Saturday, April 14, 2012

Hari Penyesalan



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum

Segala pujian adalah milik Allah yang selayaknya dipuji. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Allah berfirman:

A021


Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan). (Al-Nahl 16:21)

A048

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim 14:48)

Hidup yang singkat ini hendaklah dipenuhkan dengan memanfaatkan alam maya ciptaan Allah yang pada buminya tumbuh pelbagai tanaman, pada lautannya berlumba-lumba pelbagai jenis ikan, dan jauh di perut bumi dan lautan terdapat pelbagai logam kurniaan Yang Maha Segala Kekuasaan dan Kemuliaan..

Manfaatkanlah segala keindahan dengan lautan kesyukuran. Bergembiralah kerana sang mentari yang dermawan menyinari cahayanya lalu sirna malam yang kelam. Bergembiralah bersama terbitnya hari yang baru. Sematkan rasa di jiwamu akan betapa nikmatnya keseronokan dan kegembiraan.

Namun awas! keseronokan yang dicari jangan sampai melahirkan penyesalan kemudiannya. Keseronokan yang dicari hendaklah bersamanya ada rahmat dan redha Ilahi.

Jangan tergolong dalam kalangan yang tersalah pilih dan tersalah dalam tindakan. Jika demikian akan tenggelam dan karam. Malang bagi yang tersalah buat pilihan kerana akhirnya akan wujud penyesalan.

Tanyalah kepada mereka yang telah melangkah ke usia tua, usia muda yang ditinggalkan dengan menyia-nyiakan ruang dan peluang. Pasti mereka akan berkata dengan nada kesal; jikalah saya masih muda saya akan bersungguh-sunguh dalam setiap lapangan!

Penyesalan di akhirat

A030


Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.(Yaa Siin 36:30)


Hidup ini semua orang tahu tidak berhenti di dunia. Itulah maksud ayat di atas. Kita akan mati dan akan berhimpun di sana.

Manusia akan berada pada situasi penyesalan yang amat dahsyat. Manusia yang tenggelam dalam kemaksiatan dan kelalaian semasa berada di dunia akan lemas dalam lautan penyesalan. Mereka akan merintih, merayu agar dikembalikan ke dunia. Masakan dapat!

Orang-orang yang beriman juga turut menyesal termasuk juga orang-orang yang dipanggil muhsinun. Kenapa begitu?

Mudah difahami jika yang mujrimin merasa menyesal yang amat sangat. Ini kerana mereka telah engkar dan melakukan dosa. Lantaran dosa mereka berhadapan dengan bahaya api neraka.

Muhsinin pula menyesal kerana mereka melihat nikmat syurga. Jika sebelum ini mereka bayangkan kenikmatan syurga dan tingkatan-tingkatanya pasti mereka berusaha berlipatganda. Mereka berasa kerugian.

Peluang dan ruang disediakan amat banyak. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Umur yang diberi perlulah dimanfaatkan. 

Berseronok, begembiralah! Namun keseronokan yang hakiki ialah ketika fitrah diri yang suci diisi dengan apa yang diredhai Allah.

Ketika kita mentaatiNya ada keseronokan dan kebahagiaan yang tidak ada bandingannya. Andai menderhakaiNya akan terasa resah dan gelisah.

Oleh itu awaslah kedatangan hari penuh penyesalan ini. Penuhilah hidupmu mencari kebahagiaan yang hakiki.

Coretan buat menyedarkan diri penulis yang sering alpa..

12 comments:

aby said...

salam k werdah ..
sesungguh nya, dalam perjalanan menuju menemui allah swt kita perlukan bahtera iman, yg dipenuhi oleh ilmu wahyu yg berpandukan nas dan wahyu ..
ilmu ini yg akan memandu kita dalam mematuhi apa yg diperintah dan meninggalkan apa yg dilarang,
yg akan membalik kan kita bila kita tersasar dari landasan perjalanan hidup, yg boleh mendatangkan penyesalan sebelum kita dihakimi oleh allah swt nanti ..

sebagaimana yg dirakamkan 3 ke 4 ayat sebelum kita sujud tilawah dalam surah as sajdah ..

[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Begitulah Allah memberi peringatan kepada kita dalam banyak ayat.

Mari kita sambung perkhabaran ini yang boleh buat kita takut dan seterusnya bersedia. Allah memberikan kita pilihan setelah diberikan hidayah kepada kita, lagi pula setiap kita telah diberi fitrah yang suci.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
(As-Sajdah 32:13)

(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
(As-Sajdah 32:14)

Mudah-mudahan kita bukanlah daripada golongan yang akan menerima azab.. Allahumma Amiin

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Kalau yg Muhsinun pun masih ada rasa kesal bagaimanalah lagi langsung yg tidak pernah mahu berbuat baik dari mula lagi...

Kakak suka baca N3 ini menandakan walau banyak mana pun amalan kita tetapi masih ada lagi hamba Allah yg lebih banyak dari itu. Oleh itu sentiasa kita berusaha mencari yg terbaik dari hari ke hari yg kita lalui kan Kak Werdah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Kak Werdah harappun begitu kakZakie. Semoga kita jadi orang yang mengambil teladan terhadap hamba Allah yang lebih banyak amalan daripada kita.

Harapan kak, kita cuba berusaha bersungguh-sungguh beramal seperti orang-orang yang banyak amalnya.

insan_marhaen said...

IM pun tak berasa, perjalanann hidup IM sudah jauh tapi belum dapat membuat bekal apa-apa...

Amie said...

Assalamualaikum erdah,
salam kenalan, follow sini ye

Werdah said...

Salam IM

Rasanya ramai yang merasakan seperti yang IM rasakan tu.. termasuklah diri kak di sini.. erm.. semoga dapatlah juga kita bersiap kan!

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Amie

Salam perkenalan juga buat Amie.. kak Werdah da ke sana.. thanks ya..

ujang kutik said...

Assalamualaikom,

Semoga segala sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas memberi manfaat kepada sesama hamba Allah.

T.Kasih.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam ujang kutik

Terima kasih menodoakan kak di sini.. mudah-mudahan hati kak dan kita dapat diasah dengan keikhlasan.. amiin

Kakzakie said...

Assalamualaikum kak werdah...

Sesaja baca lagi N3 ini rindu N3 baru kak werdah. Mana tahu ada N3 baru. Moga kak werdah sihat.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Kak alhamdulillah sihat tapi kurang dapat luang masa menulis.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails