Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Segala puji hanya bagi Allah SWT yang
mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu
banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang
yang istiqamah mengikuti Baginda.
Muhasabah Hari Jumaat - saiyyidul ayyam.
Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat
dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan
lain-lain lagi.
Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang
celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta.
Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan
sedemikian?
Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang
sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar
serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran,
sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.
Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa
musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan
keingkaran ketika berada di dunia.
Firman Allah SWT:


“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta.(Taha 20:124) Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik?”(Taha 20:125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di
akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di
dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi
kita.
Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.
Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Taha 20:126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin
mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di
sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera
melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi
diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang
itu menerima azab di akhirat.
Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan
untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia
ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.