Thursday, July 7, 2011

Jangan tangguh taubat

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamu'alaikum. 

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Apa yang dapat saya postkan kali ini hanyalah N3 copy n paste daripada  Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj. Semoga kita sama-sama mengambil peringatan dalam hal ini. Kebetulan di bawah sana ada pesanan dari tuan punya blog maka saya ambil kesempatan untuk mengeluarkan N3 yang sangat baik bagi kita memerhatikannya dan mengambil tindakan sewajarnya. Biarpun di sini hanya ditulis tentang wanita namun lelaki juga harus membacanya.

Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:

“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:

“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:


“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).


“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.


“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:

“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

Pesanan daripada http://qhazanah.wordpress.com/:

Mohon izin para sahabat tolong sebarkan link ini kepada kenalan lain melalui e-mail, friendster, tagged, facebook dll dengan salin dari tanda * hingga * untuk link ringkas.

* Israk Mikraj : Siapakah Lelaki & Wanita Ahli Neraka..?
Jemput ziarah; http://qhazanah.wordpress.com/2009/11/05/israk-mikraj-golongan-lelaki-dan-wanita-ahli-neraka/ *


12 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat yer.

Takutnya bila mengenangkan banyaknya jalan bagi kita wanita ni, jika tersilap yang boleh membawa kita ke neraka.

Terima kasih saling ingat-mengingat.

Werdah said...

Wa'alikumussalam Ani

InsyaAllah akak sihat.. terim kasih ya krn selalu doakan kak.

Sebenarnya kita wanita ni sangat mudah nak masuk syurga. Namun kebanyakannya suka ikut nafsu. Ada juga kurang berilmu ada juga yang berilmu tapi kurang keazaman. Semoga kita dapat sentiasa muhasabah diri, mohon ampun dan bertaubat.

hazeleyed lady said...

datang bertandang denagan doa...semuga sis sentiasa sehat dan di berkati Allah selalu

Werdah said...

>>hazel

terima kasih krn mendoakan kak di sini. Semoga Hazel juga beroleh kesejateraan dan kebaikan yang banyak.. Amiin

zulkbo said...

salam Kak..
insyaallah..
terima kasih peringatannya,
semoga di berkati Allah..
:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Zul

Ya, saling mengingatkan kita ke akhir tujuan kita.. terima kasih atas doa semoga Zul juga diberkati dan diredhai Allah.. Amiin

arizWanmerahs said...

Salam.

Kisah diatas memang mengerunkan buat orang2 yg percaya.. Namun masih ramai yg tidak ambil 'pot' dalam hal ini kerana itu mereka masih leka..

Saya harap kak Werdah terus tabah hadapi dugaan hidup ini dan doa saya agar Allah SWT memberikan kesihatan yg baik atas kak Werdah..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Saiful

Benar sangat tu Saiful. Semoga kita di kalangan orang-orang yang sentiasa ingat dan menghindar diri.

Terima kasih atas doa. Semoga Saful juga diberikan kesejahteraan dan keberkatan dalam hidup. Amiin

aby said...

salam k werdah,
diharap point yg aby paparkan dapat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan yg diredai allah swt ..

"Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”

setuju dengan k werdah,
taubat perlu disegerakan ...
jgn ditangguh tangguhkan ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

terima kasih atas point yang diberikan.

Sungguh beruntung jika wanita dapat mengawal nafsu kemudian jika teraniaya mereka berserah kepada Allah dan sentiasa menginfakkan apa yang lebih daripada keperluan dan bukan menompok kekayaan. Teringat kisah isteri Ibnu Masud yang bertanya tentang zakat harta, bolehkah diberi kepada suami.

Cikgu Zam said...

Salam makcik,
Terasa diri ini sangat banyak punyai dosa, Ya Allah.......

Werdah said...

Wa'alaikumussalam cikguzam

Teringat akan hadis bahawa orang mukmin merasakan bahawa dosanya sebesar gunung sedangkan orang munafik merasakan dosanya seperti lalat lalu dan ditempisnya..

Mudah2an kita di kalangan orang-orang yang beriman sentiasa mohon ampun dan bertaubat. Amiin