Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.
Lama sungguh tak menulis, alhamdulillah hari ini dapat mendengar Ceramah Oleh Tuan Guru Dato Dr. Harun Din
“Tiada seorangpun daripada kamu dikecualikan daripada menyeberangi neraka yang di atasnya ada sirat. Perkara itu mesti berlaku sepertimana yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu, kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan akan Kami biarkan orang-orang zalim jatuh dan tertinggal dalam neraka dalam keadaan mereka melutut, merayu kepada Allah SWT agar mereka diselamatkan”.
Gambaran keadaan ini boleh dirujuk kepada ayat-ayat al-Quran antaranya dalam surah Maryam Allah SWT berfirman:
Maksudnya : “Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.” ( (Maryam 19:71))
Juga dalam surah Al-Jaathiyah:
“Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!” (Al-Jaathiyah 45:28)
“Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar” . (Al-Jaathiyah 45:10)
Allah akan selamatkan orang-orang yang bertakwa manakala orang-orang yang zalim akan jatuh dalam ke dlam neraka dan mendapat azab yang pedih.
Dalam tafsir al-Qurtubi. makna illa waariduha ialah melainkan kena lintasinya, maksud tiada seorangpun dikecualikan melintasinya, semua orang mesti melalui atas jalan yang melintasi neraka. Daripada hadis Ibnu Abbas dan Ibnu Masud juga dinyatakan maksud illa waariduha itu ialah kena lalu atas jambatan atas api neraka.
Dalam hadi sahih Muslim Nabi pernah sebut, apabila berlaku kiamat.. bila tiba masa nak ke neraka dipasang jambatan, as-sirat atas api neraka. Bagi menyelamatkan umat Muhammmad nabi guna syafaatnya. Orang-orang yang ngam-ngam (amalan baik dan amalan buruk sama banyak) sangat berharp dengan syafaat. Kalau dosa banyak bagamana nak dapat syafaat. Semua umat termasuk umat nabi-nabi dahulupun kena minta syafaat daripada Nabi Muhammad yakni syafaat agung. Sahabat-sahabat nabi ada bertanya, apa dia jambatan, titian, laluan itu, Nabi kata itulah laluan yang mudah sangat orang jatuh, jambatan licin. Ini bukan soal cepat atau tidak.. tetapi bergantung kepada amalan seseorang itu, jika iman mantap dan dengan penuh keyakinan,akan mudah melintasinya. Ada orang-orang yang dikemukakan catatan amalannya namun Allah buang sebab amalannya yang banykpun seperti habuk berterbangan.
Boleh juga baca As-siraat al-mustaqim iaitu jalan yang harus kita lalui semasa berada di dunia agar kita selamat meniti di Titian Sirat.
4 comments:
Assalamu'alaikum Kak Werdah,
Hidup di dunia ini juga sebenarnya bagi lintasan yg amat pendik kalau nak dibandingkan di akhirat kelak. Meniti titian yg ibarat rambut yg dibelah 7. Allah... mampukah amalan kita membawa kita meniti dgn lancar. Masya-Allah... moga kita bermuhasabah selalu.
Terima kasih kak werdah...
Salam..
semoga sihat selalu empunya blog..mendengar ceramah tazkirah sebegini menambah ilmu berguna..terima kasih perkongsian video ini.
Wa'alaikumussalam kakzakie dan Zul
Urm... lama tak jawab komen ni.. kak minta maaf sangat2.. pinggang ni boleh dikatakan tak boleh bertahan lama hadap komputer.. nak taip sambil baringpun sukar.. begitu juga jarang dapat kunjungi blog kawan-kawan..
Terima kasih ya Zul selalu doakan kak di sini.. semoga Allah kabulkan doa kita.. amiin
Bila baca kisah alam yang kita pasti pergi tersangat takut serta bimbang.. kena muhasabah diri dan semoga tidak panjang angan-angan.. ingin ke syurga tak mahu ke neraka...
Assalamualaikum doakan akak cpt smbuh. maceh berkongsi, berdoa agar kita berlumba2 kejar syurga. amin.
Post a Comment