Friday, January 11, 2013

Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan pujian dan kita sampaikan segala keluhan. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat serta pengikut setia hingga ke hari kiamat. 

N3 copy n paste n edit...


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.  Pada hari itu sesiapa yang berdoa Allah akan makbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai daripada hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih, berselawat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Ini kerana pada masa itu ialah masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.

Pada hari Jumaat ada kejadian-kejadian besar. Antaranya adalah terjadinya kiamat, Adam as diciptakan dan hari itu pula baginda dimasukkan ke dalam syurga, pada Jumaat juga baginda dikeluarkan daripada syurga.

Daripada Aus bin ‘Aus, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

“Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan; pada hari itu, Adam meninggal; pada hari itu, tiupan sangka kala pertama dilaksanakan; pada hari itu pula, tiupan kedua dilakukan.” (HR. Abu Daud no. 1047, An Nasai no. 1374, Ibnu Majah no. 1085 dan Ahmad 4: 8. Hadits ini sahih kata Syaikh Al Albani)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari Jumaat Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari Jumaat juga dia dikeluarkan daripada Syurga. Hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (HR.  Muslim no. 854).

Hadis di atas memberitahu kita bahawa:

1. Hari Jumaat adalah hari terbaik dalam sebulan. 

2. Dalam hadis di atas tidak semuanya menyebutkan keutamaan hari Jumaat. Keluarnya Adam daripada syurga dan terjadinya kiamat tidaklah teranggap sebagai keutamaan hari Jumaat namun itu adalah perkara besar yang akan terjadi. Demikian penjelasan Al Qadhi ‘Iyadh.

3. Hadis tersebut menunjukkan bahawa seorang hamba pada hari Jumaat hendaklah mempersiapkan diri dengan pelbagai amalan salih supaya mendapatkan rahmat Allah dan tercegah daripada kemurkaan Allah. Demikian juga penjelasan dari Al Qadhi ‘Iyadh.

4. Hari kiamat disegerakan sebagai balasan bagi para nabi, shiddiqin, para wali Allah dan selainnya, juga untuk menampakkan karamah dan kemuliaan mereka. (Disarikan daripada Syarh Muslim, Imam Nawawi, 6: 142)

Namun tarikh yang pasti kiamat itu berlaku, tidak ada yang mengetahuinya:

33:63


“Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Al-Ahzaab 33:63).

## Sumber dengan sedikit edit

"Hidup ini adalah seperti larian pecut 100 meter, atau pun perlumbaan kereta F1. Lagi dekat ke garis penamat seorang pelumba itu akan menggunakan segala keupayaannya untuk sampai melepasi garisan penamat dengan kejayaan cemerlang. Jika tidak menang dalam pertandingan ia mampu menang melawan prestasi dirinya sendiri". (petikan daripada Inspirasi Mawaddah).. blog penuh dengan inspirasi.

14 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... Betul banyak sejarah Islam terjadi pada hari jumaat dan kita juga dikhabarkan yg kiamat berlaku pada hari jumaat. Sebaiknya kita bersedia dgn amal sebab Rasulullah sendiri tidak dapat menjawab bila kiamat akan terjadi kerana baginda mengatakan itu adalah rahsia Allah. Tapi bila sahabat bertanya lagi baginda mengatakan yg dunia ini telah tua dan uzur. Bayangkan kalau zaman baginda dikatakan dunia telah tua apa lagi kini kita telah meninggalkan 14 kurun dari zaman itu. Apa yg tinggal bagaikan hanya tunggu masa saja kan kak.

Moga Kak Werdah sihat. Amin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Benar kakzakie, hanya Allah yang Maha Mengetahui bila saatnya kiamat. Melalui Nabi SAW kita diberitahu akan tanda-tanda kedatangan hari itu dan meminta kita menyediakan bekalan.

Kak alhamdulillah sihat, semoga kakzakie juga demikian. Jom kia banyakkan selawat kepada nabi hari ini..

L said...

kita masih diberikan kesempatan utk bertaubat.. ya allah ampunilah segala dosa2 hamba mu ini. =)

Werdah said...

Salam L

Ya, semoga kita segera bertaubat dan beramal soleh..

aby said...

salam k werdah ..
bezanya antara larian/F1 dan kehidupan, yg pertama tu kita nampak garis penamatnya tp yg kedua tu kita tk nampak garis penamat ..
yg kita tau setiap saat kita diintai oleh malaikat bertugas menyampaikan kegaris penamat kita ..

apapun telahan puak2 kafirun yg kata dec 2012 adalah hari kiamat adalah auta semata mata

Werdah said...

Salam aby

Biarpun kita tak nampak lagi garis penamat terakhir tu kerana saatnya belum tiba kita kena yakin, bahawa selain memerlukan rahmat Allah, beriman serta beramal soleh yang disegerakan dan kadang-kadang diterjemahkan sebagai perlumbaan itu akan memberikan gambaran di mana kita berakhir.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berlumba-lumba dan bersegera menyediakan bekalan.

L said...

jumaat hari akhirnya dunia ini..

LiYa HaNiF :: said...

terima kasih for sharing kak werdah.. moga taubat kita semua diterima olehNYA.

Werdah said...

Salam L

Begitulah yang diberitakan namun saatnya hanya Allah yang tahu

Werdah said...

Salam LiYa HaNiF

Terima kasih singgah sini. Ya semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya..aamiin

win3 said...

beramal sholeh setiap saat hindari kemaksiatan sebagai jalan kita menjemput hari yang akan datang

Werdah said...

Salam win3

Mudah-mudahan kita sentiasa memerhatikan diri.. aamiin

Mimie said...

Jumaat adalah penghulu hari dan penentu segala galanya

Werdah said...

>>Mimi Azirah

Jumaat penghulu hari, digalakkan beramal solih supaya mendapat rahmat dan mencegah daripada kemurkaan.