh bahagian dalam dirimu. Tidaklah datang suatu hari yang matahari terbit di dalamnya, kecuali ia berseru; "Wahai anak Adam! aku adalah makhluk baru yang akan menjadi saksi atasmu. Maka raihlah aku kerana aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat".

Sebenarnya umur kita sangat pendek dan cepat berlalu. Nabi pernah berkata kepada Ibnu Umar sambil memegang bahunya:

"Hai Abdullah! jadikanlah dirimu seolah-olah orang asing di dunia ini atau orang yang melintasi di jalan sahaja". (HR Bukahri)

Nota ini adalah untuk mengingatkan diriku dan diri pembaca sekelian. Sudahkan kita bersedia? Sungguh takut mengenangkannya. Semoga dapat dijadikan bahan renungan untuk penambahbaikan dalam perjalanan menuju ke negeri abadi.

2 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Benar kita sekarang sedang tinggal di bumi yg sekejap benar dan meniti utk menuju ke dunia yg kekal...

Sentiasa mencari dan berusaha membawa bekal sebanyak mungkin sebelum titian berakhir..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Benar kakzakie, pejam celik dah nak masuk pertengahan februari dan tak lama lagi sedar-sedar tamat 2012... sekejap sahaja...tapi entah sampai ke tidak kan? Allah je Yang Mengetahui bila penamat kehidupan semntara ini...

Mudah2an kita sentiasa ingat Allah...

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails