Friday, April 5, 2013

4 perkara penting hari ini



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Catatan untuk renungan dan muhasabah diri hari ini.
(Sumber : FB Ustaz DR Hj. Zahazan Hj Mohamed)


. أربعة أمور في يوم الجمعه *
حبيبك محمد ينتظر صلاتك عليه
* قبر مظلم ينتظر نورك بسورة الكهف*
ساعة إستجابه تنتظر لترفع منزلتك عند ربك * 
مرسل ينتظر دعائك له بظهرالغيب
طيب الله جمعتكم بالخير

4 perkara penting hari ini

1.  Kekasih kita nabi Muhammad saw menanti salawat, maka perbanyakkanlah.

2. Qubur yang sememangnya gelap menanti maka siapkanlah pencahayaannya dengan membaca surah al-Kahfi.

3.  Suatu waktu istimewa yang doamu padanya dimakbulkan, maka rebutlah peluang itu.

4.  Seseorang yang minta saudara menyertakannya dalam doa, maka sebutlah permintaannya dalam doa yang saudara panjatkan. 

Semoga Allah menjadikan jumaat ini yang terbaik buat kalian.

4 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah.... Kakak dah buat yg no 2 selepas baca yasiin lepas maghrib malam tadi. yg no. 1 on-off-on-off buatlah bila ingat kan. Tapi yg no. 3 dan 4 insya-allah lakukan setiap hari hatta bukan jumaat pun kalau boleh. Moga diberi kekuatan dan kesihatan yg baik dariNya itu juga yg kakak pohon selalu...

Doa dari kakak moga kak werdah sihat.

aby said...

Salam k werdah,
Yg kedua tu salah satu dr 5 surah yg faberet d baca. Mase umrah hari tu beberapa kali habis surah kahfi tu, tk tnggu mlm jumaat, dlm keadaan biasa pun suka baca kahfi

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakZakie

Alhamdulillah kerana kakZakie telah dipermudahkan Allah SWT membaca surah-surah berkenaan. Semoga yang lain-lain tu kita pertingkatkan usaha kita. Kak salin benda-benda begini kerana pada masa terluang kak banyak membaca semula N3-N3 yang ditulis dan dengan itu mengingatkan diri kak yang selalunya alpa. InsyaAllah selepas solat kita usahakan memperbanyak istighfar, selawat dan zikir-zikir yang lain. DEngan pertolongan Allah jua kita mohon. Aamiin

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Alhamdulillah, seronok mendengarnya aby. Mudah-mudahan dapat diteruskan usaha. Sesungguhnya ini menambah motivasi buat kak.

Mudah-mudahan kita dapat berselawat dan zikrullah sepanjang masa. Allahumma aamiin

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails