Friday, July 12, 2013

Jangan Biarkan Diri Berada di Jalan Kegelapan

Letihlah berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.


Salam Ramadhan kepada pembaca sekelian. Lama tak dapat mengisi ruangan ini. Mudah-mudahan pengisian kali ini dapat sedikit sebanyak mengingatkan kita bahawa puasa yang benar akan dapat memberikan cahaya kepada kita..

Barangkali kita semua pernah melihat seseorang yang jiwa dan fikirannya dalam kebingungan. Dia yakin dirinya benar, tetapi ternyata salah. Dia juga sedang melakukan hal-hal salah, tetapi dia tidak tahu bahawa apa yang dilakukannya itu salah. 

Itulah orang-orang yang terhijab jiwanya. Keadaan begini terjadi dalam pelbagai skala mulai daripada yang paling ringan hinggalah kepada yang sangat berat termasuk orang-orang yang suka berbuat kejahatan dan dosa besar.

Orang-orang seperti itu sedang berada di dalam kegelapan, dia sendiri tak nampak tangannya sendiri apatah lagi, melihat persekitarannya. Digambarkan dalam ayat di bawah :

24:40
  
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).(an-Nur [24] : 40)

Al-Quran memberikan perumpamaan, orang-orang yang banyak dosa seperti hidup dalam kegelapan, sedangkan orang yang banyak berbuat kebajikan seperti hidup dalam suasana yang terang benderang. Suasana terang itu menjadikan orang itu tahu jalan, ke mana dia harus melangkah iaitu tetap berada di atas jalan yang lurus (shirathal-mustaqim).

6:125
6:126

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf. (al An’aam [6] : 125-126) 

Jadi, apabila kita mengkaji beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang perkara ini,  kita akan dapat kesimpulan bahawa orang yang terhijab jiwanya adalah orang-orang yang sedang tersesat. Orang itu berada di ‘jalan kegelapan’ menyebabkan dia tidak tahu jalan yang benar. 

Bagi orang-orang yang mengambil sikap menentang atau ingkar dengan sengaja, Allah memberikan gambaran yang lebih tegas lagi, iaitu penglihatan mereka bakal tertutup akibat sikap mereka sendiri walaupun diberikan peringatan ataupun tidak, hasilnya tetap sama.

2:62:7

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.(Al Baqarah [2] : 6-7)

47:23
47:24

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad [47]: 23-24)

Sebaliknya, orang-orang yang terbuka jiwanya adalah mereka yang memiliki penglihatan yang jernih terhadap segala peristiwa, sehingga dapat mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah yang dihamparkan di sekitarnya sebagai petunjuk untuk menuju ke arah yang benar.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini marilah kita berusaha untuk memanfaatkannya agar seluruh ibadah kita akan dapat membuka hijab dalam diri kita. Orang-orang yang berpuasa dengan baik ialah orang-orang yang berhasil menjalankan puasanya sehingga tidak hanya memperoleh lapar dan dahaga. Merekalah orang-orang yang mencapai ketakwaan.

Diharapkan ketakwaan yang kita dambakan akan kita miliki. Orang-orang yang bertakwa mampu untuk melihat dan menyedari kesalahan yang sedang dia perbuat. Hatinya jernih, mata batinnya tajam. Bahkan, ketika syaitan sudah membisikkan niat jahat ke dalam jiwanya, orang-orang yang bertakwa itu dengan mudahnya mampu menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan hasutannya, dan segera tahu bahawa hal tersebut adalah hal yang tidak baik. Inilah orang-orang yang sudah terbuka hijab jiwanya.

7:201
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Al A’raaf [7] : 201)

Orang-orang yang berpuasa adalah orang-orang yang sedang dalam proses untuk meningkatkan kesedaran dalam membentuk cara mengawal diri dengan baik. Semua itu harus dimulai dengan kefahaman terhadap ilmu puasa, dan kemudian dilatihkan sepanjang bulan Ramadhan.

Harapan agar kita tidak hanya berpuasa secara orang awam sahaja sebaliknya kita berusaha untuk mencapai takwa yang sebenar-benarnya.


Selamat beramal

18 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Werdah,

Sedangkan di dunia pun kalau terang nampaklah hala tuju nak kemana kan tapi kalau gelap memang boleh sesat-barat kita dibuatnya. Perumpamaan ini jelas dgn matahati yg jernih walau syaitan menggoda pun tahu menilai mana jalan yg harus dipilih.

Selamat berpuasa Kak Werdah. Gelihati kakak tengok gambar kucing lapar tu kak hihi...

aby said...

salam kak werdah .
betul tu bila kak kata hijab yg belum terbuka tu,
pengalaman aby sendiri, masa hati belum tergerak pergi umrah, tk banyak aby tau tentang umrah tu, klu org cerita pengalaman depa pergi kesana, sekadar mcm dengar crita biasa jer .. tp bila hati tergerak nak pergi .. mcm2 info dan rasa kecintaannya datang .. aby asyik bercakap dengan hati, sebelum ni hijab tanah suci belum dibuka lg. sbb tu tk ada rasa kecintaan nya .. sekarang bila hijab nya dah disingkap, alhamdulillah .. kuat kecintaan nya ..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie,

Kadang-kadang orang celik lebih berada dalam 'gelap' berbanding orang yang tidak dapat melihat. Itu kerana orang celik tu terhijab manakala yang tak dapat melihat tu jernih mata hatinya. Sebab itulah pentingnya selalu membersihkan hat.

Hihi kucing mengantuk sangat tu..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam aby

Alhamdulillah, ternyata ayat-ayat kauniyah Allah perlu kita hayati. Bila berlaku demikian kita akan sedar diri, kerdilnya kita kan dan berapa Allah sentiasa membuka ruang untuk kita medekatiNya. Itulah yang kita minta setiap kali kita solat, mudah-mudahan kita sentiasa dilimpahi NurNya hingga ke akhirat kelak..aamiin

ساريده سنين said...

Assalamualaikum Werdah..

Jalan-jalan kesini..salam kenal..

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Saridah

Salam kenal...

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Assalamualaikum Kak Werdah
Semoga Akak sihat dan dapat menulis kembali

Terima kasih kak Werdah. Dengan membaca N3 akan ni menyelesaikan satu kebuntuan saya mengenai 'orang2 yang terhijab jiwanya'.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Kak Werdah..

Moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buat kakak, dan semakin dengan~Nya dengan ibadah yang telah dilakukan...aamiin.

Sesungguhnya orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali.

Werdah said...

Wa'alaikumussalam Ani

Terima kasih mendoakan kak..semoga Ani juga dianugerahi kesihatan yang baik...aamiin

PC kak masih bermasalah..itu salah satu sebab tak menulis, keduanya masalah tak dapat berlama-lama duduk.

Al-Quran begitu detail kan Ani..tapi jika kita tak belajar dengan ahli-ahli tafsir susah juga kita nak faham. Alhamdulillah, sekarang ni babyak kemudahan untuk kita raih ilmu. Biarpun tak dapat nak ke majlis-majlis ilmu, majlis ilmu itu senduri datang ke rumah melalui TV dan internet.

Werdah said...

Wa'alaimumussalam Abd Razak

Terima kasih mendoakan kak. Semoga dirimu juga beroleh kebaikan yang banyak dan sentiasa dekat di sisiNya..aamiin

Ya, dengan mengenali Pencipta kita akan lebih mudah menginsafi diri. Melalui penciptaanNya juga kita disruh mengenaliNya agar tidak terus berada dalam kegelapan. Diharapkan kita sentiasa dilimpahi Nur semasa berada di dunia agar di akhirat kelak kita tidak teraba-raba..mudah-mudahan dengan pertolongan Alla jua kita mohon.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum kak Werdah,

Kesempatan ramadhan 27 ini kakak nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin buat kak Werdah.

Hari ini kakak last kerja. Esok dah cuti - blog pun cuti jugalah:)

Werdah said...

Wa'alaikumussalam kakzakie

Kak werdah juga ambil kesempatan mohon maaf, semoga amalan kita diterima Allah. Selamat sambut 'idul fitri.

Nurul Aini Khairul Azhari said...

Assalamualaikum tok cu...

Alhamdulillah...dapat
Pengisian rohani di sini...

Nurul tiba2 rasa sgt
Rindu pd tok cu...

werdah said...

Wa'alaikumussalam Nurul yg tokcu sayangi dan dikasihi Allah.

Semoga Nurul sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Selamat hari raya maaf zahir batin. Bila turun KL singgahlah rumah tokcu.

TiranaAduka said...

salam sis werdah
Salam kenal dari tirana aduka

Werdah said...

Wa'alaikumussalam TA

Salam kenal juga dp kak werdah. Tk ke sini

TiranaAduka said...

sama sama sis.

Werdah said...

TA

:)

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts with Thumbnails