Monday, August 27, 2012

Perkara Ajaib Dunia Yang Ke Lapan!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Masih dalam bulan Syawal.. semoga dapat meneruskan amal baik yang membawa kita menuju ke syurga dengan mengikhlaskan niat kerana Allah SWT.

Benda pelik atau ajaib dalam dunia orang kata ada tujuh.. tapi ada satu lagi yang ustaz tambah.. boleh lihat dan dengar... semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang menentang syari'at Allah.. Amiin




Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak daripada mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.




Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak daripada mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).




Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).



(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).



Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.



****************
Kepada semua pengunjung Nota Untuk Diri.
Diucapkan Selamat BerHari Raya , agak lewat kerana hari ini dah 8 Syawal.. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga Allah menerima amalan kita dan

mengampuni segala dosa serta
dipelihara daripada Api Neraka.
Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin..

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Selamat hari Raya untuk Kak Werdah sekeluarga.

Semoga akak sihat.

Terima kasih berkongsi ilmu yang sangat baik ni.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. Semoga Allah terima amalan kita..amiin

aby said...

salam k werdah ..
menentang syariat allah memang tk boleh tp menentang perlaksaan disebabkan kelemahan perlakasana di dibolehkan ..

walau terlambat, selamat hari raya utk k werdah sekeluarga dan maaf zahir batin dari aby

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Benar aby.. sebarang kelemahan manusia perlu dirujuk kepada dua perkara yang ditinggalkan kepada kita..al-Quran dan Sunnah.. mudah-mudahan sebarang kelemahan diperbetulkan melalui kaedah yang benar-benar menjamin keselamatan umat di hari akhir nanti.. amiin

Terima kasih aby.. selamat hari raya maaf zahir batin daripada kak utk aby sekeluarga.

Aby..

Kak ke blog aby nak komen tapi berkali-kali taip kod.. tak dapat-dapat.. ada masalah kut.. kak cuba blog kawan yang lain.. pun sama.. takpa nnt kak insyaAllah cuba lagi..

aby said...

salam kembali k werdah ..
tk tau pula ada word verification kt blog ..
sama juga dengan aby kadang2 kod ni buat kita tk jd buat reply sbb asyik kena reject jer ..
mcm mane ni buang kod tu yer ..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Maafkan saya, terlambat nak komen di sini.

Selamat Hari Raya Kak!
Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata di sepanjang saya melayari blog kakak.

Untuk perhatian Kakak....Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang lepas sempat saya khatam Taksir Al-Quran Bahasa Melayu di blog kakak. Ada terdapat kekurangan padanya iaitu terdapat beberapa ayat di dalamnya tidak berbaris dan salah eja pada terjemahan. Saya tidak sempat mencatat kesemuanya namun ada memberitahu pihak Projek Surah.My tentang kekurangan tersebut.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Untuk hilangkan word verification tu aby ke design kemudian klik setting.. di bawah setting tu ada Post and comments.. klik di situ akan keluar antaranya show word verificatian.. aby klik never..

Harap dapatlah aby selesaikan masalh tu.. insyaAllah

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Abd Razak

Selamat Hari Raya juga buatmu.
Harapan kakpun begitu juga,jika ada terkasar bahasa harap dimaafkan. Rasanya bagi pihak Abd Razak tak adalah yang menyinggung perasaan kak.

Alhamdulillah kerana Abd Razak telah menyemak terjemahan tu. Kak ada terperasan tentang terjemahan. Ada yang tidak sama dengan yang kak dengar daripada kuliyah dan kitab tafsir. Sedapatnya kak edit ikut yang kak dengar dalam kuliyah dan tafsir lain tetapi banyak juga yang terlepas tak edit.

Tentang tanda ayat tak pula kak perasan. Terima kasih ya kerana memaklumkan kak dan juga pihak Projek Surah.my tentang perkara ini. Adalah diharapkan pihak mereka akan dapat membuat pembetulan..

Semoga selepas ini kak lebih berhati-hati. InsyaAllah

Semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak buatmu.. Amiin

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Kak Werdah... kakak lambat datang sebab keluarga kakak sedang diuji Allah..

Betul keajaiban ke 8 ini jelas di depan mata kita sekarang. Lahir saja sebagai Islam tapi menentang hukum Islam. Moga kita dikuatkan iman

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Kak werdah pun jarang dapat bw sebab keadaan pinggang ni seperti meminta kak werdah rehat daripada berblog.

Kak werdah doakan agar segala ujian yang dihadapi oleh keluarga kakZakie dapat dihadapi dengan penuh hikmah. Percayalah setiap kesulitan bersamanya ada kemudahan. InsyaAllah

Benar kak Zakie, mudah-mudahan kita terdiri daripada kalangan orang-orang yang mendengar dan taat.. Aamiin

Mak Wardah said...

Werdah, perkongsian yang amat baik, saya datang sini tapi jarang komen, terimakasih. keep on updating ...

Werdah said...

Salam mak wardah

Semoga ada manfaatnya..terima kasih ya kerana membaca

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Kakak datang menjenguk. Rindu tazkirah baru dari Nota Utk Diri..

Moga Kak Werdah sihat.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Tak tau bila lagi boleh update nota ni..inipun guna telefon bimbit menaip sambil baring..terima kasih doakan kak werdah