Friday, December 14, 2012

Harta Sebagai Wasilah Untuk Akhirat

tentera semut
Gambar Hiasan : Googles


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum.

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Selawat serta salam buat Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat dan yang mengikuti baginda hingga ke hari kiamat.

Lama tak update blog.. Hari ini alhamdulillah diberi kekuatan meng'update'. Itupun copy n paste daripada sebaik-sebaik kekayaan adalah kaya jiwa  .. ditulis dalam ruangan komen di link yang diberi.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77) 


Walaupun ayat ini dinasihatkan kepada Qarun namun kena dijadikan panduan oleh kita semua.

Ada dua tujuan Allah ciptakan segala yang ada di bumi dan langit iaitu aqidah dan kebendaan

Allah ciptakan segala-galanya untuk menunujukkan kesempurnaan qudrahNya. Seolah-olah Allah berkata; "Wahai Anak Adam! lihat tumbuh-tumbuhan, binatang dan semua yang Aku ciptakan ini supaya kamu boleh lihat kesempurnaanKu. Melihat semuanya itu kamu semakin sedar kewujudan Aku. 

Dengan melihat segala ciptaan Allah, manusia akan yakin kepada Allah SWT, bila lihat cili bersebelahan tebu tetapi rasanya berbeza, akan berkata seperti dalam ayat ali Imran 191

Sekarang kamu dah dapat rasa kesempurnaan qudrah Allah SWT maka rasalah, nikmatilah kurniaanNya. 

Apa saja yang Allah berikan kepada kita pastikan bahawa semua itu adalah wasilah untuk mencapai kejayaan di akhirat. Ambil sedikit untuk kegunaan di dunia tapi jangan lupa fungsi asalnya.

Bila orang diberi 10 tapi hanya perlu 3 maka yang 7 itu jadikan wasilah untuk akhirat.

Orang yang sihat tentulah bepeluang buat baik lebih daripada orang sakit.Orang kaya tentulah lebih berpeluang daripada orang miskin tapi bukan bermaksud orang miskin susah memasuki syurga.

Hamka ada menulis, jika kamu seorang yang kaya senang-senangkan hatimu kerana Allah telah membuka jalan yang lebar bagi kamu untuk ke syurga, jika kamu seorang yang miskin senang-senangkan hatimu kerana dengan kemiskinan kamu, kamu terbebas daripada kedengkian orang, dengan kemiskinan kamu, kamu boleh tidur di mana-mana tanpa rasa takut. 

Senang-senangkan hatimu, pastikan apa yang Allah SWT berikan kepada kamu itu kamu gunakan sebagai wasilah untuk akhirat, tak salah gunakan sebahagiannya di dunia. Itulah qana'ah. Sebahagian besarnya untuk tujuan akhirat.

Abu abbas al-Mursi kata masa manusia terbahagi kepada 4 sahaja; masa nikmat, masa susah, masa taat dan masa maksiat. Apapun masa kita pastikan kita gunakan untuk tujuan akhirat.

Setiap hamba Allah mempunyai EMPAT waktu, iaitu

1. Waktu mendapat nikmat.
2. Waktu mendapat ujian dan cubaan.
3. Waktu melakukan ketaatan.
4. Waktu melakukan maksiat.

Apabila mendapat nikmat bersyukurlah, bila waktu mendapat ujian dan cubaan; redha dan bersabarlah, jangan sekali-kali berkeluh kesah.

Waktu melakukan ketaatan; ingatlah bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan kekuatan, beristighfar serta berdoalah agar ibadah diterima.

Waktu melakukan maksiat, ingatlah Allah Maha Pengampun lalu bersegeralah bertaubat.

Daripada segi qalbun salim, bila kita sakit jangan segera minta sembuh, bila rugi jangan segera minta untung sebab bila kita sakit atau rugi Allah berikan kita peluang untuk sabar. Jangan mengeluh. Allah Maha Tahu apakah amalan hambaNya yang mudah dilakukan oleh hambaNya sebagai jalan menuju ke syurga.. 

Orang sakit jangan dengki kepada orang sihat, orang rugi jangan dengki kepada yang untung. Jadi bersabarlah. Allah dah kata bila orang tu diberikan nikmat bila bersyukur tak perlu minta Allah tambahkan. Orang musibah tak perlu berkeluh kesah, lihat Nabi Yunus dah ditelan ikan, dia tak mintapun dilepaskan tapi asyik mengaku kesilapan diri, memuji Allah, lihat bagaimana Allah mengampunkan dan meninggikan darjat.

Mengembalikan amalan kepada Allah itulah ikhlas jika mengembalikan kepada diri sendiri itulah ujub maka akan terhumban ke neraka. Merasa dah buat banyak kebaikan bercakap seolah-olah apa yang kita buat dah banyak.

Mudah-mudahan memberi manfaat.

6 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... Bila baca ini terasa ianya kena batang hidung kakak. Terlalu banyak nikmat Allah berikan, tetiba diuji sedikit terasa terduduk.

Sekarang kami adik-beradik sedang memikir/memujuk bapak utk tinggal dgn kami tapi bapak bagaikan tak mahu. Pengorbanan diperlukan. Mungkin Mak zah yg jaga anak-anak kakak terpaksa jaga bapak.

Allah... moga kami redha atas ujian ini. Terima kasih N3 ini benar-benar memuhasabah diri kakak ni kak werdah.

Afasz said...

sy pon rsa terasa..

ptt kite bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. insyaAllah.. Allah akan permudahkan

shameel Iskandar said...

Terima kasih kak utk entry ni.. sama2lh kita muhasabah diri.. Harta dan seisi dunia hendaklah dijadikan tongkat dan titi..Tongkat utk berdiri dan titi utk menyemberang. Berdiri utk mencari redha-Nya dan menyeberang utk menuju syurga-Nya.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Itulah antara sifat kebanyakan diri manusia kan suka tergesa-gesa dalam sesuatu perkara, termasuklah diri kak werdah.. mudah-mudahan dengan permohonan keampunan dan taubat kita, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengampunkan kita.

Didoakan agar segala urusan kakZakie menguruskan hal bapak tu dipermudahkan Allah. InsyaAllah Allah menguji setelah Dia tahu kemampuan kita menyelesaikan sesuatu perkara.

Yang ditulis ni hasil ceramah Ustaz Kariman, biasanya apa yang dihuraikan sangat-sangat menyentuh hati. Sama-samalah kita muhasabah diri kita dan ambil manfaat daripadanya.

Werdah said...

Salam Afasz

Beruntung jika hati kita lembut, lalu mudah menerima nasihat.

Mudah-mudahan kita syukuri nikmat sebagaimana Nabi-nabi terdahulu mensyukuri nikmat yang diberi Allah SWT kepada mereka. Aamiin

Werdah said...

Salam Shameel

Ya, harta hendaklah letak di tangan jangan letak di hati. Semoga tidak terasa apabila berpindah tangan.

Sama-sama muhasabah diri. InsyaAllah

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails