peringatan buat kita yang masih hidup - sila klik

Wednesday, May 15, 2013

Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali?



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Sebentar tadi ke link ini

Boleh baca apa yang dikongsikan di sana tentang kematian yang pasti. Semua orang takut mati tetapi bagaimana mungkin kita dapat elak daripada mati. Mahu tak mahu kena bersedia.

Sambil tu boleh layan lagu Opick di bawah:

Bila Waktu Telah Berakhir

bagaimana kau merasa bangga

akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya

waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan

semua dan segala yang ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil

teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi




Peringatan buat diri yang sering alpa.

8 comments:

nur said...

Salam. Kak Werdah, tqVM :)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Nur

Sama-sama Nur.. terima kasih juga buat Nur :)

aby said...

Salamk werdah,
Tertarik dgn teks psl hidup, mati dan ke jannah dgn iman.
Semoga iman dpt melekat brsama sepanjang kehidupan kita

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah... biasanya kalau nak meningkatkan iman salah satunya dgn ingatkan mati (itu cara yg selalu kakak muhasabah diri kakak ini - siapa pun takut mati).

Kakak belum baca yg kak werdah bagi link di atas. Lepas ini baru nak pergi. Terima kasih Kak Werdah.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Kita diajar untuk sentiasa berdoa dengan doa-doa seperti itu kan..tapi kadang-kadang terlupa..(Allahumma ahyiina bil imaan wa amitna bil imaan wadkhilnal jannatal ma'al imaan).. Iman dan amal soleh itu saling berkait/perlu seiring.. beriman sahaja tak cukup..risau bila baca tentang berita-berita kematian ni kan bila kurang amal soleh.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Mudah-mudahan bila kita ingat mati kita kena istiqamah dengan iman dan amal soleh.. biasanya iman kita ni naik turun kan.. pernah dengar kuliyah tentang iman dan amal soleh serta ingat mengingat atau berpesan-pesan dengan kasih sayang/sabar.. Kak sekarang ni risau kerana rasanya belum dapat memenuhi kriteria itu kakzakie.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Alhamdulillah dipertemukan ramadhan sekali lagi kita kan kak. Moga ramadhan ini lebih baik dari yg lalu.

Werdah said...

wa'alaikumussalam Kakzakie

Alhamdulillah! semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan jiwa menjalani ibadh di bulan penuh barakah ini.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails