peringatan buat kita yang masih hidup - sila klik

Tuesday, December 18, 2012

Bahaya Mati Jahil


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Nasihat Luqman al-Hakim yang pertama kepada anaknya ialah jangan syirik kepada Allah. Syirik kepada Allah satu inaya/zalim yang paling besar.

Jadi perkara yang pertama kita perlu nasihat kepada anak-anak kita ialah jangan syirik kepada Allah. Bahaya syirik, jika tak sempat taubat matilah dalam syirik lalu duduklah dalam neraka selama-lamanya.

Orang Budha, Kristian, Yahudi percaya kepada Allah tapi masa yang sama syirik kepada Allah.

Orang Islam kata La ilaha illallah. Allah itu satu, Esa, tiada sekutu baginya.

Dalam solat kita kata la syarika lahu.. tiada sekutu bagiNya.

Dalam Islam tiada istilah menilik, menilik tu haram. Percaya kepada bomoh yang menilik itu syirik.

Jangan sekutukan Allah itu dengan apa sahaja. 

Zalim ada 3

1) Syirik kepada Allah. Allah yang bagi rezeki tiba-tiba duk percaya benda lain pula. Allah bagi segalanya. Manusia tak reti buat apapun. Udara, ikan dan segalanya kita tak tahu buat. Zalim ialah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kena faham tauhid uluhiyah dan rububiyyah. Fahamilah Iyyakana'budu waiyyakanasta'iin. Berubat adalah asbab. Bukan ubat yang bagi lega tapi Allah yang bagi lega.

2) Zalim yang tidak diampun ialah zalim sesama kita. Kita buat zalim kepada orang, selagi orang tak ampunkan kita, kita tetap zalim.

3) Zalim yang diampun. Zalim kepada diri sendiri. Tak solat, tak beri zakat, tak tutup aurat. Kalau minta ampun Allah akan ampunkan. Sebab itulah nabi Adam dan isterinya minta ampun.

Zalim yang paling besar ialah syirik. 

Beribadatlah kerana Allah, bagi Allah, untuk Allah, La ilaha illallah.

Semua yang ditulis di atas itu ialah sebahagian daripada kuliyah Ustaz Mutalib Maarof tentang Bahaya mati jahil . Jadi kena belajar supaya tidak buat salah dan tidak mati dalam keadaan jahil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mensyirikkan Allah SWT.

Teruskan menonton.




14 comments:

Kakzakie said...

Tazkirah kami di surau pun belum habis berbicara tentang tauhid uluhiyah dan rububiyyah sekarang ni kak Werdah.

Contoh diberi ustas misalnya kita terlanggar kucing - kucing mati kita langgar tapi siapa sebenarnya yg buat kucing mati. Berbicara hal ini memang mengasyikkan dan menyedarkan kita kadang syirik yg tanpa disedari. Lafaz kita penting usah kata syukurlah dah sembuh sebab makan ubat doktor - tak sedar ubat adalah lantarannya saja.

Moga kita terus diberi kekuatan iman sebelum izrael menjemput kita.

Werdah said...

Salam kakZakie.

Baru habis dengar kuliyah ni. Sungguh bahaya jika tak belajar. Ramai yang salah sebut seperti yang kakZakie kata tu atau kadang-kadang rasa malu kut nak sebut dengan izin Allah atau bagaimana ya. Bukankah elok kalau sebut Alhamdulillah dengan izin Allah saya sembuh bila makan ubat.

Ya kak Zakie, mudah-mudahan kita tak terjebak dalam syirik.

aby said...

salam k werdah ....
minta dijauhkan kita mati dalam keadaan jahil yg sama dgn jahilliyah .... jln lurus utk keluar dari kegelapan jahiliyyah terbentang luas depan kita ... dekati la ia ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Begitulah yang kita mohon setiap hari. Mudah-mudahan kita dapat berusaha keras mendapatkannya.. aamiin

abu muaz said...

Assalamualaikum,
apa khabar , lama sungguh saya tak singgah di sini.

Werdah said...

>>abu muaz

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Kak alhamdulillah 'alaa kulli haal.

Kak pun jarang-jarang update blog.

Terima kasih singgah sini.

LadyBird said...

smg terlindung dr menyekutukn Allah, ameeennn~

Werdah said...

Salam Lady

Ya semoga kita pegang betul-betul kalimah "La ilaha illallah" Aamiin

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin

Allahu Akhbar...perkara syirik ni yang paling saya takut, kena berhati-hati dalam semua hal agar tidak tergelincir akidah kita.

Terima kasih mengingatkan saya, kak!

:)

Werdah said...

>>Abd Razak

وعليكم السلام ورحة الله

Kak alhamdulillah 'alaa kulli haal. Kak dah tak pergi lagi ke HTAR sepatutnya semalam ada appointment namun disebabkan seperti tak ada perubahan, kak buat keputusan berhenti saja. InsyaAllah cuba kaedah lain pula. Pasti ada hikmahNya. Terima kasih kerana selalu doakan kak. Semoga dirimu juga beroleh kesejahteraan dan kebaikan yang banyak.. Aamiin ya Allah.

Demikian juga dengan diri kak. Sekarang ini banyak maklumat yang sahih untuk kita pelajari tak seperti zaman dulu-dulu, ikut sahaja apa-apa petua yang tok dan nenek kita kata.

Mudah-mudahan kita terpelihara daripada syirik sama ada syirik akbar mahupun syirik khafi.

Kakzakie said...

Assalaumualaikum Kak Werdah... kakak datang baca lagi bagi mengingatkan diri yg kerdil ini.

Moga Kak Werdah sihat dan terus sihat di tahun-tahun mendatang.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Kakzakie

Terima kasih atas doa.. kak Alhamdulillah 'alaa kulli haal.. tak bertambah mudharat. Semoga doa kita dimakbulkan Allah.. aamiin

TiranaAduka said...

minta di jauhkan

Werdah said...

Salam Tirana

Semoga Allah permudahkan kita jauh daripada mensyirikkanNya..aamiin

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails