Wednesday, June 20, 2012

tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah "

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Segala puji bagi Allah pemilik alam semesta mentadbir sendirian. Selawat serta salam buat junjungan mulia nabi Muhammad rahmat bagi sekelian alam, keluarga serta para sahabat. 

Alhamdulillah saya berkesempatan mendengar kuliyah dan dikongsikan di sini serba sedikit tentang apa yang telah disampaikan. Allah tak pernah mungkir janji.  

Ustaz membincangkan telah membincangkan tentang ayat-ayat daripada surah al-A'raaf iaitu mulai 96 hingga 100. Elok untuk kita ambil iktibar.

A096
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah (pasti) Kami akan membuka kepada mereka (pintu/kunci pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raaf 7:96)
A097
Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (Al-A'raaf 7:97)
A098
Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (Al-A'raaf 7:98)
A099
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan balasan azab yang diatur  (datang secara tiba-tiba) oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari balasan azab yangdiatur (datang secara tiba-tiba) oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. (Al-A'raaf 7:99)
A100
Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)? (Al-A'raaf 7:100
Dalam ayat-ayat di atas Allah menyuruh nabi Muhammad SAW mengingatkan penduduk Mekah dan seluruh umatnya bahawa DIA akan mengurniakan nikmatNya kepada orang-orang yang beriman denganNya dan Rasul-rasulNya dan menerima agama Islam sebagai petunjuk dan pedoman hidupdengan mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang telah dialami oleh umat-umat terdahulu.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan  yang Allah gambarkan dalam ayat ini :

A096
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu / kunci pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raaf 7:96)
Kedatangan azab tersebut adalah sesuai dengan sunnatullah yang telah ditetapkan dan tidak dapat diubah oleh sesiapapun.

Jika sebut sunnatullah (sunnatullah tak berubah)

A043
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. (Faatir 35:43
Sekali-sekali kamu tidak akan dapati sunnatullah berubah. Lan لَن membawa makna mustahil.

Lihat ayat 120 al-Baqarah

A120
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)
Allah bagi tahu tak relanya Yahudi akan Islam dengan menggunakan perkataan lan  لَن.
Nabi juga guna perkataan lan ketika menyatakan umatnya tidak akan sesat bila rujuk al-Quran dan sunnah.

Sekiranya penduduk beriman dan bertakwa rezeki dari langit iaitu turunnya hujan, dari bumi suburnya tanaman. Itu syaratnya. Jadi jika penduduk tidak beriman dan bertakwa maka tak turunlah rezeki dari langit dan bumi.

Itulah sebabnya jika Allah turunkan azab maka azab itu berkait dengan sikap penduduk negeri itu.

Sebab diturunkan Surah ad-Dukhan (jerebu/asap) ialah pada ketika itu kemarau panjang di Makkah, nak lihat bintang tak dapat, bulan tak dapat, kemarau dan jerebu ini akhirnya banyak yang mati. Ada kaitan dengan sikap penduduk. Kita perlu melihat daripada sudut itu. Sebenarnya itu peringatan daripada Allah. Ketika itu mereka menentang ajaran Nabi Muhammad SAW.

Diterangkan juga tentang hati.

Ikutilah selanjutnya kuliyah ini bagi meningkatkan kefahaman dan ketakwaan kita. Semoga kita dapat menambah ilmu dan seterusnya beramal dengannya. Amiin..

Saat ini masih lagi mendengar kuliyah.. mudah-mudahan dapat mendengar hingga akhir.. InsyaAllah.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah..

Moga akak sihat. Membaca ini bagaikan sinonim dgn keadaan negara kita kini. Jerebu, gumplan langit dan ribut-taufan yg baru berlaku di Sabah/S'wak jgn kita pandang enteng.Walau siang/malam bagai kata ayat tersebut harus jadikan renungan moga kita tidak terus lalai mengharungi hidup. Ini baru sedikit tapi kalau keinsafan tak ada dalam diri semua ini tak nampak dimata hati.

Mujur masih ada alim-ulama' dan yg punya pegangan agama selalu berdoa - tempias utk semua. Namun sampai bila kerana kini kita nampak ada alim-ulama' pula bagai dipinggirkan. Allah... takut kakak bila kenangkan ini semua Kak Werdah.. Moa kita insaf dan dikuatkan iman.

Maaf terpanjang komen kakak nie.

insan marhaen said...

terima saja segala sunnatullah dengan hati terbuka!

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Terima kasih atas doa kepada kak di sini.. kurang selesa untuk duduk lama.

Kak werdah baru membaca tentang Allah al-Muntaqimu, yakni Allah tidak menyetujui sesuatu balasan siksa yang diberi terhadap kejahatan hamba, kalau Allah turunkan bencana bukan bermkna Allah suka, boleh jadi bencana itu balasan kepada sebahagian dan boleh jadi nikmat kepada sebahagian. Walaupun Allah timpakan bencana Allah tetap ar-Rahman.

Benar kakZakie, mujur ada lagi ulama' seperti yang kakZakie katakan namun akan tiba suatu saat semuanya akan diambil kembali kepadaNya dan saat itu bermulalah kegoncangan, ngeri kan.

Ya kakZaki, harapan kakWerdah pun macam tu, harap-harap dapat kesudahan yang baik.

Werdah said...

Salam IM.

Benar tu, segala-galanya mengikut kekuasaanNya namun ada juga sesekali Allah ubah seperti kelahiran Nabi Isa as tanpa bapa, Nabi Ibrahim tak terbakar dalam api yang marak dan banyak lagi..

Jadi jika dengan sunnatullah contohnya kita tak berjaya dalam pengubatan contohnya yakinlah dengan inayahNya kita akhirnya sembuh. Itulah qadar dan qadha'Nya yang perlu kita imani.