Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum.
Tangan terus klik menuju ke sana
Tak sangka selepas itu alamatku dipinta untuk projek Mini katanya
Menerusi emel berhubunganlah pula sambil menanti dengan berdebar-debar..
Pagi ini entah ke sekian kalinya menemui doktor di HTAR
Sekembalinya dari sana terlihat
Satu sampul surat yang unik
Pasti inilah sampul yang kutunggu dari Mieza
dan memang benar!
Tak sabar untuk membukanya!
Kuning warna sampulnya dan dalamnya ada beberapa foto bunga
Sangat indah ciptaan yang Maha Esa.
Siapakah jika bukan DIA yang dapat menciptanya...
MasyaAllah dan InsyaAllah menjadi kenangan terindah..
MasyaAllah dan InsyaAllah menjadi kenangan terindah..
Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (An-Naml 27:60
Benar Mieza! Kasih sayang Allah tak pernah bertepi
Dialah yang Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani.
Dialah juga yang mengizinkan ikatan ini terjadi
Terima kasih tak terhingga buatmu Mieza!
Semoga suatu hari nanti kita diizinkanNya berjumpa
Doaku agar Mieza beroleh keselamatan, kesejahteraan di perantauan
dan semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya...Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin
11 comments:
Assalamualaikum Kak Werdah..:)
Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan dikurniakannya kesihatan yang baik..aamiin
Ya kak, sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap dan berharap kepada Allah, maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.
Assalamualikum kak werdah...
Bunga-bunga dari NZ kita terima walau tak dapat dipegang oleh tangan kita. Kakak memang suka bunga tau (dah tampal kat dinding office)..
Maha kaya Allah mencipta ini utk kita nikmati.
Moga persahabatan kekal disanubari. Rasa gembira sama atas ukhuwah ini:)
Wa'alaikumussalam Abd Razak
Terima kasih atas doa.. semoga dirimu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT dan dikurniakannya kebaikan yang banyak..aamiin
Terima kasih juga atas segala nasihat buat diri kak yang sering juga alpa.. benar, Allah tak pernah hampakan harapan kita setiap kali kita mohon kita akan mendapatnya malah tidak memintapun Allah dah berikan.. dan setipa kali ada kesukaran bersamanya juga ada juga kesenangan.. Walillahilhamd..
Wa'alaikumussalam kakzakie
Benar kakzakie... Allah yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan mahu kita berfikir melalui segala ciptaanNya agar kita selalu mendekatiNya.
Ya..semoga ingatan terus berkekalan.. amiin
Kak Werdah,hati saya juga berbunga-bunga.
Insyaallah,
Kita berkongsi kasih sayang.
Wa'alaikumussalam Makbonda
Alhamdulillah. Persahabatan tanpa sempadan. Mudah2an suatu hari dapat bertemu dengan kasih sayangNya juga insyaAllah
Assalamualaikum Kak Werdah,
Semoga akak sihat.
Alhamdulillah bertambah rapatlah hubungan yang telah sedia terjalin.
kasih sayang Allah bak laut yang tidak bertepi...
Wa'alaikumussalam Ani
Alhamdulillah sihat, harap Ani juga sihat ya.
InsyaAllah dan semoga diberkati ikatan ini.. amiin
Salam IM
Maha Suci Allah Maha Segala Kemuliaan..
Salam, Kak Werdah,
Articles kak Werdah banyak menafaat, peringatan,ilmu,kesedaran dan bersumber Alquran, Saya mohon kebenaran Kak Werdah untuk copy dan gunakan dalam sesi pengajaran dan Tazkirah- Salam Dr.Noor Adzahar
Post a Comment