Sunday, August 14, 2011

Nama Berbaza Namun Azab Tetap Sama

Gambar Hiasan
Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap puji dan sanjungan adalah hak Allah Tuhan sekelian makhluk. Mudah-mudahan selawat serta salam dilimpahkan kepada nabi yang termulia, penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan tabi'in sekeliannya hingga ke hari kiamat.

Sudah lebih sebulan saya tidak update blog disebabkan beberapa perkara. Hari ini saya berkesempatan untuk sambung kembali menulis agak panjang sebagai NOTA UNTUK DIRI . Sebenarnya penulisan dalam blog ini kebanyakannya berkisar kepada hari yang pasti datang iaitu Hari yang anak pinak, sahabat handai, harta pangkat tidak dapat menolong kita kecuali kita beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta amalan soleh yang ikhlas serta rahmat Ilahi.

Sudah 14 hari kita dikunjungi tetamu agung yang kita nanti-natikan dan kita telah menyambut ketibaannya. Boleh jadi ini kali terakhir kita bertemu dengannya sebelum kita kembali kepada Yang Maha Kuasa.

Saya mengucapkan selamat beramal dengan sebaik-baiknya, semoga kita diberikan kekuatan untuk memanfaatkan bulan yang penuh bermakna buat kita jika kita benar-benar menghayati dan menghidupkannya. Saya ambil kesempatan di sini untuk memaparkan:

1)  Menyalin artikel  Persoalan Agama daripada Berita Harian: Kiamat nama berbeza tetapi azab tetap sama. Manusia terima pembalasan ikut amalan ketika dibangkitkan semula - Oleh Ustaz Zahazan

2) Publishkan Nama-nama Hari Kiamat yang telah lama berada dalam draft saya.

1) Kiamat nama berbeza tetapi azab tetap sama


Soalan:
SAYA hendak tahu kenapa ada banyak nama kiamat, apakah faedah atau hikmah disebut nama kiamat yang pelbagai. Harap ustaz dapat jelaskan, terima kasih.- RAHIM, Johor.

Jawapan:
ALHAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala rasulillah wa ba’d. Hari Kiamat iaitu hari yang didahului dengan kemusnahan alam semesta. Justeru, pada hari itu akan matilah seluruh makhluk yang masih hidup.Bumi akan berganti iaitu bukannya bumi atau langit yang ada sekarang. Seterusnya Allah SWT mencipta alam lain yang disebut alam akhirat. Di situlah seluruh makhluk akan dibangkitkan, iaitu dihidupkan lagi selepas mereka mati. Rohnya dikembalikan dalam tubuhnya. Dengan itu mereka akan mengalami kehidupan yang kedua kalinya.

Selepas dibangkitkan (di ba’ats), lalu setiap jiwa akan dihisab (dihitung) seluruh amalannya, baik yang berupa kebaikan atau keburukan. Oleh itu, sesiapa yang kebaikannya dapat melebihi keburukan, Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga, sedangkan siapa yang keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya, maka akan dimasukkan Allah ke dalam neraka.

Kitab al-Quran memberikan perhatian yang istimewa terhadap pemantapan keimanan pada hari Akhirat.


Contohnya, dihubungkan beriman hari akhirat itu dengan keimanan kepada Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud: 
“Tetapi yang disebut kebaikan itu adalah seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”
Begitu juga surah al-Baqarah ayat 62 yang bermaksud: 
“Sesungguhnya orang yang beriman, orang Yahudi, orang Nasrani dan orang shabi’in (pengikut nabi-nabi terdahulu), sesiapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mengerjakan kebaikan, mereka itulah yang memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tiada ketakutan atas mereka serta mereka tidak menaruh dukacita.” 
Kedua, amat banyak sekali penjelasan hal hari kiamat yang disebut al-Quran, bahkan hampir tiada satu surah yang tidak memuatkan perbahasan mengenainya. Dihuraikan juga hal yang dapat mendekatkan pemahamannya untuk jiwa dan kalbu. Kadang-kadang dengan menggunakan keterangan dan kupasan yang nyata, kadang-kadang dengan membuat contoh atau perumpamaan.

Ketiga, sesiapa yang suka mengikuti isi al-Quran dan meneliti ayatnya, tentu dia mengetahui bahawa Allah SWT tidak mengemukakan hari kiamat dengan satu nama saja, tetapi menggunakan nama-nama berlainan dan setiap nama itu menunjukkan pengertian apa yang terjadi pada hari terbabit. Semua berupa kesukaran dan kesengsaraan belaka.

Misalnya dinamakan hari kiamat dengan yaumul ba’ats (hari kebangkitan). Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 56 bermaksud: 
“Dan berkatalah orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan. `Sesungguhnya kamu semua telah menanti (sesuai dengan keterangan) dalam kitab Allah (dalam kubur atau alam barzakh) sampai hari ba’ats’ (kebangkitan atau bangkit dari kematian).”
Dinamakan juga dengan yaumul qiyamah (Hari Kiamat) seperti firman-Nya dalam surah az-Zumar ayat 60 yang bermaksud: 
“Pada yaumal qiyamah (Hari Kiamat), engkau lihat orang yang berkata bohong mengenai Tuhan itu, muka mereka hitam semuanya.”
Dinamakan juga dengan saa’ah (saat) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Qamar ayat 1 yang bermaksud:  
“Saat (Hari Kiamat) itu telah dekat dan bulan pun terbelah.”
Dinamakan juga akhirat seperti firman-Nya dalam surah al-A’la ayat 16 hingga 17 yang bermaksud: 
“Tetapi kamu semua lebih mengutamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.”
Dinamakan juga yaumiddin (Hari Pembalasan) seperti firman-Nya dalam ayat 3 surah al-Fatihah yang bermaksud: 
“(Allah) yang menguasai Hari Pembalasan (yaumiddin).” 
Dinamakan juga yaumul hisab (Hari Perhitungan) seperti firman-Nya dalam ayat 27 surah Ghafir yang bermaksud: 
“Sesungguhnya aku melindung diriku kepada Tuhanku dan Tuhanmu semua dari setiap orang yang sombong yang tidak mempercayai hari hisab (yaumul hisab).”
Dinamakan yaumul fathi (Hari Kemenangan) seperti firman-Nya dalam ayat 29 surah as-Sajdah yang bermaksud: 
“Katakanlah `pada hari fath (kemenangan) ini tidak berguna keimanan bagi orang kafir itu dan mereka itu tidak akan diperhatikan.”
Sebenarnya banyak lagi nama Hari Kiamat yang menunjukkan keadaan atau apa yang terjadi ketika itu seperti yaumuttalaaq, yaumul khuluud, yaumul khuruuj dan sebagainya yang tak dapat saya huraikan satu persatu.

Demikianlah, wallahua’lam.
Berita Harian
14/08/2011

2)  Lama sebelum ini saya telah menyediakan draf tentang nama-nama Hari Kiamat tetapi tidak dipublishkan lagi disebabkan belum lengkap. Drafnya seperti di bawah:


Bagi kita umat Islam.. percaya pada Hari Kiamat merupakan rukun Iman yang k-5 dan kita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan hancur lebur, bumi, langit dan segala isinya akan rosak binasa dan segala makhluk benyawa pasti akan mati, kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan dan mendapat pembalasan sama ada syurga atau neraka. Gambaran tentang Hari Kiamat boleh dilihat di laman youtube. Antara Nama-nama hari kiamat yang disebut di dalam al-Quran adalah seperti berikut:

1. Yawm al-Jam'ei يوم الجمع  - Hari perhimpunan

Allah berfirman:

يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَٲلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحً۬ا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬اۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Maksudnya: "(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar". (At-Taghabun 64 : 9).
2. Yawmus Shad'ei atau yawmus shadri yang bererti pecah belah atau berselerak/bercempera. Allah berfirman:

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ
Maksudnya: "Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka". (al-Zalzalah 99 : 6).
3. Yawmu Faz'ei iaitu hari manusia lemah tak berdaya, tidak dapat mengelak azab. Allah berfirman:

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ فَزِعُواْ فَلَا فَوۡتَ وَأُخِذُواْ مِن مَّكَانٍ۬ قَرِيبٍ۬
Maksudnya: "Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab)". (as-Saba' 34 : 51).
4. Yawmud Du'a iaitu hari menyeru. 

Yang dimaksudkan du'a (doa) di sini bukanlah menyeru utk berdakwah kerana berdakwah adalah hanya berguna semasa di dunia, tetapi di akhirat hari seruan ini adalah hari melaung kpd ahli-ahli neraka dgn tujuan mengejek atau mengembalikan buah keras kerana semasa di dunia orang-orang kuffar ini mengejek penyeru kepada kebaikan. Perangai buruk mereka Allah gambarkan dalam surah al-Mutaffifin 83 : 29 -32. Kemudian orang-orang beriman akan mengembalikan paku buah keras di akhirat seperti yang Allah gambarkan dalam surah al-Mutaffifin ayat 33- 36.
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!" (Al-Mutaffifiin 83 : 29 - 32) 
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya). (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?" (Al-Mutaffifiin 83 : 33 - 36) 
5. Yaumul Waqi'ah الواقعة

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢
Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (al-Waqi'ah 56 : 1 - 2) .
Daripada segi bahasa waqa'a maksudnya gugur atau jatuh. Allah berfirman:

وَإِذَا
وَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَيۡہِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَآبَّةً۬ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ تُكَلِّمُهُمۡ أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ
Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka (sampai masa berlakunya hukuman atas manusia), Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (an-Naml 27 : 82) .
Waqa'al qaul di sini bermaksud ialah ketentuan Allah tentang masa kehancuran alam (kiamat).

6. Yawmul Hisab يوم الحساب - Hari Kira Bicara/perhitungan.

ثُمَّ رُدُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ مَوۡلَٮٰهُمُ ٱلۡحَقِّ‌ۚ أَلَا لَهُ ٱلۡحُكۡمُ وَهُوَ أَسۡرَعُ ٱلۡحَـٰسِبِينَ
Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu) dan Dialah secepat-cepat Pengira (Penghitung). (al-An'am 6 : 62).
7. Yauwus Syahadah - hari bersaksi.
 
يَوۡمَ تَشۡہَدُ عَلَيۡہِمۡ أَلۡسِنَتُهُمۡ وَأَيۡدِيہِمۡ وَأَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Maksudnya: "Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan". (an-Nur 24 : 24).
وَقَالُواْ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَيۡنَا‌ۖ قَالُوٓاْ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىۡءٍ۬ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
Maksudnya ; "Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)". (Fussilat 41 : 21)
8. Yawmul Jidal - Hari yg saling menyalahkan atau hari berdebat. Allah berfirman:

يَوۡمَ تَأۡتِى ڪُلُّ نَفۡسٍ۬ تُجَـٰدِلُ عَن نَّفۡسِہَا وَتُوَفَّىٰ ڪُلُّ نَفۡسٍ۬ مَّا عَمِلَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang berdebat membela dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun. (an-Nahl 16 : 111)
9. Yawmul Qisas aiaitu hari pembalasan. Allah berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِى ٱلۡقَتۡلَى‌ۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰ‌ۚ فَمَنۡ عُفِىَ لَهُ ۥ مِنۡ أَخِيهِ شَىۡءٌ۬ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَـٰنٍ۬‌ۗ ذَٲلِكَ تَخۡفِيفٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَلَهُ ۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (al-Baqarah 2 : 178)
Jika di dunia akan diqisas sebagaimana dalam ayat di atas, di akhirat juga akan berlaku qisas yakni menerima balasan daripada Allah terhadap dosa yang dilakukan semasa di dunia.

10. Yaumul Haqqah - Hari yang Sebenar-benar atau hari yg pasti terjadi.

ٱلۡحَآقَّةُ (١) مَا ٱلۡحَآقَّةُ (٢) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ
Saat yang tetap berlaku itu. (1) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (3)
11. Yawmut Toommah - Hari yang melimpah umpama banjir melimpah tebing. (Belum lagi dapat ketemui ayat ini). Sehingga inilah yang dapat dicatat, insyaAllah jika masih diberikan kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT akan sambung kembali menulis yang tertinggal.

Di bawah ini nama-nama yang tersenarai, ada yang telah dipetik dan dikemukakan ayat-ayat dalam penulisan di atas dan mungkin ada yang belum lagi tercatat. Jika kita mentadabbur insyaAllah kita ketemui nama-nama ini dalam al-Quran kitab yang nyata memberi petunjuk kepada sekelian alam.
 
Yawm al-Qiyāma يوم القيامة Hari kebangkitan
al-Sā'a الساعة Waktu
Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
Yawm al-Fasl يوم الفصل Hari keputusan
Yawm al-isāb يوم الحساب Hari perhitungan
Yawm al-Fat يوم الفتح Hari pengadilan
Yawm al-Talāq يوم التلاق Hari perpisahan
Yawm al-Khulūd يوم الخلود Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
Yawm al-asra يوم الحسرة Hari penyesalan
Yawm al-Tanād يوم التناد Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifa يوم الآزفة Hari mendekat
Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد
Yawm al-Aīm اليوم العظيم Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
al-Qāri’a القارعة Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyia الغاشية Bencana yang tak tertahankan
al-ākhkha الصاخة Bencana yang memilukan
al-Tāmma al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
al-āqqa الحاقة Kebenaran besar
al-Wāqi'a الواقعة Peristiwa besar
Nama-nama yang tersenarai ini disalin daripada wikipedia.

Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Saya mohon maaf atas segala kesilapan jika ada dalam penulisan saya sepanjang masa berblog.. semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menjengok blog kawan-kawan.

2 comments:

zulkbo said...

salam..
terima kasih tazkirahnya..
semoga kita semua,
mendapat pengajaran darinya



Selamat meyambut Ramadhan Al- Mubarak..dan beramal di dalamnya
di berkati Allah selalu empunya
blog ini.amin..

werdah said...

Wa'alaikumussalam Zul

Terima kasih mendoakan kak di sini.. mudah2an dengan pertolongan Allah jua kita dapat beramal..

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails