Friday, July 6, 2012

Untuk Orang-Orang Yang Bertaqwa


Sumber Gambar - APA ITU TAQWA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Segala puji bagi Allah pemilik alam semesta mentadbir sendirian. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad rahmat bagi sekelian alam, keluarga serta para sahabat. 

Allah berfirman:

A045

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa  ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga (berada dalam taman-taman syurga) dan dekat dengan mata air-mata air yang mengalir. (Al-Hijr 15:45)


A046

(Mereka dipersilakan oleh malaikat / dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". (Al-Hijr 15:46)


A047
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam ( perasaan hasad dengki)  yang ada dalam hati mereka daripada sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas dipan masing-masing. (Al-Hijr 15:47)

A048

Mereka tidak akan disentuh rasa lelah (susah payah) dalam Syurga itu, dan mereka pula sekali-kali  tidak akan dikeluarkan daripadanya. (Al-Hijr 15:48)

Inilah akhir daripada perjalanan manusia dan di sanalah puncak nikmatnya. Suatu kenikmatan yang besar kurniaan Allah SWT. Syurga yang dibangunkan hanya untuk orang-orang yang bertaqwa, bukan yang lain. Tidak ada campuran antara penghuni-penghuninya. Ini khusus untuk orang-orang yang bertaqwa semasa hidup di dunia, biarpun semasa berada di dunia mereka hidup bercampur dengan manusia-manusia yang ingkar. Walaupun mereka hidup dalam masyarakat majmuk namun mereka memegang erat taqwa. Mereka tidak mengharapkan keduniaan sahaja. Mereka hidup menuntut kebaikan di akhirat dan dengan sebab mereka pegang teguh akan taqwa maka Allah melimpahkan rahmat dan menempatkan mereka di syurga.

A030

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa(Al-Nahl 16:30)

Segala sesuatu yang datang daripada Allah SWT untuk orang-orang yang bertaqwa adalah hal-hal kebaikan. Tidak ada yang tidak baik. Mana ada tempat yang labih baik daripada syurga. Jadi mengapa jemu untuk memiliki taqwa?

Penulisan untuk mengingatkan diri ...

14 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik...aamiin

Insan bertakwa adalah kekasih Allah, diberi kelebihan dan rezeki dari telaga sumber~Nya yang tiada bertepi. Kehebatan sifat takwa membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak.

Terima kasih kerana mendoakan kak di sini. Semoga dirimu juga beroleh rahmat dan redha Allah SWT dan diberikan kebaikan yang banyak.

Benar apa yang dikatakan itu. Ini selari dengan firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 46 hingga 48 yang bermaksud:


Dan orang yang takut (akan saat menemui Tuhannya) akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga,Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.

Sebahagian ulama' menyatakan DUA SYURGA yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah syurga di dunia dan syurga di akhirat. Di dunia tiada lintasan muram dan di akhirat berganda-ganda kebaikan yang dikurniakan kepada orang-orang yang bertaqwa.

aby said...

salam k werdah ..
tk beberapa hari kita akan diuji ketaqwaan kita ..
ramadan menjelma ..
diakhir ayat ibadat puasa ada ayat berbunyi,
la al lakum tat takun ..
semoga dengan mengerjakan ibadat puasa kita akan jadi org yg bertaqwa ..
dalam sebulan tu kita akan menjaga diri dari sifat2 mazmumah ..
insyallah ...

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Ya aby, itulah seruan langsung daripada Allah SWT agar jangan sampai hati kosong tanpa takwa. Dengan berpuasa takwa yang bersemayam dalam kalbu makin mantap. InsyaAllah.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Namun dalam dunia hari ini taqwa bagai diabaikan tanpa rasa takut/segan silu.

Moga kita tergolong kalangan org yg bertaqwa.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Begitulah juga harapan kak, ingin sangat tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

Leadership Developmant Training said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Werdah said...

Salam ukhwah Leadership Developmant Training.. saya dah kunjung ke sana.

Terima kasih turunkan kata-kata motivasinya di sini.

insan_marhaen said...

apabila ditanya oleh ubai bin kaab tentang apa yang saidina umar akan buat bila melalui jalan yang berduri, umar r.a menjawap;

aku akan melangkah dengan hati-hati.

balas kaab;

itulah TAQWA!

ummu said...

salam kak werdah
salam ziarah akak,
akak apa kahabr?
terima kasih atas perkongsian akak ini

Werdah said...

Salam IM

Ya, orang-orang yang bertaqwa begitu berhati-hati dalam semua tindakan agar dia selalu taat akan perintah dan larangan di samping itu kita boleh perhatikan bahawa ada 5 ciri orang-orang bertqwa yang Allah sebutkan dalam ayat 3 hingga 4 surah al-Baqarah yang maksudnya: "Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat."

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ummu

Terima kasih Ummu datang jengok mak cik.. Makcik alhamdulillah'ala kulli haal.. harap Ummu sihat dan sejahtera di sana ya.. InsyaAllah nnt kita berbual.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah...

Kakak datang sini dihari kedua bulan ramadhan ini. Moga ramadhan ini lebih baik dari yg lepas-lepas.

Selamat menjalankan ibadah puasa kak werdah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Ya, sekejap je dah dua hari akan digenapkan.. semoga kita dapat tingkatkan amalan dan capai apa yang diharapkan.. ketakwaan.

Allahumma amiin

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails