Wednesday, May 5, 2010

Banjir di Riyadh

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Angin kencang disertai hujan lebat melanda kota Riyadh hari Isnin 3 hb Mei yang lepas, menyebabkan banjir besar di ibukota Saudi itu. Hujan badai yang terjadi kelmarin, bahkan disertai oleh butiran-butiran ais (hujan batu) dan berlangsung terus menerus selama 45 minit, membuat kota itu lumpuh seketika.

Akibat banjir dan cuaca buruk, kota Riyadh nyaris lumpuh. Banyak kenderaan yang terjebak di tengah banjir dan aliran elektrik putus.

Pihak Berkuasa kota Riyadh mengerahkan jabatannya membantu para pemandu yang kenderaan masing-masing terperangkap di tengah jalan yang mengalami banjir. Para pekerja menggunakan peralatan khusus untuk mengepam air.

Badan Meteorologi Saudi menjangkakan bahawa hujan deras akan berterusan turun di Riyadh dalam 24 jam akan datang dan menyeru agar warga Riyadh berwaspada dan bersedia mengahadapi keadaan ini.

Menteri Pendidikan Saudi, Pangeran Faisal bin Abdullah sudah mengumumkan bahawa semua sekolah termasuk universiti yang ada di kota Riyadh untuk sementara diberi cuti kerana banjir dan keadaan cuaca yang dikatakan masih buruk.

Sementara para petugas palang merah dari Bulan Sabit Merah Saudi diarah bersedia di jalan-jalan utama untuk membantu jika terjadi kecelakaan lalu lintas.

Meski cuaca buruk melanda kota Riyadh sejak Isnin kelmarin, pihak berkuasa lalulintas penerbangan di kota itu mengatakan tidak ada gangguan dalam lalu lintas penerbangan. Tetapi hampir setengah penumpang penerbangan dari Bandara Internasional King Khaled ke sejumlah tempat tujuan, ketinggalan penerbangan akibat terlambat tiba di bandara kerana terhalang cuaca buruk. (ln/arabnews) Berita ini disunting daripada SINI







Sumber gambar di bawah : SINI


























Boleh lihat gambar-gambar lain mungkin berkaitan di sini

14 comments:

Najihah said...

Salam,

Kesiannya kota ridyah mglmi bnjir yang teruk..Sma 2 lah kita berdoa agr mrka bersbr dalm mghdpi dugaan seperti tersebut.

Werdah said...

Salam Najihah.

Ya sama-samalah kita berdoa, InsyaAllah. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui hikmah di sebalik kejadian.

Kunang-Kunang said...

Innalillah hiwainna ilaihirajiuun.

Semoga segalanya pulih secepat mungkin.

Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid said...

Dunia...oh...dunia...........
Tampak sudah tanda pengakhiranmu...
Bumi bergelodak dek perang tak berkesudahan..
Gempa, taufan, banjir besar dan sebagainya acap kali menimpamu...
Manusia hilang pedoman hingga bermaharaja dengan maksiat...
Sang Pencipta dan Utusan-Nya dihina dan dicaci bagai tiada takut akan balasan-Nya...

Sedarlah... segera dengan ingatan-Nya itu wahai penghuni-penghuni dunia...!

iqbalsyarie said...

Subhanallah...hebatnya Allah...manusia takkan dapat cipta satu alat pun nak stop kan hujan yg Allah turun...subhanallah...

Werdah said...

Salam Ani, Rafie dan Iqbal.

Mudah2an dengan limpah kurnia Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Luas Pengetahuan, segala-galanya berakhir dengan diambil iktibar oleh semua. InsyaAllah kerana tiada perubahan dalam sunatullah.

Kita sebagai hambaNya yang kurang dariada pengetahuan hendaklah akin AllahMaha Berkuasa atas tiap2 sesuau. Bagi mereka yang mengalami kesukaran di sana mungkin ada pelbagai sebab yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Barangkali perkara musibah ini baik buat mereka.

Maha Suci Allah.. Allahlah yang merencanakan segala-galaNya. Kita hanya dapat berusaha, bertawakkal dan yakin bahawa Allah amat menyayangi semua makhlukNya.

rosnanie said...

Salam kak werdah...

selamat hari ibu, semoga sentiasa sihat dan diberkati Allah sentiasa.

Werdah said...

Salam Nanie

Terima kasih, semoga kita jadi ibu yang baik serta anak yang baik insyaAllah.

Lynn Nasir said...

kasihannya mereka..kalau lah tempat lynn banjir macam tu..tak tau la apa nasib anak2 nanti :(
semoga Allah swt membantu mereka, mengurangkan beban mereka. amiin.

kak werdah, semoga Allah berkati akak selama mana akak bergelar ibu dan anak, diampuni dosa dan diterima amal. insyaallah..amiin.

Werdah said...

Salam Lynn

InsyaAllah kita sama-sama berusaha jadi ibu dan anak yang baik.

Terima kasih kerana mendoakan kak. Allahumma amiin

Mahadaya said...

Detik kebangkitan telah bermula.. Takkan Melayu Hilang Di Dunia.
http://1asalama.blogspot.com

Werdah said...

Tidak ada siapapun yang kekal di dunia yang fana.. Allah al-Awwalu Allah al-Akhir.. setiap jiwa pasti mati.. innalillahi wainna ilayhi raaji'uun.

sekamar rindu said...

salam..

semoga menjadi iktibar buat kita semua.

Werdah said...

Salam sekamar Rindu.

Maaf ya kerana baru perasan komenmu di sini.

Ya semoga kita dapat bermuhasabah diri. insyaAllah

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails