Friday, February 22, 2013

Celik di dunia buta di akhirat


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Muhasabah Hari Jumaat - saiyyidul ayyam.

Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi. 

Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta. 

Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian? 

Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.


Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia. 

Firman Allah SWT: 


20:124

20:125

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta.(Taha 20:124 Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik?”(Taha 20:125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.

Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

20:126
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Taha 20:126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”


Mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat.

Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.

10 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... bila baca ini kakak rasa sangat yg diri kakak masih belum cukup bekalan. Takut juga mata nampak tapi mata hati tak nampak..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Meneliti ayat-ayat yang memberi gambaran kepada kita memang menimbulkan rasa bimbang. Bila kita kaji ayat-ayat dalam N3 ni kita dapati selari dengan N3 kak sebelum ni iaitu balasan yang diterima adalah sama dengan apa yang kita buat di dunia.

Mudah-mudahan setiap daripada kita dan orang-orang yang beriman seluruhnya dapat melihat dengan mata hati setiap peringatan Allah SWT dalam al-Quran dan juga melalui hadis-hadis.

aby said...

Salam k werdah,
Aby dh blk ke tanah air.
Betul mcm kak kata, brtapa prlunya amalan yg bnyk utk bekalan d sana. Bkn setakat amalan, cara hidup kite dlm mngikuti hukum syarak yg d tetapkan juga
akan menentukan kehidupan susah senang d akhirat nnti

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Alhamdulillah, selesai umrah aby, semoga dikurniakan umrah mabrur.. aamiin

Ya aby, itulah yang sebenarnya yang kita perlu hayati seperti yang tercakup dalam kalimah LA ILAHA ILLALLAH yang selalu kita ucapkan.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama akak.

Semoga kita menjadi hamba yang celik di dunia dan di akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Semoga rahmat Allah bersama Ani.

begitulah yang kak harapkan. Mudah2an kita dapat memerhatikan diri..aamiin

Mak Wardah said...

Akak masih kurang bekalan untuk kesana, thx werdah for sharing

Werdah said...

Salam Mak Wardah

Samalah dengan diri kak werdah di sini.

Sama2lah kita memerhatikan diri kita, semoga tetap di atas jalan yang lurus..aamiin

Kakzakie said...

Assalamulaikum Kak Werdah,

Bila baca komen Kak Werdah di blog kakak, kakak tahulah yg Kak Werdah sihat. Sementara itu kakak tunggu juga N3 baru dis ini. Tapi yg ini kakak dah baca lagi:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Kak werdah alhamdulillah 'alaa kullihaal. Sihat cuma keadaan pinggang masih tidak berubah. Sekarang tumpukan buat proloteraphy, tak lagi ke hospital untuk otopedik atau pain management, kerana seperti tak berkesan sahaja. InsyaAllah kakzakie, bila ada kekuatan nak juga update blog. Ni guna hp, bolehlah taip sambil baring.

Terima kasih kakzakie, mudah-mudahan kita dapat selalu memerhatikan diri.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails