Wednesday, December 9, 2009

Istighfar (Memohon Ampun) Ubat Sgl Masalah

Bismillahirrahmaninrrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.


ISTIGHFAR merupakan ubat kepada segala masalah:


Jika ingin jiwa tenang beristighfarlah kepada Allah. Allah berfirman :


وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ى وَيُؤۡتِ كُلَّ ذِى فَضۡلٍ۬ فَضۡلَهُ ۥ‌ۖ وَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ۬ كَبِيرٍ (هود:٣


"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)". (Q.S. Hud : 3)
.


Jika ingin badan yang sihat dan dipelihara daripada penyakit beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:



وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ (هود:٥٢

"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" (Q.S. Hud [11] : 52).


Jika ingin dilindungi dan dipelihara daripada bencana dan fitnah beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:


وَمَا ڪَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيہِمۡ‌ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ (لأنفال:٣٣


"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)". (Q.S. Al-Anfal [8] : 33)


Jika ingin mendapat pertolongan Allah, zuriat yang baik, anak yang soleh, harta yang halal dan rezeki yang banyak beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:


فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُ ۥ كَانَ غَفَّارً۬ا (١٠) يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارً۬ا (١١) وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا (١٢


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)". (Q.S. Nuh [71] : 10 - 12)


Jika ingin perlindungan Allah daripada kejahatan,bertambah kebaikan dan darjat yang tinggi , banyakkan beristighfar kepada Allah kerana FirmanNya:


وَقُولُواْ حِطَّةٌ۬ نَّغۡفِرۡ لَكُمۡ خَطَـٰيَـٰكُمۡ‌ۚ وَسَنَزِيدُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٥٨


"dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Q.S. Al-Baqarah [2] : 58).


Istighfar merupakan ubat yang mujarab dari segala dosa dan kesalahan, oleh sebab itu Rasulullah berpesan supaya sentiasa beristighfar.


Sesiapa sentiasa beristighfar Allah akan menjadikan jalan keluar kepada mereka yang kecewa. Allah akan membantu mereka yang dalam kesempitan dan akan memberi rezeki atau habuan tanpa had.

Banyakkanlah beristighfar kerana dengannya dapat menghilangkan perasaan duka, kerana beristighfar adalah penyembuh serta penawar yang mujarab..


Sumber: Blog peribadirasulullah

Monday, December 7, 2009

Suasana Alam akhirat (36) - Surah Luqman

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Kali ini ditulis tentang suasana pada hari akhirat dalam surah Luqman iaitu surah ke 31 dalam al-Quran Al-Karim.

"Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada". (23)

Dalam ayat 23 ini Allah menggembirakan Nabi Muhammad saw dengan menjanjikan; "Janganlah engkau wahai Muhammad, berdukacita jika ada sesiapa yang telah kufur lantaran mengingkari Allah dan mendustakan syari'at yang telah engkau bawa; kerana Allah berkuasa untuk berbuat sesuatu kepada mereka iaitu dengan mengembalikan mereka kepada Allah pada hari kiamat; lalu memberitahukan kepada mereka akan amalan yang dibuat semasa berada di dunia sehingga mereka tidak dapat menafikannya. Kemudian Allah akan menghukum mereka dengan mengenakan siksaan yang besar terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia yang tersimpan dalam hati manusia, sedikitpun tidak ada yang dapat disembunyikan daripada pengetahuanNya. Semuanya akan diberi balasan yang sewajarnya.

"Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat". (24)

Allah hanya akan memberikan kesenangan yang sedikit sahaja di dunia kepada orang2 yang kifur itu. Ini bermakna Allah menangguhkan hukuman kepada mereka buat sementara waktu, agar mereka boleh menikmati kesenangan, kemewahan dan mengejar kelazatan dunia yang pada akhirnya Allah akan memaksa mereka menerima siksaan yang berat sebagai balasan atas kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia.

Ayat ini samalah dengan ayat 69 dan 70 daripada surah Yunus surah ke 10 yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (69) (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan". (70)

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya daripada azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu sekali-kali diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (33)

Setelah Allah mengemukakan dalil ke EsaanNya dengan memberikan pelbagai contoh, diseruNya pula manusia supaya bertakwa kepadaNya dan takutlah akan hari akhirat. Pada hari itu Allah akan mengadakan pengadilan untuk menghukum hamba2Nya. Peringatan ini ditujukan kepada semua manusia, agar takut kepada kemurkaan Allah dan jangan sampai ditimpa kemurkaanNya kerana pada hari kiamat nanti tiada siapapun dapat menolong orang lain semasa dikenakan hukuman atau siksaan. Bapa tak dapat menolong anaknya; begitu juga anak tak dapat menolong bapanya; kerana urusan menghukum itu di tangan Allah; tidak berguna di sisi Allah apa jua jenis pertolongan yang biasa diberikan semasa di dunia. Hanya satu sahaja yang dapat menolong iaitu amalan salih yang telah dipersembahkan semasa berada di dunia dahulu.

Allah menguatkan suruhanNya dengan menyebutkan Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Kedatangan hari kiamat atau hari akhirat itu benar kerana Allah yang menjanjikannya, tidak sekali2 dimungkiri. Selain itu Allah mengingatkan dupaya berhati2 jangan sampai terpedaya oleh dua perkara iaitu:

1. فَلَا تَغُرَّنَّڪُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا
"Maka jangan sekali-kali diperdayakan oleh kehidupan dunia".
Yakni kemewahan dan kelazatan dunia dengan perhiasannya, menyebabkan ramai yang tertarik dan berebut2 untuk mendapatkannya. Janganlah kamu tertipu olehnya; apabila tertipu olehnya maka akan khayal sehingga terlupa mencari dan menyediakan bekalan dan persiapan untuk melepaskan diri daripada siksaan Allah iaitu bekalan berupa amalan salih.

2. وَلَا يَغُرَّنَّڪُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
"dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah".

Kerja syaitan adalah memujuk manusia dengan tipu daya supaya manusia berbuat maksiat. Syaitan pandai menggunakan kata2 yang manis membujuk dibisikkan ke hati pada hala isinya racun yang berbisa. Syaitan selalu berkata "Buatlah maksiat kemudian kamu boleh bertaubat selepas itu". Apabila berbuat maksiat syaitan terus lagi memujuk lalu kamu melupakan adanya hari akhirat sehingga tidak sempat lagi menyediakan bekalan, maka kamu lebih banyak membawa dosa daripada pahala.

Saturday, December 5, 2009

Suasana Alam Akhirat (35) : Surah As-Saaffat [37] - (Yang Berbaris)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Di bawah dihuraikan suasana alam akhirat seperti yg digambarkan dalam ayat2 mulai ayat 11 hingga ayat 68 dalam surah as-Saaffat.

Dalam surah as-Saaffat ini Allah menerangkan suasana hari kiamat/akhirat dalam pelbagai cara susunan dan keadaan. Dirangkaikan banyak peristiwa di dunia dengan peristiwa yang berlaku di akhirat. Peristiwa ini diulang2, namun begitu tidaklah jemu kerana peristiwa yang diulang2 itu adalah peristiwa besar, penting dan hebat. Semua peristiwa yg digambarkan itu tersusun secara teratur dan berkesinambungan daripada ayat 11 hingga ke ayat 68.

(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula). (11)

(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka) dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu). (12)


Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu. (13)


Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya. (14)


Serta mereka berkata: Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata. (15)


Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula? (16)

Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)? (17)

Jawablah (wahai Muhammad): Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina. (18)


(Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi). (19)


Dan (pada saat itu) mereka berkata: Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan! (20)


(Lalu malaikat berkata kepada mereka): Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya. (21)


(Allah berfirman kepada malaikat): Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah. (22)


Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke Neraka. (23)


Dalam ayat 11 hingga 23; Mula2 Rasulullah diperintahkan oleh Allah swt utk menanyakan kpd org2 yg tak mahu mempercayai adanya hari kiamat dan hidup sesudah mati; "Apakah menciptakan manusia atau menghidupkan manusia yg sudah mati itu lebih rumit atau sukar bagi Allah, atau menciptakan langit dan seluruh bumi atau alam yang luas itulebih sukar bagi Allah daripada mencipta manusia dan enghidupkan manusia yg sudah mati?". Dengan pertanyaan yg memerlukan mereka menggerakkan daya fikir, tentulah dengan mudah mereka menjawab; "Sudah tentulah mencipta manusia dan menghidupkan mereka sesudah dimatikan lebih mudah daripada mencipta bumi, langit dan segala isinya. Maka dengan itu lebih mudah mereka menerima akan adanya hari akhirat dan hidup sesudah mati.

Allah juga menasihatkan Rasulullah supaya tidak hairan akan sikap org2 kafir yg tak mahu beriman dgn hari akhirat. Jika mereka memperolok2kan kenyataan Nabi janganlah dihairankan kerana mereka sudah sedemikian sifat mereka. Mereka bukan tidak mahu percaya; tetapi mereka ingkar. Ataupun jika memang benar ada yg tak mahu percaya; apatah lagi ada tulang belulang orang yg sudah mati sekian lama itu reput, usahlah hiraukan mereka, biarkanlah mereka dengan persangkaan mereka itu hingga saat mereka dihidupkan kembali dalam keadaan yang amat hina.

Seterusnya Allah menerangkan bahawa kiamat itu bermula dengan satu jeritan atau teriakan atau ledakan suara sahaja. Dengan satu ledakan suara yg dahsyat dan kuat itu, semua makhluk termasuk manusia akan menjadi bangkai serentak, kemudian dihidupkan serentak; masing2 akan dapat melihat segala amalan mereka semasa di dunia. Maka mereka akan berkata; 'Celaka kami! Ini rupanya hari kiamat itu sudah terjadi. Benar rupanya hari kiamat yg aku dustakan dahulu sebelum mati".

Lalu kedengaran suara malaikat: "Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya!; yang baik dibalas baik dan yg jahat dibalas sesuai dgn kejahatan". Kemudian Allah memerintahkan malaikat Zabaniyah: Himpunkanlah orang-orang yang zalim (yang menginayai diri sendiri) itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah. Dan buatkanlah kumpulan2 daripada mereka terdiri daripada mereka yg berlainan mengikut persamaan jenis maksiat yg mereka lakukan semasa di dunia. Yakni golongan penzina digolongkan di kalangan penzina, pencabul kehormatan bersama kumpulan pencabul, pengumpat bersama kumpulan pengumpat, begitulah pencuri, perompak, penyamun dan segala jenis kesalahan lagi dikumpulkan mengikut maksiat yg dilakukan. Golongan penyembah berhala hendaklah dikumpulkan bersama penyembah berhala bersama2 dengan berhala2 yang mereka sembah. Demikianlah dilakukan supaya kesedihan, kepiluan dan rasa malu yang sedang mereka lalui itu lebih berkesan dan tertusuk ke dalam jiwa. Allah bertitah lagi; "Tunjukkanlah kpd mereka jalan dan hadapkan muka mereka ke arah bernyalanya Neraka Jahim. Titah ini merupakan ejekan, kerana di dunia dahulu mereka telah mengejek dan menghina org2 yg beriman.

Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal. (24)

Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu)? (25)


(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili). (26)


Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela. (27)


Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu. (28)


Ketua-ketuanya menjawab: (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman! (29)


Dan kami (selain daripada mengajak kamu) tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas. (30)


(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu). (31)


(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat. (32)

Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama. (33)

Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa. (34)


Seterusnya dalam ayat 24 - 34, Allah menerangkan bahawa;
Ketika para malaikat sedang menghalau golongan2 yg berdosa menuju ke arah neraka; Allah swt menyuruh para malaikat menahan pesalah2 yg mungkin agak laju; "Berhentilah dan berdirilah di tempat kamu masing2!", sehingga mereka disoal terlebih dahulu ttg apa yg mereka lakukan di dunia iaitu ttg maksiat dan dosa, ttg kepercayaan yg sesat dan keimanan mereka yg diselewengkan oleh syaitan.
Seterusnya mereka akan ditanya; Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu? Walhal kamu di dunia mendakwakan ada saling bantu membantu mengapa sekarang tidak? Pertanyaan ini sengaja dikemudiankan kerana saat penyiksaan akan tiba tidak berapa lama lagi. Pertolongan yg sangat diperlukan sesama mereka tidak akan ada dan sesungguhnya inilah celaan kpd mereka daripada Allah swt. Mereka pula tidak dapt membantah mengapa mereka ditahan atau terus disiksa. Mereka pada hari itu hanya boleh berserah kepada apa yg diperintahkan oleh Allah; kerana tidak berdaya lagi untuk bertengkar atau mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Sungguh besar penyesalan mereka pada hari itu.

Sesalan mereka tidak berguna lagi; dinyatakan bahawa mereka amat menyesal lalu sebahagian daripada mereka mendatangi sebahagian yang lain untuk bertanya dan caci-mencaci dan saling menuduh. Pihak pengikut menuduh pihak penganjur dengan mengatakan pihak ketua penganjurlah yg mendatangi mereka; dengan menggunakan kekuasaan yg ada pada mereka; menghalagi kami daripada beriman, menghalangi kami berbuat baik; menghalangi kami daripada mengikut jalan yg lurus. Sebaliknya kamu megajak kami mengikut hawa nafsu; kemudian kamu menyesatkan kami ke jalan yg membawa sengsara dan celaka.

Kata2 pengikut2 ini dijawab oleh ketua2 pihak penganjur dengan berkata; Pertama; kami tidak pernah menyesatkan kamu. Sebaliknya kamu sendiri yg bersedia utk kufur, kamu sendiri yg rela utk berbuat maksiat dan dosa. Kamu sendiri yg mensyirikkan Allah. Kamu sendiri yg melakukan pelbagai perbuatan keji dan menderhakai Allah. Gejala2 inilah yg membuatkan hati kamu tertutup rapt untuk memandu kamu ke arah jalan yg lurus.

Kedua; Sungguhpun kami dikatakan telah cuba menyesatkan kamu, dan menarik perhatian kamu supaya memandang indah kpd perkara2 yg membawa kpd kekufuran, namun kami tidak memaksa dan bukanlah dgn kekerasan dan kekuasaan yang ada pada kami. Sebaliknya kamulah yg suka menderhaka, gemar berbuat dosa. Apa yang kami serukan ialah supaya kamu mengikut kami, supaya kamu ikut kepercayaan kami; bahawa pilihan kami baik kerana syaitan telah memperindahkan pada pandangan kami, dan syaitan telah menggoda kami; rupa2nya kamu juga turut mengikut kami; dan apa yg kamu lakukan adalah kehendak kamu sendiri.

Demikianlah soal jawab antara pemimpin2 yg menyesatkan dan pengikut2 yg disesatkan. Pada akhirnya kedua2 golongan ini mengaku salah dengan berkata; Maka tetaplah perkataan yakni siksa Tuhan ke atas kita bersama yg akan ditimpakan dan pasti kita akan menerima hukuman Tuhan. Kita tidaklah perlu salah menyalahkan kagi. Hukuman Allah memang adil, janji Rasul memang benar dan kita sudahpun mengetahui. Tetapi kita sendiri yg berpaling daripada berbuat kebaikan dan kita juga telah engkar yakni kufur. Kami menyesatkan kamu kerana kami suka agar kamu sesat, sesungguhnya kamilah org2 yg telah tersesat, tetapi tidak semestinya kamu ikut turut tersesat.

Setelah itu Allah menyebut ttg nasib celaka yg menimpa kaum yg zalim krn menjadi pengikut dan kpd kaum yg menyesatkan juga diberikan hukuman yg sama. allah menunjukkan keadilannya dalam mengenakan hukuman ke atas org2 yg berbuat syirik. Ini bertepatan dengan hikmah yg ditetapkan iaitu siapa berbuat baik baik dan siapa berbuat jahat dibalas jahat.

Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya; (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah mereka bersikap takbur mengingkarinya. (35)

Serta mereka berkata: Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila? (36)

(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid) dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya). (37)


Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (38)


Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan. (39)


Dalam ayat 35 - 39 pula;
Allah menerangkan sebab2 mereka disiksa; kerana apabila mereka diminta mengucapkan kalimah "La ilaha illallah" mereka enggan, seraya menyombongkan diri; menuduh pula Nabi Muhammad saw sebagai penyair yang gila; dan tidak patut mereka meninggalkan agama nenek moyang mereka semata2 kerana nak mengikut ajaran Nabi.

Begitu terang sekali mereka mengingkari Ke Esaan Allah dan ajaran Rasul. Lalu Allah mendustakan kata2 mereka. Nabi Muhammad saw diutus membawa agama yg baik, tidak patut meragukan agama yg berdasarkan tauhid yg boleh diterima oleh akal yg sihat dan disokong pula oleh bukti2 yg jelas. Sama seperti para nabi dan rasul terdahulu; mereka bukanlah penyair dan bukanlah org gila.

Seolah2 Allah mengatakan; "Tak usah banyak cerita atau bersoaljawab lagi, kamu sebagai org2 kafir yg berdosa mmg layak menerima azab yg pedih. Apa yg kamu terima adalah sebagai balasan jahat apa yg kamu lakukan. Allah tidak akan menginayai hamba2Nya sebaliknya merekalah yg menginayai diri mereka sendiri".

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik. (40)
Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum. (41) Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan. (42)


Dalam ayat 40 - 42 ; Allah menerangkan bahawa; Bagi hamba2 Allah yg suci daripada syirik iaitu mereka yg beriman dan yang beramal dengan niat yg tulus ikhlas kerana Allah; mereka disediakan syurga tempat menikmati rezeki daripada buah2an yg lazat dan makanan2 yg sedap; dihidangkan kpdmereka sebagai tetamu istimewa; mendapat sepenuh2 penghormatan sama seperti hal yg diterima oleh org besar2 semasa di dunia.

Gambaran mengenai kemewahan makanan org2 di syurga dijelaskan dalam surah al-Waqi'ah surah 56; ayat 20 dan 21 bermaksud:
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari pada jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini. (21) .

Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat. (43) Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran. (44) Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (45) Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya. (46) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (47)

Ayat 43 - 47 ; Allah menerangkan tempat bagi penghuni syurga adalah penuh nikmat. Syurga Jannatun Na'im adalah syurga yg penuh sgl nikmat kesenangan, bagaikan istana di taman ; tempat bersemayamnya para pembesar di dunia. Mereka duduk berhadap-hadapan di atas katil sambil bercakap2 dengan ucapan yg menarik lagi mesra. Sambil berbual2 mereka dihidangkan dgn makanan dan minuman pelbagai jenis dalam bekas berbentuk piala daripada mutiara yg jernih. Setiap kali mereka habis minum; dituangkan lagi dengan banyaknya daripada sungai2 yg mengalir di bawahnya dengan banyak tanpa disekat. Minuman itu kelihatan putih jernih; rasanya lazat serta menyegarkan org yg meminumnya. Ada yg minum arak namun tidak menyebabkan merekapening atau mabuk sehingga tidak akan terdapat kata2 kotor yg keluar daripada mulut mereka. Berlainan sungguh dengan arak yg terdapat di dunia.

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (48)

(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (49)


Dalam ayat 48 - 49;
Di sisi mereka isteri2; digambarkan terlalu cantik; isteri2 mereka bersih daripada noda terdiri daripada semuanya anak2 dara yg bersifat sopan santun, wajahnya tersangat indah kerana dihiasi sepasang mata yg lebar yakni lambang kecantikan bidadari. Mereka tak pernah melirik atau menjeling apatah lagi memandang kepada lelaki lain; melainkan kpd suaminya sahaja.

Kulit daripada tubuh badan bidadari (isteri2) itu tersangat halus, laksana telur warnanya putih agak kekuning2an. Mereka semua adalah dara pingitan; sentiasa tertutup sehingga debu pun tak pernah hinggap; lagi pula terpelihara tak pernah disentuh oleh bangsa jin dan manusia.

(Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan. (50)

Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku). (51)


katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? (52)


Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? (53)


Ayat 50 - 53; Ketika penduduk syurga sedang asyik diedarkan minuman yg bermacam2 datanglah sebahagian daripada mereka mendapatkan sebahagian yg lain dan berbual mesra dan menanyakan hal2 yg menyenangkan diri masing2; tentang kelebihan2 kurniaan Allah dan teman2 yg mereka kenal semasa di dunia dahulu. Allah menggambarkan ada seorang daripada penduduk syurga telah berkata; "Saya semasa di dunia mempunyai seorang kawan. Dia mencaci saya lantaran saya beriman dan percaya kpd hari kiamat. dia benci benar kpd saya; dan mengatakan dengan hairan; Bolehkah kita dihidupkan kembali, dan akan diperkirakan segala amalan kita; untuk diberi pembalasan, padahal kita sudah mati menjadi tanah dan rangka tulang? perkara itu tidak masuk akal. Kalau ada org yg percaya kpd hari bangkit daripada kubur, nyatalah dia tidak waras akalnya, dan tidak berguna kita melayaninya bercakap".

(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)? (54)

Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang. (55)


Dia pun (menempelaknya dengan) berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. (56)


Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab). (57)


Ayat 54-57; Ada pula pihak yang berkata (atau Allah sendiri yang berkata) kpd mereka yg sedang berbual itu; "Mahukah kamu melihat apakah kesudahan nasib teman yg diceritakan itu?". Ini adalah untuk menambahkan kegembiraan mereka bahawa mereka telah diselamatkan oleh Allah daripada meningkari hari ba'ath dan bahkan mereka menurut ajaran rasul yg diutuskan kpd mereka. Sudah tentu mereka ingin melihatnya. Lalu mereka diperlihatkan temannya itu berada di dalam neraka Jahim yang sedang bernyala2. Teman sikufur itu berkatalah ; "Demi Allah, engkau hampir mencelakakan aku kerana mengajak aku supaya tidak mempercayai adanya hari kebangkitan. Jika tidaklah ada nikmat yang dikurniakan Allah kpdku dengan memberi petunjuk supaya aku menuruti jalan yg benar dan memelihara aku daripada kejahatan dan kesesatan, sudah tentu aku berada di sini (dalam neraka) sekarang, dan sudah pasti aku disiksa bersamamu".

(Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi. (58)

Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa? (59)


Ayat 58 - 59; Kemudian Allah menyebutkan pula kata2 yg diucapkan oleh penduduk2 syurga kpd ahli kumpulannya mengenai kesenangan yg sedang mereka nikmati di dalam syurga. Kata2 itu dikuatkan supaya boleh didengar oleh kawannya yg berada di dalam neraka sebagai celaan dan menambahkan lagi rasa tersiksa dengan berkata; "Apakah kami tidak dimatikan?" Pertanyaan ini bermaksud sebaliknya iaitu; Kami di akhirat tidak akan dimatikan lagi; yakni sesudah kematian yg pertama di dunia, maka di akhirat kami tidak akan dimatikan lagi, dan tidaklah kami disiksa. Org2 kafir; dahulu mereka mati di dunia seperti kami juga. Kemudian mereka akan disiksa di neraka jahannam dan kerana tidak tahan disiksa mereka minta untuk dimatikan.

Kesimpulannya; org2 yg beriman bergembira krn dikurniakan Allah tempat di syurga yg berkekalan mendapat sepenuh2 penghormatan, kemuliaan dan tidak lagi merasa tersiksa dan tidak pula akan mati. Penduduk syurga itu tahu bahawa keadaan yg mereka alami ini telahpun diberitakan oleh para rasul dan nabi semasa mereka berada di dunia dahulu.

Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. (60)

Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia). (61)


Ayat 60 - 61;
Seterusnya penduduk syurga yg terdiri daripada org2 mukmin mengatakan bahawa apa yg sedang mereka alami dan nikmati berupa makan minum dan kelazatan abadi itu adalah merupakan kejayaan besar dan keuntungan yg telah mereka peroleh dengan beramal bersungguh2 semasa mereka berada di dunia.

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? (62)

Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). (63)


Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang. (64)


Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan. (65)


Ayat 62 hingga 65;
Setelah Allah menggambarkan keadaan penduduk syurga dengan pelbagai kesenangan, makan minum serta isteri2 serta menyatakan tentang ganjaran org2 mukmin yg beramal salih serta gambaran2 penduduk neraka, Allah mengemukakan pertanyaan supaya manusia membuat pilihan, adakah syurga sebagai tempat kediaman itu baik atau neraka yg ditumbuhi pohon zakkum (yg pahit) itu lebih baik. Tentulah org akan memilh syurga namun malangnya ramai yg tersesat apabila diminta beriman mereka memilih kufur. maka sengsaralah mereka pada hari akhirat. Mereka akan diberi makanan (buah zakkum yang pahit) Sesungguhnya Allah swt menjadikan buah zakkum sebagai ujian kpd penduduk neraka. Apabila mereka mendengar ada pokok zakkum di neraka, mereka bertanya kehairanan; "Betapa pokok zakkum dapat umbuh di neraka? Sedangkan neraka itu dipenuhi api yang akan membakar pohon zakkum iu? Jawapannya tak usahah dihairankan. Tidak mustahil Allah swt menghidupkan pokok zakkum di dalam neraka dan terpelihara di dalamnya. Pokok Zakkum itu tumbuh daripada dasar neraka, cabang2nya naik ke atas bersama lidah api neraka yg menjulang, Mayangnya yakni buahnya sangatlah hodoh dan org membencinya. Kelihatan seperti kepala syaitan. Dibahasakan sedemikian kerana syaitan digambarkan sebagai makhluk yg paling hodoh.

Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. (66)

Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi (selain itu) satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. (67)


Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang menjulang-julang. (68)


Ayat 66 hingga 68; Allah menerangkan bahawa makanan yg disediakan kpd penghuni neraka pada umumnya ialah buah2an daripada pokok zakkum, yg terlalu pahit dan busuk. Namun mereka mesti makan buah zakkum ini disebabkan terlalu lapar dan juga terpaksa. Perut yg kosongpun diisi dgn buah zakkum sehingga penuh. Ngeri melihat mereka makan dengan gelojoh, tekak pula terasa begitu haus lalu mereka memohon minuman. Minuman didatangkan utk menjadikan campuran kpd makanan mereka, minuman daripada air leburan api neraka yg amat panas. Sebaik sahaja didekatkan ke mulut sudahpun membakar muka; apabila masuk ke perut tali perut menjadi terputus2. selepas makan minum mereka tidak dapat ke mana2 hanya ke neraka jahim itu jugalah tempat mereka; kerana di situlah tempat yg disediakan untuk mereka. Kekal selama2nya.

Mudah2an apabila membaca gambaran2 yang Allah berikan dala surah ini dapatlah kita menyiapkan diri supaya tidak terjerumus ke dalam neraka yg disediakan pelbagai siksaan. Sanggupkah kita mengunyak buah zakkum yg meleburkan tekak dan usus kita. Mudah2an kita berusaha melindunginya dan Allah melindungi kita. Amiin.